Friday, September 21, 2012

yang hina nabi itu adalah orang islam

bila nabi diejek, maka umat islam pun mengamuk.

bakar tayar, bakar kereta, bakar lori tetapi bakar kdutaan tak mau.

setakat bakar tayar , bakar bendera, oh, hinanya kita kepada nabi saw kerana takat itu sahaja kemarahan kita.

saya terbaca seorang "cleric" dari USA dan UK menulis.

apabila mereka menubuhkan "inminds", mereka membawa pendapat pelbagai mazhab mengenai boikot.

di Malaysia, adalah negara yang menjana filem hina nabi saw.

MCD, COLGATE, TESCO dan CALTEX adalah antara penyumbang terbesar dalam menjayakan penghinaan ini.

saya selalu pergi ke lapangan terbang untuk terbang ke sesuatu lokasi. baik untuk tujuan pilihanraya mahupun tujuan dakwah saya.

masa saya ke airport satu hari untuk ke sebuah negeri di jajahan PAS, saya sendiri nampak ada pemimpin PAS yang makan di MCD dan A&W.

saya lemah iman.

saya tidak ada pengukuhan dalam gerak kerja islam.

saya juga merujuk kepada "tok guru" saya Hishamudin Rais dalam setiap tulisannya.

saya berfikir.

mengapa orang yang dikatakan dan dituduh ethist itu lebih beriman kepada NABI SAW dan lebih mengamalkan budaya ISLAM yang kukuh?

sedangkan pemimpin gerakan Islam(so-called) boleh menjamu dengan selera kayanya untuk terus menjana penghinaan kepada baginda SAW.

saya kecewa lantas terus saya terdetik dalam hati: " terima kasih ya Allah selamatkan aku dari tipu daya"

jika aku berada dalam kumpulan itu, tentulah aku menjadi insan paling hipokrit didepan Allah

ku berharap , para pemimpin parti politik yang turun ke perhimpunan semalam, baik dari UMNO mahupun PAS janganlah terdetik dalam hati anda semua untuk menjadikan orang melihat kamu sebagai orang yang paling hebat mencintai nabi, tetapi hanya untuk peti undi.

salam Ngeh Koo Ham itu didalam twitternya adalah teguran paling ikhlas dari lubuk hati seorang pemerhati luar dari kehidupan agama kita.

klik pada gambar utk lebih jelas dan terang


selamat meninggalkan zaman "babi di hutan" (hamka)