Friday, September 28, 2012

konflik Syiah Sunni agenda politik jahat

saya bertemu dengan ust abdul ghani samsudin (AJK PAS PUSAT merangkap ketua lajnah ICT PAS dan juga majlis syura ulama)

ustaz pernah maklumkan pada saya bahawa memang dari dulu PAS suka dilabel sebagai Syiah oleh UMNO.

ini adalah taktik politik.

mutakhir ini, zaman teknologi, ulama muda UMNO juga memainkan peranan media barunya dalam menyebarkan agenda bahawa kononnya PAS itu adalah sesat kerana menerima Syiah.

dan saya lihat, Tuan Guru Haji Hadi mengambil langkah bijak dengan mengumumkan dalam ceramahnya di Qatar beberapa hari lalu mengenai Syiah.

Haji Hadi memberitahu bahawa Syiah itu masih Islam. (maksud saya syiah imamiyyah).

tapi...

org Syiah jangan masuk PAS.

ini adalah langkah pengumuman yang bagus. :-)

jika ada orang syiah masuk PAS, pastinya pihak musuh mengambil kesempatan kerana isu syiah sesat ini adalah isu yang dimainkan oleh proksi yahudi peringkat antarabangsa. PAS tidak akan mampu menepis tuduhan ini bersendirian di malaysia.

sama macam isu KOMUNIS dahulu.

jadi, saya saran agar mereka yang terus diperdaya ustaz UMNO mengenai Syiah, silalah tonton video ini.


saya menerima semua pegangan. syiah, sunni, salafi bagi saya semuanya ok. 

orang kafir juga ada haknya. 

apatah lagi berlainan mazhab hanya. 

p/s: terima kasih kepada 104 orang anak muda yang mengadakan pertemuan dengan saya secara face to face untuk mengetahui mengapa kita perlu bersatu. 

saya akan terus meluang masa utk mereka yang mahu mendalami ilmu ini. 

kita semua Islam. kecuali UMNO. 


contoh terbaik. ulamak syiah dan ulamak muda sunni bersatu. di sebuah majlis di perak anjuran kerajaan.