Sunday, September 30, 2012

dalam sibuk begini...

isnin hingga jumaat saya bertugas di subang. sabtu ahad pula saya kembali ke perak menyambung tugas untuk orang perak. 

tiada masa untuk bersuka ria mcm orang lain. 

tiada masa untuk melepak menghisap rokok dan apatah lagi bersembang kencang di kedai mamak

yang saya ada adalah menghadap muka-muka orang ramai untuk diajukan isu-isu sensasi politik massa

meski saya amat minat dengan kerjaya ini, namun letih penat tiada siapa yang mampu fahami

bayangkan, dalam keadaan anak dalam kandungan isteri, si bapa langsung tidak menjenguk untuk dibaca surah-surah amalan untuk bayi dalam perut. 

kadang-kadang kena marah juga dengan isteri. kenapa tak balik-balik saban hari. 

sebab itu, saya impikan wanita yang memahami. 

mujur, isteri masih lagi mampu memahami

keluarga pula, memang sudah didasari dengan ideologi politik. dan kesemua mereka aktivis. jadi tidak ada isu walau ada yang cuba jadi batu api yg menghasut kaum keluarga 

tapi semuanya tiada masalah. 

hari ini kembali stress dengan isnin tanpa rehat tatkala hujung minggu meniti

moga Tuhan sentiasa thabitkan perjuangan di hati. 

minum di sebuah pusat. dengan Faisal Tehrani. bukan gambar terkini. 

mari dgr Altimet dengan Mirwana.