Wednesday, August 8, 2012

Tarawih dan Bid'ah Hasanah Binti Osman

terus mengutuk dan mengeji. 

Umat Islam terus menjadi hipokrit hasil tipudaya golongan yang poyo konon-konon cuba bawak Islam dengan jubah dan kopiah. 

jubah dan kopiah tak salah. aku pun pakai dan menyarungnya.

ahli majlis fatwa juga pakai jubah dan kopiah. 

semuanya bukan main waraknya.

keluarlah apa saja fatwa. pasti umat Islam akan mengikutnya. 

hatta, telanjang bulat pun kalau difatwakan harus, maka ramai lah umat melayu islam akan bertelanjang dengan gembira

hari ini, lihat kelahiran ulamak-ulamak tajdid. 

aku tak kisah lah dia salafi ke, sunni ke , syiah ke... yang penting dia mesti membawa pembaharuan. 

tidak dibendung jumud. 

tapi golongan ini akan terus di-condemn dan ditentang. 

kuasa-kuasa kerajaan dengan politiknya akan terus berusaha menjatuhkan golongan pembawa pembaharuan ini. 

suasana Islam di Iran tidak akan dapat dibawa ke Malaysia

wanita-wanita arab saudi yang dibendung pekung kezaliman raja arab saudi yang menghalang kebangkitan wanita juga tidak akan dapat diubah sekiranya umat Islam masih leka dengan mengikut kata ulamak sahaja sehingga kalam tuhan dan sabda nabi pun sudah dialpakan

bukan semua fatwa salah. ada fatwa bagus, ada fatwa songsang. 

terpulang kepada akal fikir utk menilai. bukan ikut panduan majlis fatwa dan kumpulan ulamak sahaja. 

hatta, ulamak hanya tempat untuk meminta pendapat dan nasihat, bukan kena taat dan ikut bulat-bulat. 

hari ini berpusu-pusu orang meninggalkan tarawih utk mendapatkan aiskrim BASKIN ROBIN .

hahaha! hipokritnya melayu. 

ops. hipokritnya melayu islam

ini termasuklah sekejap boleh disentuh suami, sekejap tak boleh. ini pun hipokritnya. ajaran mana ni? suami sendiri tak boleh pegang pada seketika, dan boleh dipegang seketika? pergi pasar malam bersanding bahu dengan lelaki pelbagai tu boleh pulak? 

tolong lah tolak ulamak mcm ni. buat sengsara. 

satu ketika masa aku belajar sebelum aku menikah, group-group aku terdiri daripada pelbagai fahaman latarbelakang dan sebagainya. mereka pastinya bukan anak didik usrah itu dan ini. apatah lagi ada murabbi yang asyik menghukum itu dan ini. dulu, kami semua tidak ambil matapelajaran agama di kampus walaupun aku lepasan sekolah agama. turut bersama aku seorang budak pempuan yang bertudung hitam sentiasa melabuh ke paras peha. tapi dia cool. sangat cool. dia tak mau join usrah dan tak "kaw tim" dengan group perempuan muslimah sahaja. akhirnya dia ni tak masuk dengan team-team yang poyo kononnya menghidupkan masjid. tapi waktu maghrib sahaja. hahaha. sebab waktu maghrib ramai org tengok siapa yang azan, siapa yang tazkirah, nanti famous la dikenali sebagai "budak masjid".  yang menghidupkan masjid waktu subuh adalah team-team yang "sekular". yang tidak dipandang orang dan hanya syok sendiri beribadat sama Tuhan hingga ke belakang hutan

apa yang aku nak sampaikan adalah kewujudan team hipokrit totok ni yang sedang merosak pemikiran kita semua. aku berharap sangat agar satu hari nanti jangan lah team-team yang bajet ulamak ni memimpin umat. kalau betul-betul ulamak tak apa. 

di Iran, nak jadi ulamak kena belajar 14 tahun beb. kat Malaysia, 3 tahun dah setel. 

tu yg jadi songsang tu. 

hahaha


model sebelah gua tu tak pernah hipokrit. byk bantu aku masa aku belajar dulu. aku harap dia baca ini sbg penghargaan.  

tapi sekarang dia dah bertudung dah. :-) alim dan warak gitu. huhu