Tuesday, August 28, 2012

Din Sharpshooter dan Tragedi Anak Yatim

setelah seorang pak menteri berasa gentar akan tulisan seorang aktivis yang terkenal dengan gelaran din sharpshooter, maka jatuhlah hukuman oleh sebuah mahkamah kangaroo agar dipenjarakan sahaja Din untuk beberapa lama.

saya cuba memahami apa kah yang dinamakan "MAHKAMAH KANGGAROO" oleh kumpulan teater TRONOH semasa mementaskan satu teater dihadapan semua pelajar jurusan undang-undang dan para pensyarah undang-undang pada satu hari meraikan malam karnival pelajar undang-undang UITM KEDAH semasa saya dalam anggota kabinet fakulti sebagai bendahari agung.

barangkali, MAHKAMAH KANGGAROO itu adalah apa yang saya lihat hari ini. seorang yang mendedahkan skandal, mendedahkan kejahatan, akan dipenjarakan. tidak adil  macam setan.

bak kata HAMKA, kalau manusia itu tidak berbuat baik, maka lebih baik jadi BABI di hutan.

marilah kita menjadi BABI agar HAMKA puas hati dengan semua ini. salahkan HAMKA. jangan salahkan Perdana Menteri kita. jangan salahkan Gani PATAIL ketua peguam negara.

apa yang salah hanya lah...

BABI DI HUTAN.

Abg din berbaju Bersih bersama kawan saya BOBO KL (fb) yang melarikan saya dari lokap polis ketika tangkapan kedua polis di depan dang wangi. hahaha.

peguam latheefah koya dan Sivarasa rasiah yang banyak memantu aktivis tanpa mengenal agama dan bangsa. turut kelihatan adalah perut peguam Afiq yang juga dari PKR dan LFL

belakang itu ada muslimah bertudung pink. tak silap saya itu kak eja. isteri abg din. 

kali terakhir saya bersama abg din adalah beberapa bulan lepas ketika saya di pulau pinang selama 2 hari program kempen untuk Parti Keadilan, PAS dan DAP  juga bersama ketua Srikandi Negara kita yang cukup lantang berpidato, KAK AISYAH.