Friday, June 8, 2012

akta 174 - jijik untuk saya buat rayuan

dengan terlerainya semangat 174 jam 11.30 tadi di kampus uitm shah alam oleh 3 panel hakim yang begitu totok jiwanya pada bangsa Melayu semata, ramai yang bertanya mengapa tidak membuat rayuan dan kenapa menolak pelawaan panel tersebut untuk berunding untuk rayuan.

ah, terlalu kotor 174 itu untuk saya buat rayuan mengenainya. saya hanya mahu bantai dan terus memberi ajal kepada akta zalim itu dan pembuatnya (BN) yang telah banyak "membunuh' mahasiswa UITM sebelum-sebelum ini.

dari zaman reformasi 98, hingga kini. BN tidak serik-serik mengguna akta sama menghukum muda-mudi berjiwa besar.

ini lahanat namanya.

biarlah 3 semester ini menjadi waktu rehat dan fokus buat saya kepada kerja-kerja pilihanraya. jikalau Pakatan menang dalam PRU 13, saya akan pastikan UITM diubah terlebih dahulu. hak untuk anak-anak melayu yang susah dan terpinggir akan terus terbela dibawah UITM dan dibawah Naib Canselor yang baharu.

kita tak mahu  naib canselor yang mengumpul kekayaan dunia yang banyak tapi sibuk bicara soal hipokrit nak bantu anak Melayu miskin. Kita juga tidak mahu Naib Canselor yang bicara seperti seorang alim ulamak tetapi merelakan kemungkaran berlaku dalam "jajahannya".


janji saya, "KITA AKAN UBAH UITM" demi kepentingan anak-anak bangsa Islam yang sebenar. tumbangkan kerajaan BN, menangkan Pakatan. syabas rakan2 UITM yang berani! 


barisan anak muda UITM yang berani. akan terus melawan arus karenah hipokrit



akta zalim. hutan. ladang lembu sharizat. balaci pencacai kepada rejim zionis.