Wednesday, June 6, 2012

mahasiswa, pilihanraya dan gila kuasa

saya cukup terkilan dengan sikap dan akhlak segelintir ahli persatuan islam universiti yg terus mengkritik pendapat dan kenyataan dikeluarkan kumpulan aktivis mahasiswa independen(KAMI) bahawa KAMI tidak akan ikut serta dlm PRU 13 sebagai calon.

ini jelas bercanggah dengan keputusan majoriti dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

saya berpegang kepada prinsip asas sosialis dalam isu bertanding dalam pilihanraya ini.  jangan gusar, KAMI bukan gay dan lesbian ;-)

isunya disini ialah, syarat dalam perjuangan bagi seseorang itu untuk bertandng dalam pilihanraya ialah, mereka mestilah telah berkhidmat di kawasan itu untuk tempoh setidaknya 5 tahun. jika tidak, samalah kita mcm UMNO yg tidak pernah buat kerja utk kawasan yg ingin ditandingi, tiba-tiba masa pilihanraya sibuk nak tunjuk muka dan nak jadi calon. itu satu masalah korporat ala BN. Ada juga diamalkan oleh segelintir pimpinan pakatan rakyat. ini adalah bodoh dan wakil rakyat itu memang bodoh.

secara jujur, ada seorang pemimpin KAMI dan LMP yang pernah dibawa berjumpa dengan pemimpin sebuah parti politik untuk dipelawa bertanding dalam PRU. kalau nak difikirkan "gila kuasa", sudah tentu keduanya menerima. Namun atas dasar sedar dan prihatin akan muafakat ini, keduanya menolak seraya meraikan pertandingan oleh yang lebih layak.

mahasiswa, walaupun kita merasakan kita adalah yang terhebat, namun tidak bermakna kita perlu bertindak seolah-olah kita sudah tahu dan punya segala. ada perkara yang kita perlu utamakan maslahah umum dimana masa depan masyarakat terletak dibawah pimpinannya yang lebih lama dan amanah dalam kerjanya. hak mereka yang sudah lama bekerja di kawasan pertandingan itu, hendaklah dihormati dan diberikan laluan. Jangan pula disampuk dengan tangan yang baharu tanpa ada niat untuk berkhidmat kepada masyarakat kawasan itu, secara tiba-tiba masuk ke lubuk dan membina "mahligai".

jika mahu bertanding, persiapkan diri dari sekarang untuk 5 tahun akan datang. nescaya, mahasiswa mampu membina nama dalam pilihanraya. mari. buat kerja lapangan dan berkhidmat untuk kawasan yang ingin ditandingi.

salam perjuangan, salam atas Baginda SAW dan Keluarganya.