Thursday, June 14, 2012

pimpinan pemuda PAS yang mula hilang arah???

Acap kali saya selalu mendengar sahaja kritikan daripada golongan muda ke atas kepimpinan pemuda PAS. kekadang terpalit terus ke atas nama Pemuda PAS secara total. saya selalu nak perbetulkan persepsi muda-mudi bahawa yang dikritik itu patutnya hanya pimpinannya sahaja, bukan seluruh pemuda itu.

dalam PAS, saya terlalu kagum dengan semangat Unit Amal.

saya tak seberapa kagum dengan Tuan Guru Haji Hadi selepas dia memegang jawatan presiden.

tetapi saya amat kagum dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

saya suka menganalisa. dari kehidupan awal zamannya Haji Hadi sebagai golongan muda dalam PAS sehingga zaman dia sudah tua dan berpangkat ini.

Haji Hadi dalam ceramah mudanya selalu sahaja meremangkan bulu roma saya kerana begitu semangat dan jitu ucapannya. pidatonya mencengkam segala keliling mata buat saya tak mampu lena mendengar "khutbah" itu yang sungguh membakar.

ah, ketepikan soal itu dahulu. saya bukan nak cerita pasal figura ini. saya nak bercerita mengenai "hilang arah" dewan pemuda PAS.

selaku sebuah badan yang besar dalam sebuah parti yang besar, Pemuda PAS seharusnya fokus mengenai isu yang prioriti. disamping bijak mem-fokus isu, adalah penting juga mengkaji rasional isu.

saya akui, saya bukan insan yang begitu educated untuk mengajar ini semua.

tetapi setidaknya, tidaklah kita kelihatan begitu dungu apabila berhadapan dengan situasi.

tindakan pimpinan Pemuda PAS baru-baru ini yang mengarahkan sekumpulan kecil pemuda PAS berdemo di hadapan kedutaan Syria  kononnya kerajaan Syria itu zalim akhirnya mendapat celaan orang ramai yang bijak pandai yang tahu secara lebih detail isu ini melalui IKHWANUL MUSLIMIN dan Saudara Mohd Sabu sendiri selaku timbalan presiden PAS.

terbaru sekali, malam tadi Tuan Timbalan Presiden PAS sendiri melontarkan sekali lagi isu Syria di Radio Bangsar Utama yang saudara-saudara boleh dengar melalui internet.

ini semua hasil daripada tidak ada muafakat dan kajian dalam barisan pemuda.

saya bersembang lama dengan tokoh pejuang mahasiswa (kini pegawai khas YB Azmin Ali), saudara Hilman Idham mengenai apa lemahnya pemuda dan mahasiswa hari ini khususnya daripada kelompok kumpulan Islam.

jawab Hilman, lebih kurang apa yang saya faham adalah daripada sudut strategi, kaji, selidik dan tiada muafakat kerana hanya fikir mereka sahaja golongan hebat.

ya...saya tahu ramai akan cakap bahawa Hilman adalah datangnya dari puak-puak bukan Islamis. Namun, untuk perhatian tuan-puan Hilman merupakan "budak surau" juga semasa di kolejnya di UKM. beliau memilih KAMI di kampus kerana beliau lihat apa tak kenanya dengan kumpulan Islamis pada masa itu yang tidak terbuka. Namun, saya percaya, setiap kumpulan ada kelemahannya tersendiri.

apapun, saya amat berharap agar kepimpinan pemuda Parti yang besar baik PAS dan AMK ataupun DAPSY serta Pemuda Sosialis agar sentiasa mengkaji isu dengan teliti dan begitu fantastik. mungkin hari ini masyarakat masih ramai lagi yang boleh percaya dengan demontrasi kita, tapi akan datang, jika kita berdemo untuk perkara-perkara bodoh macam ini tanpa mengkaji isunya dan pangkalnya, maka bila sudah pecah ruyungnya pastilah akan ditertawakan oleh masyarakat betapa dangkalnya usaha yang kita buat kerana tersalah isu.

P/s: daripada demo di kedutaan syria, baik demo di kedutaan myanmar yang sudah soheh membunuh umat Islam di Rohingya. di Syria, kesohehan masih belum ada. sekadar lontaran idea. :-)


demo di kedutaan syria baru-baru ini yang dipimpin oleh Nik Abduh . anggaran harakah hanya 100 orang., anggaran FMT hanya 300. ini sudah campur dengan kumpulan-kumpulan GAMIS. :-) 

maka....pihak2 mahasiswa dalam GAMIS pun pasti ada yang tidak setuju isu Syria kita patut salahkan Assad. :-) 

namun, mahasiswa/i GAMIS bukan sosialis seperti Assad, tetapi mereka sudah mula bijak menilai siapa Assad dan angkara siapa apa yang berlaku di Syria. anak muda, rujuk pada Hishamudin Rais untuk tanya isu Syria. atau boleh rujuk terus pada Mat Sabu Timbalan Presiden PAS.