Sunday, June 24, 2012

cerita duka rakyat biasa, sultan terkedu, pemimpin kaya tergeliat

syukur.

saya cukup rasa puas apabila setiap kali selepas habis ceramah, saya dapat menceritakan penderitaan dan keperitan yg berlaku ke atas rakyat.

saya juga merasakan, rakyat bawahan hanya terkesan apabila mereka mendengar sndiri tangisan dan cemikan daripada penceramah yg sama2 rakyat bawahan. mereka dapat menyelami itu semua apabila yg menyampaikan cerita derita itu adalah yg segolongan dengannya. berbeza dgn ceramah yg disampaikan para YB atau Dato. rakyat akan terkesan, tetapi rakyat tidak dapat menyelami "penderitaan" yg disampai dari cerita seorang berada.

saya berceramah di kedah mutakhir ini. tempat zulkiflinordin, azizan razak, semua saya pusing dijemput pakatan rakyat. saya berjaya lihat bahawa rakyat ada yg menitis air mata tatkala saya menceritakan apa yg berlaku ke atas golongan muda, tua, kanak2 dan wanita ketika Bersih 3.0. selain itu, cerita mengenai kezaliman dan kemiskinan juga menjadi poin utama dalam menyelami jiwa dan nurani sesama kita.

 
cerita ini , pemderitaan ini hanya dibenarkan dan disahkan oleh air mata rakyat. bergelumanglah najib dan para pemimpin BN dengan kesengsaraan satu hari nnt. para sultan juga tidak akan dapat menyelami kesusahan rakyat jika 24 jam masanya hanya di istana besar dan mewah tatkala rakyat masih dirumah usang dan papa.