Tuesday, June 19, 2012

Operasi 2020, seorang lagi mahasiswa akan jadi mangsa rakus Barisan Nasional

selepas digantung selama satu semester kerana Demo PTPTN, saudara Haziq yang juga merupakan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) kini berdepan dengan reman pihak polis dan para belasahan samseng UMNO kerana dituduh dimurkai Sultan.

tindakan Haziq merupakan manifestasi satu pendaman hati anak muda yang tidak berpuas hati dengan kekayaan seorang pemimpin yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi.

Haziq yang semakin lantang selepas digantung juga merupakan setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) dan kini sedang menjalani "internship" dengan sebuah firma guaman terkenal di ibu kota.

tindakan haziq turut diraikan oleh ramai lagi anak muda yang mengutuk tindakan seorang sultan di sebuah negeri yang telah membeli nombor plat kenderaan dengan harga hampir jutaan ringgit.

inilah barangkali "kebangkitan" yang sudah mula dibakar di pangkalnya dan akan merebak ke seluruh "batang"nya untuk meREVOLUSIkan Malaysia ke arah negara yang bebas pemimpin korup.

Hidup Rakyat, Hancur Korupsi!


saya dan Haziq(depan) ketika ditahan polis kerana menderhaka kepada ROSMAH. 

tapi kali ni Haziq akan kena tangkap kerana DERHAKA KEPADA SULTAN. hukhukhuk.

INGAT! OPERASI 2020 yang dijaja oleh Pro-M satu ketika dahulu? 

barangkali ini lah pelannya. 

Mahasiswa dan anak muda lantang akan ditangkap dan dipenjara. 

hmmm......