Thursday, June 21, 2012

Perbalahan Adalah Kerana Wujud Jemaah Yang Angkuh

Saya mula menyertai jemaah Islam atau lebih "liberal" jika saya sebut "persatuan Islam" secara rasminya pada    2009. ketika itu, saya memang lepasan sekolah Islam dan memang agak minat dalam bidang-bidang berkenaan perbandingan agama dan mazhab.

saya pun dengan takdir Ilahi, dipertemukan dengan jemaah Islam yang bernaung dibawah dewan pemuda PAS.

saya tanpa fikir panjang, amat merasakan satu penghormatan yang amat besar buat saya dari Ilahi untuk bersama dalam gerakan itu.

mahu tidak mahu, memang begitu banyak beban dan tanggungjawab. hendak-hendak lagi sebagai seorang "amir" dalam kampus tersebut.

tamat dan selesai dengan "kejumudan" sesetengah senior dalam jemaah tersebut di negeri sembilan, saya terus berkhidmat dengan sebuah cawangan PAS berdekatan kampus KUIM untuk membimbing adik-adik saya dalam jemaah dengan mempunyai koneksi secara terus dengan pemuda PAS cawangan itu. sayangnya, saya terpaksa mendaftar masuk untuk sesi ijazah sarjana muda di UITM.

di UITM, saya masih membukakan hati saya untuk gerakan itu. hinggalah saya dituduh sebagai pembawa ajaran sesat ke dalam jemaah, saya pun mengeluarkan diri dari kepompong dan belenggu kebejatan segelintir  kumpulan yang mengaku sebagai pimpinan gerakan Islam(peringkat kampus dan negeri).

saya pernah dibawa berjumpa dengan beberapa orang pimpinan PAS di peringkat negeri(kedah) ketika itu dan barangkali, ada harapan untuk "pergi jauh" dalam jemaah kampus ketika itu.

Walaubagaimanapun, setelah melihat sendiri bagaimana akhlak dan sikap sebahagian besar pimpinan pemuda ketika itu, saya mengambil keputusan untuk "beruzlah" sehinggalah saya "kembali" semula dengan kajian dan selidikan saya seterusnya berjumpa dengan komrad-komrad daripada KAMI.

saya nak petik disini, pimpinan jemaah Islam khususnya yang mengaku diri mereka sebuah "harakah", tak perlulah nak berangkuh diri dan bersombong dada kerana Islam hanya tinggi martabatnya pada sikap dan akhlak pimpinan  yang zuhud dan zahir serta batin yang suci bersih dari dendam dan hasrat mencantas orang lain.

buat para mas'uliyyah di dalam peringkat jemaah kampus, ketahuilah bahawa kumpulan yang anda pimpin adalah kumpulan yang kecil(sama kecil macam kumpulan liberalisasi lain) dan tidak mampu untuk memberi ancaman kepada rejim taghut yang ada atas muka bumi ini. justeru, bersikap mulia dan murnilah dengan gerakan-gerakan yang lain yang tidak berdiri di atas dasar Islam secara formal tetapi bersikap "islam" dalam perjuangan. kesatuan menjamin kesejahteraan. ketepikan dasar agama dan pegangan. yang penting, prinsip perjuangan!


salam KONGRES MAHASISWA NASIONAL 2012. Yayasan Selangor. 23 jun . Petaling Jaya. Jam 9 pagi. jumpa wakil KAMI disana. :-)