Tuesday, July 3, 2012

Isu Syria bukan main diangkat lagi, isu Myanmar dan ISA tidak ada siapa peduli

walaupun demo di depan kedutaan Syria hanya dipenuhi kurang 300 orang anjuran pemuda PAS pada bulan yang lalu, namun, jelas menunjukkan golongan-golongan seperti ini ada mentaliti tertentu hinggakan hilang selera mereka untuk memperjuangkan isu yang lain.

saya penyokong tegar pakatan. lebih Pakatan daripada Pakatan. cumanya....saya kurang selesa bila perjuangan hanya memperjuangkan isu tertentu. itu sudah tidak adil dan double standard.

isu Myanmar adalah isu jiran kita. tidak jauh dari kita. berbanding Syria, negaranya jauh dari kita, akses media pun tak tentu dapat masuk sekiranya bukan dari Amerika atau konco Israel. setiap sumber berita yang keluar dari Syria adalah datang dari Zionis. Jadi, memang tidak soheh segala berita mengenai Islam yang datang dari Zionis.

masih ingat kan tragedi orang putih dipancung di Iraq? selepas didedahkan, rupanya orang amerika sendiri yang pancung orang putih tu. kemudian Amerika tuduh itu kerja Ahlul Sunnah(al-Qaeda) sedangkan Ahlul Sunnah tidak pernah mengajar memancung orang seperti itu.

begitu lah juga apa yang berlaku di Syria, untuk melagakan antara mazhab, dia katanya yang bunuh orang syria tu Syiah, sedangkan Assad bukan Syiah tapi ethist(alawiyat). alawiyat adalah satu kepercayaan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. malahan, bukti persenjataan juga masih tidak jelas. senjata-senjata banyak dibawa masuk oleh parti pembangkang di Syria yang dibekalkan oleh dua kapal besar amerika yang masuk dua minggu sebelum berlakunya "kebangkitan"

apapun, orang Islam di malaysia perlu bijak. lebih-lebih lagi dalam gerakan Islam terkemuka. fokus pada isu dalaman kita dahulu kerana tahanan ISA kita tidak jauh teruk layanannya berbanding orang-orang di luar sana. namun, perlu fokus dalam bawa isu ni. selain daripada mengutamakan yang lebih penting daripada yang penting.

sumber sebuah jemaah islam di myanmar melaporkan sudah hampir 30,000 orang dibunuh dalam tempoh 10 tahun ni . apa tindakan kita?


pimpinan KAMI dan SIM ketika mendengar penerangan daripada gerakan mahasiswa pattani mengenai penindasan yang berlaku di pattani. apa tindakan kita? sebelah malaysia je pun. mana demo oleh jemaah islam di Malaysia? puih.