Tuesday, July 24, 2012

UITM bakal buat lonjakan

ramai orang berbicara bahawa UITM adalah benteng pertahanan kukuh bagi menyemai semangat ke-UMNO-an dalam diri individu terpelajar bergelar mahasiswa. 


mutakhir ini, tiba-tiba ada ramai orang SMS saya kononnya mengaku sebagai pelajar UITM dan memberitahu bahawa mereka di UITM masih menyokong UMNO. 


namun, ini buktinya UMNO di UITM semakin takut. kalau betul mereka kuat, mereka tak perlu takut dengan kempen anak muda masuk UITM memecah tradisi. :-) 


dan kalau betul mereka kuat, mereka tak perlu SMS pada saya dan beritahu itu semua. hahaha. itu semua menguntungkan Ananda Krishnan sahaja di Maxis. hahaha


sejak beberapa bulan lalu, apabila saya mendapat keputusan bahawa saya digantung selama setahun setengah, tiba-tiba kuasa pengaruh "jahat" saya terus datang mencurah-curah. 


ramai budak-budak muda UITM datang dan ingin berjumpa. bersembang. minum teh dan lepak bersama di kedai-kedai mamak sekitar shah alam dan seluruh negeri dalam Malaysia yang saya kunjungi. 


mereka tampak begitu kagum apabila ada dalam kalangan pelajar UITM yang rela dihadapkan dengan risiko pergantungan atau buang universiti. mereka pada mulanya memang takut. tetapi sekarang, mereka sudah mula menubuh persatuan "bawah tanah" bagi menggerakan idealisme muda mahasiswa untuk hak-hak mereka. 


semua maklum bahawa UITM merupakan universiti majoriti Melayu. dan ini mampu memberi impak terbesar dalam komposisi undi di malaysia apabila mahasiswa-mahasiswa UITM sudah layak mengundi. 



bermula dengan Shah Alam, apabila Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) dilancarkan dalam UITM itu sendiri di Shah Alam, berpusu-pusu penyertaan ke dalam KAMI dan kesukarelawanan mereka dalam menyertai KAMI yang sememangnya tidak mengajak mahasiswa untuk masuk dengan membayar setiap yang masuk itu wang ringgit atau hadiah-hadiah seperti yang dilakukan oleh kelab-kelab UMNO. 

kemudian, UITM Melaka, negeri Sembilan . ini diikuti dengan UITM pulau pinang dan penubuhan Angkatan Mahasiwa Insaf UITM Perak. di UITM Kedah ada persatuan berunsur PAS tetapi agak lambat. Namun, pokoknya sudah ada. di UITM Sabah juga dan di UITM setiap cawangan. insha allah jika sempat dalam tahun ini, kita try bukak di UITM Johor. 

ini semua satu pembaharuan. barangkali inilah TAJDID dalam perjuangan mahasiswa.

saya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang banyak membantu dan juga kepada Naib Canselor UITM sendiri yang begitu supportif :-) dalam menimbulkan isu-isu berkenaan "kita" semua. 

senior saya di fakulti undang-undang

pelajar fakulti undang-undang UITM SHAH ALAM bersama Karpal Singh dalam satu siri perbicaraan membabitkan Karpal Singh dan dikagumi penuh anak-anak Melayu UITM

ini lah fakulti saya. sekarang digantung kerana Sahol hamid mahu beri saya peluang timba ilmu dalam konteks pilihanraya dan politik sebenar. terima kasih ayahanda. saya akan terus berbakti untuk UITM di luar sana. :-) 




syabas anak-anak UITM. 


p/s: untuk masuk fakulti undang, pointer dan MUET nak kena tinggi , so, berjuanglah di asasi. uitm boleh.