Saturday, July 28, 2012

mendekatkan kita pada ROHINGYA

Rohingya satu kawasan penempatan antara bangladesh dan myanmar. 


gerakan Islam di Myanmar memang boleh dikatakan "tiada" kerana mereka duduk di bawah pemerintahan junta yang sememangnya takut dengan penubuhan gerakan atau kumpulan. jadi jangan sedih jika di Myanmar umat islam nya mungkin tidak kenal apa itu jemaah dan apa itu harakah. 


namun, ada sekumpulan dua yang boleh kita harap dalam misi memperjuangkan nasib umat islam disana. 


di Rohingya bukan kisah hanya orang Islam dibunuh. disana ada juga pelbagai agama lain yang dibunuh. ini adalah kisah pergaduhan etnik, bukan agama. 


banyak sumber berita menyalahkan agama. salah. sebenarnya ini semua salah satu sifat "nasionalime" yang menebal. sikap rasis. sikap berpuak dan assobiyyah. 


dalam misi memahamkan apa itu ROHINGYA dan segala macam tragedi menimpanya, maka satu kumpulan liberal perlu dilahirkan. 


kita sudah tidak perlukan kumpulan yang bernaung dibawah nama Islam tetapi hanya untuk kejar pangkat dan nama. 


kita sudah tidak perlu kumpulan Islam yang mengguna nama suci Islam itu untuk terpampang di media dan hi-jack perjuangan puak lain sahaja. 


dunia mahasiswa, anak muda, banyak melatih dan bertatih akan realiti ini. 


banyak kumpulan-kumpulan Islam begitu dangkal. maaf saya cakap tapi saya pun bertahun dalam puak itu. tidak kurang sifatnya dengan "assobiyyah" yang ditutur nabi saw dalam hadis riwayat muslim itu. 


Bangladesh ada sebuah gerakan Islam yang bernaung di bawah Ikhwan jika tidak silap saya. namun, mereka kekal seperti PAS di malaysia iaitu "assobiyyah". maaf saya cakap tetapi keluarga saya semuanya PAS dan saya paham apa itu PAS memandangkan saya juga pernah menjadi ahli PAS sejak saya baligh. 


sebab itu, sekarang, para penggerak massa dan penggerak segala daya juang dunia sedang dilatih dan bertatih. 


mereka sedang "kita" bawa ke hadapan para pemuka perjuangan yang tidak kenal apa itu erti asobiyyah. 


Dr Tareq, Syaikh jaafar, Nik Adli dan lain-lain akan terus kita semai semangatnya. semangat menjuang bara perjuangan liberalisasi. 


dalam ke arah satu bentuk pemikiran liberal, kita perlu berterima kasih kepada mereka yang menjulang semangat "kebebasan mutlak" seperti team Uncle Seeker, Fahmi Reza, Ambiga dan Loyar Buruk. 


moga dilahirkan segala hak ini dalam bentuk kedamaian antara pemikiran dengan mengenepikan sektarian dan semangat meroyan. 


liberalis utk Malaysia! 

gua sudah mati. tapi tengah try hendak hidup kembali.