Sunday, July 1, 2012

perjuangan Islam & keadilan dan ditahan ISA

22 tahun saya di atas muka bumi, memang saya serasi dengan jemaah-jemaah Islam ni. khususnya dalam PAS kerana seluruh ahli keluarga saya PAS. kecuali saya yang masih bingung untuk memilih parti apa yang saya hendak.

saya kagum dengan penggerak-penggerak parti Sosialis di Malaysia. mereka ditahan ISA, dipinggir tetapi tetap konsisten dalam perjuangan. walaupun ada beberapa perkara yang tidak enak dalam perjuangan parti itu seperti hak LGBT dan seumpamanya, namun saya masih meletakkan dalam benak hati saya tidak ada parti yg lebih baik daripada PSM itu berbanding parti lain yg turut sama berjuang bukan atas dasar Islam.

saya masih terus mengkaji dan mengkaji.

3 hari saya di Kelantan. antara yang saya rapat dengan kawan-kawan di Kelantan ialah Pegawai khas kepada seorang exco negeri. dia banyak anjurkan program anak muda untuk anak-anak muda kelantan. ceramah umum dan sebagainya. dia banyak ketengahkan golongan siswa. kalau saya highlight nama dia nanti, takut dia kena cop syiah pulak. huhu.

pada satu waktu petang ketika saya di kelantan, saya bersama rakan-rakan seperjuangan berusrah santai dengan seorang bekas pimpinan PAS negeri kelantan. pernah menjadi orang kanan dalam PAS dan ditahan ISA dua kali termasuk bersama-sama dengan Dr Nasir dan mat Sabu. beliau adalah ustaz kamaruzzaman atau dikenali sebagai Abu Turab. kini keadaannya sudah tidak berapa sihat. tapi suaranya, kerasnya masih seroang pejuang yang kental dan keras melawan musuh. tegasnya, masih sama seusia mudanya. rugilah anak-anak muda kelantan tidak  meluangkan masa ambil ilmu daripadanya.

siapa nak tahu apa isi usrah, kena sembang ngan aku kat RFC seksyen 7 ok. belanja aku chicken delight A satu set. hahaha.




adakah anda tahu bagaimana penyeksaan tahanan ISA?

mereka diliwat, dibelasah hingga kaki dan tangan patah, berdarah dan mulut disumbat dengan air liur. 

amaran buat anggota polis yang didalam kem tahanan, jangan sampai rakyat marah seperti Mesir. amaran! malaysia ini bukan lama sangat. tak lama lagi rasakan lah kau. '