Thursday, July 19, 2012

Mat Sabu ajak anak muda masuk UMNO, Fathul Bari ajak anak muda tolak pemimpin ganas

malam tadi seperti yang saya janji dengan kawan-kawan, saya dan isteri hadir ke FORUM ISA yang menampilkan bekas tahanan , ahli keluarga tahanan dan para peguam serta pendakwah ganas Ust Wan JI. 


antara bekas tahanan ISA yang juga pimpinan PAS pusat, Saudara Mohd Sabu, menerangkan mengenai pentingnya anak muda bangun dan bangkit melawan rejim tak kiralah rejim itu si najib razak atau si anwar ibrahim jika dia jadi PM nanti. 


anak muda menyambut baik saranan Haji Mat itu dengan bertepuk gemuruh. 


SB mula bimbang dan takut kerana kalau anak muda tolak najib, dan nanti anak muda juga tolak Anwar, maka anak muda nak pilih siapa jadi PM? nanti tak da PM, polis nak makan apa? hahaha


jadi...jangan risau kerana Khalid Ismath akan jadi PM melalui kerajaan langit. hahaha. 


apapun, inilah pemimpin yang kita hendak dan mahu. 


pemimpin yang ajak rakyat untuk menilai melalui keadilan dan kesejahteraan rakyat, bukan kesejahteraan peribadi. 


kalau orang salah kita tegur dan lawan, kalau dia salah pun suruh orang tegur dan lawan dia. 


inilah pemimpin hebat dan cool....


dalam perkembangan berkaitan, semalam juga, Fathul Bari berdebat dengan Nasrudin Tantawi. maka Najib lagilah bimbang. kerana semakin ramai budak UMNO menentang pendirian Najib supaya jangan berdebat. 


semalam dilaporkan Najibul Ghunnah itu terkencing kerana takut selepas ini kalau semua pimpinan UMNO pilih untuk berdebat, maka tinggal dia saja yang belum berdebat, maka akan tewas lah dia di ranjang perdebatan, bukan di ranjang katil. 


Fathul Bari mengajak kita supaya jangan ikut pemimpin ganas dan yang menimbulkan fitnah. saya bagi contoh,  macam kerajaan Islam Arab Saudi. kerana Arab Saudi bertanggungjawab membunuh ribuan rakyat Bahrain dan juga mengamalkan diskriminasi mazhab. serta para pemimpinnya kaki perempaun dan kaki botol. buktinya, search saja di youtube. 


apapun, Iran masih mengekalkan entiti keislaman yang hebat yang begitu dikagumi Fathul Bariah Awang Mahmud. 


selamat berdamai sunni - syiah. kita bersaudara, hapuskan zionis di serata dunia. menanti zuhur imam mahdi. tapi bukan di putrajaya. ;-) putrajaya tu Imam Mahdi dari zimbabwe. hahaha!


mat Sabu, semakin famous bila difitnah sesat. hahaha

depan sekali adalah ayahanda dan ibunda tahanan ISA. thiqqah dalam perjuangan. allahuakbar! 

belakang tu bini aku. 

anak muda yang anti-syiah telah menjadi syiah selepas disihir oleh aku di KLSCAH. mujur aku belum syiah. 

epul kojack, tahanan ISA Mahasiswa di KL Sentral minggu lalu bergambar bersama Mat Sah tahanan ISA 7 tahun yang dibebas 2 tahun lepas

ini bukan menderma, tapi bagi kad ucapan memaki BN

dua orang anak kecil ini dimana-mana program ISA mesti ada. malulah kalau yang dewasa tak mau turun bagi sokongan untuk thanan ISA. syabas ABAH ANAS kerana berjaya mendidik anak kecilnya cintakan perjuangan. Abah Anas tidak Syiah. tetapi thiqqah dalam perjuangan. 

GAMBAR EHSAN DICURI DARIPADA @Abah Anas Pas Gombak dan @Azmi Mohd Noh Pas Ampang