Monday, July 9, 2012

KAMI, persatuan mahasiswa yang menghasut dan mencemar kem Kamunting

pada semalam, 8 julai 2012. dalam keadaan ahli KAMI sedang ber-final exam di UITM, lepak-lepak malam peperiksaan itu menjadi satu amanah buat para ahli KAMI untuk merealisasikan satu desakan bagi mewakili suara mahasiswa yang tunggal dalam mempertahan tahanan ISA daripada dibelasah.

belum ada sebelum ini mana-mana persatuan mahasiswa atau anak muda yang berani menganjurkan secara tunggal protes dihadapan KEMTA KAMUNTING. cadangan saudara Haziq selaku presiden KAMI ada disambut dengan takut-takut berhadapan tangkapan atau terus disumbat ke dalam KEMTA.

namun, atas muafakat ahli KAMI dan segala "training" yang disumbang dan dilatih oleh pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat dan sedikit sebanyak pendedahan perjuangan penggerak PARTI SOSIALIS, maka KAMI tidak mahu sia-siakan hasil didikan selama lebih setahun dibawah para pelatih yang telah menyaran dan menyumbang cara strategi dan gerak kerja untuk pergerakan ahli KAMI.

akhirnya, semua ahli KAMI dengan berani dan tegas akan berdemo dan akan membakar gambar Hishamudin Hussein di hadapan pagar KEMTA seperti yang dirancang.

sengaja mahu tunjuk betapa benci anak muda dan mahasiswa pada kedua-keduanya ini. syukur, kali ini program KAMI adalah anjuran tunggal KAMI tidak ada kerjasama dengan mana-mana organisasi kecuali mendapatkan sokongan untuk hadir dan beri informasi dalam ucapan.

maka, segala tindakan adalah bukan tanggungjawab GMI atau SUARAM. tindakan membakar adalah kerja KAMI sepenuhnya . huhu. tidak mencemarkan mana-mana nama NGO atau pertubuhan.

selain itu juga, tindakan membakar ini pastinya tidak akan mencemar nama baik SMM kerana kali ini KAMI membawa nama sendiri dan tidak mengguna nama SMM. :-) walaupun ada dalam kenyataan yang mengatakan SMM yang menganjurkan , sebenarnya protes ini adalah SOLID anjuran KAMI dan KAMI sendiri yang handle bersama AMK dan PAS di perak.

segala tindakan "buruk" pihak KAMI tidak akan menjejaskan nama GMI atau SUARAM atau SMM.

terima kasih DAP Perak bersolidariti dan kerjasama dengan KAMI

ustaz abu turab. pendorong keberanian anak muda KAMI. tahanan ISA Operasi Lalang. 

pengerusi GMI turut hadir meraikan. 

KAMI selamanya di hati. 



malam sebelum bertolak ke Perak. KAMI ke Pandan bersama team Rafizi dan Thamrin Ghafar Baba

menghasut untuk protes. beri penerangan khas./ 



Leman Raja Lawak support protes ISA anjuran KAMI

Haziq juga memberi hasutan. 

makan-makan sambil mendengar petua dan nasihat orang lama dalam UMNO , Thamrin Gahafar Baba(anak Tun Ghafar baba) dan bekas timbalan menteri pendidikan. 

Hairie sokong protes KAMI mansuh ISA

Abby Abadi turut hadir dan bersama KAMI dalam majlis kutipan dana untuk keluarga tahahan ISA anjuran KAMi nanti

Aiman, srikandi KAMI. 

pemimpin AKSI MAHASISWA PEDULI bersama dalam protes KAMI

Aiman Razab mangsa KUIN 5  turut hadir dan beri hasutan 


ISA sudah tidak RELEVAN. KAMI akan turun ke setiap daerah bermula dengan KLang untuk kutipan dana serta malam munajat mansuh ISA anjuran SOLID KUmpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI)