Tuesday, May 29, 2012

ulamak PAS menjulang Abu Nawas

seperti yg saya maklumkan semalam, saya menggantikan YB AmIR SHAARI adun batu cave dalam sebuah ceramah Pas di taman melewar. Pas kawasan batu mmg terkenal dgn YDP nya yang bekas anggota pasukan pejuang yang melawan british ketika dlm satu kumpulan haluan kiri yg sering dikategori sebagai komunis. famous beliau. beliau lah cikgu ishak surin. semua org lama pasti kenal mereka. so,siapa kata komunis mesti ethist?

semalam saya bergerak dengan abu nawas[ siapa tak kenal blogger ini. individu yg setanding dengan rektor universiti al-azhar tahap penulisannya dalam politik] dan juga abg mie patah dan rakannya seorang anggota khas unit amal.

gambar-gambarnya boleh kita lihat sekejap lagi.

dalam ceramah malam tadi,saudara subky latif,bekas pengarang kanan utusan semasa zaman PM ke 2, yg juga kini sebagai salah seorang pengarang kanan di harakah, menegaskan mengenai perjuangan revolusi di mesir yg dikelola ikhwan muslimin. di mesir, penyeksaan pemerintah adalah lebih kejam. akibat dari kekejaman itu lah rakyat sudah tidak hormat dgn pemerintah. jadi, marilah kita lawan pemerintah yg zalim sehingga jatuhnya dia. perjuangan kita ini hanya baru ibarat hujung kuku jika nak dibandingkan dengan perjuangan ikhwan di mesir. justeru, ayuh kita tingkatkan mutu perjuangan kita lillahi taala asalkan umno dikuburkan.

kelihatan blogger abu nawas bersama hj subky.

bersama veteran2 PAS
ber

Monday, May 21, 2012

kasihan pada mereka...

menghina agama lain adalah dilrang dalam agama Islam. ini jelas dalam surah alkafirun. jadi, saya percaya mereka semua didalam video ini yang menghina agama selain Islam adalah mereka yang sudah fasik. ya, memang fasik. lihat sahaja muka-mukanya, muka fasik.

saudara boleh dengar di awal video bagaimana mereka menghina agama hindu.

rupanya begini lah cara UMNO mendidik pengikutnya dengan "ISLAM dan MELAYU".

SAUDARA sila tonton video yang saya link-kan dibawah ini:

VIDEO PENYOKONG UMNO HINA BANGSA DAN AGAMA LAIN(klik)


amat memalukan bukan? saya tak mau mengaku saya melayu jika begini akhlaknya dan didikannya yang UMNO cakap MELAYU. booo.

Tuesday, May 15, 2012

kisah tentera perut buncit

saya yakin dan percaya, pasukan tentera sentiasa teguh menjaga keselamatan negara.

tapi saya tidak yakin bila tengok ada pasukan tentera yang berperut buncit. hendak-hendak lagi menimbulkan provokasi dihadapan rumah orang awam. di kawasan taman perumahan.

saya tak kisah kalau ada anggota tentera mahu guna dadah atau alkohol. itu urusan dia dengan tuhan.

tapi kalau dah sampai menimbulkan gangguan kepada orang awam, memang lah menjadi satu perkara yang patut dijadikan isu moral yang besar.

senaman punggung yang dilakukan pasukan tentera siang tadi dihadapan seorang wanita adalah jelas menjatuhkan reputasi perdana menteri dan juga pasukan bekas tentera.

memang betul, bahawanya kumpulan bekas tentera yang buat senaman punggung dihadapan rumah ambiga itu hanya dalam sekitar 10 orang. mereka tidak mendapat sokongan para pesara tentera. kesian mereka. namun, masih, apabila mereka mengguna nama suci pasukan tentera itu, mereka telah mempersenda kemurnian pasukan penjaga keselamatan negara yang terletak dibawah mandat Yang DiPertuan Agong itu.

saya pun tak faham apa nak jadi dengan UMNO. sudah lah pada tahun 1993 mereka melucut kuasa besar raja-raja Melayu, kini mahu mencemarkan institusi diraja pula. hmm....

bertawassul kita tumbangkan Barisan Nasional.

video senaman bontot 10 orang bekas tentera perut buncit itu boleh diambil dari sini: (KLIK)

pasukan tentera wanita di Iran. mana ada lagi negara Islam yang punya pasukan tentera sehebat ini. KEMENANGAN KE ATAS IRAN!



Amalan semasa dalam lokap dan tahanan

Dalam berita ASTRO AWANI sebentar tadi ada diberitahu bahawa polis malaysia akan mulakan kerja-kerja menangkap dan memburu 120 peserta BERSIH yang dipapar dalam UTUSAN dan akhbar-akhbar UMNO lain bermula hari ini. oleh yang demikian, ada beberapa nasihat untuk amalan yang bakal bergelar tahanan. 

pertama, 

1) dalam lokap jangan lupa solat. tak ada jam dan tak nampak siang malam bukan alasan. ikut gerak hati bila agaknya masuk waktu. 

2) bagi yg dilokap bersama tahanan jenayah lain seperti penagih dadah, pencuri dan perogol, sila pastikan kerja-kerja dakwah islamiah dapat berjalan dengan baik. cuba sedaya upaya menghasut mereka menjadi baik dan beriman serta bertaqwa. oh ya, selitkan juga pasal mengundi pakatan rakyat. dapat pahala. huhu. 

3) mulut jangan lepa daripada bersolawat dan bertawassul. minta pada Tuhan dan minta belas syafaat para maksumeen supaya sentiasa dianugerah kekentalan. 

4) makan dan minum lah jika diberi. kalau tak beri, biarkan sahaja anda mati dalam tahanan. bila anda mati, pasti akan ratusan ribu membela anda dalam pilihanraya nanti. hihihih. 

5) pastikan anda ada peguam. boleh hubungi nombor kumpulan peguam LFL yang bekerja siang malam demi kebajikan para tahanan politik. sila rujuk akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru untuk mendapatkan nombor mereka. 

6) pastikan anda maklum jam berapa anda ditahan dan jam berapa anda dibebaskan. ini kerana ada kes sebelum ini pihak polis menahan secara tidak sah. 

oleh yang demikian, setelah anda keluar dari lokap, pastikan anda cerita jenis apa penderaan yang berlaku ke atas anda. saya yakin pihak polis sentiasa berhemah dan adil dalam menjalankan tugas mereka. 

anda adalah pejuang wahai semua tahanan BERSIH. 


kita tidak akan lupa ini. 

dan ini...

as-syahid BAHARUDIN (bersih 2.0) 

harapnya polis bertindak dengan hemah dan islamik. 



Monday, May 14, 2012

pimpinan mahasiswa GAMIS di UIAM menebal muka tahan malu?


KUIN 5 telah terbukti di mahkamah bahawa hukuman ke atas mereka adalah perlu dikaji semula bermaknan mereka tiada bersalah. ini diputus oleh hakim pada 10 mei lalu.

macam mana pula dengan kenyataan pimpinan GAMIS di UIAM ini yang pada masa itu memperkecil usaha melawan kerajaan negeri kedah yang menggunakan akta zalim ala BN UMNO ini?

adakah dia masih bertegas bahawa kuin5 wajar dikenakan hukuman hanya semata-mata kerana "perlu akur"?

wallahuaklam.


Najib Tun Razak "diserang" di England

setelah beratus ribu rakyat berani turun ke ibu negara diatas jalan raya menuntut supaya kerajaan BN melaksana sistem pilihanraya yang adil dan bersih, belum reda pun lagi isu itu, Najib terbang ke England sebuah negara yang pernah menyambutnya dengan KUNING.

hal ini bukan sahaja menyebabkan Datuk Seri Najib demam kuning, malah merimaskan dan meramas kepala otak pemikiran beliau untuk menentukan tarikh pilihanraya.

saudara-saudara boleh tonton disini betapa rakyat sudah begitu meluat dengan kepimpinan negara. kerana apa?

kerana apa berlaku ini?

kerana apa semakin ramai rakyat berani melawan?

tepuk dada tanya selera.

kita orang beriman.

KLIK UTK TONTON: (picket in 02 arena)