Monday, July 14, 2014

harapan rakyat selangor jika Azmin jadi MB

Dalam post-post yang sebelum ini lagi, saya amat tidak bersetuju jika wan azizah menggantikan Khalid Ibrahim. 

Dan calon yang ada hanya dua. sama ada azizah, atau azmin. 

6 sebab utama mengapa Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan daripada takhta MB telah pun saya tulis dalam post-post yang lalu. boleh baca sini: "kenapa saya suka MB selangor ditukar?"

Khalid Ibrahim banyak bertindak angkuh. mengenepikan suara rakyat dan menafikan hak para aktivis yang berlainan pendapat. 

saya yakin, jika Azmin menjadi MB, maka dia dilihat lebih mudah menerima idea dan pendapat orang berbeza kerana kemahiran politiknya. 

Namun, apabila Azmin Ali menjadi MB, rakyat hanya harap satu sahaja. satu sahaja perkara yang akan membuatkan akar umbi kekal dan setia untuk mempertahan negeri Selangor. 

apa dia?

Bela nasib aktivis yang dianiaya

bela nasib marhaen tertindas

kurangkan beban rakyat dengan hapuskan apa yang dibuat Khalid Ibrahim selepas PRU 13 lalu:

dizaman khalid ibrahim:
-peningkatan cukai, 
-bayaran parking majlis perbandaran, 
-saman dan rampas peniaga2 kecil 
-menafikan peruntukan diminta kumpulan kebajikan dan hak asasi
-menafikan rakyat dan menangkan exco yang membuat kesilapan ke atas rakyat
- tidak turun padang
- meremehkan pandangan akar umbi 
- angkuh dan sombong dengan orang kebanyakan

jika azmin  berjaya menghapuskan ini semua daripada pemerintahan kerajaan selangor, sudah pastinya rakyat akan menilai azmin sebagai MB yang baru dan membawa nafas baru kepada mereka dengan mengagungkan rakyat

jika azmin gagal menunjukkan keteladanan ini dalam tempoh 3 bulan, maka team khalid ibrahim ataupun rakyat marhaen akan menilai Azmin sama sahaja seperti Khalid

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago melawat dan mempertahankan peniaga2 kecil. inilah antara yang membuatkan rakyat tertarik. 


"semua tu berlakon saja"....

siapa dia Pak Bakar? 

tanya sahaja Haji Hadi, tanya saja Mat Sabu, Tanya saja semua pemimpin PAS yang ada di atas hari ini, semuanya kenal bila sebut nama Abu Bakar Haqq

itulah yang bapak saya kata. dan saya sangat meyakininya setelah saya kenal Pak Bakar. 

Pak bakar telah bersara dari Parti. 

kerana Pak bakar ada pendirian yang tersendiri. 

Ayah saya selalu cerita; 

Pak Bakaq ni adalah "sumber" kepada segala pengisian ceramah mat Sabu satu ketika dulu. 

malah, bukan mat sabu saja, ramai lagi pemimpin akan bertanya soal isu kepada pak bakaq kerana Pak Bakar merupakan antara orang yang paling banyak membaca dalam PAS.

sebelum kerajaan meluluskan sesuatu buku itu haram atau halal dibaca, Pak bakaq la orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk membaca buku2 tersebut dan meluluskan pengisian buku2 tersebut. 

duduk dibawah kementerian dalam negeri. 

orang yang banyak membaca akan mempertikai golongan ustaz yang hanya pandai berceramah seperti Dr Asri ini. 

Dr Asri, Dr Fathul Bari, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar idrus, semua sama sahaja

asal ada duit, siapa bayar, itulah bosnya. 

saya lebih percaya kepada ustaz2 ISMA kerana sekurang-kurangnya mereka ada prinsip yang jelas dan tegas! bila mereka tak suka cina, mereka betul-betul nak lawan cina. 

tapi ini tidak lah sihat. namun, apa yang saya nak tekankan ialah, prinsip. 

nah, lihat lah gelagat ustaz yang tak pernah tahu pun sejarah dunia, hanya pandai cakap "kafir, Islam, Yahudi, Syiah, sesat, Haram, Halal, Sah, Batal". inilah perangai golongan ustaz. 

asal ada duit masuk, itulah bosnya. 

kah kah kah! 

Babi pun boleh jadi halal. !!! kah kah! 

berikut dari FB pak bakar komen mengenai pendapat Dr Asri mengenai Iran


16 hrs · 

Sebelum ni Mamat ni bawa cerita Syiah curi kasut untuk membuktikan Syiah tak wujud di zaman Nabi.
aku hantaq kemusykilan ke atas cerita tu melalui whatsapp kepada seorang Ustaz dan minta forward kat dia sebab aku memang tak suka berdebat bab ni. aku tanya betui ka yang dikatakan ulama Syiah tu kata Syiah tak wujud di zaman Nabi sedangkan ia sangat bertentangan dengan dokumen sejarah orang2 Syiah dan ada hadith Nabi dalam riwayat Sunni mengenai pengikut2 Ali (pengikut dalam bahasa Arab, syiah)
Ni ada lagi pulak pendedahan hebat dia. aku nak kata apa, dia ulama, bekas mufti. Professor madya pulak. Bercakap mesti pakai ilmu, fakta dan bukti. Tak pa la, kira memang betui apa dia cakap sebab...
Enam biji helikopter tercanggih Amerika pada masa itu yang berkecai di padang pasir Tabaz di awal Revolusi Islam dulu dan tak dapat menyerang Tehran - semua tu berlakon ja...
Beribu2 tentera HizbuLlah bertempur dengan Israel gugur syahid dan ditawan, ada yang sehingga kini - semua tu berlakon ja..
Kuasa2 besar dan hampir satu dunia sokong dan memberi segala bantuan kepada Saddam serang Iran dalam perang lapan tahun dari September 1980 hingga Ogos 1988 - semua tu berlakon ja.
Kapal perang Amerika USS Vincennes tembak jatuh penerbangan awam Iran Air (IR 655) ketika berlakunya Perang Iraq Iran sehingga mengorbankan semua 290 orang penumpang dan crew - semua tu berlakon ja...
Sekatan ekonomi ke atas Iran yang diketuai Amerika Syarikat sejak 1979 dan dikuatkuasakan pula oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2006 yang memberikan kesan yang sangat buruk kepada ekonomi Iran - semua tu berlakon ja..
Berbilion dollar duit dan harta Iran (sekarang nilainya mungkin trilion dollar) yang dibekukan sejak Revolusi Islam oleh Amerika dan sekutunya semua itu lakonan sahaja..
Sekatan penjualan senjata ke atas Iran sejak hujung 70-an sehingga kini semua tu saja2 ja sebab nak bagi motivasi kat Iran supaya pandai buat senjata sendiri... Maklumlah, pakatan syaitan
Kenyataan Hamas dan Jihad Islami bahawa hanya Iran dan Syria yang membekalkan senjata kepada perjuangan rakyat Palestin menentang Israel semua tu bohong dan rekaan ja...
Arlino Sudanyo's photo.

YA... SEMUA ITU BERLAKON SAHAJA.. KAH KAH KAH! 
tak masuk kelas dan kuliah kat UIA tu pun berlakon saja...
Kah Kah Kah. 

iklan: rumah untuk disewa house for rent

tingkat 4, bukit OUG Condominium

2 rooms and 1 bathroom

2minute to LRT 

swimming pool, mini market, clubhouse,

15  minute to UNIVERSITY MALAYA
10 minute to midvalley

20 minute to KL SENTRAL


RM 900 per month rental

deposit 2 + 1

utility half month rental

sms to 0102759683 khalid

Monday, July 7, 2014

kenapa saya suka MB selangor bertukar?

Desas desus mengenai pertukaran MB selangor amat mengujakan saya. saya suka betul bila tengok orang politik ini bertelagah. sekurangnya boleh jadi penghibur hati yg duka.

bukan apa. bila politikus ini bergaduh, ada jenaka-jenaka yang best untuk kita tonton.

mengapa saya suka MB selangor ditukar?

1) sudah 2 penggal Khalid Ibrahim menjadi MB. kuasa yang terlalu lama, akan mencetuskan penyelewengan. bukankah sebelum ini kita membantah diktatorship yang dibawa mahathir? apalah salahnya jika kita meraikan pertukaran ini dengan jayanya?

ramai yang akan kata saya ni barua azmin. walaupun saya pernah bertugas lebih 1 tahun dibawah PKR, saya tidak pernah mendaftar keahlian sbg ahli parti itu walaupun ada kawan-kawan saya yang kemaruk dengan jawatan mendaftar walau masih belajar dan bergelar aktivis mahasiswa.

2) rakyat semakin terbeban dibawah Khalid Ibrahim selepas 2 penggal. tidak dinafikan, penggal pertama kemenangan PR di Selangor, rakyat dapat macam-macam habuan. antaranya skim mesra usia emas yang memberi voucher Rm 100 setiap tahun kepada warga emas. 20 meter padu air percuma setiap bulan. dan ada lagi beberapa keistimewaan yang rakyat dapat. namun, penggal kedua menyaksikan kerajaan negeri cuba mengumpul semula apa yang telah diberi kepada rakyat dengan mengenakan pelbagai bayaran. antaranya, bayaran parking yang semakin merepek termasuk di kampong-kampong. ramai yang mengeluh khususnya orang kampong. bila buat demo, PR akan tuduh ini agenda UMNO. dimana rakyat mahu mengadu? ini belum lagi perihal cukai yang semakin dinaikkan di selangor. bayaran tapak meniaga tepi jalan yang semakin tinggi. hak2 peniaga jalanan yang dirampas barang-barang mereka. dan banyak lagi kalau hendak dikatakan disini.

3) mencuba selera baru. apalah salahnya kita lihat bagaimana MB baru memerintah? lepas setahun, kita desak dia berundur pula sebagaimana kita desak khalid ibrahim berundur. MB baru tidak akan dapat menyeleweng kerana disekelilingnya ada pelbagai pemimpin yang memerintah bersama iaitu PAS, DAP dan PKR yang lainnya

4) pertukaran MB akan menukar para exco. rakyat selangor sangat muak dan mual melihat muka-muka exco yang sama sejak 2008. exco-exco ini bukan sahaja sombong malah bodoh dalam mengagihkan peruntukan. banyak duit kerajaan negeri dibelanja oleh exco-exco ini kepada perkara-perkara yang tidak memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan. exco-exco ini kuat membodek KHalid IBrahim. apa sahaja exco buat, khalid ibrahim akan setuju punya. exco ini boleh dikatakan sebagai perosak kepada imej khalid ibrahim juga.

5) orang kanan MB yang busuk hati. semua jelas dan maklum bila sebut sahaja nama orang kanan MB, orang akan marah. mereka ini bertindak seolah MB itu mereka yang punya. hanya mereka yang boleh kulom dan peluk. hanya mereka yang boleh cium dan rogol. MB perlu berada dekat di hati rakyat. bukan sekadar duduk di pejabat. MB ada kawasan sendiri untuk dijenguk. bukan sekadar menang pilihanraya. apabila MB gagal berada rapat di hati rakyat, maka MB akan jadi asing di hati rakyat.

kenapa rakyat kedah suka MUkhriz walaupun rakyat kedah tahu mukhriz ni punya la jahat jika nak dibandingkan dengan pemimpin PAS yang berjiwa hati nurani ulama wal umara'? kerana mukhriz sering menjenguk rakyat dan menambat hati rakyat dengan berada hampir setiap minggu dengan rakyat. pemimpin PAS? sibuk mengkafirkan orang di Kedah. rakyat menyampah. nah sekali PAS tertonggeng di kedah walaupun pemimpinnya ulama. bala!

6) suara golongan tertindas dihina dan tidak dihiraukan. ramai golongan seni datang ke SUK. mintak jumpa dengan MB. tapi mereka ini langsung tidak dilayan. ramai aktivis yang dianiaya oleh kerajaan pusat melalui pelbagai cara, datang berjumpa MB, tapi? mereka ini dihalau. dulu kita marah bila ustaz azizan bekas MB Kedah halau mahasiswa kuin yang datang merayu. tapi zaman Khalid Ibrahim apa kurangnya? mahasiswa yang boleh membodek MB, pasti akan dilayan. mahasiswa yang dilihat tidak sekepala dengan MB, biarlah agendanya mulia dan murni sekalipun, pasti akan ditendang.

ini antara sebab kenapa saya suka MB ditukar di Selangor. sekian.

saya bukan orang azmin. saya peminat tegar Azwan Ali.

tentera kerajaan Iraq yang baik. hati melayan tawanan dengan budi pekerti. inilah tentera Islam. bukan kerjanya sembelih orang seperti pihak mujahidin. 

nabi tak pernah semelih. nabi hanya layan tawanan dengan baik. ingat!