Friday, May 31, 2013

Mat Luthfi perli siapa dalam video ini?

ayuh kita tonton dulu video ini. biasanya mat luthfi melawak saja dalam video. tapi kali ini ada unsur sentimental.

sedih, pilu dan tragis.

tontonlah sebagaimana anda suka menonton video yang selalu dimain TV3 sebelum PRU. huhu


baik lah

sekarang sudah tonton. 

anda paham tak kenapa baru saat ini MAT LUTHFI release ini video?

krn saat ini mungkin dia melihat, 

begitu ramai pimpinan parti dan jemaah Islam

suka menghukum dan menghina

golongan yang tidak mendekati Islam

mereka(parti islam) menghina cerca maki

golongan yang dikatakan ethist dan sosialis serta komunis

Dr Nasir dipersenda dan dihina dikhalayak oleh seorang pemimpin PAS utama

pemimpin PKR dihina sebagai kaki dadah

Mat Luthfi menilai pandangan2 ini. 

situasi dan fenomena menghukum oleh mereka yang mengepalai jemaah
yang mengepalai usrah/tanzim haraki

sebab itu watak yang menghina dan menghukum itu sebagai NAQIB (ketua usrah atau jemaah)
dalam konteks haraki yang menghina golongan sosialis, 

siapa kah kepalanya? tepuk dada tanya selera syaitan

Mat Luthfi yang pernah mengagumi kepimpinan PEMUDA PAS , hari ini mula mengkritik peranan badan tersebut melalui sindiran dalam seni. 

moga ia jadi pengajaran, mengapa anak muda menjauhi gerakan islam di malaysia

moga menjadi pengajaran. mengapa anak muda menjarakkan diri daripada mendekati parti Islam

pemuda PAS perlu segera ambil langkah. 

buang dan singkir mereka yg menjatuhkan imej dan maruah parti. 

*hanya nasihat seorang pengundi*


Tuesday, May 28, 2013

Husam Bidas Golongan Yang Bantah Himpunan Jalanraya

"Gua Caya Lu"

itulah kata Husam Musa kpd anak-anak muda yang akan melancarkan terus himpunan jalanraya walaupun pemuda sebuah parti politik daripada pakatan rakyat menuduh golongan muda ini sebagai gopoh.

sebelum ini, Nasarudin Tantawi , juga turut membuat pembetulan dengan turun ke jalan raya bersama team anak muda yang dikatakan gopoh oleh seorang pimpinan utama pemuda PAS pusat.

ini sekaligus, membuatkan kecelaruan dalam mengeluarkan pendapat oleh segelintir pemimpin muda dalam parti berkenaan.

apapun, setelah saya melihat ketua pemuda PAS pusat Nasrudin Tantawi turun bersama PenarikBeca ke jalanraya ketika penangkapan Adam Adli, saya rasa lega. saya dapat rasakan pasti ada perubahan dalam kelompok kepimpinan pemuda itu.

berikut rakaman video ucapan Husam Musa yang bidas puak berpemikiran sempit yang menuduh himpunan jalanraya sebagai tindakan GOPOH.


akibat gopoh, mereka semua solat atas batu tar jalanraya. GOPOH. hahaha




Monday, May 27, 2013

peminat azhar idrus kritik

pertama sekali. 

janganlah salah faham terhadap apa yg ditulis ini.

tujuannya hanya satu

untuk memberi penjelasan. 

dengan adanya perbincangan seperti ini

maka segalanya akan jelas dan terang

semua pun faham

berikut merupakan satu kritikan oleh peminat azhar idrus

saya nak tolong jawabkan

  (klik pd gambar utk  lebih jelas)

pertama sekali

berkahwin dua, tiga empat dan sepuloh pun tak salah.

kerana azhar idrus merupakan orang berada

satu ceramah dia caj sudah rm 3000, kalau sebulan 20 ceramah cuba kira berapa puloh ribu pendapatan dia

dia amat mampu dari segi kewangan

dari segi fizikal pun azhar idrus masih muda

hanya nampak tua kerana beliau janggut besar dan pakai lebai.

itu yg membuatkan beliau nampak tua

tp sebenarnya beliau masih muda. so, beliau mampu ok.

untuk soalan-soalan yang lain tu...saya masih menunggu jawapan ust azhar idrus ke atas peminatnya yang bernama paddle pop (tak tahu la fake ke betul) itu.

cuma apa yang saya nak tahu ialah....kalau betul ust azhar idrus ada cakap perkara yang nombor tiga itu...maka ust azhar idrus perlu jawab dengan helah yang hebat la lepas ni..hehe.

helah MCD dulu dah tak boleh pakai dah....kihkih.


Sunday, May 26, 2013

rasional la wahai pemuda oii...

hari ini sy tgk berita paparkan kenyataan media beberapa ketua pemuda kawasan (yang saya percaya terlibat dengan agenda UG-UMNO) ugut mahu hina Anwar Ibrahim selaku ketua umum PKR seandainya shamsul tidak ambil tindakan ke atas ucapan beliau sendiri yang mengkritik haji hadi presiden PAS kerana benarkan calon PAS lawan sesama calon pakatan di beberapa kerusi yang akhirnya sebabkan kekalahan pakatan rakyat di tempat-tempat tersebut. 

Shamsul Iskandar yang juga mempertahan Che GU Bard iaitu salah seorang calon dihantar PKR utk berlawan di pulau pinang telah dihentam sehebatnya oleh lapisan pemimpin pemuda PAS di peringkat kawasan. 

pertama sekali mari kita lihat kronologi

dalam tempoh berkempen semasa PRU 13, beberapa hari sebelum buang undi. dalam satu ceramah umum. di khalayak. 

presiden PAS yang terkenal dengan khabar angin bahawa beliau sebagai org kuat UG telah mengeluar kenyataan menghina kepada calon-calon PKR. antaranya ialah tuduhan-tuduhan palsu iaitu calon PKR tak layak. Calon PKR jual dadah. Calon PKR suka komunis. dan macam-macam lagi. 

bukankah dalam tahaluf siyasi yang telah dipersetujui bahawa gerakan Islam seperti PAS boleh bekerjasama dengan org kafir sekalipun asalkan matlamat utama jatuhkan rejim zalim tercapai? 

jadi...apabila haji hadi mempertikai pegangan komunis atau ethist seseorang itu, maka dia telah melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui utk bekerjasama hatta dengan orang kafir. 

jadi...kritikan shamsul tu betul la kan?

haji hadi telah melanggar tahaluf siyasi. 

sepatutnya walaupun calon tu suka kat kafir ka..komunis ka..calon tu tetap bawa agenda PAS iaitu nak jatuhkan BN sepertimana dipersetujui dlm perjanjian bersama. 

baik. itu satu. haji hadi hina calon PKR di khalayak ceramah umum. dengan tuduhan tidak berasas. 

kedua, shamsul jawab. 

Shamsul ketua AMK pusat menjawab isu haji hadi hina PKR dalam sebuah kongres yang diadakan tertutup di dewan sivik PJ. 

shamsul jawab depan perwakilan. depan jawatankuasa. bukan depan khalayak awam. 

dan shamsul kritik balas haji hadi bahawa haji hadi sepatutnya sedar dgn perjanjian dan tahaluf siyasi yang disepakati bersama. 

ok. sekarang kita lihat. 

mula-mula..siapa serang siapa dulu?

kedua...adakah orang yang jawab tuduhan itu dikira menghina? 

ketiga, pemuda-pemuda PAS kawasan yang ugut nak hina anwar ni apa posisi dia?

setakat kawasan je kan? 

nampak tak? 

percaya tak kalau saya kata semua yang keluar kenyataan media pada tv3 ni adalah ketua-ketua pemuda PAS kawasan yang bakal melompat kpd UMNO? 

korang tahu kan isu UG? so...fikirkan la....rasional tak lagi pemuda PAS mcm tu..

harap pemuda PAS pusat ambil tindakan. 

sekian. 

Nik Aziz merupakan satu-satunya sosok ulama dalam PAS yang mempertahan PAS daripada anasir UG
gambar : beliau bersama bawani seorang anak muda fahaman sosialis

nik aziz juga seorang ulama dalam PAS yang begitu terbuka dan meraikan kepelbagaian asalkan kita sama-sama lawan rejim BN yang zalim. inilah tahaluf siyasi. 






Sunday, May 19, 2013

Adam Adli bakal dipenjara 20 tahun. kerana ancam REVOLUSI!

Adam Adli pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI yang ditahan polis semalam telah dibawa mengadap majistret pada jam 11.30 pagi tadi.

peguam mewakil adam seramai 3 orang antaranya Latheefa Koya dan Eric

polis menjaga ketat kawasan lokap jinjang, kepong, KL.

seramai 50 orang anak muda berkampung sejak semalam dan tidak berganjak meninggalkan lokasi occupy lokap jinjang.

antara tokoh yg hadir adalah Aduka Taruna, Rozan, Peguam Fadhiah, Peguam Murnie dan beberapa barisan peguam muda dalam PKR serta AZMIR mustafa SAMM wilayah dan edy noor setiausaha SAMM kebangsaan

turut hadir beri sokongan pemimpin DAPSY KL dan PAS PANDAN

NIk JIdan artis rakyat juga berjaga malam demi solidariti buat teman.

dan baru sebentar tadi rakan-rakan Radio Bangsar memaklumkan pejabat mereka yang juga merupakan lokasi kegiatan adam telah didatangi polis dan digeledah. namun, polis tidak nyatakan apa yang mereka cari.

anda nampak kebodohan mereka disitu? tepuk dada tanya selera. inikah kerja polis? penjenayah luar sana yang masih bebas mcm mana?

Adam dibawa sebentar tadi ke radio bangsar bersama puluhan anggota polis yang menggeledah

 fuck the government


berjubah putih ialah ayah adam, en halim. adam bersama teman2 di atas pejabat radio bangsar

Fahmi Reza dan isteri. serta nik jidan dan teman2. 


malam tadi. puluhan lilin utk doakan adam

Adam adli sosok tubuh yang menggegarkan menteri! 


nik jidan dan kak nashita aktivis GMI turut berkampung. 


Friday, May 17, 2013

mengenang almarhum fadzil noor presiden PAS

satu ketika, setelah lama pemergian beliau, 

saya bersama amir dan timbalan amir jemaah Islam Kampus dibawah pemuda PAS kedah, 

ambil keputusan untuk ziarah makam mantan presiden PAS yang juga seorang idealis dalam PAS dizamannya

iaitu tuan guru hj fadzil noor.

dizaman beliau lah, PAS ambil keputusan untuk bersama dengan Keadilan dan DAP serta PRM

dizaman beliau lah perpaduan kaum mula terpupuk

dizaman beliau lah cina dan india serta lain2 bangsa mula mengenal erti bersatu 

dizaman beliau lah kita mula mengamalkan semangat menghormati sesama agama

sayang, bila kita kenang perjuangan ini, 

dan kemudian bila kita lihat hari ini 

apabila ada juak-juak tonyo dalam PAS yang cuba berjumpa dengan pemimpin UMNO untuk tujuan bergabung, 

maka berfikirlah kita apa yang kita nak jawab di akhirat nanti atas pengkhianatan ini

labbaika ya aba abdillah....janji kita untuk ikat setia pada yang setia! 

pusara milik haji fadzil noor. sederhana tapi indah. 


saya dan teman dari PAS juga senior saya masa di kampus masa dalam jemaah

batu nisan makam almarhum. sebak. 


ini dia antara pesanan akhir mantan presiden PAS buat teman2 dalam PAS

lupakah kita?! 



Wednesday, May 15, 2013

pluralisme. semakin rancak. bukan agenda Israel.

tulisan saya dalam posting yang lepas, menceritakan bagaimana disetiap pelosok saya pergi di asia ini, budaya dan semangat pluralisme semakin menular tinggi. sihat perkembangannya. 

cuma di myanmar, pemimpin buddha terlalu degil. harap pihak junta segera tangkap sami-sami yang tidak waras itu yang jadi pembunuh

saya menekankan pluralisme sebagai satu jalan dan wadah utk mengatasi konflik perkauman dan agama yang cuba diapikan oleh para pemimpin Barisan Nasional. 

semangat perkauman ini merupakan senjata yang antara termaktub dalam deklarasi serangan israel ke atas bangsa palestin pada 1948 dulu dalam satu sidang di eropah sebelum berlaku serangan. 

semangat Israel yang dijulang-julang oleh pemimpin bangsa mereka bahawa hanya bangsa Israel yang masyhur dan mulia manakala bangsa lain adalah hina dina ini lah yang dipasak dalam jiwa dan tubuh mereka yang jahanam itu untuk memastikan rakyat dan seluruh angkatan israel menjadi kuat dengan berlaku zalim dan tanpa perikemanusiaan ke atas bangsa palestin. 

anak-anak israel dibesarkan dengan lagu dan proses didikan watan mereka di sekolah malah universiti serta dlm sistem khidmat negara dengan budaya perkauman pengamalan agama yang menebal dan melampau. ekstrim.

ini semua berlaku apabila pluralisme tidak diketengah sekaligus membuang rasa hormat. 

justeru, Pluralisme adalah dengan tegas sekali bukan agenda israel utk merendahkan martabat Islam. malah, pluralisme adalah jalan untuk memastikan bangsa Israel itu tidak angkuh. malang, masih majoriti rakyat israel masih tidak terima pakai konsep pluralisme yang ajar kita budaya hormat dan tabik pada setiap agama yang mengajak kepada kedamaian sesama manusia. 

Deklarasi Madrid pada julai 2008 menegaskan semangat pluralisme diamal bagi elak perpecahan sesama agama

Dr MUjahid AJK PAS pusat antara insan dalam Pakatan yang tegar dalam hal perpaduan beragama

ahmadinejad dan chavez(mendiang) merupakan dua sosok yang paling membawa imej pluralisme dalam perihal perpaduan dan menghormati perbezaan pegangan

mufti bosnia, mustafa ceric dalam satu perjumpaan bersama ketua agama kristian, Pope Benedict ketika hari dialog perbezaan agama menekankan secara jelas pada november 2008 akan perbezaan itu penting untuk dihormati dan dirai walau berbeza agama


mufti Sudan dan pemimpin-pemimpin agama lain dari Sudan, Burundi, Albania and Kosovo dalam satu persidangan pada tahun 2000, menjamin pluralisme adalah sebagai jalan untuk menjadikan dunia lebih berperikemanusiaan. 

dan akhir sekali, ini gambar ketika saya bersama seorang aktivis hindu malaysia dari HINDRAF (tulen, bukan yang pro BN). dia seorang yang amat mengamalkan hindu dan percaya kepada penghormatan sesama agama adalah amat perlu bagi menjamin kesejahteraan sebagaimana yang ditegas dalam kitab veda nya

jadi, adakah PLURALISME itu bermasalah? 

apa yang berdosa dan salah?

masyarakat sudah tolak mereka yang cuba lawan pluralisme dalam pilihanraya. 

calon yang memainkan isu untuk menentang pluralisme jatuh tersungkur semuanya hilang deposit. 

saya harap budaya sihat ini terus diamal rakyat malaysia bagi memastikan kita faham mengenai budaya sihat agar negara aman dan sejahtera 

percayalah, dengan pluralisme, yang Islam tetap dapat mengamal Islam dengan baik. yang Kafir, tetap dapat mengamal kepercayaan mereka dengan baik. 

Islam tetap boleh dianggap sebagai nombor satu oleh umat Islam dan tidak ada paksaan kepada mereka yang bukan Islam untuk menidakkan agama mereka juga. 





Tuesday, May 14, 2013

pluralisme. pasca 13 mei.

rakyat semakin faham

apa erti keterbukaan

kebebasan

bukan sekadar liberalisasi

tapi juga pluralisasi

benarkah pluralisasi itu salah dan dosa?

Nabi ketika sohifah dibentuk di madinah

meraikan pelbagai agama walau yahudi

yahudi yang sudah terkenal dgn kejahatan membunuh para nabi dalam islam

pun nabi meraikan kebebasan buat mereka membina rumah-rumah ibadat mereka

merayakan perayaan-perayaan mereka

membenarkan pengikut mereka menganuti

itu Nabi Muhammad SAW

betapa satu sosok tubuh yang maha agung dalam kalangan manusia

mengajar umat zamannya menjadi "terbuka"

semangat "keterbukaan" ini juga akan mendidik kita supaya belajar erti hormat dalam kalangan manusia

hormat menghormati perbezaan agama dan fahaman

inilah yang berlaku di cambodia

yang saya pergi beberapa hari lalu

dimana orang-orang buddha meraikan semangat orang islam

yang berperang dan berjuang melawan rejim khmer yang zalim

nama-nama islam seperti aishah, zainuddin diletak dalam muzium yang dimuliakan

itu sebuah negara yang amalkan buddha secara total.

namun, tetap agungkan Islam dan hormat hak Islam sebagai pejuang

inilah yang berlaku di aceh walau ia sebuah negara islam

sebuah gereja besar di tengah bandar tidak jauh dari masjid bandar aceh

inilah semangat keterbukaan yang kita raikan

pluralisme...ini lah dia. dan ia tidak langsung mengurangkan nilai2 islam dan martabat agama islam

malah ia akan mengajar manusia seluruhnya memahami setiap agama dan hormat padanya

selamat mendengar war epic music battle disini:

muzium yang dipenuhi colok memuja muji tuhan Buddha, namun, dipasak dan diframe keagungan pejuang Islam. ini di cambodia. dan ada beberapa tempat pameran lg yg sy tak rakam


lihat. walaupun buddha majoriti di cambodia. namun, atas dasar memahami warna Islam, semua org buddha turut pakai sama warna putih sbg warna kesucian islam. dibelakang, tuan puan boleh nampak yang berkopiah dan bertudung. semua dalam satu warna. putih. 

seorang msiswa muslim yang diberi ruang utk mewakil mahasiswa yang majoriti buddha disana utk berdialog dgn seorang delegasi dari amerika dan jepun dalam misi kemananan utk cambodia

ini nama pejuang2 krisitian di acheh. sebagai seorang muslim, saya diberi penghormatan oleh rahib bertugas utk masuk dalam kandangan dan menyentuh tugu dan pusara mereka.

pada hari saya melawat gereja, gereja ditutup. atas usaha teman beragama kristian di acheh, saya berpeluang  utk masuk

jika inilah yang dikatakan pluralisme. apa salah dan dosanya?
kita ke arah keamanan 



jika ini pluralisme. bukankah kita sedang meniti bahagia apabila semua agama bersatu atas dasar aman dan sejahtera utk meraikan kemanusiaan. 

amal dan ibadat, kekal dipraktiskan. Islam tetap Islam. Kristian tetap Kristian. Buddha tetap Buddha. 

tiada masalah bukan? yang jadi masalah ialah...

MOMOKAN DAN PROPAGANDA UMNO untuk memecah belah perpaduan kaum dan agama. 

moga mereka mendapat pengajaran akibat segala mcm tragedi yang menimpa atas fitnah mereka. 






pasca 13 mei. ini yg UMNO takut.

tragedi 13 mei.

masih hitam dan berdarah kah?

rakyat sudah lupa apa itu 13 mei.

kerana rakyat makin celik

rakyat sudah tidak mengenal apa itu kaum

rakyat sudah tidak kenal apa itu melayu, cina dan india

rakyat hanya kenal apa itu malaysia

sabda baginda SAW dalam hadis muslim:

"sesiapa yang memperjuangkan assobiyyah(kaum), maka matinya jahiliyyah(tak cium bau syurga)"

dalam veda kitab hindu pula, tidak pernah didatangkan istilah kaum. hanya hindu.

begitu juga dalam kitab buddha dan bible.

13 mei, UMNo gagal dalam strategi untuk wujudkan pergaduhan lagi di tahun 2013

pihak polis pula, makin menjalankan tugas dengan mesra malaysia

blogger yang rasis seperti papagomo, direman, digari dan disimpan dalam lokap. terima kasih polis.

padan muka kau papagomo. apa mcm duduk dengan bangla dalam sel di dang wangi? hahaha

heng DEMA berada dalam kelompok melayu

anak-anak melayu bersama pejuang komunis malaya 

arul PSM bercampur dgn anak melayu

arul PSM berjuang utk masyarakat setinggan melayu

anak melayu dan anak cina memberi hormat pada hugo chaves

anak melayu pegang bendera DAP


dan ini... anak melayu (muka mcm cina). pegang bendera DAP

haa...ini dia...

anak-anak melayu sewel yang pegang senjata lawan dan bunuh sama melayu. ini lah anak melayu Barisan Nasional. lepas tu dia salahkan cina dan india. ini lah golongan kepala bana bak kata ustad aku masa sekolah dulu. ustaz ismail awang. huhu


Tuesday, May 7, 2013

Haji Hadi Ancam Revolusi! allahuakbar!

Penipuan semakin melampau! 

kerajaan akan terima padahnya!

rakyat sudah tidak kisah dengan kuasa mu! 

rakyat akan bangkit humban kamu!

sebagaimana muammar gadafi dibelasah rakyat sendiri!

Najib dan Mahathir! 

kamu tunggu giliran kamu! 

jika kamu terus menipu! 

allahuakbar! 


labbaika ya muhammad sallallahu alaihi wasallam! 

sabar kita ada batas! 
]
haji hadi! anak muda akan sentiasa sokong revolusi jika kamu kerah kami utk turun ke jalanraya! 

takbir!