Monday, December 18, 2017

Guru Ini Melawan Norma Keguruan Majoriti Guru Di Malaysia {Surat kepada Revolusi Habib}

Baru-baru ini, saya banyak memerhatikan komen-komen berkenaan kes Cikgu Azizan yang didakwa melempang muridnya dan mencederakan. Saya ternampak satu komen yang saya baca yang mengaku dirinya sebagai salah seorang guru kaunseling. Dia punya komen penuh dengan penghinaan dan maki hamun kepada murid-muridnya, tidak ada rasa sayang, malah setuju anak-anak bermasalah dibunuh. 

patutlah usaha memulihkan remaja melalui kaunseling tidak ada perubahan di Malaysia. 

Di negara seperti Norway, Finland dan Sweden, kanak-kanak tidak dibenarkan dipukul. Namun bagaimana kerajaan mereka mampu tutup penjara dengan kadar jenayah sangat rendah dikalangan anak muda? Bagaimana didikan hati ke hati dan rasa kasih yg ikhlas mampu dibentuk tanpa mengenal rotan, "tangan" dan "kaki"?

Saya cuba mengajak pembaca untuk berfikir. Jangan ikut emosi. Jangan ulang ayat "aku pun dulu kena pukul, dah besar boleh je jadi orang" sambil asap berkepul-kepul keluar dari mulut. 

"aku pun dulu kena penampor, tapi dah besar boleh je jadi orang" , dengan sikapnya yang selalu pemarah, suka tinggi suara dan tidak menghormati orang lain.

Cuba fikir seorang guru di sekolah kita dulu, yang sikapnya penyayang, tidak selalu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pada kita, walau macam mana nakal pun murid kita, murid itu pasti akan hormat kita bila terserempak dengan kita. Jadilah seorang guru yang boleh menjadi tempat anak-anak murid kita bergurau senda dengan kita, bukannya untuk menjadi takut apabila berada dengan kita, tetapi menjadi malu untuk melakukan kesilapan didepan kita.

Saya perhatikan, ramai guru suka mengumpat pelajar-pelajarnya didalam bilik guru, sampai ada ke tahap yang amat menghinakan, membina persepsi negatif oleh para guru lain kepada murid tersebut. 

Saya tidak boleh menasihati guru-guru ini, kerana jika saya nasihat, mereka akan memerli dan membenci saya pula. Namun inilah realiti, malah pernah berlaku disebuah sekolah agama di tempat saya mengajar satu masa dahulu. 

Disebabkan hati kita sebagai guru yang tidak ikhlas mendidik anak-anak murid kita, menyebabkan kita berhadapan kesukaran dan tidak tenang dalam berhadapan dengan mereka. Kita berhadapan dengan mereka bukan lagi kerana mahu mendidik, tapi kerana amarah dan benci. 

Jika anda mengatakan saya tidak pernah mendapat pelajar yang teruk akhlaknya, saya ingin berpesan, pelajar saya pernah ditahan polis bawah kes cabul, rogol, dan pecah rumah, sehingga saya sendiri pergi berjumpa dengan polis dan pengadu untuk menarik balik laporan dan mengusahakan bayaran ganti rugi bagi pihak pelajar. Anak-anak ini bukan pelajar sekolah rendah, tetapi sekolah menengah, lebih layak ditampar berbanding seorang pelajar sekolah rendah. Namun penampar bukanlah pilihan saya. Agama Islam yang saya anuti mengajar saya berlandaskan hadis, melarang menghukum atau mendidik dengan memukul di atas bahagian dada. Saya ikut. Nabi Muhammad yang mulia, yang pernah berhadapan dengan pedang dan air kencing, tidak melempang sasaran dakwahnya sebaliknya bercakap dan mendekati dengan kasih sayang dan cinta. 

Kini, anak-anak murid saya yang "bermasalah" itu telahpun menjadi seorang dewasa. bekerja sebagai mekanik, ada yang di kolej dan ada yang menjadi penghantar barang. Baru saja saya belanja mereka makan MCDONALD bulan lalu. 

- Ustaz X.
Selangor

Wednesday, December 13, 2017

Program Seni untuk 10 orang telan belanja RM 1 juta?

Baru-baru ini sebuah NGO bernama PUSAKA yang ada kaitan dengan seorang pemimpin PKR menganjurkan sebuah program kecil melibatkan sekitar 10 orang.

namun begitu, krew Revolusi Habib difahamkan oleh pihak dalaman kerajaan negeri bahawa program kecil itu menelan kos belanja sebanyak lebih 1 juta ringgit.

Krew Revolusi Habib segera mendapatkan gambar program berkenaan bagi tujuan menyiasat dakwaan ini.

Berikut adalah gambar-gambar di program berkenaan.



Revolusi Habib kemudiannya menghubugi beberapa pelopor industri penerbitan buku indie dan kesemua mereka mengesahkan bahawa, kos lebih RM 1 JUTA adalah melampau dengan perbelanjaan sebenar program seperti itu.

Rata-rata mereka menyatakan bahawa program seperti ini paling mahal hanya sekitar puluhan ribu sahaja dan bukannya juta. 

Revolusi Habib cuba mendapatkan jawapan daripada EXCO yang terlibat dengan penganjuran berkenaan iaitu YB Amir Shaari namun gagal.