Saturday, December 24, 2016

Isu Tuan Guru Haji Hadi ke Iran: Apa Yang Kita Perlu Tahu Mengenainya?

Ditulis oleh: Khalid Ismath



Sudah lama kita melihat gelagat para penyokong parti Amanah dan mereka yang berfahaman salafi memainkan isu mazhab ini sejak kehadiran Haji Hadi ke Tehran baru-baru ini. Sampai meluat bila tengok “amanah” yang rakyat berikan kepada parti politik ini untuk menjaga ekonomi dan kebajikan rakyat langsung tidak dibahas lagi malah asyik fokus 100 peratus bertumpu kepada menghina Hadi Awang sebagai syiah.

Keluar pula kenyataan Hadi Awang mengenai Yusuf Qardhawi yang sudah tua dan tidak boleh lagi secara waras memimpin pertubuhan Kesatuan Ulama Sedunia. Lagi lah meroyan sakan para pendokong fahaman salafi dan penyokong parti Amanah.

Ya, saya tahu ramai lagi dalam parti Amanah masih logik dan waras akal fikirnya. Tidak semberono menyerang haji Hadi. Tidak ada seorang pun pimpinan pusat yang menyerang Haji Hadi dalam isu ini kecuali Khalid Samad.

Pertama, kita perlu akui bahawa kehadiran haji Hadi dalam perhimpunan di Iran yang diadakan setiap tahun itu bukan satu perkara baru. Ini telah diamal oleh PAS sejak zaman berzaman. Sejak Khalid Samad dalam PAS. Yusuf Qardhawi juga antara yang hadir satu masa dahulu. Tidak ada masalah.

Keduanya, Haji hadi ini bukan lah seorang Syiah. Dia graduan universiti Madinah. Doktrin paling kuat “anti-syiah”. Namun, Haji Hadi juga seorang yang mengkaji dan pakar dalam bab ke-antarabangsa-an menyebabkan Anwar sendiri mengakui dia seorang ulama yang layak untuk bergiat dalam hal ehwal Islam di peringkat antarabangsa.

Ketiga, ya, Haji Hadi memang seorang ahli politik di Malaysia. Dia Presiden PAS. Dia tidak mahu bersekongkol dengan Amanah dan DAP. Itu adalah strategi politiknya. Bijak atau tidak bijak, bukan kita yang tentukan. Kalau ikutkan saya, yang tidak bijak adalah orang yang sanggup bekerjasama dengan orang zalim nombor 1 negara, Mahathir Muhammad yang sampai ke tua ni masih tak nak mengaku dia silap. Siapa sangka DAP dan Amanah boleh bekerjasama dengan Mahathir? Namun, jawapan yang diberi oleh Kit Siang dan Mat Sabu adalah “ini adalah strategi politik”. Jadi, Hadi Awang pun mesti mahu ada strateginya sendiri. Dia mestilah mahu “berkuasa” juga. Bukankah pemimpin Pakatan dulu pernah berkata hanya orang gila tak mahu berkuasa. Jadi, PAS ada matlamatnya sendiri yang kita semua tidak sokong dan tidak setuju. Matlamat PAS hanyalah mahukan “hudud”. Nik Aziz pun pernah cakap, PAS akan bubar parti kalau Mahathir laksana Hudud. Jadi, inilah agenda PAS. Hudud. Aku tak sokong agenda ini. Tapi PAS nak lawan untuk itu, biarkan lah mereka. Politik mereka. Kita undilah parti lain yang kita rasa membawa agenda kita. Inikan demokrasi?.

Keempat, perlu kita faham, ketokohan Haji Hadi di peringkat dunia adalah sangat disegani. Masakan tidak, ulama syiah kat Malaysia ni nak dapat jumpa Ayatullah Khamenei, orang nombor 1 digeruni dunia barat pun susah. Namun Ali Khamenei sanggup datang kepada Haji Hadi, salam dan peluk tanda hormat kepada usaha dan pendapat Haji Hadi dalam persidangan.

Kelima, banyak gerakan Islam lain seperti parti Islam dari Tunisia yang memerintah Tunisia sekarang yang sangat dikagumi oleh pemimpin AMANAH dan dijadikan modal dalam menentang PAS dalam soal pelaksaann hudud dulu  pun hadir dalam perhimpunan di Iran itu bersama haji Hadi. Hamas juga hantar wakil. Universiti Al-Azhar hantar ulama nya juga. Mengapa kita tidak adil dalam menyerang?

Keenam, Usaha mendamaikan mazhab syiah dan sunni adalah satu usaha yang patut kita teruskan. Sampai bila kau nak berperang bunuh sini sana. Hey, Iran tu jauh lebih miskin berbanding Saudi. Iran tidak bodoh untuk memulakan serangan kerana dia sedar negaranya dalam tekanan. Iran bersikap pertahankan diri daripada serangan kerana Iran sedar mereka masih belum mampu untuk “menyerang”. (kalau Iran nak menyerang la). Oleh itu, kena faham tak ada negara yang “sedar diri mereka kerdil” nak berlagak serang negara lain sana sini. Namun Saudi telah menyerang banyak negara yang kita tidak ambil peduli. Yaman, Bahrain, Iraq antara negara yang Saudi hantar tentera membunuh. Adakah kita ambil peduli?

Ketujuh, kena faham isu Syria ini dengan lebih mendalam. Ini bukan pertembungan mazhab. Ini antara pembangkang lawan kerajaan. Kemudiannya pembangkang dibantu dunia Barat dan negara anti-Bashar untuk menjatuhkan Bashar. Syria, Libya antara negara yang berpaling daripada berkiblatkan Saudi dan Barat. Sebab itu mereka dilawan habis-habisan. Ini bukan pasal pertahankan Islam atau tidak. Ini pasal politik. Saudi bukan lah Islamik sangat. Hanya kebetulan ada kaabah disana. Bacalah media-media barat mengenai putera Saudi. Seks, bunuh, pukul semuanya menjadi amalan kerabat diraja Saudi. Libya juga bukan Islamik. Muammar Gadafi seorang yang anti imperialis. Kenasionalisannya adalah sangat kuat. Namun, berlawan juga Arab Saudi dengan Gadafi ini. Akhirnya Libya yang miskin ini kalah.

Yang pro membantu Palestin adalah Syria dan Libya ini ketika era Gadafi. Hari-hari kita tonton berita terowong bawah tanah Palestin yang membawa mereka menembusi Syria untuk bekalan senjata, makanan dan ubat-ubatan dibom oleh Israel. Jalan-jalan tikus ini adalah dengan “keredhaan” dan “restu” kerajaan Syria Bashar al-Asad. mana ada negara Arab lain benarkan penyeludupan ke Palestin. Mesir menutup sempadannya. begitu juga jiran-jiran palestin yang lain. Kita kena faham, Bashar juga bukan seorang yang Islamik. Namun dia ada semangat nasionalisme yang tinggi cintakan tanah Arab dan anti imperislis seperti Gadafi. 

Kesalahan dan kesilapan bapanya Hafiz Al-Assad itu hendaklah kita lupakan kerana hafiz sudah pun mati. Kini era Bashar, bukan hafiz. Namun tiada siapa akui Bashar itu maksum atau suci atau terlalu baik dan alim. Bashar juga seorang diktator. Namun, kediktatoran Bashar tidaklah sebahaya kejahatan US dan Israel. Jika Israel yang masuk ke Syria, JIka Amerika yang menguasai Syria, bukan sahaja bumi itu akan hilang nilai-nilai nasionalismenya malah Amerika telah terbukti merampas khazanah bumi yang ditaklukinya dan juga menindas orang tempatan seolah-olah negara itu Amerika yang punya. Kita telah lihat bagaimana ketika Iraq ditawan oleh Amerika. Kita telah lihat bagaimana Afghanistan ditawan. Sampai sekarang, penindasan ke atas tahanan masih berlaku. Edward Snowden sendiri mendedahkannya bagaimana CIA dan Kerajaan Amerika bertindak membuli dan membunuh serta terus memangsakan rakyat Afghan, Iraq dan lain-lain bumi yang dijajahinya sehingga Edward Snowden dipenjara dan masih belum keluar. Ini yang dedahkan bukan calang-calang orang tetapi Edward Snowden, seorang pekerja di CIA dan berjawatan pakar komputer untuk CIA. Dia tidak ada sebarang kepentingan dengan membela agama Islam namun atas dasar ketelusan dan perikemanusiaan, Edward Snowden dedahkan betapa terusknya jika Amerika menakluk negara-negara dimusuhinya.

Akhir sekali, buat kali ini, aku akui apa yang dikatakan oleh Haji Hadi mengenai Yusuf Qardhawi. Yusuf Qardhawi tidak lagi layak memimpin ulama dunia. Kita harus baca mengenai Yusuf ini. Mengapa Yusuf Qardhawi bercerai dengan isterinya yang alim dan warak itu? Ini bukan soal peribadi Qardhawi tetapi ini soal prinsip Qardhawi yang sudah tergadai. Aku mengajak semua untuk membaca berita ini (http://www.tuniscope.com/article/15942/actualites/international/qaradawi-mossad-433112)

Ya, Kenyataan media bekas isteri Qardhawi ini tidak mendapat liputan media arab dan barat kerana mereka sememangnya menjaga Qardhawi bagai menatang minyak yang penuh.

Hanya kerajaan Tunisia (yang dibanggai AMANAH) sahaja yang berani termasuk beberapa media Mesir yang menyiarkan kenyataan media isteri Qardhawi ini. Dan yang peliknya, sehingga hari ini Yusuf Qardhawi tidak respon kepada tuduhan isterinya ini. kerana apa? Kerana isterinya mempunyai bukti bertulis! 

titik.