Thursday, September 27, 2018

5 Penjuru Pilihanraya Kecil Port Dickson?

Setakat hari ini sebanyak 5 pihak daripada pelbagai kumpulan telah menyatakan hasrat akan menghantar pencalonan untuk pilihanraya kecil Parlimen Port Dickson. Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengucapkan terima kasih kepada BN dan PAS kerana tidak bertanding dalam pilihanraya ini nampaknya terpaksa menarik balik ucapan tersebut selepas PAS mengumumkan calonnya hari ini. BN pula bakal meletakkan Isa Samad dan mungkin akan dihantar sebagai calon bebas bagi mengelakkan maruah BN diinjak-injak jika tewas sekali lagi. 

Selain BN dan PAS, wakil kumpulan "super liberal", Stevie Chan yang didakwa Anwar sebagai tiada tempat di Malaysia juga akan meletakkan calon di Port Dickson. Beliau merupakan penggiat seni dan sastera. Latar belakang beliau tidak didedahkan didalam sebarang maklumat calon. 

Ezam pula dikatakan bakal dibiaya oleh taikun politik anti-Anwar bagi melawan bekas bosnya itu. Ezam merupakan ahli politik yang paling kerap bertukar parti menewaskan Ibrahim Ali dan lain-lain ahli politik di Malaysia. 


Tuesday, September 25, 2018

Bubur Asyura Boleh, Donut Asyura Tidak Boleh. - Kumpulan Street Dakwah


Malaysia digemparkan dengan pemberian donut Asyura yang dikatakan mempunyai unsur-unsur Syiah pada donut tersebut. Lazimnya masyarakat Ahlul Sunnah di Malaysia menyambut Asyura dengan pemberian bubur percuma yang dipanggil sebagai bubur Asyura. Bubur sering diedarkan di masjid-masjid, surau-surau dan kepada orang awam. 

Pihak Revolusi Habib cuba mendapatkan info mengenai pemberian donut tersebut daripada kumpulan Who Is Husain dan telah cuba menghubungi pihak Street Dakwah yang mengutuk kumpulan tersebut serta cuba mendapatkan juga respon ketua Street Dakwah iaitu Ustaz Firdaus Wong. 

Menurut pihak Who Is Hussain, mereka memang melakukan aktiviti ini setiap kali hari Asyura setiap tahun. Asyura bukan sahaja disambut oleh Syiah, namun begitu juga Sunni. Di Malaysia, kita memang ada tradisi memasak bubur Asyura dan mengedarkan kepada orang ramai. Persoalannya mengapakah mengedarkan donut bagi menggantikan bubur menjadi satu kesalahan? 

Menurut sumber Who Is Hussain lagi, pertubuhan mereka dianggotai oleh pelbagai agama, kaum dan latar belakang di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat kaum Cina dan India serta Melayu yang datang dari pelbagai agama justeru mengaitkan Who Is Hussain sebagai milik Syiah adalah tidak benar. Pihak Revolusi Habib juga turut mendapatkan pengesahan daripada kumpulan Ustaz Firdaus Wong bahawa sememangnya terdapat Cina bukan Islam dan Arab serta Melayu pada hari kejadian tersebut. 

Menurut salah seorang ahli Street Dakwah tersebut, Ahlul Sunnah hanya membenarkan mengedarkan bubur sahaja sempena Asyura manakala pengedaran donut belum pernah diedarkan oleh pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan jelas pengedaran donut tersebut adalah satu bidaah dan bertentangan dengan ajaran dan tradisi Ahlul Sunnah di Malaysia. 

seorang pemuda sedang menandatangi sokongan  kepada Who Is Husain Malaysia. 

wartawan: Mohamad Faidi Ramli