Sunday, October 13, 2013

Rasuah Makin Sepi di dalam UMNO. bagaimana pula dengan PAS?

kehangatan pemilihan agung UMNO yang saya umpamakan ibarat haiwan-haiwan memilih pemimpinnya dalam kenyataan yang dibuat melalui laman twitter dan fb ada rasionalnya.

scene baling mikrofon, kempen anti liberalisme, dan juga pembatalan calon bertanding secara tidak munasabah adalah bertentangan dengan penerimaan akal seorang manusia waras. ya, manusia waras. bernama manusia.

telah pun kita saksikan bagaimana Shahrizat yang dikenali juga sebagai "lembu" telah kekal jawatan ketua wanita walau telah dibuktikan terkait dengan skandal lembu rasuahnya itu.

telah pun kita saksikan bagaimana Khairy Jamaludin yang terkenal dengan penyelewengan dan salahguna kuasa sewaktu Pak Lah menjadi PM sekali lagi menang dalam jawatan ketua pemuda.

tidakkah ini semua hanya dapat diterima haiwan yang bodoh sahaja yang dah tahu orang itu bersalah tapi tetap nak dijadikan pemimpin. jadi, hanya haiwan boleh terima pemimpin korupsi.

baik.

kita beralih pada muktamar Agung PAS pusat.

UMNO dilihat dalam pemilihan kali ini sebagai kurang mengamalkan budaya rasuah dalam pemilihan. semakin sepi isu politik wang dalam pemilihan kali ini. tapi saya yakin, pasti ada. pasti ada.

tapi bagaimana pula dengan PAS?

kita tidak hairan dengan cara UMNO dan haiwan-haiwannya bermain rasuah dan duit untuk mengekalkan kuasa dan tampuk darjatnya. sebab namanya UMNO. barua penjajah.

tapi PAS....yang telah menyalahguna nama Islam kebelakangan ini...pun dikhabarkan sudah mula pandai secara "halal" bermain wang dalam politik.

ada yang berkempen kepada kawasan-kawasan dengan agihkan lembu korban asalkan mengundinya dalam muktamar kali ini.

ada yang konon roadshow ke setiap kawasan sambil beri sumbangan dengan hajat mencalonkannya dalam muktamar nanti.

tak kisahlah ia golongan ulama atau profesional. keduanya sama sahaja.

tapi yang lebih parah ialah team ulamak. amat ketara. menggunakan nama agama untuk kekalkan kuasa.

jadi..marilah sama-sama...kita saksikan....kedua-dua barua penjajah ini dalam arena politik mengekalkan kuasanya.

(PAS juga barua penjajah kerana berasal dari UMNO) - rujuk sejarah penubuhan PAS



Pemuda PAS kawasan planet marikh. 
cawangan bandar pluto.