Thursday, February 28, 2013

Pesanan buat aktivis

Aktivis memang biasa diuji duka.
Aktivis akan luka.
Lumrah pejuang namanya

Kata imam ali,
Bukan dari kalangan pengikutku andai tidak diuji

Nyawa kita memang semua dihujung tanduk
Kita peduli apa dgn peluru
Kita peduli apa dengan senjata

Kita tetap lawan dengan apa yg kita ada
Kita ada pena
Kita ada kitab
Kita ada suara
Kita tak hairan tidak ada senjata

Kalau cinta,
Aktivis selalu jadi derhaka

Maka tak perlu kesalkan yang cinta telah pergi

Aktivis ada cinta ilahi

Aktivis tidak peduli dengan cinta yang tidak memberi inspirasi

Aktivis akan terus berjalan mencari perjuangan

Lumrah, aktivis sentiasa menjadi mangsa ujian
Tuhan mahu tinggikan darjat
Ini semua ada dlm al imran 139

Hari ini tuhan sedang angkat darjat
Bergembiralah dgn ujian
Jgn dihairankan dengan pendustaan
Dari kasih berupa syaitan


ini dia ulama yang hormat semua lapisan

kawan, lihatlah. ulama yang hormati semua lapisan. 

anak kecil yang tidak ada apa kepentingan utk nya pun , dia tetap sanjung dan hormat anak kecil itu. 

seorang ulama di Iran, memangku seorang anak kecil sambil berceramah. 

anak kecil yang mengganggu majlis itu langsung tidak dimarahi, malah diambil , didokong, dipangku dan kemudian beliau berceramah spt biasa. masha allah hebat! 

 (video menunjukkan Hujjatul Islam Syeikh Ali Reza Panahiya dengan selamba berceramah sambil memangku anak kecil yang ganggu ceramahnya) 

kalau kat negara kita ni, bila ustaz berceramah, ada budak kecik datang depan kacau, mesti dah kena marah kan? huhuhu. 

ini beza negara islam dengan negara yang tak islam. ;P 


Haziq Fikri(timbalan presiden KAMI) sedang menyampaikan pidato ketika retreat anak muda di goldcoast.

mahasiswa pengajian syariah dan undang-undang universiti sains islam malaysia






Tuesday, February 26, 2013

lagi tragedi menimpa menteri!

dulu 1998, seorang menteri (TPM) ditimpa tragedi apabila PM ketika itu pecat dan tangkap serta pukul beliau. 

hari ini sekali lagi tragedi berlaku pada seorang menteri kita yang berbangsa Cina. 

jom kita tonton:


ini TRAGEDI yang akan menimbulkan MIMPI NGERI buat pemimpin BN. haha

mana - mana saja mereka pergi bawa nama BN, pasti rakyat akan kata "NOOOO...."

Najib yang PM sudah kena. 

bila lagi pak menteri nak turun padang lagi? 

boleh kami raikan dengan NO.....hahahaha


jangan lupa malam ini. panassss. PI BALA penyiasat persendirian saksi utama kes bunuh altantuya dijemput pulang oleh che gu bard dan bersedia dedah isu sebenar pembunuhan. 

sebarkan..



Saturday, February 23, 2013

org kanan che gu bard disembelih, diambil darah

Menangis staf2 hospital melihat beberapa org kuat team SAMM melimpah darah mereka dan menitis-nitis ke bumi

Ramai staf hospital yg kasihan dgn pertumpahan darah itu terus memberikan makanan agar darah yg keluar itu dpt diganti semula.

Gambar menunjukkan edy SAMM dan FAREL SAMM serta beberapa anggota SAMM yg dicekik darahnya.  Semua utk pertahan negara.

Begitulah program derma darah anjuran SAMM sebentar tadi di pusat darah negara.








Friday, February 22, 2013

mahasiswa bersatu tolak penipuan PRU

DEMA, GEMPUR dan KAMI serta INSTEF memang sepakat menolak cara PRU yang kotor.

Sebab itu, kumpulan utama mahasiswa ini tidak bersetuju apabila ada segelintir oemimpin mahasiswa yang tergila-gilakan kuasa utk menjadi YB dengan mempertaruh harapan mahasiswa yang mahu melihat gerakan mahasiswa sbg ejen pendesak, bukan ejen pengampu.

Oleh yg demikian, 4 front utama kumpulan mahasiswa bersepakat bhw cara PRU yang kotor, perlu dilawan dan ditolak, bukan diraikan.

KAMI dan INSTEF ambil langkah kerjasama dengan SAMM melalui segmentasi mahasiswa utk menganjurkan penerangan bertema "tipu PRU,rakyat bangkit humban kamu"

Seluruh negara telah dijelajah dan sambutan masyarakat amat menggalakkan. Setiap kali program, ribuan org hadir menyokong termasuk golongan atas pagar.

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) sendiri merupakan penganjur utama utk jelajah di klang. Ramai mahasiswa turun dari jauh utk melihat perkembangan kempen ini.

Berikut saya sertakan foto daripada album KAMI.

Gambar 1 menunjukkan kumpulan INSTEF UIAM bersama kumpulan KAMI di lokasi

Gambar 2 menunjukkan che gu bard sedang berceramah menggesa rakyat bangkit

Gambar 3 menunjukkan booth KAMI yg menyediakan pelbagai buku kiri




Thursday, February 21, 2013

akar umbi PAS dan UMNO kena tipu?

dibanyak kawasan, yang BN letak calon di parlimen atau dun itu sebagai calon MIC atau MCA, tapi ahli bawahan UMNO yang dikerah suruh buat kacau.

dibanyak kawasan, yang bertanding lawan PR adalah MIC, tapi ahli UMNO dibawahan dikerah suruh buat kacau dan kemudian kena pukul dengan orang ramai.

yang sakit siapa?

MIC? MCA? bukan. tapi org UMNO bawahan.

kesian kat orang UMNO asik kena jadi hamba kpd MIC dan MCA dengan arahan pemimpin UMNO atasan

la ni pula,

lepas org UMNO bawahan dah kena kerah tenaga, keringat teruk-teruk, tiba-tiba...

pemimpin UMNO atasan buat kerjasama dengan majlis Syura PAS...

hahahaha

org UMNO yang dah kena balun, kena belasah dengan unit amal dalam ceramah-ceramah sebelum ni, tiba-tiba kena kencing lagi dengan pemimpin UMNO di peringkat atasan.

hahahaha

























(gambar ketika pertemuan Dato Mustafa Ali, Nik Zawawi dengan Chua soi Lek di luar negara utk bincang....Kalimah Allah? kat luar negara pulak bincang? malaysia tak selamat ke...hihihi)

oh ya, nampaknya org PAS yang duk sibuk buat kerja bawah pun sedang kena tipu dengan S.U majlis syura ni???

wallahuaklam.

nampak tak perkataan "wallahuaklam" tu? haa....





Sunday, February 17, 2013

"Aku adalah Allah"- al-Hallaj

orang-orang yang belajar tareqat dan mengkaji salasilah wali allah pasti tahu nama al-Hallaj. 

beliau dihukum mati dengan cara yang begitu kejam sekali oleh gurunya sendiri yang juga merupakan hakim kerajaan Islam pada ketika zaman itu. 

Hallaj ini wali Allah. ilmunya tinggi. kematiannya yang dibunuh itu telah menandakan bahawa beliau sememangnya wali Allah apabila tertera pada darah, langit dan laut akan kalimah La Ila Ha Illa Allah 

saya dapat ini setelah pegawai khas kepada YB DR Xavier(exco kerajaan negeri selangor) menyuruh saya baca kisah wali Allah yang diuji seperit ini kerana menyatakan pendiriannya dan dalam usaha wali allah ini berjuang, dia diuji dengan dibunuh oleh orang yg paling dihormat dan disayangnya sendiri iaitu gurunya sendiri yang beliau hampir habiskan seumur hidupnya bersama gurunya yang dikasihi sangat-sangat. 

kawan-kawan boleh rujuk kitab bisyar al-anwar yang ada di setiap perpustakaan negeri 

Hallaj , seorang wali Allah, yang amat dikasihi Allah diuji dan diakhir hayatnya baginda Hallaj telah dibunuh kerana beliau menyatakan pendirian beliau bahawa dalam dirinya ada Allah. 

ya, yang dimaksudkan Hallaj ialah Allah tidak ada di tempat tertentu. sebaliknya Allah ada disetiap sisi sudut hidup kita. allah tidak bersemayam di suatu tempat tapi Allah ada dimana saja kita berada. 

segala apa yang kita ada adalah milik Allah termasuk diri kita

Hallaj disalib, digantung, ditikam, diseksa dengan pelbagai cara untuk mematikannya tapi gagal. akhirnya Hallaj memberitahu cara untuk membunuhnya dan setelah mayat beliau dicampak ke laut, air sungai tigriz naik membanjir hinggalah jubah Hallaj diletakkan di tepi sungai, sungai itu kembali tenang. 

saya juga diuji seminggu dua ni. 

apabila kita kehilangan orang yang kita sayang, maka kita akan fikir seolah mahu menjadi separa gila.

tapi tak apa. 

Tuhan maha tahu. 

Tuhan beritahu saya kisah hambanya, walinya , utusannya, yang lebih memilukan dan tragis. 

Hallaj menangis. 

saya juga menangis. 

tapi ujian saya tak sehebat hallaj. 

saya hanya hilang satu sudut dalam hati saya. 

sudut yang kini sudah tidak bernilai lagi. 

tapi saya ada ibu ayah. saya ada tuhan maha esa, saya ada rasul dan saya ada imam yang sentiasa alert untuk menjaga. saya juga ada pusat ilmu yang tidak akan membingungkan saya ketika saya resah. husainiah. 

berangkat ke perlis. 



Saturday, February 16, 2013

kali ini entri menasihat

hari valentine sudah berakhir. 

pelbagai macam agensi dan badan menangkap orang sana sini. 

radio ERA pula berdakwah dengan berkempen agar hari valentine diubah nama kepada hari VALENTINO ROSSI. maka sehari itu, 14 februari di radio ERA, TIDAK ADA sebarang lagu cinta dan jiwang dimainkan melainkan lagu-lagu yang tidak kene mengena dengan cinta

didalam percintaan, 


jangan terlalu pantas buat keputusan

bila pantas buat keputusan, nanti selalu berakhir dengan penyelesalan

bila dah sesal, dah merana tak boleh nak buat apa

sebab itu ulama mutakhir tidak mengharamkan "couple" kerana zaman ini couple adalah tempoh berkenalan

couple itu dianggap sebagai zaman pertunangan sepatutnya

kerana kalau tak couple pada zaman ini, maka nanti dah kahwin kesalkan itulah, kesalkan ini lah. 

jadi, couple untuk beberapa tahun. 

kenal bersungguh-sungguhnya

dalam tempoh couple itu pula, tak perlu buat apa yang lagho. 

kalau sekadar nak tengok wayang bersama, pergi lah. Yusuf Qardhawi pun sudah kata, tonton wayang kalau tak da buat maksiat, tak mengapa malah harus. 

kadang-kadang filem pun mampu beri inspirasi dan motivasi serta mesej. 

dan dalam tempoh couple, jangan lupa, terapkan nilai-nilai murni. 

Islam tidak bebankan umatnya melainkan umatnya sendiri yang poyo membuatkan islam itu nampak terbeban






we are all loving each other. same heart, same love, same feelinng.

tabik spring buat Dr Mujahid Yusof Rawa yang mendidik cinta berbeza agama


Friday, February 15, 2013

samseng UMNo berundur kerana dapat miss call Khalid

saya bersependapat dengan Gabungan Mahasiswa Pantai Timur dan DEMA(sebuah persatuan mahasiswa Cina) serta KAMI sendiri dalam isu mahasiswa masuk bertanding. 

saya tak cakap mereka akan kalah. saya meletakkan kemenangan mereka dalam pertandingan itu mungkin boleh menjadi. 

Namun, apa yang saya tak setuju ialah cara mereka dan bagaimana selepas kemenangan mereka. 

ada lah perkara-perkara dalaman yang diperbincangkan sebelum ini yang tak perlu saya ceritakan. 

Namun, apabila Samseng UMNO datang menyerang, maka timbul rasa simpati dan belas ehsan saya pada kawan-kawan yang pernah sama-sama berjuang, tidur dibawah bumbung dan atas lantai lokap yang sama.

simpati amat melihat ada yang ditarik tudung, disepak, diterajang oleh samseng UMNO. 

dari awal, beberapa kumpulan mahasiswa sudah bilang, bahawa mahasiswa belum punya cukup kekuatan untuk menjalankan kempen di pekan mahupun masuk serta bertanding pilihanraya. bukan sahaja dari sudut strategi, malah jentera itu sendiri. mahasiswa masih lemah dan perlu mula dari bawah. 

berhadapan dengan kurang 80 orang pemuda UMNO pun, GM 13 gagal menarik simpati dan sokongan mahasiswa yang berada di pahang untuk turun membantu jentera kempen. 

ok lah. tak apa. 

cuma...tindakan UMNO menghantar lebih kurang 80 orang pemudanya untuk berhadapan dengan mahasiswa yg tidak punya jentera yang kukuh(kurang daripada 40 orang mahasiswa yang turun membantu) telah menampakkan bahawa tindakan UMNO itu bodoh. 

biasanya kalau tindakan bodoh ini, pasti diarahkan oleh orang-orang yang bodoh mcm YB seekor bawah ni:


gambar di atas ni adalah YB Pulau Manis. muka pun nampak yang dia ni memang kurang tido. songkoknya senget kerana terlalu banyak air kat kepala. 

apapun, YB ini cukup taiko kerana dia memang stylo.. 

oh ya, tadi siang kan kita dengar ada 80 orang samseng UMNO kepung student di dalam madrasah kan? 

sebenarnya 50 orang je samseng. tak sampai pun 60 orang. 

namun.....kesemua samseng itu terus berundur selepas saya buat miss call saja pada ketua depa. hahahaha (*ayat angkuh)

gambar seorang samseng BN yang marah mahasiswa dari jarak jauh 1 KM dari tempat mahasiswa berdiri. time dekat-dekat dia tak nak sound. time dah jauh baru nak sound. 

kah kah kah! 

time sorang-sorang dia buat tunduk saja depan mahasiswa, time dia dah jumpa kawan group dia, baru lah dia nak memekik-mekik menjerit-jerit. hahaha




Thursday, February 14, 2013

Tamparan Hebat buat seorang Kerani di sebuah Pusat Zakat

baru sahaja semalam ada seorang kerani di sebuah pusat zakat di selangor mahu tumbuk saya. katanya kerana saya sesat. 

saya harap dan saya yakin, dia pasti baca blog saya. terima lah....betapa saya kagumi ulama bernama Nik Abdul Aziz

Solat Berjemaah. saya betul-betul dibelakang Tok Guru. ini ketika sebuah perjumpaan tertutup pemimpin mahasiswa kiri bersama Tok Guru. kami dihidang nasi bungkus, lauk feveret Tok Guru dan para exconya




 sengaja saya letakkan 3 kali gambar ini dengan cara shoot berbeza. supaya KERANI PUSAT ZAKAT itu terang matanya dan sinar hatinya melihat gambar ini. wajah tok guru tetap punya nurr..

saya yakin, dan saya doa. agar Tok Guru kukuh dalam pemerintahannya. 

buat KERANI PUSAT ZAKAT, hinalah saya sehinanya. kerana saya tak perlukan perhatian manusia yang rendah darjatnya, tapi saya perlukan Allah yang maha kuasa. 



Thursday, February 7, 2013

Video mesyuarat UMNO mahu pukul Mazlan Aliman

UMNO perlu ingat, dalam partinya kini ada tiga team. Satu team nak jatuhkan najib, satu team nak halau najib, satu lg team nak pukul najib.hahaha

Video ini mmg sengaja dirakam oleh org UMNO sendiri dan sengaja didedah oleh org UMNO di felda itu sendiri.

Tuan tuan sila tonton. Inilah terdesaknya UMNO.

Copy paste link ini dan enter. : http://www.youtube.com/watch?v=NEwQ_zaKPQw

Kah kah kah. Padan muka UMNO. Padan muka.

KAMI pun berjaya tembusi felda di perak dan pacak beberapa bendera PKR. Hihihi


Wednesday, February 6, 2013

HAMAS pun anjur GANGNAM, kenapa marah BN?

saya buka twitter. saya nampak seorang tokoh akademik Dr Faisal Tehrani meletakkan link video GAZA GANGNAM STYLE

rupanya...orang Palestin di gaza juga ikut sama dengan tradisi korea bergangnam. 

tidak salah.

hiburan ini bukan lucah

tapi kenapa kita marah BN anjur gangnam di penang?

ya..kita marah benar

kenapa?

kerana....BN anjur gangnam guna duit negara

ketika saat rakyat malaysia menderita kemiskinan, kelaparan dan merempat,

kerajaan guna RM 2 JUTA UNTUK PANGGIL PSY penyanyi korea

tapi kali ini GAZA GANGNAM STYLE bawa mesej berbeza dalam tarian itu

apa dia? mari kita tonton...


saya pun pernah lepak dengan Faisal tehrani:



Menteri UMNO cuba sabotaj PM?

kita semua maklum mengenai krisis dalaman BN. 

team Muhyidin yang dikatakan cuba jatuhkan team Najib. 

malah, tidak mustahil, segala maklumat rahsia dalam kerajaan itu didedahkan sendiri oleh penyokong muhyidin. pendapat saya sahaja. bukan fakta. 

namun, dari segi akal logik nya, memang kita boleh nampak mcm tu., 

terbaru, mengenai BRIM 2. 

kerajaan tahu, dengan BRIM 2 ini akan dpt ubat hati rakyat sikit yg sedang luka bencikan kerajaan

namun, serta merta ada team dari dalam kerajaan sendiri cuba sabotaj dengan menghalang rakyat dari hadir dan tahu mengenai pemberian BRIM ini

segala punca pengetahuan informasi rakyat mengenai BRIM 2 disekat serta merta. 

website rasmi BRIM 2 juga disekat. talian hotline juga disekat. 

jadi, rakyat tidak dapat terima wang BRIM 2 ini walaupun layak kerana status mereka dan tempat mereka ambil BRIM 2 ini tidak dapat diketahui memandangkan kerajaan sendiri tak mahu beritahu. 

Najib mungkin tak tahu perkara ini kerana dia menguruskan hal atasan sahaja. 

jadi, kesian lah pada Najib kerana sedang disabotaj. 

kita rasa simpati. Pakatan Rakyat puas hati. 

UMNO, terus lah akan dicaci maki kerana menipu rakyat yang sudah ratusan ribu memohon. tapi tak dapat. hahahahahahahahahahaha!!!!!

website BRIM 2 yang ditutup oleh kementerian berkenaan


replika kisah Sultan kena tipu dengan British. masih ada di muzium pasir salak. hihihi

kita tunggu kisah anak seorang "nabi" di johor  yang mahu pukul polis 

dia ingat polis ni macai ka? hanya PR yang bela nasib polis, UMNO tidak. 

Tuesday, February 5, 2013

Amr Diab declare dirinya seorang pengikut ayatullah?

gempar apabila seorang student USIM pengajian Quran Sunnah meletakkan link video youtube penyanyi dan artis terkenal Arab bernama Amr Diab sedang bermatam dalam lagunya

video itu kemudian cuba dibuang keluar oleh seorang pengikut fathul bari tapi gagal kerana mereka kekurangan dana untuk bertanding pilihanraya. 

berikut video lagu terbaru Amr Diab yang dikatakan kontroversi kerana scene "matam" tepuk dada. 


tidak cukup dengan video itu, mengamuk pula geng jumud apabila melihat Dr Morsi Presiden Mesir menyambut Ahmadinejad semalam dengan karpet merah lantas mahu membuat hubungan lebih intim dan dua hala dengan Iran. 





Mesir akan mengikat kesefahaman dalam politik bagi melawan israel laknatullah. takbir! 


Monday, February 4, 2013

Liwat, kegemaran blogger UMNO

UMNO sinonim dgn budaya lucah. tidak cukup edar risalah lucah, siar siaran lucah, buat konsert lucah, kali ini blogger-blogger UMNO mahu bertutur dengan bahasa lucah luar tabi'i

berikut merupakan sembang seorang remaja Pakatan Rakyat yang mengajak blogger UMNO bersembang dengan ilmiah dan nyatakan hujjah apa yang tidak puas hati dengan apa yg dibawa oleh pakatan, namun, blogger UMNO yg juga pemimpin UMNO peringkat bahagian ini telah menjawab dengan tanpa fakta dan hujjah malah mengeluarkan kata-kata lucah luar tabi'i

klik gambar utk lebih jelas
sebut mengenai ketuhanan, blogger UMNO bernama Al-LAIL jawab dengan perkataan "liwat"

menuduh org berzina atau berliwat tanpa saksi adalah sifat tercela dalam Islam. blogger UMNO jahil murakab. 

tidak mahu bawa kes mahkamah, sebaliknya suruh tanya Nalla dan saiful. 

dicabar turun datangkan bukti dan hujjah debat santai, blogger UMNO sentuh lagi pasal liwat. 

Nampak tak betapa bodohnya blogger UMNO ni? 

kesian pada anak mereka yang terseksa jiwa raga melihat bapa nya jadi begini. 

orang kalau dah berusia, tua sibuk tumpu dan fokus bab agama, dia lagi permainkan agama malah menuduh dan bercakap pasal seks sahaja. 

inilah nasib dan masa depan warga emas yang berpegang pada UMNO. 





Kuantan terus kiamat bila najib mula berucap

dengan kuasa Tuhan, Kuantan hampir kiamat. 

kiamat sbb apa? 

sebab udara, laut, darat, pasir dan tanah serta khemah semuanya tidak larat dengan ucapan daripada pemimpin yang maha zalim di malaysia ini. 

pemimpin yg terlibat dengan pembunuhan

pemimpin yg terlibat dengan skandal

pemimpin yg mengabaikan rakyat miskin dan susah

pemimpin yang tangkap ayah-ayah dan dipenjarakan serta dipisahkan daripada anak-anak mereka. 

semua manusia yang ada di hadapan skrin hanya buat tidak endah dengan ucapan pemimpin itu

hatta khemah, pasir, tanah, pokok dan air laut pun lari dengan angin! 

bayangkanlah betapa bencinya kita dan semua ke atas pemimpin itu. 


petanda dari tuhan. kiamat semakin dekat. 

bukan kerana Lim Guan eng berkuasa di Pulau Pinang, tapi kerana Najib berkuasa di Malaysia. itu sebab allah turun bala serupa ini. 

lihat gmbr di bawah contoh kezaliman Pemimpin BN. tahanan ISA beragama Islam dibogel dan diliwat. berikut gambar yang dilukis oleh tahanan yang diserah kpd peguam
(klik gambar utk paparan lebih jelas)


Haji Hadi "sekolahkan" pemimpin UG

Tok Guru Haji Hadi menyentuh isu kerjasama dengan UMNO. 

walau apa jua kerjasama dalam apa sahaja jenis, kalau dengan UMNO, maka PAS tidak akan setuju! 

kerana PAS pernah ditipu dua kali oleh UMNO semasa bersama parti itu. 

apabila UMNO bekerjasama dengan PAS, maknanya dia mahu pergunakan PAS dan patuk PAS! 

Tok guru juga tegaskan bhw PAS akan terus bersama gabungan pakatan rakyat!

takbir! 

seribu tahniah buat tok guru yang dicintai! moga Allah panjangkan usia tok guru! 

mana-mana pimpinan yang cuba bekerjasama dengan PAS, maka dia telah ingkar dengan arahan "AMIR"!

dan saat inilah .. WALA' mesti digunapakai. 

ingkar kamu dengan pemimpin kamu, lebih baik kamu menjadi haiwan spt yg dimaksud oleh HAMKA 

KLIK : utk video ulasan Hj Hadi isu so-called "kerjasama" dengan BN dalam pentadbiran dan politik


UMNO telah buat ini:.....





MASIH "KERJASAMA" DENGAN UMNO? moga DAP dan PKR serta PAS terus bersama! insha allah 


Sunday, February 3, 2013

Kenapa Azizan Razak pilih utk sokong BN?

Heboh malam td apabila tv3 menyiarkan ucapan perasmian IM4U pemuda BN di kedah yg dilancarkan sendiri oleh ust azizan razak, pesuruhjaya pas kedah merangkap mb kedah yg bakal dilucut.

Sebelum ini gempar apabila Aduka Taruna dan Abu Nawas serta Zainulfakar mendedahkan isu UG sehingga aduka dipukul oleh samseng yg dihantar ulama UG itu.

Soalnya apa keperluan azizan razak utk merasmikan program BN itu? Atas kapasiti sbg MB?
Apa kena mengena kerajaan negeri dgn IM4U?

Bukankah pakatan telah melarang semua penglibatan yg mengaitkan kerajaan pakatan dengan agenda gelombang biru BN ini?

Lim guan eng nampaknya lebih bijak.
Tok guru nik aziz juga paling bijak.

Mrk tidak mudah dimakan umpan.

Saya x pasti kalau2 azizan ada agenda lain. 
Mungkin protes krn namanya sudah tidak terpilh lg sbg mb pada penggal akan dtg?

Ingat wahai teman, gerakan islam memang banyak diuji dgn ujian sebegini.

Dahulu ada ramai ulamak dalam PAS yg telah memalit najis UMNO pd diri mereka, kini dilempar terbuang.

Siapa dia?

Ust nakhaei. Dulu pimpinan tertinggi PAS pusat, kEMUDIAN masuk UMNO, tinggalkan PAS pd 80-AN

Ust norman toha, dewan ulama PAS negeri. Kini bersama Hassan ali dalam JATI

Ust riduan tee,  dulu dalam HARAKAH, skrg bsama nyatakan sokongan pd UMNO.

Ada rmai lg golongan yang tidak ikhlas membawa perjuangan islam ini yg telah meninggalkan PAS krn duniawinya.

Dan sy konsisten, PAS perlu kekalkan mursyidul am yg alim ulama, tp bukan yg kepala hanya fikir kepentingan sendiri.

Ust Azizan mengenakan baju korporat berlogo IM4U (pemuda BN)

p/s: saya harap kebebasan sy memberikan pendapat tidak mendapat cemuhan daripada pemimpin facebook yang mengakui sebagai PAS. :-)

jgn ingat PAS sahaja ada UG, PKR pun ada... DAP pun ada...tunggu...


Friday, February 1, 2013

Noh Omar sahut cabaran DEBAT! pemimpin BN yang pertama berani debat!

ini sumpah demi allah cerita benar. 

Noh Omar , menteri pertanian Malaysia sudah berani utk tampil ke hadapan untuk berdebat

sayangnya pemimpin DAP tak ada yang datang berdebat. kerana apa?

kerana apa DAP tak datang?!!!!


kerana Noh Omar hanya berani berdebat dengan Ahli PAS yang telah dipecat. hahahaha! 

Hassan ali: "saya masih ahli PAS"

mamat ini sedang gila talak. bini no 2 minta cerai. 

ikuti kisah hassan ali bercerai dengan bini no 2 pada siri tulisana akan datang. 

p/s: selesai proses cerai, insha allah Khalid sedia mengganti Hassan Ali untuk memikul tanggungjawab kepada bini Hassan ali. 




T.kasih pemimpin PAS bantu konvultasi KAMI

Konvultasi KAMI di PERAK kali ini mendapat tajaan seorang pemimpin PAS yg juga pernah mewakili PAS ke persidangan bersama PKS di Indonesia.

Tiada apa dpt dibalas melainkan ucapan t.kasih tidak terhingga kepada pemimpin jemaah islam itu.

Turut hadir melatih KAMI ialah Mat Saman Kati, antara penggubal draf perlembagaan parti politik yg liberal di Malaysia.

Beliau juga merupakan penganalisis politik

Terima kasih kpd yg menaja, yang menyokong usaha meng-independen-kan gerakan mahasiswa supaya tidak menjadi pencacai korupsi

Gambar: Core KAMI dihadapan lokasi penaja