Monday, December 31, 2012

Baju Himpunan Kebangkitan Rakyat. Stok Terhad


stok terhad 

hanya beberapa puluh pasang di cetak oleh REVOLUSI HABIB

harga setiap satu RM 25. 

baju lengan panjang dan labuh untuk muslimah juga ada. tapi mesti kena tempah sampai sepuluh dan tambah rm 10. 

REVOLUSI HABIB AKAN GUNAKAN SEMUA KEUNTUNGAN DUIT INI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT dan PERUT REVOLUSI HABIB SENDIRI yang sudah semakin buncit ini. 


juga terdapat warna kuning dan hitam. putih stok tak tahu lg. sekeping baju harga RM 25


satu kaler sahaja. merah . sempena budaya komunisme yang menular, disulam tulisan kuning. berkolar. juga RM 25 

HUBUNGI (SMS SAHAJA,CALL TAK DILAYAN KERANA BID'AH)

010  275 9683



Thursday, December 27, 2012

Bangla dan Myanmar menjadi sekretariat pejabat Agung UMNO

sumber dari MILOSUAM. 

aku tak minum milo kerana ia nestle. milik yahudi walaupun aku terima dana yahudi hari-hari. 

hahaha. 

sila lah baca link di bawah ini untuk bukti bahawa tak ada orang Melayu yang nak bekerja di Pejabat Agung UMNO. ini berbeza dengan Pejabat Agung PAS di Raja Laut semuanya Melayu dan Cina serta india Malaysia

berbeza juga dengan pejabat agung PKR di Damansara , semuanya orang Malaysia. 

tapi..malang...di Pejabat Agung UMNO...walaupun gaji menarik...tetap orang Malaysia tak nak kerja situ. 

baca lah bukti borang UMNO yang dibuat oleh sekretariatnya yang terdiri daripada orang Bangla dan Myanmar. 

(bukti bangla dan myanmar shj yang bekerja di pejabat agung UMNO)

kalau bahasa Melayu yang mudah pun mereka gagal faham, macam mana para sasterawan negara tak keluar UMNO dan masuk Pakatan? 

memang lemah betul MELAYU dalam UMNO. 


belajar dari Latino... askar bersenjata tewas ditangan rakyat...

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 12 JANUARI KUALA LUMPUR



Tuesday, December 25, 2012

pemimpin jemaah islam ditangkap ketika makan babi

ketika serbuan baru-baru ini...oleh sepasukan pegawai penguatkuasa dari agensi kaki buli jabatan agama islam sebuah negeri yang menegaskan negerinya tempat Islam mula tersebar di malaya...telah berjaya menahan seorang pemimpin jemaah Islam yang sedang melepak di sebuah kedai bah kut teh milik orang nasarani. 

pemimpin itu kemudiannya menggelabah lantas menggelupor dan terus terkena penyakit sawan babi. 

setelah dipanggil seorang pengamal perubatan Islam yang sedang makan di Mcdonald milik yahudi  berdekatan lokasi pemimpin jemaah islam itu terkena sawan babi, maka...pengamal perubatan islam itu pun mengenakan caj rm3000 dan barulah dia beritahu apa masalah yang menimpa pemimpin jemaah islam yang terkena sawan babi itu. 

(GAMBAR SEKADAR HIASAN, tidak ada kena mengena dengan cerita. kalau ada pun, secara tak sengaja mcm UMNO bunuh ibrahim Libya)
(p/s: makan "babi" di mcd tak apa, asalkan kawan yang belikan untuk kita)
(bukan kita beli, tapi resit bayaran ada, wedges , coffee dan dulang MCD boleh la kita sebat ambil percuma dari MCD)

rupa-rupanya....

dia telah membina sebuah wisma kediaman untuk para pelajar agama Islam menetap di Mesir. 

peruntukan semuanya oleh dana kerajaan negeri. duit rakyat. 

tapi dia tak bagi rakyat yang tak sekepala dengan dia duduk di situ. 

sebaliknya kerajaan negeri lain yang sanggup tumpangkan anak-anak negeri tempat pertama islam masuk di tanah melayu itu untuk menetap di wisma kediaman negeri mereka. 

dan pemimpin jemaah islam itu semua tahu sebagai ketua menteri sebuah negri islam di bumi melayu. bumi lain semua kafir. 

dia adalah ...... 

tu dia...pemimpin dunia melayu dunia islam....dunia lain semua dunia kafir...

pemimpin islam mcm dia ni lah yang duk halau anak-anak melaka belajar agama di mesir..

pemimpin islam macam dia ni lah duk halang pelajar2 mesir kelahiran melaka menggunakan kemudahan wisma MELAKA di mesir... 

ISLAM....

Monday, December 24, 2012

Detail pembebasan Umar dari Agensi Khawarij Universiti Madinah

Pada pagi 24 disember jam 9,  sejurus hakim mahkamah tinggi kuala lumpur masuk ke kamar perbicaraan kes jenayah, para penyokong Umar mula memenuhi court. Para peguam mengambil tempat.

Turut hadir ialah peguam Lateefa dan Arul setiausaha PSM. Turut turun padang ialah abg rozan ketua penerangan AMK pusat bersama ketua pemuda PAS wilayah saudara kamaruzzaman.
Peguam mewakili Umar adalah daripada team Lawyer Buruk, abg shahrizan dan kak puspa. Peguam berjaya menangkis hujjah pendakwaraya yang berkepala otak BN.

Walaupun hakim kelihatan mengeluarkan nasihat bodoh pada ibubapa Umar supaya jaga anak mereka dgn baik, namun, kita berterima kasih pd hakim tua itu kerana sudi membebaskan umar daripada penjara walaupun kena bayar lg Rm 2000. Cuma...kita harap...hakim tua cina itu dpt menjaga anak perempuannya terlebih dahulu kerana takut-takut anak perempuannya melacur pulak di chow kit. Maklumla...nasihat anak org pandai kemain.

Sejurus tamat perbicaraan, maka dgn perintah mahkamah, Umar perlu bayar lg rm 5000 utk bebas ikat jamin. Tak paham kenapa mesti bayar duit. Inilah dasar kapitalis mahkamah.

Solidariti mahasiswa yang turut merasai derita Umar menyumbang rm1000 manakala pihak Occupy Dataran , KAMI dan pelbagai pertubuhan termasuk penyokong LGBT menyumbang lebih RM 4000

Sejak awal perkampungan, parti sosialis malaysia menghantar wakil mereka setiap hari untuk memantau perjalanan protes mahasiswa ini. Termasuk jasa ahli majlis dari PSM yg memberi kebenaran total semasa mahasiswa dan anak muda berkampung di kajang hadapan penjara umar.
Ketika di dataran, ada pimpinan DAP yang dtg walaupun hanya untuk sidang media. Mereka turut hadir.

Ambiga dan setiausaha AMK pusat juga hadir tapi tanpa liputan media. Ambiga menyumbang makanan dan air minuman untuk peserta protes. Turut menyumbang nasi minyak dan lauk ayam ialah orang PAS batu.
Ketika semua mahasiswa dan anak muda serta beberapa aktivis parti hadir di mahkamah, keadaan selamat dan peliknya, Umar tidak dibawa ke mahkamah. Sedangkan prosedur sepatutnya membawa umar bersama ke mahkamah.

fahmi reza yang menghubungi dari sabah pula segera menyediakan wang ikat jamin utk membebaskan umar yg juga salah seorang ahli team occupy dataran merdeka.
Umar bebas bersyarat, tak boleh hadir dalam sebarang protes dan kempen politik. Kalau nak hadir, perlu pakai topeng V la kot.

Oh ya, tq juga buat gerakan hunger strike anti lynas yg berkampung di kajang juga.

Walaubagaimanapun, kita tabik pada Umar kerana cool setelah bebas.

Jgn jumud mcm ISMA dan PEMBINA kerana mereka semua adalah unsur yahudi. Sekian laporan oleh para khawarij yg beriman dari universiti madinah kampus shah alam.


bapak yg soleh. anak yang cool...


khemah sampai bebas.

Sunday, December 23, 2012

Pemimpin politik yg hadir tanpa gila kuasa dan non-capap

Dari dataran merdeka. Pagi hingga malam.

Anak2 muda dan mahasiswa berhimpun lagi. Kali ini himpun tuntut pembebasan umar.

Kawan mereka yg dipenjara kerana mengambil gambar DBKL belasah orang awam.

Hakim itu seperti yg aku pernah kata kan adalah mamat lancau dari ahlulsunnah wal jamaah wal lahabau wal haram jadah

Minta maaf wahai tuan hakim berjubah hitam.

Tapi pagi ini aku mahu bercerita soal pemimpin politik yg gila kuasa dan gila capab.

Capap adalah sejenis penyakit orang besar yg gilakan publisiti.

Datang hanya untuk liputan media dan sidang sahaja.

Tapi aku kagum dengan para pEjuang LGBT terutamanya Datuk Ambiga yg juga pengerusi BERSIH yg hadir ke dataran pada waktu terik matahari dan duduk bersama kami di dataran tanpa perlu panggil media dan buat sidang media dengan kami.

Juga,

Bro Syed Shah,  setiausaha AMK pusat juga hadir tapi x mahu muncul ke hadapan kerana dia tidak mahu mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik.

Juga,

Abg Zunar dan Nik Jidan yg hadir tanpa mahu masuk frame. Disitu, aku nampak keikhlasan mereka.

Tapi ada beberapa ekor ulama dalam sebuah parti yg gila nak datang melawat time malam sahaja dan mahu pastikan media ada.

Kalau aku sebut ulama, korang rasa dari parti mana? DAP ade ulama tak?

Then, aku juga  nak rafakkan kekaguman kepada pemimpin muda mahasiswa UMNO yang sudi hadir mendengar apa yg kami nak bawa. Dia juga hadir tanpa mahu liputan media.

Syabas dan tahniah kepada pemimpin politik yang tidak memperguna isu mahasiswa utk kepentingan politik

Gambar 1: inilah para penggerak yang akan mengebom penjara umar
Gambar 2: ambiga,  hadir tanpa perlu disambut.



Saturday, December 22, 2012

Mahasiswa rempoh tembok penjara kajang dan letupkan masjid

Setakat 2011, kerajaan kita perlu bertanggungjawab ke atas 500 kematian dalam tahanan

Ya... Yang mati dalam tahanan itu hanya org biasa. Bukan anwar, bukan azmin, bukan che gu bard.

Tp yg mati itu rakyat biasa.

Mereka dipukol, di belasah,  diterajang sehingga mati tak bernyawa.

Semalam mahkamah yg kita lancaukan setiap masa, telah menjatuhkan hukuman sebulan penjara ke atas seorg pemuda bernama Umar.

Umar ini siapa?

Ini bkn si umar zaman nabi saw.

Tapi umar ini adalah pewaris kegarangan umar al khattab zaman nabi.

Si lancau berjubah hitam menjatuhkan hukuman dgn tukul lancaunya mengetuk-ngetuk meja panjang kayu di kamar.

Sesungguhnya pelacur di kamar lebih mulia daripada "si jubah hitam"

Krn jubah hitam buta melihat Umar dikasari mempertahan diri drpd penguasa lahanat.

Pertahan rakan yg  dipukul rupanya menjadi satu kesalahan

Bagus lah BN.

Kita mesti salahkan BN.

Gambar: sekitar OCCUPY penjara kajang desak bebaskan UMAR




Friday, December 21, 2012

Omar mengulang sejarah mahasiswa 60-an

lancau Perdana Menteri dan para menteri

lancaukan undang-undang kuku besi

lancaukan semua pihak yang menyebelahi Barisan Nasional

lancau mereka semua lebih lancau daripada syaitan

Omar anak muda mahasiswa universiti Teknologi ditahyan dan dipenjara sebulan

sebulan dalam penjara, Omar tak akan kalah.

keran semua anak muda sedang marah untuk Omar.

anak muda berjanji akan lawan dengan darah

demi pembebasan Omar.

darah lawan senjata kuku besi

kuku besi lancau lah kamu wahai perdana menteri.

Omar disabit bersalah kerana lawan pihak berkuasa yang mengasarinya

lancau lah pihak berkuasa.

*omar adalah mahasiswa yang menjayakan kempen tawan dataran merdeka 14 hari sebelum BERSIH bersama gerakan maahsiswa seluruh negara.

gambar terakhir Omar sebelum dimasukkan ke penjara kajang pagi tadi. 

YA ALLAH. LAKNAT ke atas KERAJAAN BARISAN NASIONAL. 


Saturday, December 15, 2012

UMNO ulang demo BALING 1974! UMNO BANGKIT!

pada tahun 1974, DSAI, HISHAMUDIN RAIS dan kawan2 anjur demontrasi BALING untuk membela nasib petani dan peladang yg dilanda kemiskinan dan kebuluran.

minggu yg lalu, UMNO pula anjur DEMO sama berkenaan baling. tapi kali ini bukan utk membela nasib kaum tani yg miskin. rupanya, UMNO buat demo BALING botol, BALING BATU, dan baling pisau pada aktivis2 yang anjurkan JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI. hahaha

natijahnya 2 cedera parah akibat terkena BALING-an UMNO itu. hebat.

beza demo baling zaman anwar dan isham itu dengan demo baling zaman UMNO minggu lalu ialah, para demonstran zaman anwar semua kena ISA, kena tangkap, kena pukul. tapi demontran UMNO minggu lalu yg terbukti bawa senjata berbahaya tidak disentuh hatta setuding jari oleh pihak polis. ini satu lagi kebobrokan polis malaysia yg jahil murakkab dan takut dengan UMNO.

aku dalam tulisan kali ni hanya nak lemparkan pujian dan tabik buat AMK kerana telah berjaya anjurkan SYARAHAN BALING sempena memperingati demo baling zaman mahasiswa 70-an yg dipimpin anwar ibrahim, hisamudin rais, syed husin ali dan lain2 lg.

lebih buat aku tabik pd AMK ialah dalam syarahan baling ini, TRAGEDI MEMALI tahun 85 turut dikenang. kezaliman UMNO pada tahun itu disebut-sebut bagi membakar api kebencian anak muda ke atas pemerintah yg zalim dan kejam bernama UMNO. hinggakan ulama sanggup dibunuh oleh UMNO pada tahun 85 itu.

Gambar 1: perempuan tu namanya ginnie. Mantan pimpinan DEMA dan SMM batch 2001. Dia akan train KAMI utk plan masa hadapan

Gambar 2: saff panelis yg terlibat dalam demo baling hingga di-ISA-kan

Gambar 3: DSAI duduk dalam kebanyakan hadirin. X perlu kerusi VIP

Gambar 4: berbual dgn samsul iskandar dan tian chua mengenai masalah mahasiswa yg gipang,  gijaw dan gila babi. Wallahuaklam.





Sunday, December 9, 2012

Menanti saatnya ke sukhirin dan pattani

Bersempena dengan pertemuan gerakan mahasiswa islam asia tenggara, pihak Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) telah pun secara rasmi dijemput oleh sekretariat utk pertemuan penting ini. Tidak jadi di indon spt yg diwar-warkan sblm ini sebaliknya lokasi tukar ke thailand. Di hat yai.

Gerakan mahasiswa islam di thai amat kuat.

Mereka langsung tidak dicemari kepentingan parti politik.

Kewujudan mereka juga dihormati oleh tentera kerajaan thai yg terkenal dgn kerakusan dan kezaliman sebagaimana pasukan polis dan FRU malaysia.

Di INDON, ada satu geraman Islam juga namanya KAMMI singkatan bagi KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA MUSLIM INDONESIA. Kumpulan ini mcm GAMIS. Tapi lebih radikal dan agresif. Gerak kerja yg menggerunkan kerajaan dan pemerintah.

Ramai kata kumpulan ini agak jumud krn asal ada konsert saja di indon,pasti ahli KAMMI akan turun berprotes.

Lantak lah. Itu negara mereka. Tp mereka amat terbuka dengan sesama islam dari segi kritikan dan kerjasama pelbagai mazhab. Buktinya dalam KAMMI ada pemimpin gerakan yg bermazhab syiah, sunni, salafi dan talfiq mazahir. Ayah pin saja blum bertapak. Hehe

Penghujung bulan jan tahun depan KAMI akan bersama dengan gerakan mahasiswa islam thailand dan indon serta brunei utk menelusuri pengalaman perjuangan gerakan mahasiswa dan anak muda disana,

Saya dan kawan2 pernah dijelaskan mengenai isu kebangkitan pattani. Sekali oleh ust Abu Turab bekas pejuang pattani yg dipenjarakan. Satu lg oleh anak2 mahasiswa thai di  malaysia.

Alang2 singgah di thai, jgn lupakan lokasi sejarah bertapak utk kemerdekaan negara kita. Perkampungan sukhirin. Kisah para gerilla komunis melawan penjajah british. Wajib singgah.

Sawarikap. . meknow meknow kecepuk. -bahasa thai ni siapa boleh translate.

Gmbr 1: presiden PMIUPM dan saf pimpinan SIM menjalani ritual di puchong bersama aku

Gmbr 2: ahli jemaah UNIKL dan HAZIQ FIKRI KAMI penat lelah setelah berjalan sejauh 10 km ke markaz tarbiyah pas pusat



Thursday, December 6, 2012

mahasiswa buat kacau! gangster silat Omar Din lari lintang pukang!

berikut aku paparkan muka-muka pengacau yang telah mengganggu ceramah PR sehingga samseng dari anak buah silat Omar Din yang kacau ceramah PR di gombak baru-baru ini pun termuntah lantas lari melihat beberapa muka samseng mahasiswa yang berceramah panggil mereka bergaduh.

anak-anak silat Omar Din itu kemudiannya melayan diri mereka sendiri seperti orang Palestin manakala aktivis mahasiswa yang diatas pentas itu berlagak seperti tentera israel.

keluar statement ketika masih mabuk todi haram


berikut kisah yang sebenar:

sekalung penghargaan buat Parti Keadilan kerana berani menerima kritikan dan mengalukan idea anak muda dan  mahasiswa

parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat perlu contohi. 

PAS dan DAP jangan terlalu takut untuk menerima saingan org muda dalam pergerakan

pemuda PAS jangan main mencantas idea anak muda yang berjuang bersama

pemuda DAP pula jangan terlalu elitis dengan menolak aktivis-aktivis kaki demo dan kaki jalanan

idea bukan dari segulung ijazah semata.

idea merata hatta di rumah merah. 

Syukri Razab, mantan pengerusi SMM

rampas microfon dari Anwar. ini samseng yang tak boleh siapa halang. 
anak silat omar din pun tak berani. mereka hanya berani tikam tangan orang PAS, lepas tu lari. 
anak silat omar din pun tak berani. mereka hanya berani baling batu dalam gelap, lepas tu naik moto bla. 

pirah!!!!!!!!!!!!

mantan aktivis DEMA berbangsa cina bersama dengan si budak sesat,haram dan kafirrrrrr 

Monday, December 3, 2012

pendedahan kezaliman dan kemunafikan Syiah oleh ketua syiah zimbabwe

oh, syiah? 

sesat, haram dan kafirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

hanya arab saudi sahaja yang betul dan bagussssssssssssssssssssssssssssssssss

kerana arab saudi sudah ada kedai seks di MECCA MALL kepunyaan paris hilton. 

di iran tak ada. maka iran syiah! 


Ust Idris Sulaiman: kaunselor agama di Kedutaan Arab Saudi merangkap Syura Ulama Muda UMNO 
mengatakan dalam ceramahnya:

1-Tiada jihad di Palestin (Minit 1.10, 5.28 & 5.30).


2-Syarat jihad menurut Quran, jumlah musuh mesti tidak lebih dari 2 kali ganda dari tentera2 Islam (Minit 1.34).

3-Tindakan boikot adalah suatu kebodohan (Minit 8.18).

buktinya...sila tonton video dibawah:




siapa dia UST IDRIS ni? 

kejap na....

INILAH SIKAP ULAMA UMNO YANG ANTI SYIAH. 

anti syiah, anti ikhwan..sokong ISRAEL! kah kah kah! 

sebab itu PRESIDEN MAJLIS ULAMA ASIA pernah cakap....

"mereka yang menyerang isu mazhab ini adalah mereka yang memperjuangkan assobiyyah dan menjadi ejen musuh islam untuk menentang parti islam" - UST ABD GHANI SAMSUDIN(PRESIDEN MAJLIS ULAMA ASIA) ketika di KUIN, ALOR STAR mac 2012

ini lagi sorang contoh ustaz lidah berbelit:

doa PAS tu tak elok. tak sesuai. macam sakai. 

OPS....tapi ana mau kerusi la untuk PRU..maka DOA TU JADI ELOK pulak di kelantan...hahaha



kah kah kah..org KELANTAN kena kencing lagi...hahaha. jangan kena tipu lagi..mcm ibrahim ali tipu PAS dulu..kah kah kah!