Wednesday, February 28, 2018

Pengerusi BERSIH Bakal Bertanding Bawah Tiket PKR?

Maria Chin, pengerusi Badan Bertindak Bersihkan Pilihanraya(BERSIH) dikatakan bakal bertanding dibawah tiket PKR pada pilihanraya umum kali ini. BERSIH yang ditubuhkan sebagai badan pemerhati pilihanraya bakal menunjukkan belangnya yang sebenar selepas dikatakan akan meletakkan calon dalam pilihanraya umum menggunakan logo parti politik. 

Kesahihan berita ini walaubagaimanapun masih tidak dapat ditentukan kerana pihak kami masih gagal menghubungi Puan Maria Chin. Sekiranya BERSIH meletakkan Maria untuk bertanding dalam pilihanraya maka BERSIH tidak lagi boleh menjadi badan pemerhati baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa kerana telah melibatkan diri dalam kancah politik bersama politik kepartian. 

Berita lanjut menyusul. 

Oleh: Ahmad Saidi. 
Ura-ura yang mengatakan BERSIH telah dibeli oleh Mahathir pada tahun lalu bakal terjawab dalam masa terdekat seandainya BERSIH melibatkan diri secara terang dan jelas dalam PRU dibawah logo Pakatan Harapan. 

Saturday, February 24, 2018

Idea Kolumnis: Pakatan Harapan Bakal menyambung Konsesi Tol Jika Menang Pusat?

Dua hari yang lalu, Najib Tun Razak memberitahu dalam satu majlis umum bahawa beliau antara orang yang menentang projek tol yang dimulakan Mahathir. Ramai rakan saya daripada golongan makmum Pakatan Harapan serta para imam didalam gabungan tersebut menyindir Najib Razak kerana kata-katanya itu. Namun, saya mempunyai pendapat berbeza mengenai hal tersebut. Saya tidak menjadi makmum ataupun pengikut kepada pembangkang dalam isu ini. 

Ini kerana jika kita melihat kepada statistik, sepanjang 9 tahun Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menutup lebih daripada 10 buah tol berbanding kerajaan Selangor yang mempunyai saham terbesar dan berkuasa besar untuk menutup 2 buah tol KESAS dan LKSA selepas 2 penggal menjadi kerajaan. Namun, cakap-cakap Pakatan Harapan ini hanya ibarat tin kosong, mereka tidak mahu membeli baki saham beberapa puluh peratus tersebut dan terus menikmati kekayaan hasil kutipan tol di Selangor itu. Malah, ada juga kroni mereka dilantik menjadi CEO dalam syarikat konsesi tersebut. 

Sebab itu apabila saya katakan usaha Najib menutup tol ini harus dipuji sebagaimana Haji Hadi Awang berjaya menutup tol di Terengganu selepas PAS memenangi Terengganu, ramai penyokong Pakatan Harapan menuduh saya pro Najib dan terus membuta tuli tanpa memahami isu ini dengan jelas. 

Apa lagi yang menyebabkan saya kata Pakatan Harapan bakal meneruskan tol jika mereka memerintah? 

Ayuh kita lihat bagaimana projek terbaru lebuhraya dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Selangor. SUKE, DASH dan KIDEX, kedua-duanya ini adalah projek penuh dibawah Kerajaan Negeri Selangor dipimpin Azmin Ali. Malah, ketika meluluskan projek ini, Rafizi Ramli cuba membantah namun apakan daya, Rafizi Ramli hanya seorang diri dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR yang ada keberanian sedikit untuk melawan pemimpin parti mereka. Walaubagaimanapun, projek itu gagal dihalang oleh Presiden PKR kerana para pemimpin PKR sendiri hanya mengikut telunjuk Azmin bagi memastikan mereka mendapat sedikit habuan daripada projek berkenaan, mungkin. 
Sila rujuk kenyataan ini disini: 

Manakala di pihak Najib Razak, Najib telah berjaya membuktikan projek lebuhraya Pan Borneo dan projek lebuhraya Pahang-Kelantan sejauh 411 KM telah pun dimulakan dan tanpa dikenakan tol. 

Lebih menguatkan hujjah bahawa Pakatan Harapan akan membuat duit melalui tol ialah apabila bakal PM Pakatan Harapan sendiri memarahi wartawan yang mempertikaikan tol di Malaysia terlampau banyak dengan mengatakan bahawa tindakan beliau semasa menjadi PM dahulu membina tol adalah baik dan bagus malah dikatanya paling murah di dunia. Boleh rujuk kenyataan Mahathir itu disini: 

Masihkah anda percaya dengan manifesto Pakatan Harapan? Oleh itu, jika saya menjadi seorang pengundi, saya akan mengundi parti mana yang lebih memberi manfaat kepada saya, anak dan cucu saya. Undi saya adalah rahsia. 
antara berpuluh tol yang telah ditutup oleh kerajaan di era Najib Razak. Kerajaan terpaksa membayar gantirugi yang besar kepada konsesi akibat tindakan Mahathir yang memberikan konsesi hampir seratus tahun kepada kroninya pengusaha tol. 


Oleh Khalid Mohd Ismath
Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia. 

Saturday, February 17, 2018

31 Kerusi Parlimen Pakatan Harapan Bakal Saksikan Perlawanan Sesama Sendiri?

Menurut seorang sumber sekretariat Pakatan Harapan, 31 kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan oleh Pakatan Harapan bakal menyaksikan perlawanan sesama parti dalam Pakatan Harapan. Ini berikutan terdapat parti dalam komponen Pakatan Harapan tidak berpuas hati dengan pengumuman majlis presiden Pakatan Harapan. 

Walaupun pengumuman itu diumumkan muktamad oleh Mahathir pada satu majlis konvensyen tahun lalu, parti-parti yang bertanding tidak rasa berpuas hati justeru akan mengabaikan keputusan majlis presiden. 

Dianggarkan lebih kurang 31 kerusi dalam senarai Parlimen yang bakal ditandingi oleh Pakatan Harapan akan menyaksikan perlawanan sesama parti komponen sama ada PKR bertemu DAP atau PPBM bertemu PKR serta PAN bertemu PKR. 

Antara kerusi yang bakal menyaksikan perlawanan sesama ahli Pakatan Harapan ialah Parlimen Shah Alam dan Parlimen Pandan. 

Justeru itu, Revolusi Habib difahamkan bahawa majlis presiden akan bersidang dalam waktu terdekat bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru itu bagi memfokuskan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum akan datang. 

wartawan: Ahmad Saidi Ismail. 
Kerusi Parlimen Shah Alam dijangkan akan direbut oleh Azmin dari PKR dan akan bertembung dengan Khalid Samad dari PAN.

Friday, February 2, 2018

Beli Barangan Kami Untuk Bantu Portal Kami Teruskan Melapor Berita Bebas


wooven bag

RM 30 including postage. 

size A4. 




Whatsapp to: +601123507650
Email: revolusihabibnews@hotmail.com