Thursday, April 12, 2018

Mufti Perlis Tergagap, Terdiam Selepas Ditanya Soalan Mengenai Kehilangan Amri

Inkues yang dilakukan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Kuala Lumpur semalam mengenai kehilangan seorang aktivis dakwah, Amri Che Mat yang masih hilang sejak 2 tahun lalu bersambung dengan memanggil Mufti Perlis, Asri Zainal Abidin sebagai salah seorang saksi. 

Ramai dalam NGO dianggotai oleh Amri mengesyaki Asri sebagai salah seorang yang terlibat dalam kehilangan Amri kerana Amri dilihat banyak membantu komuniti minoriti Syiah di Perlis dalam kebajikan. Asri yang sebelum ini tergesa-gesa menjawab dakwaan itu hari ini telah disapina untuk hadir ke inkues berkenaan. 

Majlis Peguam diwakili Siti Kasim bangun menyoal Asri dalam isu tersebut. Asri bagaimanapun dilihat menggelabah dan emosional apabila Siti Kasim cuba mendedahkan penipuan Asri dan aktiviti tidak bermoralnya ke atas Amri termasuk cuba memecah masuk rumah Amri selepas Mufti Perlis itu tewas berdebat dengan Amri di Pejabat Mufti Perlis. 

Asri yang ketika debat tersebut turut memanggil Polis bagi melindungi beliau sedangkan Amri hanya datang seorang diri ketika dipanggil ke pejabat Asri untuk berdebat. 

Tujahan soalan yang bertubi-tubi oleh Peguam Siti Kasim ke atas Asri membuatkan Asri tidak senang duduk dan tersasar daripada menjawab soalan peguam Siti Kasim. Siti Kasim turut bertanyakan dalam senarai tahanan pengganas, adakah Asri tahu bahawa kesemua tahanan adalah bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah? Asri terdiam. 

Antara soalan lain yang membuatkan Asri terdiam dan terkedu ialah berkenaan isu menggazetkan fatwa. Siti Kasim bertanyakan Asri mengenai fatwa yang digazetkan namun Asri yang juga Mufti Perlis yang terlibat dalam fatwa menjawab "saya tidak tahu". 

Revolusi Habib yang kemudiannya bertanyakan soalan kepada para pemerhati, rata-ratanya mengatakan kecewa dengan cara seorang mufti yang kononnya mempunyai title PHD tetapi gagal menjawab soalan yang sememangnya dibawah bidang kuasa seorang mufti malah jawapan beliau mengenai kehilangan Amri adalah sangat mencurigakan. 

Amri juga merupakan aktivis PKR yang banyak membantu dari segi isu sosial dan kebajikan di Perlis. 


Tuesday, April 10, 2018

Syed Saddiq Gagal Jawab Soalan Mengenai Polisi Pendidikan Oleh Genius Matematik, Adiputra.

Debat antara Pemuda Pakatan Harapan dan Barisan Nasional beberapa hari lalu di Shah Alam berlangsung tanpa kehangatan memandangkan wakil daripada kedua-dua blok parti politik utama negara menampilkan pendebat pra-matang sekaligus menyebabkan kehadiran dalam sesi debat berkenaan sangat kurang. Selain dewan tidak penuh, mutu perdebatan juga dilihat sebagai kualiti sekolah rendah. 

Menurut seorang pensyarah UITM, beliau kecewa dengan mutu perdebatan daripada Pemuda BN dan PH kerana mereka kedua-duanya merupakan pemimpin politik nasional tetapi memperdebatkan isu-isu yang tidak matang dan tidak dapat memberikan penerangan yang baik. 

Turut hadir dalam sesi debat itu sebagai penonton dan pengkritik ialah genius matematik negara, Adiputra yang pernah menggegarkan dunia dengan kehebatannya dalam bidang Matematik dan English. Beliau turut bangun bertanya soalan kepada Syed Saddiq selaku pendebat daripada PH mengenai bagaimana PH akan mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih maju ke hadapan. Malangnya jawapan yang diberikan oleh Syed Saddiq ialah, beliau akan memastikan tidak ada lagi bendera BN dikibarkan oleh pelajar sekolah. 

Adiputra kelihatan kecewa dengan soalannya yang tidak dijawab dengan baik kerana soalan beliau adalah berkenaan dengan polisi tetapi dijawab oleh Syed Sadiq dengan menyentuh isu politik dalam sekolah.
Adiputra, kini merupakan pensyarah di beberapa buah institusi tempatan dan antarabangsa dalam bidang matematik.