Friday, May 18, 2018

Agamawan Lalang Cuba Membodek Kerajaan Baru Dikritik Netizen

Seorang pensyarah dan seorang mufti yang dahulu antara paling lantang mengutuk pemimpin Parti Amanah kerana mengambil sikap pro-Iran ketika awal penubuhan AMANAH kini dilihat semakin cuba mendekati pemimpin-pemimpin berkenaan.

Mengikut sekeping gambar yang dikeluarkan oleh seorang ahli Parti itu menunjukkan pensyarah bidang hadis itu datang menziarahi Wisma AMANAH di Kuala Lumpur selepas senarai nama menteri dikeluarkan oleh kerajaan hari ini. Dalam pada itu, kumpulan markaz pengajian mufti Perlis di Penang, Institut al-Qayyim telah memulakan kempen melobi Mufti Perlis untuk menjadi menteri lantikan dalam bahagian hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Mufti Perlis itu yang dahulunya banyak mempertahankan pemimpin UMNO di Perlis termasuk dalam kes kehilangan seorang aktivis PKR yang dimusuhinya kerana pegangan mazhab berbeza kini dilihat banyak memuji kerajaan baru pakatan harapan.

Netizen yang banyak mempersoalkan tindak tanduk mufti dan pensyarah hadis itu respon sinis terhadap gambar yang dikongsi di facebook dan twitter.


Antara kempen oleh pensyarah hadis ini untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin AMANAH dalam kerajaan namun teruk dicemuh oleh netizen sehingga beliau mengubah kenyataan beliau pada keesokan harinya.