Friday, October 12, 2018

Pemimpin PSM Disiasat Polis Kali Ketiga Kerana Hantar Memorandum Pertahan Penduduk Yang Diusir

Putrajaya: Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia, Saudara Arul bersama dengan 2 pemimpin PSM Kawasan Klang hari ini dipanggil polis lagi untuk disoal siasat berkaitan satu memorandum yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri mengenai isu peneroka bandar Kampung Bukit Kuda, Klang yang cuba diusir oleh seorang Datuk yang mendakwa dirinya pemimpin Parti PPBM dan orang kanan Perdana Menteri. 

Penduduk Kampung Bukit Kuda telah menang di mahkamah selepas cubaan pengusiran yang cuba dilakukan oleh pemaju pada 2 tahun lalu. Penduduk Kampu
ng Bukit Kuda dibenarkan oleh mahkamah untuk tinggal di atas tanah tersebut. Namun seorang berpangkat Datuk dan mendakwa dirinya orang kanan kepada Perdana Menteri datang bersama samseng dan polis cuba mengusir penduduk pada 2 bulan lalu.

Parti Sosialis yang mendapat aduan tersebut daripada penduduk kampung telah bertindak mempertahankan kampung tersebut termasuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada penduduk semasa kes berjalan dimahkamah. Saudara Arul pula membawa penduduk kampung untuk menghantar memorandum kepada PM bagi memastikan tidak ada salahguna kuasa oleh ahli politik yang mendakwa orang kanan PM dalam kes tersebut. 

Arul telah dipanggil polis pada beberapa bulan lepas hari ini dipanggil lagi oleh polis putrajaya atas alasan menghantar memorandum adalah satu kesalahan dibawah kerajaan baru Pakatan Harapan. Selain itu, beliau juga disiasat dibawah Akta Perhimpunan Aman yang sebelum ini Pakatan Harapan berjanji untuk tidak menggunakan akta itu kepada kumpulan demonstran. 

Arul bersama Puan Manis dan Saudara Rama ketika di lobi IPD Putrajaya untuk disoal siasat. 



Tuesday, October 9, 2018

Pendapat: Serbuan Khalwat Bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, Tidak Memelihara Ke’aiban Individu.


Serbuan Khalwat Bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, Tidak Memelihara Ke’aiban Individu.

Benarkah menyerbu orang disyaki berkhalwat itu satu tuntutan agama?

Sebenarnya tiada dalam mana-mana nas mengatakan serbuan khalwat itu satu tuntutan oleh Islam. Apa yang dilakukan oleh Jabatan Agama di Malaysia ini adalah keputusan manusia itu sendiri. Islam tidak sama sekali meminta umatnya untuk mengganggu privasi orang lain seperti yang tertera dalam Al-Quran surah Al-Ahzab ayat ke 58 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang mengganggu orang-orang yang mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.


Adakah serbuan khalwat itu sendiri mengikut syarak dan kemanusiaan?






Melihat kepada kes demi kes serbuan yang berlaku, begitu banyak kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam. Pasangan suami isteri diserbu kerana gagal menunjukkan pengakuan perkahwinan. Ada juga kes dimana, pasangan ditahan didalam pejabat tempat kerja kerana hanya ada seorang lelaki dan perempuan. Ini belum lagi kes yang mana ada lelaki yang diserbu dibelasah sehingga cedera kemudian baru didapati pasangan itu adalah pasangan sah. Tidak ada pasangan yang rajin membawa surat nikah bersama ketika keluar dari rumah.

Apabila diserbu, pasangan berkhalwat akan diminta menanggalkan pakaian mereka. Menurut cara serbuan yang diamalkan Jabatan Agama Islam hari ini, mereka sebelum menyerbu, akan menonton terlebih dahulu pasangan tersebut, kononnya untuk mendapatkan bukti. Malah terdapat banyak kes serbuan, pasangan diminta menanggalkan pakaian walaupun dalam keadaan berpakaian didalam bilik. Ada yang diugut dicederakan sekiranya tidak mahu tanggalkan baju. Untuk apa semua ini?

Menurut pengalaman-pengalaman orang yang pernah diserbu, mereka dikehendaki berbogel walaupun mereka sudah mengenakan pakaian apabila diserbu. Kemudian, mereka akan dirakam gambar dan video untuk disimpan oleh para penyerbu.


Siapakah penyerbu khalwat?

Penyerbu khalwat merupakan orang-orang yang tidak mempunyai kefahaman agama pun. Mereka ini mendapat kad daripada Jabatan Agama Islam setiap negeri. Mereka ini banyak yang bertindak luar batasan termasuk membogelkan pasangan, menumbuk dan menyepak pasangan, dan mereka ini berkemungkinan juga menjadi penjual gambar-gambar lucah pasangan kepada media ataupun laman-laman sesawang lucah. Pegawai Jabatan Agama Islam sendiri juga pernah ditahan kerana meminta rasuah seks sebagai balasan melepaskan pasangan berkhalwat daripada didakwa.

Jadi, kesimpulannya, tindakan menyerbu pasangan khalwat adalah lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Selain orang yang diserbu menjadi mangsa penganiayaan, tindakan melihat aurat, privasi individu adalah jelas tidak mengikut lunas syarak dan bukan satu kehendak agama. Perkara yang tidak disebut didalam Al-Quran wajar dilawan seandainya melampaui batas kemanusiaan.


Ditulis oleh: Khalid Mohd Ismath 

Thursday, September 27, 2018

5 Penjuru Pilihanraya Kecil Port Dickson?

Setakat hari ini sebanyak 5 pihak daripada pelbagai kumpulan telah menyatakan hasrat akan menghantar pencalonan untuk pilihanraya kecil Parlimen Port Dickson. Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengucapkan terima kasih kepada BN dan PAS kerana tidak bertanding dalam pilihanraya ini nampaknya terpaksa menarik balik ucapan tersebut selepas PAS mengumumkan calonnya hari ini. BN pula bakal meletakkan Isa Samad dan mungkin akan dihantar sebagai calon bebas bagi mengelakkan maruah BN diinjak-injak jika tewas sekali lagi. 

Selain BN dan PAS, wakil kumpulan "super liberal", Stevie Chan yang didakwa Anwar sebagai tiada tempat di Malaysia juga akan meletakkan calon di Port Dickson. Beliau merupakan penggiat seni dan sastera. Latar belakang beliau tidak didedahkan didalam sebarang maklumat calon. 

Ezam pula dikatakan bakal dibiaya oleh taikun politik anti-Anwar bagi melawan bekas bosnya itu. Ezam merupakan ahli politik yang paling kerap bertukar parti menewaskan Ibrahim Ali dan lain-lain ahli politik di Malaysia. 


Tuesday, September 25, 2018

Bubur Asyura Boleh, Donut Asyura Tidak Boleh. - Kumpulan Street Dakwah


Malaysia digemparkan dengan pemberian donut Asyura yang dikatakan mempunyai unsur-unsur Syiah pada donut tersebut. Lazimnya masyarakat Ahlul Sunnah di Malaysia menyambut Asyura dengan pemberian bubur percuma yang dipanggil sebagai bubur Asyura. Bubur sering diedarkan di masjid-masjid, surau-surau dan kepada orang awam. 

Pihak Revolusi Habib cuba mendapatkan info mengenai pemberian donut tersebut daripada kumpulan Who Is Husain dan telah cuba menghubungi pihak Street Dakwah yang mengutuk kumpulan tersebut serta cuba mendapatkan juga respon ketua Street Dakwah iaitu Ustaz Firdaus Wong. 

Menurut pihak Who Is Hussain, mereka memang melakukan aktiviti ini setiap kali hari Asyura setiap tahun. Asyura bukan sahaja disambut oleh Syiah, namun begitu juga Sunni. Di Malaysia, kita memang ada tradisi memasak bubur Asyura dan mengedarkan kepada orang ramai. Persoalannya mengapakah mengedarkan donut bagi menggantikan bubur menjadi satu kesalahan? 

Menurut sumber Who Is Hussain lagi, pertubuhan mereka dianggotai oleh pelbagai agama, kaum dan latar belakang di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat kaum Cina dan India serta Melayu yang datang dari pelbagai agama justeru mengaitkan Who Is Hussain sebagai milik Syiah adalah tidak benar. Pihak Revolusi Habib juga turut mendapatkan pengesahan daripada kumpulan Ustaz Firdaus Wong bahawa sememangnya terdapat Cina bukan Islam dan Arab serta Melayu pada hari kejadian tersebut. 

Menurut salah seorang ahli Street Dakwah tersebut, Ahlul Sunnah hanya membenarkan mengedarkan bubur sahaja sempena Asyura manakala pengedaran donut belum pernah diedarkan oleh pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan jelas pengedaran donut tersebut adalah satu bidaah dan bertentangan dengan ajaran dan tradisi Ahlul Sunnah di Malaysia. 

seorang pemuda sedang menandatangi sokongan  kepada Who Is Husain Malaysia. 

wartawan: Mohamad Faidi Ramli 


Wednesday, July 11, 2018

Guru SMK Rantau Panjang Tampar Murid Kerana Tidak Tahu Berkawad

Tular satu video yang menunjukkan seorang pelajar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang yang ditampar berkali-kali oleh seorang guru lelaki di tengah dataran waktu panas terik. Pelajar itu sedang dalam latihan kawad kaki namun hanya beliau seorang yang tinggal di dalam kawasan dataran sekolah tersebut. 2 orang guru lelaki yang melatih pelajar tersebut dilihat menampar pelajar itu beberapa kali menurut saksi yang lalu dikawasan tersebut. Menurut pihak sekolah, tiada sebarang tindakan yang diambil kepada guru itu buat masa ini kerana pelajar itu dalam keadaan baik.


Pihak Revolusi Habib sempat menemuramah beberapa orang ibubapa di Rantau Panjang ini dan rata-rata mereka mempersoalkan mengapa perlu ditampar seperti itu hanya kerana tidak dapat berkawad dengan baik? Pelajar itu juga menurut pihak sekolah merupakan pelajar yang berdisiplin, tidak pernah melakukan kesalahan disiplin dan baik dalam pencapaian akademiknya. Beliau hanya lemah dalam latihan kawad kaki yang bukan sebahagian daripada kurikulum. Latihad itu adalah untuk pertandingan antara sekolah sahaja.

Revolusi Habib difahamkan bahawa pihak sekolah akan melakukan siasatan dalaman dan belum ada sebarang laporan polis.

untuk video sila klik link dibawah:

video guru SMK Rantau Panjang Tampar Pelajar



Monday, July 2, 2018

Sokongan Rakyat Pada Nik Nazmi Lebih Banyak Berbanding Syed Saddiq

Berikutan pelantikan barisan menteri pada hari semalam oleh Perdana Menteri disertai majlis angkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong, sebahagian besar rakyat Malaysia rata-ratanya golongan muda melancarkan petisyen atas talian bagi menunjukkan sokongan kepada YB Nik Nazmi selaku ketua Pemuda Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Petisyen ini juga sebagai bantahan kepada pelantikan YB Syed Saddiq Ketua Pemuda BERSATU yang terlalu banyak kontroversi murahan dan masalah sosial.

Pada tahun lalu seorang wartawan pernah memaparkan gambar beliau di kelab malam berserta gambar minuman keras dan menari bersama para wanita kelab. Gambar itu diakui tulen oleh Syed Saddiq sendiri dan beliau kemudiannya berjanji akan berubah. Namun selepas menang pilihanraya pula beliau sering menggunakan “title” sebagai Ahli Parlimen untuk meminta bergambar dengan para artis wanita muda apabila terjumpa dengan mereka dalam program-program seni dan bergambar dengan cara penuh kontroversi. Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat kritikan netizen dan para pemimpin politik Pakatan Harapan sendiri yang meminta beliau supaya jangan memaparkan imej buruk sebagai pemimpin muda parti.

Minggu lalu semua stesen media menjangkakan YB Nik Nazmi akan dilantik menggantikan YB Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan namun jangkaan itu meleset. Para ahli pemuda Pakatan Harapan juga menyatakan rasa kecewa mereka kerana Nik Nazmi tidak dicalonkan sebagai Menteri Belia yang sepatutnya lebih berpengalaman dan lebih lama dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan. Petisyen itu telah melebihi 10,000 undi yang menyokong YB Nik Nazmi sebagai Menteri Belia dan Sukan namun Syed Saddiq dikatakan rapat dengan Mahathir Perdana Menteri ke 7 tiba-tiba dilantik tanpa pengetahuan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Gambar Syed Saddiq bersama para wanita dan minuman keras di sebuah Kelab Malam di Kuala Lumpur. 



Sunday, June 3, 2018

Mahathir Jemput Presiden PAS Bincang Hala Tuju Negara

Putrajaya- Pejabat Perdana Menteri menerima kunjungan PAS diketuai Presiden Haji Abdul Hadi. Kunjungan pertama PAS ke pejabat Perdana Menteri ini adalah dengan jemputan oleh Perdana Menteri sendiri bagi memastikan perbincangan dimasa akan datang untuk menentukan halatuju negara dapat berjalan dengan baik. Difahamkan ini kali pertama dalam sejarah negara, Perdana Menteri dari parti pemerintah menjemput ketua pembangkang ke pejabat rasmi. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh perdana menteri terdahulu termasuk dizaman Tun Mahathir semasa menjadi PM ke 4. 

Sebelum ini diura-urakan bahawa PAS akan dijemput bersama Pakatan Harapan dalam pemerintahan namun mendapat bantahan daripada Parti Amanah. DAP dan PKR menyokong cadangan PPBM untuk memasukkan PAS dalam sekutu kerajaan pusat. 

PAS merupakan parti politik yang paling ramai dianggotai golongan akademik, profesional mengalahkan semua parti yang lain termasuk UMNO. Perdana Menteri mungkin akan menggunakan khidmat profesional dari PAS untuk pelan pembagunan modal insan akan datang dalam pemerintahan beliau untuk tempoh beberapa tahun ini.



Friday, May 18, 2018

Agamawan Lalang Cuba Membodek Kerajaan Baru Dikritik Netizen

Seorang pensyarah dan seorang mufti yang dahulu antara paling lantang mengutuk pemimpin Parti Amanah kerana mengambil sikap pro-Iran ketika awal penubuhan AMANAH kini dilihat semakin cuba mendekati pemimpin-pemimpin berkenaan.

Mengikut sekeping gambar yang dikeluarkan oleh seorang ahli Parti itu menunjukkan pensyarah bidang hadis itu datang menziarahi Wisma AMANAH di Kuala Lumpur selepas senarai nama menteri dikeluarkan oleh kerajaan hari ini. Dalam pada itu, kumpulan markaz pengajian mufti Perlis di Penang, Institut al-Qayyim telah memulakan kempen melobi Mufti Perlis untuk menjadi menteri lantikan dalam bahagian hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Mufti Perlis itu yang dahulunya banyak mempertahankan pemimpin UMNO di Perlis termasuk dalam kes kehilangan seorang aktivis PKR yang dimusuhinya kerana pegangan mazhab berbeza kini dilihat banyak memuji kerajaan baru pakatan harapan.

Netizen yang banyak mempersoalkan tindak tanduk mufti dan pensyarah hadis itu respon sinis terhadap gambar yang dikongsi di facebook dan twitter.


Antara kempen oleh pensyarah hadis ini untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin AMANAH dalam kerajaan namun teruk dicemuh oleh netizen sehingga beliau mengubah kenyataan beliau pada keesokan harinya. 

Thursday, April 12, 2018

Mufti Perlis Tergagap, Terdiam Selepas Ditanya Soalan Mengenai Kehilangan Amri

Inkues yang dilakukan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Kuala Lumpur semalam mengenai kehilangan seorang aktivis dakwah, Amri Che Mat yang masih hilang sejak 2 tahun lalu bersambung dengan memanggil Mufti Perlis, Asri Zainal Abidin sebagai salah seorang saksi. 

Ramai dalam NGO dianggotai oleh Amri mengesyaki Asri sebagai salah seorang yang terlibat dalam kehilangan Amri kerana Amri dilihat banyak membantu komuniti minoriti Syiah di Perlis dalam kebajikan. Asri yang sebelum ini tergesa-gesa menjawab dakwaan itu hari ini telah disapina untuk hadir ke inkues berkenaan. 

Majlis Peguam diwakili Siti Kasim bangun menyoal Asri dalam isu tersebut. Asri bagaimanapun dilihat menggelabah dan emosional apabila Siti Kasim cuba mendedahkan penipuan Asri dan aktiviti tidak bermoralnya ke atas Amri termasuk cuba memecah masuk rumah Amri selepas Mufti Perlis itu tewas berdebat dengan Amri di Pejabat Mufti Perlis. 

Asri yang ketika debat tersebut turut memanggil Polis bagi melindungi beliau sedangkan Amri hanya datang seorang diri ketika dipanggil ke pejabat Asri untuk berdebat. 

Tujahan soalan yang bertubi-tubi oleh Peguam Siti Kasim ke atas Asri membuatkan Asri tidak senang duduk dan tersasar daripada menjawab soalan peguam Siti Kasim. Siti Kasim turut bertanyakan dalam senarai tahanan pengganas, adakah Asri tahu bahawa kesemua tahanan adalah bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah? Asri terdiam. 

Antara soalan lain yang membuatkan Asri terdiam dan terkedu ialah berkenaan isu menggazetkan fatwa. Siti Kasim bertanyakan Asri mengenai fatwa yang digazetkan namun Asri yang juga Mufti Perlis yang terlibat dalam fatwa menjawab "saya tidak tahu". 

Revolusi Habib yang kemudiannya bertanyakan soalan kepada para pemerhati, rata-ratanya mengatakan kecewa dengan cara seorang mufti yang kononnya mempunyai title PHD tetapi gagal menjawab soalan yang sememangnya dibawah bidang kuasa seorang mufti malah jawapan beliau mengenai kehilangan Amri adalah sangat mencurigakan. 

Amri juga merupakan aktivis PKR yang banyak membantu dari segi isu sosial dan kebajikan di Perlis. 


Tuesday, April 10, 2018

Syed Saddiq Gagal Jawab Soalan Mengenai Polisi Pendidikan Oleh Genius Matematik, Adiputra.

Debat antara Pemuda Pakatan Harapan dan Barisan Nasional beberapa hari lalu di Shah Alam berlangsung tanpa kehangatan memandangkan wakil daripada kedua-dua blok parti politik utama negara menampilkan pendebat pra-matang sekaligus menyebabkan kehadiran dalam sesi debat berkenaan sangat kurang. Selain dewan tidak penuh, mutu perdebatan juga dilihat sebagai kualiti sekolah rendah. 

Menurut seorang pensyarah UITM, beliau kecewa dengan mutu perdebatan daripada Pemuda BN dan PH kerana mereka kedua-duanya merupakan pemimpin politik nasional tetapi memperdebatkan isu-isu yang tidak matang dan tidak dapat memberikan penerangan yang baik. 

Turut hadir dalam sesi debat itu sebagai penonton dan pengkritik ialah genius matematik negara, Adiputra yang pernah menggegarkan dunia dengan kehebatannya dalam bidang Matematik dan English. Beliau turut bangun bertanya soalan kepada Syed Saddiq selaku pendebat daripada PH mengenai bagaimana PH akan mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih maju ke hadapan. Malangnya jawapan yang diberikan oleh Syed Saddiq ialah, beliau akan memastikan tidak ada lagi bendera BN dikibarkan oleh pelajar sekolah. 

Adiputra kelihatan kecewa dengan soalannya yang tidak dijawab dengan baik kerana soalan beliau adalah berkenaan dengan polisi tetapi dijawab oleh Syed Sadiq dengan menyentuh isu politik dalam sekolah.
Adiputra, kini merupakan pensyarah di beberapa buah institusi tempatan dan antarabangsa dalam bidang matematik. 


Tuesday, March 27, 2018

PH dan BN Tidak Sokong Mansuhkan AUKU, Mahu Mahasiswa Terus Dikongkong

Sekumpulan mahasiswa yang diketuai oleh Asheeq Ali, mahasiswa jurusan undang-undang UKM yang digantung pengajian mengadakan satu protes senyap di depan Parlimen. Gesaan mansuhkan AUKU yang telah lama sunyi selepas gerakan mahasiswa terlalu sibuk fokus dalam isu 1MDB kini dicetuskan kembali oleh sekumpulan mahasiswa non partisan. 

Protes ini walaubagaimanapun tidak mendapat perhatian dan sokongan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Wartawan kami yang berada di lokasi mendapati tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menghampiri dan memberikan sokongan kepada kumpulan mahasiswa berkenaan. Sebahagian Ahli Parlimen malah dilihat mencemik ke arah mahasiswa berkenaan yang menutup mulut mereka sebagai simbolik mahasiswa dibisukan oleh kerajaan. 

Sekumpulan anggota polis berpakaian FRU, berpakaian biru biasa dan pereman, kira-kira seramai 50 orang cuba menghalang mahasiswa berkanaan daripada terus berhimpun dan mengadakan gimik mereka ketika kehadiran para YB ke Parlimen. 

Turut kelihatan memberi solidariti adalah pemimpin pemuda Parti Sosialis. 

(video ehsan FMT)

Tuesday, March 20, 2018

Zurin Jundi Wedding Planner Buat Akaun FB Cari Pelanggan Yang Belum Terima Bayaran

Perancang Perkahwinan Zurin Jundi didapati membuat akaun FB baru malam tadi. Beliau yang telah didakwa sebanyak 12 kes di mahkamah Johor Bahru, Klang dan Ipoh mengejutkan lagi netizen malam tadi apabila beliau dikatakan membuat satu akaun FB. Namun  tujuannya kali ini bukanlah untuk berniaga, sebaliknya bagi membayar balik wang pelanggan-pelanggannya yang telah dikutip sebelum ini. 
Mengikut carian FB yang dilakukann oleh krew Revolusi Habib, nama akaun Zurin Jundi dengan akaun FB baru ini adalah akaun yang sebenar dan krew kami yang menghubungi peguam beliau mengesahkan akaun FB itu adalah milik beliau. 

Puan Zurin yang sebelum ini terkenal dengan pakej perkahwinan kontroversi yang murah itu telah ditahan polis pada hujung tahun lalu dan didakwa dibawah 12 kes. Beliau yang kemudiannya menghilangkan diri seketika muncul kembali malam tadi dengan satu status FB yang dimuatnaik seperti berikut: 

"Salam.
Ini merupakan akaun FB rasmi saya Zurin Jundi.
saya mohon kepada semua pelanggan saya untuk add saya sebagai friend bagi tujuan penyusunan pembayaran semula wang anda semua.
mohon sebarkan kepada semua yang terlibat dalam isu ini."

Petikan screenshot dari laman FB baru Puan Zurin JUndi. 

Kepada para pelanggan Zurin Jundi, boleh menambah rakan FB beliau melalui link berikut bagi tujuan menuntut semula wang anda. 


Wartawan: Ahmad Saidi Ismail 

Friday, March 16, 2018

Peratusan Undi Rosak Meningkat

Tinjaun dilakukan oleh krew Revolusi Habib mengenai jumlah anak muda yang akan turun mengundi bagi merosakkan undi sebagai tanda protes telah meningkat daripada 27% pada bulan Februari 2018 kepada 35% pada 15 mac 2018. 

Tinjauan ini dilakukan kepada 176 orang anak muda berusia antara 21-35 tahun di beberapa buah daerah iaitu Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Subang Jaya, Puchong dan Nilai. 

Revolusi Habib menjangkakan peratusan ini bakal menurun semula selepas pengumuman kerusi bertanding Pakatan Harapan selesai di peringkat DUN dan Parlimen memandangkan imej negatif Pakatan kini menyumbang kepada peratusan undi rosak. 




Thursday, March 15, 2018

Senarai Jumlah Kerusi Ditandingi Parti Politik Haluan Kiri Setakat 15 Mac 2018

Pilihanraya kali ini bakal menyaksikan pertembungan hebat antara sesama gabungan pembangkang apabila sebuah parti yang paling lama dalam negara iaitu Parti Rakyat Malaysia bakal membuat kejutan dalam pilihanraya kali ini. Selain daripada PAS yang mengumumkan akan bertanding hampir 140 kerusi, parti politik haluan kiri yang tidak disenangi PAS dan PH kerana ideologinya itu juga bakal meletakkan calon yang ramai dalam pilihanraya akan datang. Berikut adalah jumlah kerusi yang telah disahkan setakat semalam kepada krew Revolusi Habib: 

Parti Rakyat Malaysia = 43 kerusi
Parti Sosialis Malaysia= 17 kerusi

Jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti haluan kiri ini kesemuanya berjumlah 60 kerusi. 

Parti Sosialis yang pernah diharamkan Mahathir hanya bertanding 5 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi manakala selebihnya 12 kerusi DUN. 

Parti Rakyat Malaysia bakal bertanding hampir kesemua kerusi DUN di Pulau Pinang, diketuai tokoh-tokoh ternama daripada bekas pemimpin DAP dan PKR. 



Tuesday, March 13, 2018

Pensyarah Akademik Tegur Mufti Perlis Salah Fakta Geografi

Seorang Pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman menegur Mufti Perlis dengan memetik kenyataan Mufti itu berkenaan isu negeri Perlis yang didakwa Mufti Perlis bukan negeri yang paling kecil saiznya. 

Mufti Perlis itu dilihat menulis satu kenyataan dalam laman Facebook-nya yang mendakwa Perlis bukan negeri terkecil di Malaysia sebaliknya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah jauh lebih kecil. Malangnya menurut pensyarah akademik berkenaan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan bukanlah sebuah negeri seperti Perlis kerana ketiga-tiga itu hanyalah sebuah wilayah pentadbiran kerajaan pusat. 

Mufti Perlis cuba mempertahankan dakwaannya itu yang mendakwa Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tetap merupakan sebuah negeri. 

Ramai netizen turut berkongsi teguran pensyarah itu terhadap Mufti Perlis yang masih berdegil tidak mahu menurunkan postingnya. 

Petikan screenshot daripada laman FB Pensyarah Sains Sosial di Universiti Tunku Abdul Rahman, Edwin Michael.


Monday, March 12, 2018

Ahli Parlimen Pakatan Harapan Boikot Azmin Ali Dalam Parlimen?

Sidang Parlimen isnin lalu kecoh mengenai sindiran Najib Razak kepada Azmin Ali selepas menjawab soalan Azmin dengan sindiran isu air yang berlaku di Selangor. Video berdurasi kurang 10 minit itu ditayangkan secara langsung oleh Parlimen dan dipetik oleh beberapa portal media seperti malaysiakini dan lain-lain. 

Video menunjukkan Perdana Menteri memberi laluan kepada MB Selangor itu bertanyakan soalan ketika beliau sedang berbahas. Selepas Azmin selesai bertanyakan soalan, Najib dilihat bangun dengan tenang sambil memulakan jawapan beliau dengan sindiran meminta Azmin Ali menyelesaikan terlebih dahulu isu air di Selangor. Azmin kemudiannya berang dan cuba mempertahankan diri beliau namun tidak mendapat perhatian seorang pun ahli parlimen pembangkang didalam dewan. 

Lebih mengejutkan, krew Revolusi Habib yang bertandang ke Parlimen pada hari berkenaan mendapati, hampir 90% ahli parlimen pembangkang meninggalkan dewan sebelum Azmin memulakan soalan dan 10% yang berada didalam Parlimen tidak bangun untuk membantah tindakan Najib Razak menyindir Azmin Ali itu. 

Krew Revolusi Habib kemudiannya mendapatkan penjelasan beberapa orang Ahli Parlimen mengenai video itu. Sebahagian mereka menganggap itu adalah kesilapan Azmin kerana telah menyebabkan isu air yang patutnya selesai di zaman Tan Sri Khalid tetapi dipanjangkan dizaman Azmin.

Azmin telah membatalkan segala usaha Tan Sri Khalid ketika beliau menjadi MB yang ingin mengambil-alih semula hak pengurusan air supaya terus berada dibawah kerajaan Selangor. Namun selepas Azmin menjatuhkan Khalid, Azmin dilihat lebih mesra dengan syarikat pro Barisan Nasional itu untuk memberikan hak kepada mereka menguruskan air Selangor. Akibat daripada tindakan Azmin ini, telah menyebabkan pelbagai masalah berlaku kepada rakyat Selangor kebelakangan ini dalam isu air. 

Kerusi bahagian Ahli Parlimen pembangkang dilihat kosong ketika Azmin berucap dan bertanya soalan. 



Wartawan: Ahmad Saidi Ismail 

Thursday, March 8, 2018

Khalid Samad Tidak Tahu Fakta Tol di Selangor?

Yang Berhormat Khalid Samad dari Parti Amanah Negara hari ini menekankan di Parlimen bahawa Pakatan Harapan komited untuk memansuhkan tol dan hanya Barisan Nasional yang mencipta tol. Walaubagaimanapun kenyataan Khalid Samad itu dilihat tidak berlandaskan fakta mengenai tol yang bakal dibina oleh kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Harapan yang diluluskan oleh Azmin Ali.

Antara tol berkenaan ialah di lebuhraya SUKE dan DASH. Rata-rata netizen di facebook live membidas Ahli Parlimen Shah Alam itu yang bercakap tidak berlandaskan fakta sebaliknya hanya emosi semata-mata. 

Untuk rekod, Kerajaan Barisan Nasional telah memansuhkan tol di Sungai Rasah dan Batu Tiga iaitu dikawasan parlimen Shah Alam itu sendiri manakala Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 99 telah memansuhkan tol di lebuhraya di Kuala Terengganu. Kerajaan Selangor pula masih tidak mahu menutup tol di KESAS dan LKSA yang berada dibawah kuasa penuh kerajaan negeri Pakatan Harapan. 









Wednesday, March 7, 2018

Tourists From China, Arab Rated As The Most Uncivilized, Impolite

The survey made by Revolusi Habib recently found that the tourists from China and Arab are the groups with the most uncivilized and impolite manner when they travel to other country especially Malaysia. The survey conducted by few observers from the locals in islands and also in few high star rated hotels in peninsular Malaysia. 

Among the things that considered as impolite and uncivilized by the observers are the way they use the facilities and also the way they behave when they are in public areas. The tourists from these countries do not know how to queue to wait for their turn and also they keep scrambling when to do some activities and also during the meal time in hotel such as breakfast, lunch or dinner. Besides that, they do not use polite words to the hotel staffs or the locals and sometime few of them use the vulgar words to the locals resulting to the confrontation and fight. 

Hotel staffs in the survey location also mention the same thing to our crews after the survey and observation have been done. 

For the record, once in a week, there are tourists from Arab countries being arrested due to fighting with local Malaysians. 
China News also report the same thing in it's news in China
(a boy was asked to defecate in a park by his parents)

put their legs in a garden pool fountain


Wednesday, February 28, 2018

Pengerusi BERSIH Bakal Bertanding Bawah Tiket PKR?

Maria Chin, pengerusi Badan Bertindak Bersihkan Pilihanraya(BERSIH) dikatakan bakal bertanding dibawah tiket PKR pada pilihanraya umum kali ini. BERSIH yang ditubuhkan sebagai badan pemerhati pilihanraya bakal menunjukkan belangnya yang sebenar selepas dikatakan akan meletakkan calon dalam pilihanraya umum menggunakan logo parti politik. 

Kesahihan berita ini walaubagaimanapun masih tidak dapat ditentukan kerana pihak kami masih gagal menghubungi Puan Maria Chin. Sekiranya BERSIH meletakkan Maria untuk bertanding dalam pilihanraya maka BERSIH tidak lagi boleh menjadi badan pemerhati baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa kerana telah melibatkan diri dalam kancah politik bersama politik kepartian. 

Berita lanjut menyusul. 

Oleh: Ahmad Saidi. 
Ura-ura yang mengatakan BERSIH telah dibeli oleh Mahathir pada tahun lalu bakal terjawab dalam masa terdekat seandainya BERSIH melibatkan diri secara terang dan jelas dalam PRU dibawah logo Pakatan Harapan. 

Saturday, February 24, 2018

Idea Kolumnis: Pakatan Harapan Bakal menyambung Konsesi Tol Jika Menang Pusat?

Dua hari yang lalu, Najib Tun Razak memberitahu dalam satu majlis umum bahawa beliau antara orang yang menentang projek tol yang dimulakan Mahathir. Ramai rakan saya daripada golongan makmum Pakatan Harapan serta para imam didalam gabungan tersebut menyindir Najib Razak kerana kata-katanya itu. Namun, saya mempunyai pendapat berbeza mengenai hal tersebut. Saya tidak menjadi makmum ataupun pengikut kepada pembangkang dalam isu ini. 

Ini kerana jika kita melihat kepada statistik, sepanjang 9 tahun Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menutup lebih daripada 10 buah tol berbanding kerajaan Selangor yang mempunyai saham terbesar dan berkuasa besar untuk menutup 2 buah tol KESAS dan LKSA selepas 2 penggal menjadi kerajaan. Namun, cakap-cakap Pakatan Harapan ini hanya ibarat tin kosong, mereka tidak mahu membeli baki saham beberapa puluh peratus tersebut dan terus menikmati kekayaan hasil kutipan tol di Selangor itu. Malah, ada juga kroni mereka dilantik menjadi CEO dalam syarikat konsesi tersebut. 

Sebab itu apabila saya katakan usaha Najib menutup tol ini harus dipuji sebagaimana Haji Hadi Awang berjaya menutup tol di Terengganu selepas PAS memenangi Terengganu, ramai penyokong Pakatan Harapan menuduh saya pro Najib dan terus membuta tuli tanpa memahami isu ini dengan jelas. 

Apa lagi yang menyebabkan saya kata Pakatan Harapan bakal meneruskan tol jika mereka memerintah? 

Ayuh kita lihat bagaimana projek terbaru lebuhraya dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Selangor. SUKE, DASH dan KIDEX, kedua-duanya ini adalah projek penuh dibawah Kerajaan Negeri Selangor dipimpin Azmin Ali. Malah, ketika meluluskan projek ini, Rafizi Ramli cuba membantah namun apakan daya, Rafizi Ramli hanya seorang diri dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR yang ada keberanian sedikit untuk melawan pemimpin parti mereka. Walaubagaimanapun, projek itu gagal dihalang oleh Presiden PKR kerana para pemimpin PKR sendiri hanya mengikut telunjuk Azmin bagi memastikan mereka mendapat sedikit habuan daripada projek berkenaan, mungkin. 
Sila rujuk kenyataan ini disini: 

Manakala di pihak Najib Razak, Najib telah berjaya membuktikan projek lebuhraya Pan Borneo dan projek lebuhraya Pahang-Kelantan sejauh 411 KM telah pun dimulakan dan tanpa dikenakan tol. 

Lebih menguatkan hujjah bahawa Pakatan Harapan akan membuat duit melalui tol ialah apabila bakal PM Pakatan Harapan sendiri memarahi wartawan yang mempertikaikan tol di Malaysia terlampau banyak dengan mengatakan bahawa tindakan beliau semasa menjadi PM dahulu membina tol adalah baik dan bagus malah dikatanya paling murah di dunia. Boleh rujuk kenyataan Mahathir itu disini: 

Masihkah anda percaya dengan manifesto Pakatan Harapan? Oleh itu, jika saya menjadi seorang pengundi, saya akan mengundi parti mana yang lebih memberi manfaat kepada saya, anak dan cucu saya. Undi saya adalah rahsia. 
antara berpuluh tol yang telah ditutup oleh kerajaan di era Najib Razak. Kerajaan terpaksa membayar gantirugi yang besar kepada konsesi akibat tindakan Mahathir yang memberikan konsesi hampir seratus tahun kepada kroninya pengusaha tol. 


Oleh Khalid Mohd Ismath
Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia. 

Saturday, February 17, 2018

31 Kerusi Parlimen Pakatan Harapan Bakal Saksikan Perlawanan Sesama Sendiri?

Menurut seorang sumber sekretariat Pakatan Harapan, 31 kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan oleh Pakatan Harapan bakal menyaksikan perlawanan sesama parti dalam Pakatan Harapan. Ini berikutan terdapat parti dalam komponen Pakatan Harapan tidak berpuas hati dengan pengumuman majlis presiden Pakatan Harapan. 

Walaupun pengumuman itu diumumkan muktamad oleh Mahathir pada satu majlis konvensyen tahun lalu, parti-parti yang bertanding tidak rasa berpuas hati justeru akan mengabaikan keputusan majlis presiden. 

Dianggarkan lebih kurang 31 kerusi dalam senarai Parlimen yang bakal ditandingi oleh Pakatan Harapan akan menyaksikan perlawanan sesama parti komponen sama ada PKR bertemu DAP atau PPBM bertemu PKR serta PAN bertemu PKR. 

Antara kerusi yang bakal menyaksikan perlawanan sesama ahli Pakatan Harapan ialah Parlimen Shah Alam dan Parlimen Pandan. 

Justeru itu, Revolusi Habib difahamkan bahawa majlis presiden akan bersidang dalam waktu terdekat bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru itu bagi memfokuskan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum akan datang. 

wartawan: Ahmad Saidi Ismail. 
Kerusi Parlimen Shah Alam dijangkan akan direbut oleh Azmin dari PKR dan akan bertembung dengan Khalid Samad dari PAN.

Friday, February 2, 2018

Beli Barangan Kami Untuk Bantu Portal Kami Teruskan Melapor Berita Bebas


wooven bag

RM 30 including postage. 

size A4. 




Whatsapp to: +601123507650
Email: revolusihabibnews@hotmail.com


Saturday, January 27, 2018

Jawatankuasa BERSIH Mahu Kencing Dan Ludah Atas Kubur Maryam Lee?

Mantan Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda, yang kini juga merupakan salah seorang pemimpin BERSIH mengutuk Maryam Lee, aktivis Projek Dialog dan juga kumpulan feminis Malaysia kerana mahu melakukan undi rosak dalam PRU ke 14. 

Dalam satu posting FB di laman FB Sarajun Hoda, beliau menulis bahawa kubur maryam Lee akan diludah dan dikencing di atasnya oleh generasi akan datang kerana Maryam tidak mahu mengundi. Posting berkenaan mendapat banyak teguran daripada pemimpin kanan NGO daripada SUARAM dan Artikel 14 yang meminta supaya Sarajun Hoda menarik balik posting berkenaan dan tidak menggunakan perkataan tidak baik kepada seorang wanita muda itu. 

Maryam dipetik sebagai berkata, beliau tidak akan mengundi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRU kali ini sebaliknya memilih untuk merosakkan undinya. Kenyataan Maryam itu mendapat banyak sokongan dan juga cacian oleh pengguna FB. 

petikan screenshot FB milik Sarajun Hoda

Thursday, January 25, 2018

Ini 3 Menteri Malaysia Yang Hidup Lebih Sederhana Berbanding Pemimpin Pakatan Harapan.

senarai 3 menteri ini dibuat setelah meneliti nama mereka didalam rekod SPRM yang mana tidak terdapat sebarang laporan pernah dibuat ke atas mereka walaupun mereka menjawat jawatan menteri lebih daripada 2 penggal. 

Sememangnya nampak kelakar, namun kesederhanaan mereka menarik perhatian krew Revolusi Habib kerana terlalu ramai pemimpin Pakatan Harapan yang kini masih belum menjadi menteri tetapi hidup lebih mewah berbanding seorang menteri. 

ikuti 3 senarai dibawah: 



1) Ahmad Maslan 
-Merupakan antara menteri yang hidup sederhana, tidak mempunyai rumah agam mewah seperti sesetengah Ahli Parlimen (bukan menteri) daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Beliau berpendapatan lebih RM40,000 sebulan namun tetap memilih untuk tidak mempunyai "bodyguard", jarang menggunakan trafik pengiring melainkan hal kerajaan. 

2) Nancy Shukri
- Merupakan antara menteri wanita dalam kabinet negara. Beliau merupakan kelahiran borneo dan sememangnya amat mengambil peduli hal berkenaan hak asasi manusia. Juga bersederhana tidak seperti barisan menteri yang lain. Jarang kelihatan beliau di tempat hiburan ataupun menganjurkan program yang tidak berfaedah. Memilih untuk tinggal di rumah lama miliknya sebelum menjawat jawatan menteri lagi. 

3) Azalina Othman 
- Merupakan bekas pemimpin pelajar dan merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo. Beliau antara menteri yang paling banyak mengusulkan didalam parlimen RUU untuk membantu golongan pertengahan dan isu-isu yang serius tetapi kurang dipedulikan. Antara RUU yang pernah dibawah beliau ialah undang-undang untuk menaikkan amaun kadar kebankrapan supaya bank tidak boleh terus menindas golongan berhutang. Bergaya dengan sangat sempoi dan tidak gemar menggayakan pakaian mahal, beliau hanya mempunyai 2 jenis kenderaan iaitu sebuah pacuan 4 roda dan sebuah kereta bernilai antara 200-300 ribu ringgit sesuai dengan pendapatannya sebagai seorang menteri. 


Golongan Akademik Bidas Mufti Perlis Tidak Faham Isu Global Dan Sensitiviti Keluarga Mangsa

Rakan-rakan seperjuangan Dr Asri Mufti Perlis hari ini mengeluarkan kenyataan membidas tindakan mufti itu yang tidak faham dengan sensititiviti golongan minoriti serta perasaan keluarga mangsa yang masih bersedih atas tragedi kehilangan ketua keluarga mereka yang dipercayai berlaku selepas serbuan Mufti Perlis ke rumah mereka pada tahun lalu. 

Mufti Perlis semalam dalam temubual bersama FreeMalaysiaToday telah menghina keluarga mangsa serta mengatakan mangsa Amri Che Mat sebagai kaki mutaah, sedangkan tidak ada sebarang bukti menunjukkan Amri terlibat dengan mana-mana skandal dengan wanita lain. Pihak polis juga mengesahkan Amri bukan seorang yang kaki perempuan seperti yang didakwa Mufti Perlis. 

menurut laman berita portal Free Malaysia Today, antara individu yang mengeluarkan teguran ke atas mufti itu antaranya ialah Dr Ahmad Farouk Musa, rakan seperjuangan mufti Perlis ketika zaman muda beliau ketika awal menjawat jawatan sebagai mufti kali pertama. Selain itu, mantan diplomat Malaysia ke luar negara yang juga anggota G25, turut menegur Dr Asri dalam isu yang ditimbulkan Asri kononnya Syiah dan Amri (mangsa culik) itu membahayakan keselamatan negara. 

(Dr Redzuan, menjawat jawatan sebagai diplomat kerajaan lebih 15 tahun dan memahami selok belok keselamatan negara berbanding mufti Perlis)

Menurut mantan diplomat kerajaan itu, dalam rekod, pembunuhan dan peperangan dimulakan oleh golongan wahabi, dan bukan Syiah. Justeru dakwaan Asri itu jelas bertentangan dengan fakta dan tidak masuk akal untuk mengaitkan Syiah, Amri dan minoriti sebagai ancaman keselamatan negara.

Dalam perkembangan lain, Profesor daripada National University of Singapore, Porf Syed Farid juga membidas kenyataan mufti Perlis itu sebagai serkap jarang. Statistik dan siasatan polis di Malaysia menunjukkan Syiah bukan ancaman sebaliknya gerakan Salafi. 

Peguam PKR, Eric Paulsen juga menegur sikap Mufti Perlis itu dengan membawakan statistik tangkapan pengganas didalam dan luar negara yang kesemuanya adalah terdiri daripada mazhab wahabi, dan bukannya Syiah. 

kami cuba mendapatkan respon Dr Asri namun beliau tidak ada di pejabat menurut pegawainya.  

ditulis oleh: Ahmad Saidi Ismail. 


Tuesday, January 23, 2018

"Syiah atau LGBT, Tetap Tidak Wajar Diculik"- Pakar Akademik UKM

Seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia semalam membidas kenyataan bahawa Che Amri wajar diculik kerana Syiah. Namun tidak pasti kepada siapa ditujukan ayat tersebut. Menurut twitter milik beliau, 

"Dear other humans, sekalipun syiah orang murtad lgbt itu berdosa dan jadi bahan bakar neraka selamanya; ia bukan sebab sah untuk mereka dimangsai diculik dan dinafikan hak2 mereka. "

Dr Faizal Musa adalah salah seorang wakil negara untuk misi hak asasi manusia ke Geneva dalam menyampaikan isu-isu berkenaan hak minoriti. Buku-buku beliau yang diharamkan baru-baru ini juga telah dibenarkan semula untuk dicetak dan diedar selepas mahkamah rayuan memutuskan buku-buku beliau tidak patut diharamkan kerana tidak mempunyai unsur-unsur yang tidak baik malah sarat dengan pelbagai mesej yang positif.  

Beliau merupakan sasterawan muda dan bersama-sama dengan sasterawan A.Samad Said dalam membawa mesej-mesej kesedaran dalam novel-novel mereka. 

Semalam, Mufti Perlis mencemuh isteri mangsa culik bahawa kononnya dakwaan terhadap beliau adalah fitnah. Mufti Perlis juga menambah dengan kata-kata sinis dan penghinaan kononnya mangsa culik berkenaan ada isteri lain, namun wartawan Free Malaysia Today meminta bukti daripada beliau dan beliau tidak dapat berikan dan terus mengubah topik kepada yang lain. 

(screenshot twitter Dr Faizal Musa yang dipetik oleh Revolusi Habib)

wartawan: Ahmad Saidi Ismail

Monday, January 22, 2018

Keluarga Mangsa Culik Dedah Mufti Perlis Berang Dengan Mangsa Sebelum Mangsa Hilang

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dibawah Yang Dipertuan Agong hari ini dimaklumkan melalui pasukan siasatan khas inquiry berkenaan kehilangan 4 individu termasuk 3 orang aktivis gereja dan seorang aktivis Syiah bahawa Mufti Perlis pernah menyerbu sendiri bersama pasukannya ke rumah milik salah seorang mangsa culik berkenaan dan memaki hamun anak mangsa serta mangsa. 

Pendedahan yang menggemparkan ini telah menyebabkan kesemua hadirin terkejut dengan penglibatan Mufti Perlis dalam operasi berkenaan yang memangsakan NGO Perlis Hope yang banyak membantu kebajikan rakyat miskin di Perlis. Turut disebut dalam inquiry adalah nama bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kasim yang dikatakan terlibat sama dengan Mufti Perlis. 

Menurut isteri mangsa, suami beliau diserbu dipejabat dan dirumah oleh beberapa orang daripada pejabat mufti bersama dengan Mufti Perlis sendiri. Anak beliau pula dimarahi dan diherdik dengan kasar. 

Apabila ditanya mengenai sebab serbuan, mereka tidak memaklumkan malah meminta suami mereka datang sendiri ke pejabat mufti. 

Tindakan serbuan ala gangster adalah amalan Jabatan Agama Islam di setiap negeri namun penglibatan mufti sendiri menyerbu tempat kejadian adalah pertama kali berlaku dalam sejarah operasi Jabatan Agama. 



Tuesday, January 16, 2018

Pemimpin Muda Parti Keadilan Sindir Aktivis Hak Asasi Yang Mahu Boikot PRU 14

Gempar di media sosial apabila facebook milik seorang pembantu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis secara sindiran kepada seorang aktivis daripada sebuah NGO hak asasi berkenaan isu memboikot pilihanraya ke 14. 

Pembantu kepada pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan oleh Revolusi Habib mendakwa, aktivis yang dimaksudkan itu bukan sahaja selalu meminta ahli parti mereka menyertai demontrasi anjuran mereka malah individu itu juga turut meminta wang perbelanjaan yang besar untuk menganjurkan demontrasi dibawah nama non-partisan dan anak muda. 


Menurut sumber itu lagi, aktivis tersebut memohon peruntukan yang besar daripada kerajaan Selangor namun apabila diberikan, mereka tidak membelanjakan wang tersebut seperti yang dinyatakan didalam kertas kerja mereka. 


Beliau juga kecewa dengan aktivis tersebut kerana sepatutnya individu tersebut lebih faham mengenai "tranparency" kerana bekerja dengan sebuah NGO hak asasi manusia terkenal di Malaysia yang melakukan pelbagai pendedahan mengenai salahlaku dan juga membawa isu berkaitan kebenaran dan keadilan. 

Revolusi Habib dimaklumkan sebanyak hampir RM 50,000 wang tunai pernah diterima oleh individu berkenaan atas alasan mahu menganjurkan demontrasi bagi memberi kesedaran kepada generasi muda, dan menggunakan saluran parti untuk memohon dana tersebut namun kesedaran yang diwujudkan hanyalah untuk lebih membenci parti-parti dalam pembangkang dan bukannya untuk membantu menumbangkan Barisan Nasional. 


wartawan: Ahmad Saidi Ismail