Thursday, January 25, 2018

Golongan Akademik Bidas Mufti Perlis Tidak Faham Isu Global Dan Sensitiviti Keluarga Mangsa

Rakan-rakan seperjuangan Dr Asri Mufti Perlis hari ini mengeluarkan kenyataan membidas tindakan mufti itu yang tidak faham dengan sensititiviti golongan minoriti serta perasaan keluarga mangsa yang masih bersedih atas tragedi kehilangan ketua keluarga mereka yang dipercayai berlaku selepas serbuan Mufti Perlis ke rumah mereka pada tahun lalu. 

Mufti Perlis semalam dalam temubual bersama FreeMalaysiaToday telah menghina keluarga mangsa serta mengatakan mangsa Amri Che Mat sebagai kaki mutaah, sedangkan tidak ada sebarang bukti menunjukkan Amri terlibat dengan mana-mana skandal dengan wanita lain. Pihak polis juga mengesahkan Amri bukan seorang yang kaki perempuan seperti yang didakwa Mufti Perlis. 

menurut laman berita portal Free Malaysia Today, antara individu yang mengeluarkan teguran ke atas mufti itu antaranya ialah Dr Ahmad Farouk Musa, rakan seperjuangan mufti Perlis ketika zaman muda beliau ketika awal menjawat jawatan sebagai mufti kali pertama. Selain itu, mantan diplomat Malaysia ke luar negara yang juga anggota G25, turut menegur Dr Asri dalam isu yang ditimbulkan Asri kononnya Syiah dan Amri (mangsa culik) itu membahayakan keselamatan negara. 

(Dr Redzuan, menjawat jawatan sebagai diplomat kerajaan lebih 15 tahun dan memahami selok belok keselamatan negara berbanding mufti Perlis)

Menurut mantan diplomat kerajaan itu, dalam rekod, pembunuhan dan peperangan dimulakan oleh golongan wahabi, dan bukan Syiah. Justeru dakwaan Asri itu jelas bertentangan dengan fakta dan tidak masuk akal untuk mengaitkan Syiah, Amri dan minoriti sebagai ancaman keselamatan negara.

Dalam perkembangan lain, Profesor daripada National University of Singapore, Porf Syed Farid juga membidas kenyataan mufti Perlis itu sebagai serkap jarang. Statistik dan siasatan polis di Malaysia menunjukkan Syiah bukan ancaman sebaliknya gerakan Salafi. 

Peguam PKR, Eric Paulsen juga menegur sikap Mufti Perlis itu dengan membawakan statistik tangkapan pengganas didalam dan luar negara yang kesemuanya adalah terdiri daripada mazhab wahabi, dan bukannya Syiah. 

kami cuba mendapatkan respon Dr Asri namun beliau tidak ada di pejabat menurut pegawainya.  

ditulis oleh: Ahmad Saidi Ismail.