Monday, April 20, 2020

Pakatan Harapan (Tanpa DAP) Akan Berhijrah Ke Perikatan Nasional?

Ramai yang bertanya mengapa pertemuan Anwar-Muhyiddin dibuat tanpa sebarang publisiti media, tidak ada gambar dan tidak ada pemberitahuan awal mengenai urusan kerja dua hala pembangkang-kerajaan itu. 

Pertemuan seperti ini biasanya akan dibenarkan akses media sekiranya tidak ada apa-apa yang sulit. 

Sehari selepas pertemuan Anwar-Muhyiddin, Mahathir mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau akan melakukan "comeback". 

Kita semua maklum dengan kenyataan Bekas PM itu bahawa tujuan dia menjadi PM adalah untuk memastikan Anwar tidak menjadi PM. 



Revolusi Habib tegas mengatakan:
 Kita Tidak Mahu Anwar, Kita Tidak Mahu Mahathir. 

biarkan sahaja kerajaan sedia ada mentadbir dengan baik. 








Saturday, April 18, 2020

YB Pakatan Harapan Turut Ingkar PKP ? Netizen Persoal (Gambar)

Kecoh di Media Massa mengenai beberapa YB PN mengingkari PKP dengan keluar daripada rumah dan berkumpul beramai-ramai. 

Penyokong Pakatan Harapan berpusu-pusu menghentam, mencaci dan memaki pimpinan PN yang didapati bertindak tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan tersebut. 

Namun begitu, terdapat beberapa YB Pakatan Harapan yang turut melanggar PKP ini dengan perbuatan sama. mengadakan mesyuarat dipejabat, minum teh bersama pimpinan cawangan dan banyak lagi perkara dilakukan mereka. 

kesemua gambar tersebut telah pun dipadam oleh pemimpin PH tersebut namun netizen sempat memuat-turun dan memuatnaik semula. 



Sunday, April 12, 2020

Lantikan GLC: Siapa Yang Lebih Bagus? Ahli Parlimen Atau Teknokrat?

Kemelut pelantikan GLC kembali nyaring dilaung oleh pelbagai kumpulan politik. Ada pihak mengatakan kumpulan teknokrat lah yang paling layak untuk menjadi pengarah GLC manakala satu kumpulan lagi mengatakan Ahli Parlimen adalah yang sewajarnya dilantik untuk mengetuai GLC.

Sesiapa pun menjadi kerajaan, akan melakukan lantikan politik didalam jawatan-jawatan yang tidak ada kena mengena dengan kelayakannya jika hendak merujuk kelayakan itu dari ruang lingkup pengalaman dan latar belakang pendidikan.

Bagi saya, saya lebih memihak Ahli Parlimen untuk GLC berbanding teknokrat.

Mengapa?

Pertama: 

Ahli Parlimen akan membelanjakan wang pendapatannya untuk kawasannya. Yang mendapat manfaat daripada ini adalah rakyat di kawasannya. Teknokrat pula, mereka tidak perlu menggunakan pendapatan mereka untuk mana-mana rakyat kerana itu bukan tanggungjawabnya. Wang yang digunakan oleh teknokrat hasil daripada pembayaran gaji dan elaun oleh syarikat GLC itu akan berakhir di luar negara kebiasaannya. Untuk seorang Ahli Parlimen, peruntukan sememangnya tidak mencukupi untuk menampung bagi kawasan-kawasan yang majoriti rakyat berpendapatan rendah. Dengan adanya elaun daripada jawatan dalam GLC, Ahli Parlimen dapat menggunakan lebih banyak wangnya untuk memberikan wang saku berbentuk cash kepada rakyat yang datang memohon bantuan di pejabat.

Kedua: 

Ahli Parlimen sentiasa dalam pemerhatian rakyat dan badan-badan berkaitan integriti manakala teknokrat tidak menjadi perhatian rakyat. Rakyat tidak akan ambil kisah pun jika teknokrat menguruskan GLC dan berapa pendapatannya namun ini berbeza dengan Ahli Parlimen. Mereka sentiasa diimbangi dengan kritikan, pemerhatian tajam dan banyak mata yang akan sentiasa mengawasi dan melaporkan perbelanjaan diluar kemampuan dan kawalan. Wang pendapatan hasil menjawat jawatan dalam GLC itu mahu tidak mahu, tetap akan digunakan sebahagiannya untuk tujuan kebajikan di kawasannya walaupun hanya sedikit.

Ketiga: 

Teknokrat penuh dengan sikap mementingkan diri sendiri. Teknokrat tidak perlu menjaga dan berfikir mengenai kebajikan orang dibawahnya manakala seorang ahli parlimen, beliau perlu memastikan rakyat di bawah kawasan pengurusannya dijaga dengan baik bagi mendapatkan undi dalam pilihanraya akan datang. Untuk itu, mereka akan menggunakan wang yang banyak untuk diberikan dan disumbangkan kepada rakyat demi matlamat undi. Yang menerima kesan positifnya adalah rakyat walaupun Ahli Parlimen itu bersikap populis.


DARI SEGI PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN: 

Dalam GLC ada badan eksekutifnya. Ada ramai pegawai, cerdik pandai yang dibayar gaji untuk bekerja dan menentukan hala tuju perniagaan syarikat. Ada juru audit, ada admin, ada accountant dan pelbagai jawatan untuk menentukan dan menjadikan perniagaan berjalan dengan baik. Pengarah di GLC dalam malaysia ni, hanya wayang dan nama sahaja. masuk mesyuarat, sign cheque , terima elaun. Itu sahaja. Jadi kita tidak perlu bimbang. Kerana itu jugalah kerja di kementerian. Menteri hanya perlu arah sahaja kakitangannya yang cerdik pandai. Kerja menteri, tolong bercakap bagi membantu rakyat.

Dalam GLC ini, kerajaan PH ataupun BN pernah saja lantik orang tidak masuk universiti dan tidak ada pengalaman pun untuk GLC penting dibawah kerajaan negeri mahupun pusat. Contohnya, syarikat air di sebuah negeri PH, melantik lembaga pengarah seorang YB yang hanya ada SPM sahaja. Tak pernah dengar pulak syarikat air di Penang itu jatuh muflis atau rugi.

Konklusi:

memang kedua-duanya (teknokrat dan ahli parlimen) berpotensi untuk rosak atau dirosakkan. Namun jika tiada pilihan, lebih baik Ahli Parlimen berbanding teknokrat. Jika ada pilihan yang lebih lanjut lagi, lebih baik menjadi anarki daripada memikirkan politik.

Monday, March 30, 2020

USA Hadapi Masalah Besar Hadapi Bencana Covid-19

Virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia sedang memberi satu masalah besar buat negara bapa kapitalis dunia, Amerika Syarikat. 

Amerika yang sebelum ini mengamalkan polisi rawatan berbayar tanpa subsidi untuk setiap warganegaranya yang ingin mendapatkan rawatan, kini berdepan masalah sukar untuk memastikan setiap rakyatnya untuk mengadakan ujian pengesanan virus itu apatah lagi untuk diwadkan bagi mendapatkan rawatan. 

Kebanyakan rakyat Amerika tidak mampu untuk membayar caj rawatan hospital dan ini membuatkan mereka berasa takut dan bimbang untuk mendapatkan rawatan serta memeriksa diri mereka. Ini kerana mereka terpaksa membayar berpuluh dollar untuk pemeriksaan virus ini dan membayar ribuan dollar untuk diwadkan. 

Justeru, kerajaan Amerika meramalkan mereka akan menghadapi krisis kematian mencecah 100,000 orang pada tahun ini berkaitan virus Covid-19. 

Dalam keadaan ini, Presiden Amerika masih tidak mahu mengumumkan sebarang langkah kerajaan untuk memberikan rawatan dan pemeriksaan percuma berkenaan virus itu. 

 

Sunday, February 23, 2020

Kurang 100 Ahli Parlimen Sokong Tun M, Mahathir Malu Umum Letak Jawatan

Terkejut dengan berita sokongan 130 Ahli Parlimen yang pada awalnya menyokong Tun Mahathir. Berita ini soheh pada awalnya tapi dhoif pada pengakhirannya. Kalau Hadis, mungkin kita boleh kata maudhuk.

Apapun, ini counter attack paling hebat daripada Anwar. Sebab itu orang tua jangan fikir mereka sentiasa berkuasa dan bertenaga. 90 tahun ke atas, lebih baik ziarah kubur ingat kematian. Jangan ke masjid lagi, kerana sudah terlambat. Belajarlah mengenai alam baqa'. Fahami kehidupan didalam alam barzakh.

Malam tadi, 130 orang MP yang sepatutnya sudah ada pada jam 3pm semalam, telah gagal dikumpul Azmin. Mahathir menyirap dan tidak mahu menjenguk Azmin di Sheraton walaupun semua pegawai dan bodyguard Mahathir telah menanti ketibaan Mahathir.

sehingga 7PM, Azmin masih gagal mengumpul 130 MP. 130MP yang tandatangan SD untuk bersama Azmin dan Mahathir siang semalam, haya kurang 100 yang turut serta. Akhirya PC yang dijadual pada jam 3pm ditunda ke 7pm.

Marah para wartawan yang telah menanti sejak pagi. Apabila 7pm, Azmin sudah kelam kabut. Hilman dan pegawai2 Azmin gelabah hubungi para Ahli Parlimen. Kelibat Hilman yang sudah cuak dan resah itu, kawan-kawan saya perhatikan sahaja dari jauh. Biasanya raut wajah Hilman yang sebegitu bermakna baru lepas dimarahi. Itulah pengalaman saya ketika bekerja bersamanya.

Ini bermakna, Azmin telah cuak dan gelisah. Kalau gagal kumpul 130 MP, Mahathir tidak mahu datang. Bila Mahathir tidak mahu datang, tidak boleh buat PC. Bila tidak boleh buat PC, macam mana nak umum kerajaan baru? Kah kah!

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, Azmin masih gagal kumpul 130 Ahli Parlimen.

Pagi tadi, dikhabarkan Anwar sudah "sound" Mahathir. Mahathir yang malu tersipu-sipu didepan Anwar, kini sudah umum meletakkan jawatan.

Berita seterusnya sebentar lagi.

Monday, January 6, 2020

Tiada Menteri Mahu Pertahan Maszlee

Kakak saya seorang penyokong tegar Maszlee. Mak Bapak saya juga. 
Ramai orang kata Maszlee adalah orang yang baik-baik. 
Sememangnya saya tak nafikan dia adalah orang baik. 

Banyak juga perkara baik yang Maszlee lakukan. Dikhabarkan, ramai guru yang dahulu sukar hendak menukar tempat mengajar, kini dipermudahkan. Kerja-kerja pengkeranian para guru juga kini sudah dikurangkan. Itu sumbangan Maszlee. Kita sokong usaha Maszlee ini. 

Namun, baik-baik Maszlee ini bukan bermakna beliau layak menjadi menteri, malahan tadi, saya baca dua tiga karangan oleh para bekas pekerja Maszlee yang sendiri mengatakan Maszlee tidak pandai bermain politik. Bermakna, orang yang pernah bekerja rapat dengan Maszlee sendiri akui, Maszlee tidak layak menjadi menteri. 

Dalam diam, kita tidak tahu rupanya Maszlee cuba bawa pengaruh Arab Saudi. Cubaan Maszlee merapatkan diri dengan kerajaan Arab Saudi adalah perkara nombor satu yang wajib kita tentang bersama demi masa depan anak cucu kita. Maszlee dalam usaha untuk menghidupkan semula pusat "keamanan" yang diketuai kepala pengganas iaitu Arab Saudi (seperti yang dilapor FMT). 

Islam gaya Arab Saudi bukan budaya kita. Kerajaan telah pun ambil tindakan terawal menutup segala pusat berkaitan agenda Arab Saudi di negara kita. Dalam bab ini, Mahathir wajar dipuji, dibantu Mat Sabu. 

Ramai kata isu Maszlee dibuang adalah kerana Mahathir bengang dengan tindakan Maszlee membatalkan projek YTL dibawah KPM, namun syarikat yang menerima projek baru tersebut juga adalah kroni Mahathir, Syed Mokhtar Bukhari iaitu TM. Jadi, apakah isunya tidak beri projek kepada kroni? bukan isu kroni semestinya. 

Puluhan menteri dalam barisan kabinet, tidak seorang pun yang membantah pemecatan Mazslee. Tidak ada seorang pun yang bersuara beritahu sebab Maszlee dibuang. Saya sembang dengan orang-orang kuat menteri dan bertanya mengapa semua menteri diam? Rupanya ramai menteri yang tidak senang dengan Maszlee. Kenapa? 

Antaranya, Maszlee dilihat cuba melakukan agenda perubahan, namun didalam perubahan itu wujud anasir-anasir yang tidak wajar dibawa bersama seperti pengaruh Saudi seumpamanya dan juga pendekatan satu agama(Islam) dalam akademik yang mana akademik sewajarnya sekular sebagai tindakan adil untuk semua pihak.

Saya yakin, bukan orang tidak soleh seperti saya sahaja yang tidak sukakan Saudi tetapi orang yang alim seperti Tuan Guru di pondok-pondok dan Ulama gerakan Islam diseluruh dunia tidak sukakan kerajaan Saudi. 

Entah mengapa, beriya-iya Maszlee mahu bawa masuk dan bekerja rapat dengan kerajaan paling kejam selepas Israel dan Amerika itu. 

Maszlee juga dinobatkan sebagai menteri paling banyak diserah memorandum bantahan akibat tindakan-tindakannya yang bertentangan dengan aspirasi rakyat. Antaranya ialah melantik diri sendiri menjadi pengerusi di sebuah universiti. Melantik kawan-kawan IKRAM-nya sebagai pegawai tinggi di universiti dan juga membawa isu-isu remeh seperti kasut sekolah untuk dijadikan agenda utama dalam sidang media. Sama ada para pegawai Maszlee sengaja mensabotaj atau kebodohan Maszlee sendiri, hanya mereka dua pihak sahaja tahu. Maszlee juga sering lari daripada wartawan, menipu wartawan dan pelbagai taktik licik seolah-olah beliaulah artis yang sedang dikerumuni paparazi. Ini pernah jadi tajuk berita di media utama. 

Dalam banyak perkara baik yang Maszlee bawa ke dalam dunia pendidikan negara, namun disebabkan oleh satu dua tindakannya yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak kita (contohnya: diajar dan dipengaruhi oleh guru-guru Arab Saudi), lebih baik kita memilih untuk mengenepikan Maszlee. 

Tindakan sama juga kita lakukan pada Najib Razak. Punyalah banyak perkara baik Najib buat untuk rakyat seperti pembinaan LRT, MRT yang tambangnya sangat murah serta BRIM dan lain-lain, namun disebabkan oleh tindakan Najib dalam isu 1MDB dan Altantuya, kita memilih untuk mengenepikan Najib. 

Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya, takkanlah kawan baik Maszlee dalam JIM dahulu yang kini sama-sama menjadi menteri dan sangat rapat, pun tidak mahu membela dan bersuara untuk Maszlee? 

Pasti ada salah yang Maszlee lakukan sehingga membuatkan mereka terdiam untuk berkata-kata. 

King Salman, sekutu kuat Israel dan USA yang sangat dibenci oleh Mahathir , Anwar , Kit Siang dan Mohamad Sabu. 

perkara pertama Mahathir lakukan dalam kerajaan adalah menutup Pusat Keagamaan berkaitan Arab Saudi namun Maszlee cuba membukanya semula tanpa restu Mahathir. 


Saturday, January 4, 2020

Bukan Pasal YTL, tetapi tindakan Maszlee "puja" Arab Saudi?

Sebaik sahaja Pakatan memerintah pusat, negara yang paling terkesan dengan perubahan ini adalah negara-negara Arab yang berkiblatkan Saudi. Arab Saudi sendiri menerima kejutan hebat daripada Mahathir apabila Kerajaan Malaysia menarik balik bantuan tentera untuk berkhidmat di negara  Arab dibawah program yang diketuai Arab Saudi dalam misi-misi perang di Yaman dan sekitarnya. Pusat keamanan yang dibiaya dan dibina di Putrajaya oleh Arab Saudi ditutup serta merta dan diusir keluar dari bumi kita.

Kemarahan Tun Mahathir ini adalah wajar kerana Arab Saudi telah mempergunakan negara-negara Islam untuk membantu dalam misinya menentang musuh peribadi seperti Yaman dan Bahrain. Malaysia tidak terkecuali daripada dipergunakan. Ini juga pernah ditekankan oleh Presiden PAS.

Pada hujung tahun 2019, Maszlee entah mengapa tidak semena-mena membuat hubungan dengan Saudi dalam bidang pendidikan. Walhal, dia tahu bahawa Mahathir tidak pernah suka dengan Bani Saud yang kejam itu. Yaman disembelih, Bahrain diratah, kini musnah hancur luluh di bawah tangan kejam dan zalim Arab Saudi.

Kesemua menteri kabinet pernah mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mengkritik tindakan Saudi. Antaranya Menteri luar, Datuk Saifuddin ketika ditanya mengenai sikap Arab Saudi. Mat Sabu juga begitu, sebagai menteri pertahanan, tidak lagi menjalin hubungan baik seperti menteri Hishamudin Hussein yang jalan berkepit kaki.

Dalam isu ini, beberapa hint pernah dilontarkan kepada Maszlee agar jangan bertindak membelakangkan kerajaan mengenai hubungan 2 hala Malaysia-Saudi ini. Namun Maszlee tidak dapat lari dari “kecintaannya” kepada Raja Saudi itu. Raja yang paling kejam di dalam dunia Islam abad ini. Berapa ramai ulama Islam telah mati ditangan raja itu. Berapa ramai orang gaji dari Indonesia dan Filipina dipenggal kepala kerana melawan majikan. Ribuan pula mati dibom dan ditembak oleh tentera Saudi. Maszlee pula mengeluarkan kenyataan akan bawa masuk guru-guru Saudi ke Malaysia. Kononnya untuk dilatih dan diberi peluang mengajar di sekolah-sekolah kita. 

Mahathir pula memberikan gambar jelas sekali lagi, dengan tidak mengajak Saudi ke KL Summit, malahan, meneruskan kritikan dan kutukan ke atas Saudi sebelum KL Summit itu berlangsung. Sentimen Mahathir ke atas Saudi sangat kuat. Saya masih ingat, Pak Kassim Ahmad, antara rakan baik Mahathir pernah bercakap kepada kami dalam sesi temubual di rumahnya bahawa Mahathir sangat tidak boleh terima cara saudi memaksa wanitanya memakai purdah dan juga bertindak seolah-olah mereka adalah "ketua" bagi umat Islam. 

Bila ada orang tanya saya percayakah isunya adalah kerana YTL? Saya kata tidak. Jika Mahathir menyuruh dan memaksa Maszlee mengamalkan kronisme dan rasuah, sudah tentu Maszlee tak akan mengulang-ulang ayat “kesetiannya kepada Ayahanda PM” dalam ucapan sidang medianya.

Dari kenyataan itu, jelas, ada kesalahan atau kesilapan dilakukan Maszlee. Kerana jika Mazlee disuruh berbuat sesuatu yang jelik oleh PM(seperti memberikan kontrak kepada kroni Mahathir), sekurang-kurangnya dia hanya akan beritahu dia meletakkan jawatan sahaja, bukan berucap satu perenggan memuja dan bersetia kepada Mahathir.

Maszlee tidak perlu bimbang jika dia mengatakan dia meletakkan jawatan kerana dia tidak mahu bersekongkol dengan amalan kronisme Mahathir, kerana Maszlee yang kita kenal adalah seorang yang ada prinsip dalam isu ketelusan dan integriti. Kita semua mengenali Maszlee sejak dia menjadi pensyarah dan terlibat dengan aktivisme di jalanan. Itu bukan sikap Maszlee. Jika dia disuruh berbuat jahat, dia tak akan menjulang orang yang menyuruh berbuat jahat itu. Namun dalam isu ini, Maszlee berulang kali mengulangi taat setianya kepada PM walhal ayat itu tidak perlu pun jika dia hanya sekadar meletakkan jawatan.  Jadi sudah pasti ada isunya yang Maszlee tersilap dalam langkah dan isu tersebut semestinya bukan isu integriti atau politik wang. 

Manakala Mahathir bukanlah terlalu bodoh untuk memberi peluru kepada Anwar jika dia menyuruh Maszlee untuk memberikan projek kepada kroninya sekarang dan memecat Maszlee hanya kerana itu. Pasti team Anwar akan gunakan sebagai senjata mempengaruhi majlis presiden PH dan seterusnya hujah yang kuat untuk menyingkirkan Mahathir. 




Pertemuan Maszlee dengan Raja Saudi, musuh utama Mahathir. 

Maszlee membuat keputusan membawa masuk ratusan guru dari Arab Saudi ke Malaysia yang sepatutnya bermula tahun 2020.