Tuesday, July 31, 2012

sudah masa kita bersendiri

Naik sahaja Pakatan Rakyat, maka ketika itu rakyat masing-masing perlu bersendiri. bersendiri maksudnya jangan ikut selera kerajaan baru sahaja bahkan ikut lah selera dan citarasa rakyat. sekarang kita semua bersama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan BN kerana satu-satunya kuasa yang agak besar boleh diharap utk jatuhkan BN adalah Pakatan Rakyat. 


tapi bila PR dah naik, maka kita akan terus menikmati agenda kebajikannya. dan ketika itu rakyat perlu bersendiri. jangan jadikan Pakatan Rakyat macam Barisan Nasional dimana rakyat akan ikut sahaja kata-kata pemerintah. kita harap zaman itu akan tiba. 


sekarang mari bersama Pakatan dalam misi tumbangkan rejim BN. selesai tumbang, kita pun buat selera sendiri ikut selera rakyat.maka saya yakin selepas itu kita akan jadi sematang orang Indonesia dalam berpolitik. pemilihan kerajaan dan wakil rakyat tidak lagi bergantung kepada populariti semata, tetapi bergantung kepada kebertanggungjawaban dalam melaksanakan kerja. 


hoi. tulisan ini bukan untuk bagi syarahan perdana kat korang. tetapi tulisan ini untuk bagi kesedaran bahawa kita perlu ubah mindset orang Malaysia bahawa selepas tumbangkan Barisan, maka tidak mungkin pakatan akan mentadbir macam barisan. kita akan pastikan kerajaan mentadbir dengan begitu baik mengikut acuan rakyat. 


kalau ada apa kejadah parti yang poyo buat keputusan tanpa ikut kehendak rakyat, kita tumpaskan dan sembelih baik dia dari parti Islam mahupun parti kafir. 


kalau ulamak PAS buat peraturan ikut selera dia sahaja, pun kita sembelih. 


kalau akademia PKR buat undang-undang ikut selera sendiri sahaja pun kita pancung. 


kang ada pulak yang report polis kata aku nak sembelih dan pancung orang PAS dan PKR. 


hahaha. 


hoi, kenapa aku tak sebut DAP? 


sebab DAP mana ada power beb. 


pemuda nya pun lembik . tak alert isu anak muda langsung. 


dalam PR, parti yang paling lembik adalah DAP. bukan gua rasis, tapi sebab gua benci pendekatan DAP yang bodoh. 


minta maaf cakap. tapi kalau berpolitik ikut bodoh kepala, memang sampai bila orang tak suka. 


gua tengok sudah ada reform dalam PAS. puak-puak reform perlu kekal dan terus mencantas puak2 yang tak reform2 ni. 



tak kisahlah dia anak tok guru ka, anak tokey judi ka....tokey pelesap balak ka...kalau dia tak reform....wajib dicantas. sebab tu gua suka PKR. hahaha. 




ingat lagi tak anjuran SMM ni? pengubah politik negara


lu orang kenal tak siapa yang bertudung pink tu? walaupun pakai kaler macam puteri UMNOm tapi dia lah yang digilai masyarakat pantai timur kerana pidatonya. Aishah Srikandi Keadilan

mamat ni korang kenal tak? dia ni la yang ganti Hassan Ali. dia puak reform gak la dalam PAS. geng Mat Sabu ni. tapi dia sunni jamaah la. bukan syiah. haha. 
Pesuruhjaya PAS selangor yang baru


siapa mamat pakai kopiah tu? haa..itu la Imam Mekah yang baru. Imam Abu Nawas ni lah yang cantas Imam Mekah baru-baru ni beb sampai Imam Mekah tu letak jawatan. 

lu orang kenal tak golongan muslimat ni. gua tak tau la diorang sesat ke hape. tapi diorang ni cool la. susah bhai nak jumpa "ustazah" yang sempoi dan tak jumud. ni esok boleh la cantas Muslimat yang tak cool dalam Dewam Muslimat PAS ok. hahaha



REVOLUSI HABIB dan kawan kena tangkap JAIS lagi

ketika bersama Imam Mekah, Revolusi Habib telah ditahan kerana makan di RnR . 

sekali JAIS pun tangkap RH dan Imam. 

sekali Imam Mekah tu hentam beb JAIS. 

musafir mana boleh puasa. dalam fikah, Musafir kena buka. dalam Sunni Makruh teramat sangat jika musafir berpuasa ketika berjalan jauh. dalam ja'fari pula, musafir terbatal puasanya. 

inilah sama situasinya dengan solat jamak. 

JAIS masih tak paham beb. hahaha

tonton video dibawah: 

(tidak kena mengena dengan cerita RH)

Buku Terbaru Yang RH janjikan . baru diseludup masuk dari Iran dan Indonesia. 

RM 40 termasuk POS. 

stok terhad beb. 


tangan didada, mata ke atas. hormat benderamu. 

hormat palestina. 

hormat segala yang berjuang di jalanNYa. 

ini Imam Mekah yang RH maksudkan:

Imam Abu Nawas Al-Maki Wal Hamun (www.wasiatpejuang.blogspot.com)

aku suka baca blog dia. walaupun lucah, tapi penuh makna. daripada baca blog politikus yang gila capab. 

Monday, July 30, 2012

BID'AH HASANAH binti Hamzan

Kita mulakan siang kita dengan melaknat yang zholim.

gambar-gambar dibawah adalah penangan yang menambat mata saya untuk menulis siang ini. 

ini lah gambar yang boleh buat kita rasa lega di perut dan rasa kencang di dada. 

PERPADUAN UMMAH. 


Komunis berpadu dengan Melayu

Sufi Sunni bersatu dengan Salafi

Syiah bersatu dengan salafi

Syiah, Sunni dan Salafi bersolat. diimamkan oleh Imam Syiah. kenal tak siapa berjanggut pakaian putih tepi sekali? itu Imam masjidil Haram. dia pun solat dengan syiah, takkan sesat kot? huhuhu

SANTAI PETANG INI BERSAMA SYED HUSIN ALI seorang tokoh SOSIALIS TEGAR yang masih mencengkam zaman tuanya untuk perjuangan walau sudah tidak berjawatan. 

korang tak boleh pergi, nanti korang murtad. aku ja boleh pi. bye. 



Sunday, July 29, 2012

arahan Kerajaan BN: Mahasiswa Wajib Berpartisipasi

ada sesetengah penganalisis politik malaysia dan dunia mengatakan mahasiswa adalah kuasa penentu politik Malaysia apabila begitu rancak dan begitu lantang dalam memperjuangkan sesuatu isu. ini sekitar 2011 hingga awal 2012.

segala apa yang relate dengan mahasiswa, pasti ada kencangnya. bukan sekadar sembang kencang.

namun, mutakhir ini, ramai yang sudah kembali bisu.

adakah kerana takut dan telah terlupa?

atau kerana sama ada "keras kepala" atau memang sudah "malas" hendak bersuara. ?

atau mungkinkah sudah berpecah belah?

atau ada yang rasa semacam diperguna oleh kawan-kawannya?

daripada diperguna, lebih baik kita tidak bersama. bukan? huhuhuhu.

dulu ingat lagi satu masa apabila Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) melamar Rafizi untuk program SMM mengenai dialog pendidikan percuma, ada dalam SMM (maksud saya pimpinan) yang begitu menentang. katanya "too politics". ada juga yang menulis kepada saya dalam satu laman FB mengatakan "jangan mencemarkan nama SMM dengan parti politik" ketika LMP tersilap mencetak banner tertera lambang SMM. dan akhirnya pimpinan SMM yang hadir hanya tiga iaitu dari KAMI, LMP dan AKSI.

jadi, program dialog itu pun tidak dibuat atas nama SMM dan dibuat atas nama KAMI dan AKSI serta LMP sahaja.

namun, beberapa hari yang lalu, ketika Rafizi ajak ahli KAMI lepak-lepak di bangsar, beliau memaklumkan satu berita yang saya tidak jangka. yang amat buat saya nak terberak mendengarnya. maka, pimpinan KAMI pun ikutlah Rafizi bertemu muka dengan para pimpinan SMM yang demi Allah saya amat kagum dengan mereka semua kerana mereka memang lantang dan mereka lah yang banyak menurunkan ilmu dunia aktivisme pada saya dan kawan-kawan sehingga saya mampu berhadapan dengan segala mehnah tribulasi hari ini.

hari ini.....saya bersyukur....semua pimpinan SMM sudah "menerima" campur tangan politik dan malah MEMINTA pada Rafizi untuk "membantu" mereka dalam berhadapan dengan isu KUIS. akhirnya.... :-)

selamat kembali menerima "politik" kawan-kawan SMM :-)



bersama KETUA BIRO POLITIK PARTI KEADILAN RAKYAT di RESTORAN D'ORANGE kajang, Selangor dekat dengan KUIS. pada 31 julai jam 5 petang. huhuhu

anjuran SMM. :-) 

kata Diana Hsieh kepada kawan-kawan media mengenai Criss Sciabarra: "he could at least be honest enough to drop the “nonpartisan” label, instead of routinely hiding behind it"



Saturday, July 28, 2012

mendekatkan kita pada ROHINGYA

Rohingya satu kawasan penempatan antara bangladesh dan myanmar. 


gerakan Islam di Myanmar memang boleh dikatakan "tiada" kerana mereka duduk di bawah pemerintahan junta yang sememangnya takut dengan penubuhan gerakan atau kumpulan. jadi jangan sedih jika di Myanmar umat islam nya mungkin tidak kenal apa itu jemaah dan apa itu harakah. 


namun, ada sekumpulan dua yang boleh kita harap dalam misi memperjuangkan nasib umat islam disana. 


di Rohingya bukan kisah hanya orang Islam dibunuh. disana ada juga pelbagai agama lain yang dibunuh. ini adalah kisah pergaduhan etnik, bukan agama. 


banyak sumber berita menyalahkan agama. salah. sebenarnya ini semua salah satu sifat "nasionalime" yang menebal. sikap rasis. sikap berpuak dan assobiyyah. 


dalam misi memahamkan apa itu ROHINGYA dan segala macam tragedi menimpanya, maka satu kumpulan liberal perlu dilahirkan. 


kita sudah tidak perlukan kumpulan yang bernaung dibawah nama Islam tetapi hanya untuk kejar pangkat dan nama. 


kita sudah tidak perlu kumpulan Islam yang mengguna nama suci Islam itu untuk terpampang di media dan hi-jack perjuangan puak lain sahaja. 


dunia mahasiswa, anak muda, banyak melatih dan bertatih akan realiti ini. 


banyak kumpulan-kumpulan Islam begitu dangkal. maaf saya cakap tapi saya pun bertahun dalam puak itu. tidak kurang sifatnya dengan "assobiyyah" yang ditutur nabi saw dalam hadis riwayat muslim itu. 


Bangladesh ada sebuah gerakan Islam yang bernaung di bawah Ikhwan jika tidak silap saya. namun, mereka kekal seperti PAS di malaysia iaitu "assobiyyah". maaf saya cakap tetapi keluarga saya semuanya PAS dan saya paham apa itu PAS memandangkan saya juga pernah menjadi ahli PAS sejak saya baligh. 


sebab itu, sekarang, para penggerak massa dan penggerak segala daya juang dunia sedang dilatih dan bertatih. 


mereka sedang "kita" bawa ke hadapan para pemuka perjuangan yang tidak kenal apa itu erti asobiyyah. 


Dr Tareq, Syaikh jaafar, Nik Adli dan lain-lain akan terus kita semai semangatnya. semangat menjuang bara perjuangan liberalisasi. 


dalam ke arah satu bentuk pemikiran liberal, kita perlu berterima kasih kepada mereka yang menjulang semangat "kebebasan mutlak" seperti team Uncle Seeker, Fahmi Reza, Ambiga dan Loyar Buruk. 


moga dilahirkan segala hak ini dalam bentuk kedamaian antara pemikiran dengan mengenepikan sektarian dan semangat meroyan. 


liberalis utk Malaysia! 

gua sudah mati. tapi tengah try hendak hidup kembali. 





Wednesday, July 25, 2012

Fathul Bari ajak orang UMNO jadi Syiah?

ini adalah berita yang amat hebat. setelah muka fathul bari berjaya disolek mak nyah ketika di SINAR, maka Fathul Bari pun begitu cool dengan cuba me-maintain-kan dirinya sebagai ulamak muda. namun, masih ramai anak muda anggap fathul bari sebagai FULLAMAK, bukan ULAMAK. kalau ada lagi pun mungkin anggap Fathul sebagai ULAr dalam seMAK.

sengaja saya nak timbulkan isu ini agar kita menolak golongan berlagak alim ulamak macam fathul bari ni. saya syukur, Fathul bersama UMNO. dan saya tahu, PAS tidak akan menerima langsung Fathul ni kerana dia amat "kotor" dan "jijik". tapi saya boleh terima dia. dengan syarat....dia kena jadi abang ipar saya dan saya kena kahwin dengan adik perempuannya. huhuhu

(klik utk besarkan gambar)

FATHUL BARI SELALU MENTION PASAL AMALAN TAQIYYAH DALAM SYIAH,

kali ini fathul bari sendiri mengajak orang-orang UMNO untuk BERTAQIYYAH ketika berkempen politik. hahaha.

jelas, melalui ini Fathul bari telah mempraktikkan amalan SYIAH! kita wajib tolak! hahahah!

selamat tinggal ULAMAK UMNO...huhuhu. lepas PRU, NAJIB akan campak korang semua jauh-jauh kerana Mashitah Ibrahim tak suka korang. hahaha

Tuesday, July 24, 2012

UITM bakal buat lonjakan

ramai orang berbicara bahawa UITM adalah benteng pertahanan kukuh bagi menyemai semangat ke-UMNO-an dalam diri individu terpelajar bergelar mahasiswa. 


mutakhir ini, tiba-tiba ada ramai orang SMS saya kononnya mengaku sebagai pelajar UITM dan memberitahu bahawa mereka di UITM masih menyokong UMNO. 


namun, ini buktinya UMNO di UITM semakin takut. kalau betul mereka kuat, mereka tak perlu takut dengan kempen anak muda masuk UITM memecah tradisi. :-) 


dan kalau betul mereka kuat, mereka tak perlu SMS pada saya dan beritahu itu semua. hahaha. itu semua menguntungkan Ananda Krishnan sahaja di Maxis. hahaha


sejak beberapa bulan lalu, apabila saya mendapat keputusan bahawa saya digantung selama setahun setengah, tiba-tiba kuasa pengaruh "jahat" saya terus datang mencurah-curah. 


ramai budak-budak muda UITM datang dan ingin berjumpa. bersembang. minum teh dan lepak bersama di kedai-kedai mamak sekitar shah alam dan seluruh negeri dalam Malaysia yang saya kunjungi. 


mereka tampak begitu kagum apabila ada dalam kalangan pelajar UITM yang rela dihadapkan dengan risiko pergantungan atau buang universiti. mereka pada mulanya memang takut. tetapi sekarang, mereka sudah mula menubuh persatuan "bawah tanah" bagi menggerakan idealisme muda mahasiswa untuk hak-hak mereka. 


semua maklum bahawa UITM merupakan universiti majoriti Melayu. dan ini mampu memberi impak terbesar dalam komposisi undi di malaysia apabila mahasiswa-mahasiswa UITM sudah layak mengundi. 



bermula dengan Shah Alam, apabila Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) dilancarkan dalam UITM itu sendiri di Shah Alam, berpusu-pusu penyertaan ke dalam KAMI dan kesukarelawanan mereka dalam menyertai KAMI yang sememangnya tidak mengajak mahasiswa untuk masuk dengan membayar setiap yang masuk itu wang ringgit atau hadiah-hadiah seperti yang dilakukan oleh kelab-kelab UMNO. 

kemudian, UITM Melaka, negeri Sembilan . ini diikuti dengan UITM pulau pinang dan penubuhan Angkatan Mahasiwa Insaf UITM Perak. di UITM Kedah ada persatuan berunsur PAS tetapi agak lambat. Namun, pokoknya sudah ada. di UITM Sabah juga dan di UITM setiap cawangan. insha allah jika sempat dalam tahun ini, kita try bukak di UITM Johor. 

ini semua satu pembaharuan. barangkali inilah TAJDID dalam perjuangan mahasiswa.

saya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang banyak membantu dan juga kepada Naib Canselor UITM sendiri yang begitu supportif :-) dalam menimbulkan isu-isu berkenaan "kita" semua. 

senior saya di fakulti undang-undang

pelajar fakulti undang-undang UITM SHAH ALAM bersama Karpal Singh dalam satu siri perbicaraan membabitkan Karpal Singh dan dikagumi penuh anak-anak Melayu UITM

ini lah fakulti saya. sekarang digantung kerana Sahol hamid mahu beri saya peluang timba ilmu dalam konteks pilihanraya dan politik sebenar. terima kasih ayahanda. saya akan terus berbakti untuk UITM di luar sana. :-) 




syabas anak-anak UITM. 


p/s: untuk masuk fakulti undang, pointer dan MUET nak kena tinggi , so, berjuanglah di asasi. uitm boleh. 





Monday, July 23, 2012

beza Malaysia dan Negara Komunis


pergi lah berjalan-jalan ke seantero dunia. 

tunggu dan lihat serta tonton mereka dalam setiap demontrasi. 

polis mereka tak akan ganggu pelancong. tidak akan pukul dan tidak akan terajang. 

para pembantah dan pendemo boleh buat apa sahaja asalkan tidak bunuh orang. 

bagi pendemo yang sedikit emosi mereka akan berani untuk pergi ke polis dan bantai. 

tapi kenapa polis biarkan?

kerana polis sudah ada baju perisai. 

helmet yang mahal dan keras lagi selesa. 

kena batu pun tak rasa apa-apa. 

shield mereka lagi hebat dari shield seorang pemain bola terkemuka. 

di Malaysia, polis kita turut pakai benda yang sama. 

hanya dapat ditonton di negara komunis


hanya dapat ditonton di negara Islam Malaysia.

negara yang setiap negeri ada raja-raja 

negara yang setiap negeri ada majlis Agama Islam. 

negara yang setiap negeri ada mufti. 

tapi layanan ke atas rakyat ibarat anjing membaham mangsa. 

ops, silap

ibarat khinzir menyondol mangsanya


Demo gulingkan SYABAS

kerana dahagakan air dalam bulan ramadhan, maka turun ratusan rakyat selangor di hadapan BANGUNAN SYABAS di seksyen 13 shah alam.

ketakutan Rozali menjelma apabila beliau menutup bangunan itu dengan pagar besi dan mengerah anggota polis untuk menghalang dan menghalau. 

pengerusi syabas berpendapatan RM 425000 sebulan berbanding seorang buruh di selangor yang hanya berpendapat RM 1000 sahaja sebulan. dalam kekayaan itu, pengerusi Syabas keturun Rozali ini juga masih lagi nak mengaut kekayaan dengan mengenakan caj air yang tinggi. 

sampai bila harus kita menderita?  doa laknat ke atas rozali dan keturunannya. semoga Allah turunkan puting beliung pada rumahnya supaya semua ahli keluarganya menderita. ameen. 




artis DAYANGKU INTAN turut bersama kami semua siang tadi. (baju biru tudung biru)



Saturday, July 21, 2012

Training Angkatan Mahasiswa Insaf UITM & UTP PERAK

terima kasih Ketua SRIKANDI KEADILAN MALAYSIA, AMK Seri Iskandar dan 
 nurul Izzah atas kesudian membantu gerakan dan seterusnya mengharumkan nama perjuangan



sekumpulan anak melayu  yang engkar pada arahan SAHOL HAMID supaya jangan memilih pembangkang telah membelot. 

mereka dilaporkan dari kalangan anak-anak Melayu bijak pandai yang masuk ke UITM untuk mengubah pemikiran sesetengah anak muda yang telah dipesongkan akidahnya oleh BTN

Hassan Ali yang gagal untuk membaik pulih akidah telah kecewa sekaligus mengeluarkan ucapan dibawah:




ciri-ciri orang FRUST tak dapat jadi MB Selangor ada pada Hassan Ali

SYABAS atas penubuhan ANGKATAN MAHASISWA INSAF UITM PERAK & UTP. semoga kekuatan mahasiswa menjamin perubahan masyarakat

PENGKADERAN MAHASISWA TERUS BERJALAN, UMNO BN TERUS DIHUMBAN



Friday, July 20, 2012

Fathul Bari gagal hasut anak muda benci Syiah, Nasarudin Tantawi sah KHAWARIJ!

dengan bermodalkan kopiah dan isu basi yang telah dikonklusi pada 50-an lagi, Fathul Bari asyik di-booo semasa debat. sehingga dia kelihatan emosional dan nampak dia macam gabra dan lari isu.  


oh ya, fathul juga kelihatan gelabah amat. hmm...kesian saya tengok kat ustaz muda ni. sebenarnya dia tidak paham apa itu siasah. dia hanya paham apa itu syiah, syiah, syiah. akhirnya isu semasa pun dia terlepas. 


kita kesian. kita kesian dengan puak jumud. mereka perlu buka minda luas-luas. 


seruan saya kepada ust fathul bari; mari bersama Prof Aziz BARI . maka jadilah fathul BARI yang beriman dan bertaqwa :-) 


oh ya, kata Fathul bari dalam pusingan kedua...


"jangan kita asik cari kesilapan orang Islam" 


dan juga


 "erti nasihat adalah kebaikan kepada orang yang dinasihati, bukan menjatuhkan, mencemuh" 


oleh itu..harapnya lepas ini fathul Bari hentikan caci maki ke atas orang2 Islam yang pro pembangkang kerana fathul bari masih lagi declare mereka muslim kan? huhuhuh


SYABAS NASARUDIN TANTAWI, KETUA PEMUDA PAS PUSAT kerana begitu bijak dan amat look educated debater. lepas ni anda akan dicop sebagai KHAWARIJ oleh kawan2 Fathul bari dalam blog-blog anti syiah. hahaha


kali ini kita wajib respect. PRU 13 kita sokong pakatan. 



sumber gambar dicuri daripada : www.pengundisetiasungairapat.blogspot.com


p/s: gua suka dengar wan ji dan gua pakai fatwa-fatwa dia. hahaha



hukum bertelanjang pada bulan ramadhan


sila klik gambar untuk baca

kalau tak cukup besar sila download dan baca setiap madah didalamnya.

apapun, hukum bertelanjang di bulan ramadhan adalah dibenarkan....asalkan kita seorang sahaja dalam bilik. sekian.


Thursday, July 19, 2012

Mat Sabu ajak anak muda masuk UMNO, Fathul Bari ajak anak muda tolak pemimpin ganas

malam tadi seperti yang saya janji dengan kawan-kawan, saya dan isteri hadir ke FORUM ISA yang menampilkan bekas tahanan , ahli keluarga tahanan dan para peguam serta pendakwah ganas Ust Wan JI. 


antara bekas tahanan ISA yang juga pimpinan PAS pusat, Saudara Mohd Sabu, menerangkan mengenai pentingnya anak muda bangun dan bangkit melawan rejim tak kiralah rejim itu si najib razak atau si anwar ibrahim jika dia jadi PM nanti. 


anak muda menyambut baik saranan Haji Mat itu dengan bertepuk gemuruh. 


SB mula bimbang dan takut kerana kalau anak muda tolak najib, dan nanti anak muda juga tolak Anwar, maka anak muda nak pilih siapa jadi PM? nanti tak da PM, polis nak makan apa? hahaha


jadi...jangan risau kerana Khalid Ismath akan jadi PM melalui kerajaan langit. hahaha. 


apapun, inilah pemimpin yang kita hendak dan mahu. 


pemimpin yang ajak rakyat untuk menilai melalui keadilan dan kesejahteraan rakyat, bukan kesejahteraan peribadi. 


kalau orang salah kita tegur dan lawan, kalau dia salah pun suruh orang tegur dan lawan dia. 


inilah pemimpin hebat dan cool....


dalam perkembangan berkaitan, semalam juga, Fathul Bari berdebat dengan Nasrudin Tantawi. maka Najib lagilah bimbang. kerana semakin ramai budak UMNO menentang pendirian Najib supaya jangan berdebat. 


semalam dilaporkan Najibul Ghunnah itu terkencing kerana takut selepas ini kalau semua pimpinan UMNO pilih untuk berdebat, maka tinggal dia saja yang belum berdebat, maka akan tewas lah dia di ranjang perdebatan, bukan di ranjang katil. 


Fathul Bari mengajak kita supaya jangan ikut pemimpin ganas dan yang menimbulkan fitnah. saya bagi contoh,  macam kerajaan Islam Arab Saudi. kerana Arab Saudi bertanggungjawab membunuh ribuan rakyat Bahrain dan juga mengamalkan diskriminasi mazhab. serta para pemimpinnya kaki perempaun dan kaki botol. buktinya, search saja di youtube. 


apapun, Iran masih mengekalkan entiti keislaman yang hebat yang begitu dikagumi Fathul Bariah Awang Mahmud. 


selamat berdamai sunni - syiah. kita bersaudara, hapuskan zionis di serata dunia. menanti zuhur imam mahdi. tapi bukan di putrajaya. ;-) putrajaya tu Imam Mahdi dari zimbabwe. hahaha!


mat Sabu, semakin famous bila difitnah sesat. hahaha

depan sekali adalah ayahanda dan ibunda tahanan ISA. thiqqah dalam perjuangan. allahuakbar! 

belakang tu bini aku. 

anak muda yang anti-syiah telah menjadi syiah selepas disihir oleh aku di KLSCAH. mujur aku belum syiah. 

epul kojack, tahanan ISA Mahasiswa di KL Sentral minggu lalu bergambar bersama Mat Sah tahanan ISA 7 tahun yang dibebas 2 tahun lepas

ini bukan menderma, tapi bagi kad ucapan memaki BN

dua orang anak kecil ini dimana-mana program ISA mesti ada. malulah kalau yang dewasa tak mau turun bagi sokongan untuk thanan ISA. syabas ABAH ANAS kerana berjaya mendidik anak kecilnya cintakan perjuangan. Abah Anas tidak Syiah. tetapi thiqqah dalam perjuangan. 

GAMBAR EHSAN DICURI DARIPADA @Abah Anas Pas Gombak dan @Azmi Mohd Noh Pas Ampang


Wednesday, July 18, 2012

RISALAH REVOLUSI IMAM KHOMEINI

siapa tak kenal dengan sosok tubuh yang budiman ini? 


seorang anak muda yang menghormati orang tua pada zamannya. 


zaman tuanya, dihabiskan segala masa utk perjuangan menegakkan Islam dan Keadilan. 


Imam Khomeini pernah dinobat dua kali sebagai MAN OF THE YEAR oleh sebuah majalah antarabangsa. 


jika selalunya majalah itu memberikan anugerah buat para artis kerana hebat dalam filemnya. tapi kini majalah itu memberikan anugerah kerana bangga dengan perjuangan dari zaman muda Imam hingga ke tuanya sehingga Imam berjaya bersama rakyat menjatuhkan kerajaan Syah Iran yang semazhab dengannya tetapi telah terpesong dari landasan Islam. Syah Iran adalah pro-USA dan berjaya di'aibkan dengan kalahnya dia dalam kebangkitan revolusi Iran. Imam memimpin Iran. 


Nelson Mendela juga insan yang hebat . dia berjuang dan sama panjang perjuangannya dengan Imam. 


namun, hari ini, saya nak ketengahkan tulisan orang kuat REVOLUSI IRAN mengenai Imam Khomeini. 


buku ini HARAM di Malaysia. tapi saya nak halalkan jugak. apa kejadah buku perjuangan ini diharamkan? 


harga nya saya jual dengan RM 20 termasuk POS. 


politik diamal Khoemini berbeza dengan politik di malaysia. baik PAS, PKR dan DAP atau BN. 


baca lah buku ini buat tatapan semangat jiwa kita. 


berjuang kerana Allah, dan "demi RAKYAT" seperti laungan Dato Seri Anwar. 


REFORMASI!


buku RISALAH REVOLUSI hanya RM 20 termasuk POS. inbox saya di 0133734003 untuk membeli. 

inilah hasil didikan dan tarbiah Imam Khomeini. jasad Ahmadinejad ini sentiasa zuhud sebagaimana ruhnya. 


salam perjuangan!



JAKIM tidak isytihar SYIAH sebagai SESAT?

berdasarkan KENYATAAN JAKIM dalam UTUSAN baru-baru ini, saya ingin ajak tuan-puan membaca berita semalam: 


JAKIM: hanya 7 kumpulan sesat (klik)


ini berdasarkan deklarasi yang ditandatangani oleh ulamak seluruh dunia termasuk Yusuf Qardhawi dan rektor al-azhar mesir. 


anda boleh google AMMAN MESSAGE dan DECLARATION ON MUSLIM UNITY BY OIC


sekian wabillah. 


yang sunni terus kekal sunni. yang syiah terus kekal syiah. kita bersepadu dalam melawan Israel. 




hanya tinggal bik mama dan mamat fathul saja yang declare SYIAH itu SESAT. 

TOK GURU NIK AZIZ tak pernah declare SYIAH SESAT ok. :-)

ANWAR IBRAHIM PUN tak pernah,. 

yang kata syiah sesat hanya....FATHUL BARI 

dan yang ISA-kan orang Syiah adalah zaman BN memerintah tahun 80-an. :-) 

kalau sesat, berhujjah dengan fakta, bukan lawan dengan penjara. 



Tuesday, July 17, 2012

jom ronda selamatkan pelajar tahfiz

sebuah pusat tahfiz yang begitu terkenal di pelosok negara telah memperniagakan pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada anak yatim dan miskin yang terpaksa tinggal di asrama pusat tersebut.

PELAJAR2 TAHFIZ tersebut dihantar ke negeri-negeri yang jauh dan tidak dapat belajar selagimana kutipan derma tidak mencecah jumlah yang diinginkan ustaz itu. mereka dikerah dari jam 10 pagi hingga lewat malam. makanan langsung tidak disediakan kepada pelajar berkenaan. ini satu tindakan yang SESAT!

ustaz itu bermazhab Syafie Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Namun, penegasan daripada wakil Syiah di Malaysia, "HARAM MENYESATKAN SUNNI" kerana yang melakukan perbuatan keji itu bukan Sunni tetapi orang yang mengaku Sunni.

begitu juga dilafazkan oleh Majlis ulamak Asia, "HARAM MENYESATKAN SYIAH" kerana pelaku kepada kesesatan tersebut bukan Syiah tetapi orang yang mengaku Syiah.

seruan saya,

tolong pastikan tuan-puan ikut peminta-peminta sedekah yang bermuka cantik dan kacak di setiap stesyen minyak dan kedai2 makan kerana tuan-puan akan jumpa seorang ustaz yang akan menjemput bermuka suci dan bersinar berkereta mewah sedang mengutip hasil sedekah tersebut.

ustaz itu bermazhab Syafie. tapi....

HARAM KITA KATA SYAFIE ITU SESAT kerana yang bersalah adalah pengikutnya, bukan ajarannya Syafie.

begitu juga Syiah. mari rasional dalam berfikir. :-)


Sunday, July 15, 2012

Malaysia sentiasa iktiraf Syiah sebagai mazhab

penyertaan Malaysia dalam AMMAN MESSAGE yang mendeklarasikan Syiah sebagai mazhab dalam Islam sememangnya dipuji. terima kasih PAK LAH. 


namun, baru-baru ini ketika ulamak-ulamak UMNO sedang sibuk membicarakan Syiah itu terkeluar dari Islam, tiba-tiba kerajaan dan juga dengan pengetahuan JAKIM telah memanggil Iran dan qarinya yang bermazhab syiah ja'fariyyah untuk membacakan ayat suci al-quran di MUSABAQAH ALQURAN di ibu negara beberapa hari lalu. 


pelik, selama ini puak yang anti syiah menuduh bahawa Quran orang Syiah dua kali ganda lebih tebal tetapi cuba tengok quran yang dibaca oleh qari tersebut. sama tebal kan? huhuh. 


so.....Yang DiPertuan Agung sendiri telah menganugerahkan penghormatan kepada qari tersebut dengan mengikitiraf qari Syiah tersebut sebagai pembaca kedua terbaik Quran. masha allah hebat orang syiah iran yang sesat ni. huhuh. 


mari kita tonton video syiah baca quran. sama tak ayat dengan quran kita? ada beza tak? huhu



ini dia keputusan yang mengiktiraf Syiah membaca Quran yang sama dengan Ahlul Sunnah. JAKIM sesat! 






BERSATULAH SYIAH SUNNI MELAWAN ISRAEL!!!

Tuesday, July 10, 2012

pengkritik Raja Arab Saudi ditembak dan dibelasah kejam

kita semua kenal Arab Saudi sebagai sebuah negara yang diktator, kejam dan zalim. 


tidak ada parti pembangkang di saudi kerana setiap kali parti pembangkang menonjolkan diri, maka tangkapan akan dilakukan dan akhirnya yang ditangkap itu akan hilang(mati). 


Ikhwan Muslimin adalah sebuah jemaah Islam yang pernah ada di Saudi namun terpaksa berdiam akibat terlalu kejam arab saudi(lebih kejam daripada rejim mesir hosni mubarak).


berikut saya letakkan gambar seorang ulamak tua bermazhab ja'fari yang mengkritik kezaliman raja Saudi ke atas umat Islam di serata dunia serta ketidakpedulian Saudi ke atas kebajikan rakyat Islam di negara-negara miskin Islam. 


lihatlah bagaimana kerajaan Arab Saudi perlakukan insan ini: 



semoga LAKNAT ALLAH ke atas pemimpin zalim. 

ya Allah..kau hilangkanlah kesakitan ke atas ulamak tua ini. sembuhkan lah dan bebaskan lah dia. ilahi...ameen.