Wednesday, October 2, 2019

Siri 2: Mufti dan Pensyarah Wahabi Berkomplot Tukar Mufti Pulau Pinang

Ini adalah sambungan daripada siri 1 yang ditulis beberapa hari lalu.

Setelah mereka tidak berpuas hati ditinggalkan Anwar, dengan muka yang tebal dan malu tersipu-sipu kerana tidak dilayan Anwar akan permintaan mereka untuk menjadi calon pilihanraya dibawah Parti Keadilan, maka mereka pun pulang dalam keadaan dan perasaan hampa.

Menghampiri pilihanraya umum 13, tulisan-tulisan dari so-called mufti (yang ditolak Anwar) dan pensyarah yang serba serbi tahu hidup nabi memuja muji kepimpinan Mahathir dilambung oleh satu portal berita alternatif terkemuka. Ada yang beritahu saya, dia bayar untuk menulis disitu. Dia selalu juga menghimpit orang atasan portal itu untuk memastikan tulisannya dipaparkan.

Dalam kes Mufti Pulau Pinang pula, Tuan Mufti Pulau Pinang tidak berminat dalam urusan hal ehwal jawatan politik. Beliau seorang yang profesional, berdisiplin dalam ilmu dan sangat bertoleransi. Mungkin sebab itu, Pulau Pinang menjadi tempatnya. Dalam banyak isu, Mufti Pulau Pinang ini banyak mengeluarkan kenyataan yang menenangkan, berunsur mendamaikan dan bermesej belas ehsan kepada sesama Islam dengan bukan Islam, mahupun kelompok-kelompok kecil minoriti agama seperti Syiah.

Hal ini tidak disenangi oleh mufti yang ditolak Anwar tadi. Juga tidak disenangi oleh pensyarah yang maha tahu segala hidup nabi. Mereka melobi untuk menaikkan pensyarah maha tahu mengenai nabi ini untuk mengganti jawatan Mufti Pulau Pinang. Mereka memburuk-burukkan nama Tuan Mufti didepan pemimpin-pemimpin politik utama negeri supaya menghantar cadangan penukaran dan menaikkan pensyarah maha tahu serba-serbi hidup nabi untuk posisi tersebut.

menyendeng, membodek, sehingga tidak tercapai dek akal, melihat gaya mereka menjilat pemimpin politik, demi memastikan rakan kepada mufti yang ditolak Anwar ini boleh berada di kerusi empuk mufti pulau pinang.

Namun, pertukaran ketua menteri yang baru, telah menggagalkan misi mereka. Ketua Menteri yang baru ini jenis kurang bercampur dengan orang agama. Dia cakap Melayu pun tak berapa pandai. Dia hanya buat kerja dia sahaja dan tidak seperti dizaman Guan Eng yang kononnya mahu jadi seperti khalifah Umar Abdul Aziz, ketua menteri yang baru ini tidak perlukan pegawai penasihat agama sepertimana Guan Eng melantik seorang ustaz berbadan kecil menjadi pegawai agama beliau. Ketua Menteri yang baru berpendapat, itu bukan kerja Ketua Menteri untuk mengawal selia hal ehwal agama. Serahkan sahaja pada mufti negeri dan jabatan agama untuk mengawal selia.

lagi berapi dan hangatlah jiwa dan raga mufti ditolak Anwar dan pensyarah serba serbi tahu hidup nabi.

apa langkah seterusnya Mufti Ditolak Anwar dan Penyarah Maha Tahu Hidup Nabi?

nantikan siri ketiga.