Saturday, January 27, 2018

Jawatankuasa BERSIH Mahu Kencing Dan Ludah Atas Kubur Maryam Lee?

Mantan Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda, yang kini juga merupakan salah seorang pemimpin BERSIH mengutuk Maryam Lee, aktivis Projek Dialog dan juga kumpulan feminis Malaysia kerana mahu melakukan undi rosak dalam PRU ke 14. 

Dalam satu posting FB di laman FB Sarajun Hoda, beliau menulis bahawa kubur maryam Lee akan diludah dan dikencing di atasnya oleh generasi akan datang kerana Maryam tidak mahu mengundi. Posting berkenaan mendapat banyak teguran daripada pemimpin kanan NGO daripada SUARAM dan Artikel 14 yang meminta supaya Sarajun Hoda menarik balik posting berkenaan dan tidak menggunakan perkataan tidak baik kepada seorang wanita muda itu. 

Maryam dipetik sebagai berkata, beliau tidak akan mengundi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRU kali ini sebaliknya memilih untuk merosakkan undinya. Kenyataan Maryam itu mendapat banyak sokongan dan juga cacian oleh pengguna FB. 

petikan screenshot FB milik Sarajun Hoda

Thursday, January 25, 2018

Ini 3 Menteri Malaysia Yang Hidup Lebih Sederhana Berbanding Pemimpin Pakatan Harapan.

senarai 3 menteri ini dibuat setelah meneliti nama mereka didalam rekod SPRM yang mana tidak terdapat sebarang laporan pernah dibuat ke atas mereka walaupun mereka menjawat jawatan menteri lebih daripada 2 penggal. 

Sememangnya nampak kelakar, namun kesederhanaan mereka menarik perhatian krew Revolusi Habib kerana terlalu ramai pemimpin Pakatan Harapan yang kini masih belum menjadi menteri tetapi hidup lebih mewah berbanding seorang menteri. 

ikuti 3 senarai dibawah: 



1) Ahmad Maslan 
-Merupakan antara menteri yang hidup sederhana, tidak mempunyai rumah agam mewah seperti sesetengah Ahli Parlimen (bukan menteri) daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Beliau berpendapatan lebih RM40,000 sebulan namun tetap memilih untuk tidak mempunyai "bodyguard", jarang menggunakan trafik pengiring melainkan hal kerajaan. 

2) Nancy Shukri
- Merupakan antara menteri wanita dalam kabinet negara. Beliau merupakan kelahiran borneo dan sememangnya amat mengambil peduli hal berkenaan hak asasi manusia. Juga bersederhana tidak seperti barisan menteri yang lain. Jarang kelihatan beliau di tempat hiburan ataupun menganjurkan program yang tidak berfaedah. Memilih untuk tinggal di rumah lama miliknya sebelum menjawat jawatan menteri lagi. 

3) Azalina Othman 
- Merupakan bekas pemimpin pelajar dan merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo. Beliau antara menteri yang paling banyak mengusulkan didalam parlimen RUU untuk membantu golongan pertengahan dan isu-isu yang serius tetapi kurang dipedulikan. Antara RUU yang pernah dibawah beliau ialah undang-undang untuk menaikkan amaun kadar kebankrapan supaya bank tidak boleh terus menindas golongan berhutang. Bergaya dengan sangat sempoi dan tidak gemar menggayakan pakaian mahal, beliau hanya mempunyai 2 jenis kenderaan iaitu sebuah pacuan 4 roda dan sebuah kereta bernilai antara 200-300 ribu ringgit sesuai dengan pendapatannya sebagai seorang menteri. 


Golongan Akademik Bidas Mufti Perlis Tidak Faham Isu Global Dan Sensitiviti Keluarga Mangsa

Rakan-rakan seperjuangan Dr Asri Mufti Perlis hari ini mengeluarkan kenyataan membidas tindakan mufti itu yang tidak faham dengan sensititiviti golongan minoriti serta perasaan keluarga mangsa yang masih bersedih atas tragedi kehilangan ketua keluarga mereka yang dipercayai berlaku selepas serbuan Mufti Perlis ke rumah mereka pada tahun lalu. 

Mufti Perlis semalam dalam temubual bersama FreeMalaysiaToday telah menghina keluarga mangsa serta mengatakan mangsa Amri Che Mat sebagai kaki mutaah, sedangkan tidak ada sebarang bukti menunjukkan Amri terlibat dengan mana-mana skandal dengan wanita lain. Pihak polis juga mengesahkan Amri bukan seorang yang kaki perempuan seperti yang didakwa Mufti Perlis. 

menurut laman berita portal Free Malaysia Today, antara individu yang mengeluarkan teguran ke atas mufti itu antaranya ialah Dr Ahmad Farouk Musa, rakan seperjuangan mufti Perlis ketika zaman muda beliau ketika awal menjawat jawatan sebagai mufti kali pertama. Selain itu, mantan diplomat Malaysia ke luar negara yang juga anggota G25, turut menegur Dr Asri dalam isu yang ditimbulkan Asri kononnya Syiah dan Amri (mangsa culik) itu membahayakan keselamatan negara. 

(Dr Redzuan, menjawat jawatan sebagai diplomat kerajaan lebih 15 tahun dan memahami selok belok keselamatan negara berbanding mufti Perlis)

Menurut mantan diplomat kerajaan itu, dalam rekod, pembunuhan dan peperangan dimulakan oleh golongan wahabi, dan bukan Syiah. Justeru dakwaan Asri itu jelas bertentangan dengan fakta dan tidak masuk akal untuk mengaitkan Syiah, Amri dan minoriti sebagai ancaman keselamatan negara.

Dalam perkembangan lain, Profesor daripada National University of Singapore, Porf Syed Farid juga membidas kenyataan mufti Perlis itu sebagai serkap jarang. Statistik dan siasatan polis di Malaysia menunjukkan Syiah bukan ancaman sebaliknya gerakan Salafi. 

Peguam PKR, Eric Paulsen juga menegur sikap Mufti Perlis itu dengan membawakan statistik tangkapan pengganas didalam dan luar negara yang kesemuanya adalah terdiri daripada mazhab wahabi, dan bukannya Syiah. 

kami cuba mendapatkan respon Dr Asri namun beliau tidak ada di pejabat menurut pegawainya.  

ditulis oleh: Ahmad Saidi Ismail. 


Tuesday, January 23, 2018

"Syiah atau LGBT, Tetap Tidak Wajar Diculik"- Pakar Akademik UKM

Seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia semalam membidas kenyataan bahawa Che Amri wajar diculik kerana Syiah. Namun tidak pasti kepada siapa ditujukan ayat tersebut. Menurut twitter milik beliau, 

"Dear other humans, sekalipun syiah orang murtad lgbt itu berdosa dan jadi bahan bakar neraka selamanya; ia bukan sebab sah untuk mereka dimangsai diculik dan dinafikan hak2 mereka. "

Dr Faizal Musa adalah salah seorang wakil negara untuk misi hak asasi manusia ke Geneva dalam menyampaikan isu-isu berkenaan hak minoriti. Buku-buku beliau yang diharamkan baru-baru ini juga telah dibenarkan semula untuk dicetak dan diedar selepas mahkamah rayuan memutuskan buku-buku beliau tidak patut diharamkan kerana tidak mempunyai unsur-unsur yang tidak baik malah sarat dengan pelbagai mesej yang positif.  

Beliau merupakan sasterawan muda dan bersama-sama dengan sasterawan A.Samad Said dalam membawa mesej-mesej kesedaran dalam novel-novel mereka. 

Semalam, Mufti Perlis mencemuh isteri mangsa culik bahawa kononnya dakwaan terhadap beliau adalah fitnah. Mufti Perlis juga menambah dengan kata-kata sinis dan penghinaan kononnya mangsa culik berkenaan ada isteri lain, namun wartawan Free Malaysia Today meminta bukti daripada beliau dan beliau tidak dapat berikan dan terus mengubah topik kepada yang lain. 

(screenshot twitter Dr Faizal Musa yang dipetik oleh Revolusi Habib)

wartawan: Ahmad Saidi Ismail

Monday, January 22, 2018

Keluarga Mangsa Culik Dedah Mufti Perlis Berang Dengan Mangsa Sebelum Mangsa Hilang

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dibawah Yang Dipertuan Agong hari ini dimaklumkan melalui pasukan siasatan khas inquiry berkenaan kehilangan 4 individu termasuk 3 orang aktivis gereja dan seorang aktivis Syiah bahawa Mufti Perlis pernah menyerbu sendiri bersama pasukannya ke rumah milik salah seorang mangsa culik berkenaan dan memaki hamun anak mangsa serta mangsa. 

Pendedahan yang menggemparkan ini telah menyebabkan kesemua hadirin terkejut dengan penglibatan Mufti Perlis dalam operasi berkenaan yang memangsakan NGO Perlis Hope yang banyak membantu kebajikan rakyat miskin di Perlis. Turut disebut dalam inquiry adalah nama bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kasim yang dikatakan terlibat sama dengan Mufti Perlis. 

Menurut isteri mangsa, suami beliau diserbu dipejabat dan dirumah oleh beberapa orang daripada pejabat mufti bersama dengan Mufti Perlis sendiri. Anak beliau pula dimarahi dan diherdik dengan kasar. 

Apabila ditanya mengenai sebab serbuan, mereka tidak memaklumkan malah meminta suami mereka datang sendiri ke pejabat mufti. 

Tindakan serbuan ala gangster adalah amalan Jabatan Agama Islam di setiap negeri namun penglibatan mufti sendiri menyerbu tempat kejadian adalah pertama kali berlaku dalam sejarah operasi Jabatan Agama. 



Tuesday, January 16, 2018

Pemimpin Muda Parti Keadilan Sindir Aktivis Hak Asasi Yang Mahu Boikot PRU 14

Gempar di media sosial apabila facebook milik seorang pembantu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis secara sindiran kepada seorang aktivis daripada sebuah NGO hak asasi berkenaan isu memboikot pilihanraya ke 14. 

Pembantu kepada pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan oleh Revolusi Habib mendakwa, aktivis yang dimaksudkan itu bukan sahaja selalu meminta ahli parti mereka menyertai demontrasi anjuran mereka malah individu itu juga turut meminta wang perbelanjaan yang besar untuk menganjurkan demontrasi dibawah nama non-partisan dan anak muda. 


Menurut sumber itu lagi, aktivis tersebut memohon peruntukan yang besar daripada kerajaan Selangor namun apabila diberikan, mereka tidak membelanjakan wang tersebut seperti yang dinyatakan didalam kertas kerja mereka. 


Beliau juga kecewa dengan aktivis tersebut kerana sepatutnya individu tersebut lebih faham mengenai "tranparency" kerana bekerja dengan sebuah NGO hak asasi manusia terkenal di Malaysia yang melakukan pelbagai pendedahan mengenai salahlaku dan juga membawa isu berkaitan kebenaran dan keadilan. 

Revolusi Habib dimaklumkan sebanyak hampir RM 50,000 wang tunai pernah diterima oleh individu berkenaan atas alasan mahu menganjurkan demontrasi bagi memberi kesedaran kepada generasi muda, dan menggunakan saluran parti untuk memohon dana tersebut namun kesedaran yang diwujudkan hanyalah untuk lebih membenci parti-parti dalam pembangkang dan bukannya untuk membantu menumbangkan Barisan Nasional. 


wartawan: Ahmad Saidi Ismail




Sunday, January 14, 2018

Pakatan Harapan Tak Jadi Laksana Gaji Minima RM 2500?

Baru seminggu manifesto Pakatan Harapan diumumkan dengan megahnya, semalam calon Perdana Menteri Pakatan Harapan mengumumkan beliau tidak akan menaikkan kadar gaji minima pekerja bawahan yang rata-ratanya terdiri dari kalangan pekerja buruh. 
Menurut calon Perdana Menteri berusia 93 tahun itu, beliau tidak akan memberi muka kepada pekerja bawahan dengan menaikkan gaji minima mereka sedangkan mereka malas bekerja, tidak mahu bekerja lebih masa. 

Calon Perdana Menteri yang juga anaknya merupakan antara individu terkaya di Malaysia mengatakan pelaksaan kenaikan gaji akan merugikan negara dan korporat besar. 

Justeru itu, rata-rata netizen mempertikaikan manifesto Pakatan Harapan yang mengatakan mahu menaikkan kadar gaji minima kepada RM 2500 ketika pengumuman manifesto mereka minggu lalu di Shah Alam. 

Revolusi Habib akan mendapatkan respon pemimpin Pakatan Harapan dalam masa terdekat. 


(sumber gambar: TheMalaysianInsight)

wartawan: Ahmad Saidi Ismail



Tuesday, January 9, 2018

Bagaimana Isteri Azmin Mampu Simpan RM 7 Juta Dalam Akaun Bank?

Che Gu Bard semalam mendedahkan kertas siasatan Badan Pencegahan Rasuah yang dikeluarkan pada tahun 1996 mengenai akaun bank milik isteri kepada MB Selangor, Azmin Ali yang mempunyai RM 7 juta didalam akaun bank dibawah nama Samsidar. 

Menurut Che Gu Bard, Azmin telah bersekongkol dan berpakat dengan Mahathir bagi menjatuhkan Anwar pada tahun 1998 sebagai tukaran kepada melepaskan beliau dan isteri daripada dakwaan rasuah dan penyelewengan ketika beliau menjawat jawatan sebagai setiausaha kepada Anwar ketika itu. 

Buktinya ialah Azmin langsung tidak ditahan atau dirampas sebarang harta miliknya walaupun kertas siasatan sudah selesai beserta bukti. Mengikut SOP BPR ketika itu, mana-mana harta yang didakwa didapati secara rasuah atau seleweng akan dirampas dan dibekukan sementara waktu sehingga pendakwaan dilakukan. Walaubagaimanapun hal ini tidak berlaku dalam kes Azmin.

(Azmin dan Samsidar yang didakwa menyeleweng duit kerajaan ketika tahun 1996)

Persoalan yang cuba ditimbulkan oleh Che Gu Bard ialah bagaimana Azmin yang ketika itu berpendapatan hanya RM 2000 lebih dan isterinya juga kurang daripada RM 3000 mampu memiliki RM 7 juta didalam akaun bank dalam masa beberapa tahun? 

Untuk rekod, Azmin merupakan satu-satunya orang kanan Anwar yang tidak ditahan dan tidak pernah disiasat ketika semua orang kanan Anwar dan Anwar sendiri dipenjarakan dan diburu serta dipenjarakan. Perkara ini adalah sesuatu yang amat pelik kerana bagaimana Azmin boleh terlepas daripada radar kerajaan Mahathir ketika itu sedangkan yang ramai yang lain termasuk yang hanya mempunyai bau-bau bacang dengan Anwar juga ditahan dan dipenjarakan. 


(Live Video Facebook Che Gu Bard semalam yang ditontot lebih 11,000 orang)


Wartawan: Ahmad Saidi Ismail 

Monday, January 8, 2018

Mengapa Salehuddin Ayub dan Mohamad Sabu Menangis Ketika Konvensyen PH?

Ramai pihak yang membuat spekulasi mengenai gambar-gambar sekitar konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung baru-baru ini. Krew Revolusi Habib juga terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dua keping gambar yang dipetik oleh jurugambar profesional yang bertugas di konvensyen tersebut. 



Gambar di atas adalah gambar yang dimaksudkan dalam tajuk tulisan ini. 

Revolusi Habib segera mendapatkan berita daripada salah seorang pimpinan yang terlibat dalam mesyuarat majlis Pakatan Harapan yang juga terlibat dengan proses pengagihan kerusi untuk pilihanraya umum akan datang. Walaubagaimanapun sumber meminta agar identiti beliau tidak didedahkan bagi tujuan kestabilan dan hubungan baik sesama parti dalam Pakatan Harapan. 

Mengapa Mat Sabu dan Salehudin menangis ketika pengumuman yang diraikan gembira oleh seluruh majlis pada hari berkenaan? 

Mengikut sumber, dalam perbincangan, mesyuarat pengagihan kerusi yang berlaku hampir setiap minggu dengan lokasi mesyuarat saling berselang-seli mengikut giliran, berlaku beberapa isu besar yang hampir meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan. 

Sumber mendedahkan bahawa, berlaku pertengkaran dan ketuk meja oleh beberapa pimpinan apabila PAN membangkitkan kerusi-kerusi yang layak dipertandingkan. Kemudian berlaku ugut-mengugut untuk pecat, singkir dan seumpamanya ke atas mana-mana pemimpin yang telah dianugerah kerusi dalam GLC dengan elaun belasan ribu ringgit sebulan. Walaubagaimanapun sumber tidak mahu mendedahkan siapa yang mengugut dan siapa yang diugut. 

Berikutan itu juga, Parti PAN mesti mengalah dalam pembahagian itu kerana mereka dikatakan tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik atau keluar daripada Pakatan Harapan, menurut sumber berkenaan. 

Semasa pembahagian tersebut, mesyuarat dikawal penuh oleh PPBM dan PKR manakala DAP dan PAN seolah-oleh tidak ada kuasa langsung ke atas mesyuarat tersebut sehingga menghasilkan pembahagian kerusi yang paling sedikit dan tidak seimbang buat DAP dan PAN berbanding PKR dan PPBM.





90 Peratus Netizen di dalam Portal Sinar Harian Bidas Pemuda Pakatan Harapan Kerana Mahu Belanja RM 1 Billion untuk BPL

Portal Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan media Pemuda Pakatan Harapan yang mempertahan pendirian mereka untuk membelanjakan RM 1 Billion sekiranya menang dalam pilihanraya bagi memberikan siaran percuma liga bolasepak BPL. 

Didalam ruangan komen portal Sinar Harian, terdapat lebih kurang 200 komen daripada pegguna facebook dan 90 peratus daripadanya mengutuk tindakan Pemuda PH yang dilihat sebagai tidak masuk akal, membazir dan tidak idealistik. 

Menurut statistik, jumlah RM 1 billion itu mampu mendirikan 3 buah hospital setaraf hospital Sungai Buloh namun Pakatan Harapan tidak menyatakan hasrat untuk menambah baik hospital kerajaan malah tidak langsung menyentuh mengenai isu-isu berkenaan hospitaliti dan hak rawatan untuk rakyat Malaysia dalam manifestonya. 

Untuk rekod, setakat ini hanya Gabungan Kiri yang dikepalai Parti Sosialis Malaysia yang meletakkan masa depan hak rawatan secara percuma dan penambah-baikan hospital awam di Malaysia didalam manifestonya. 




Jabatan Agama Johor Gugur Semua Kes Ke Atas Syiah, Perak Kuatkuasa Larangan Ke Atas Rozaimi Ramlee

Jabatan Agama Perak semalam telah membuat keputusan untuk menguatkuasakan larangan ke atas seorang pensyarah agama Dr Rozaimi Ramlee manakala Johor pula telah menggugurkan semua kes ke atas masyarakat minoriti Syiah buat masa ini. 

Tangkapan terbesar ke atas masyarakat Syiah didalam negeri itu berlaku pada satu perayaan Muharam yang disambut dengan kedukaan masyarakat Syiah. Mereka ditahan hanya untuk proses siasatan. Kes-kes ke atas masyarakat Syiah yang terkumpul sejak beberapa tahun lalu juga dikatakan telah digugurkan mengikut sumber Revolusi Habib. 

Sementara itu, mesyuarat Jabatan Agama Perak  pula mengambil keputusan untuk melarang Doktor Rozaimee Ramlee yang didakwa menyimpang daripada ajaran Islam mengikut mazhab amalan di negeri Perak. 

Rozaimee yang terkenal dengan semangat pro Arab Saudi dan hudud telah dilarang untuk berceramah di Selangor dan Johor kerana ceramah beliau tidak bersifat akademik, emosional dan menimbulkan perpecahan. Beliau juga terkenal dengan sentimen anti-Syiah dan telah beberapa kali gagal menjawab persoalan ditimbulkan oleh para aktivis dan pemimpin Syiah. 

Beliau juga telah didapati beberapa kali tersalah dalam hadis dan memadam posting di facebook sejurus kesalahan beliau ditegur oleh masyarakat awam. 

Tindakan kerajaan Johor menggugurkan kes-kes terhadap masyarakat Syiah turut disambut baik dan dipuji oleh pemimpin-pemimpin politik daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di negeri Johor. 

Ketika tangkapan di sebuah hauzah Syiah di Johor.

Wartawan: Ahmad Saidi Ismail

Sunday, January 7, 2018

Siaran EPL Percuma Jika Pakatan Harapan Menang PRU 14: Pemuda PH Dikritik Teruk Oleh Netizen

Pemuda Pakatan Harapan dikritik dan dicemuh teruk oleh para pengguna media sosial rata-ratanya golongan muda disebabkan manifesto mereka yang meletakkan siaran EPL (bolasepak eropah) akan disiarkan secara percuma di RTM jika Pakatan Harapan memerintah. 

Siaran Percuma itu dilaporkan akan membelanjakan lebih kurang RM 1 Billion wang negara yang mana amaun yang sama mampu membina 3 buah hospital sebesar Hospital Kerajaan Sungai Buloh yang moden serba baharu. 

antara pengguna facebook yang kecewa dengan kepimpinan pemuda PH


Pengguna twitter yang marah dengan keputusan diambil pemuda PH yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat

Menurut sumber dalaman Revolusi Habib, idea penyiaran percuma EPL ini datang daripada pemimpin Pemuda PPBM dan disokong oleh Pemuda AMANAH. DAPSY dan AMK. 

Difahamkan juga, mereka turut membincangkan kontrak penyiaran tersebut yang berjumlah RM 1 billion yang akan diberi kepada pemimpin politik dalam pemuda Pakatan Harapan sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. 


Wartawan: Ahmad Suwaidi


Saturday, January 6, 2018

Golongan Profesional, Akademik di Kelana Jaya Maki Azmin Ali "face to face?"

Sebagai salah sebuah media anarki di Malaysia yang tunggal, krew Revolusi Habib menyatakan rasa bangga dan kagum kepada golongan akademik yang menunjukkan rasa marah secara terbuka sebagai satu protes kepada golongan korporat dan konglomerat.

Video dibawah dihantar kepada Revolusi Habib dan menunjukkan bahawa rakyat tidak takut dengan pakaian uniform Majlis Bandaraya, Polis ataupun Skuad Keadilan.

Difahamkan, para pengawal peribadi Azmin seramai 10 orang sebelum itu telah mengugut penduduk yang meninggikan suara kepada Azmin namun rakyat bersatu tidak mengendahkan pengiring peribadi Azmin tersebut dan akhirnya situasi itu menjadi hampir tidak terkawal.



Revolusi Habib sempat menemuramah seorang pensyarah yang berada didalam majlis tersebut dan berikut adalah reaksi beliau: "Rakyat perlu lebih ramai bertindak berani terhadap para ahli politik tidak kiralah sama ada perlu membaling telur atau membaling botol ke muka mereka agar mereka sedar betapa hebatnya kuasa rakyat apabila mereka sering memeperalatkan rakyat."

Pensyarah muda berusia 39 tahun itu juga yang enggan namanya disiarkan mengatakan bahawa beliau sudah lama menanti saat dimana pemimpin kerajaan tidak kira sama ada negeri atau negara dibaling ke bakul sampah seperti yang pernah berlaku di Ukraine sebelum ini ketiika satu protes dihadapan bangunan parlimen di Ukraine. 


Mufti Perlis MAZA Menikus Bila Berdepan Dengan Tuan Guru Hadi Awang?

Krew Revolusi Habib baru-baru ini dimaklumkan oleh seorang kakitangan pejabat mufti Perlis mengenai beberapa gambar pertemuan antara Mufti Perlis dengan Tuan Guru Presiden PAS. 

Isu berkaitasn Mufti Perlis ini dibangkitkan kembali selepas beliau tiba-tiba membangkitkan kembali mengenai AMANAT HAJI HADI yang dikeluarkan pada tahun 80-an itu. Mufti Perlis yang pernah ditolak oleh Anwar Ibrahim sebagai calon dalam PRU yang lalu itu dikatakan lantang mencemuh Amanat Haji Hadi selepas Haji Hadi dikatakan lantang mengkritik Mahathir dan Pakatan Harapan. 

Krew Revolusi Habib cuba meneliti gambar-gambar berkenaan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan mendapati gambar tersebut adalah tulen dan bukan disunting. 

Hasil pemeriksaan Revolusi Habib dengan Pejabat Agung PAS Pusat mengesahkan pertemuan antara Abdul Hadi dengan Mufti Perlis tersebut. 

Apa yang menjadi persoalan ialah, Mufti Perlis telah beberapa kali membangkitkan isu Amanat Haji Hadi itu sebelum pertemuan beliau dengan Abdul Hadi namun ketika pertemuan, Mufti Perlis berkenaasn langsung tidak bertanya, berdebat, atau berdialog dengan Tuan Guru Presiden PAS tersebut. Tambahan lagi, beliau dikatakan berulang kali memuji Presiden PAS dan tidak langsung menyentuh isu-isu yang sering dikritiknya kepada PAS. 

Namun begitu, apa yang mengecewakan ialah, beberapa bulan selepas pertemuan, Mufti Perlis secara tiba-tiba menghina, mencemuh dan bukan lagi sekadar mengkritik Presiden PAS tersebut. 
Apakah Mufti Perlis bersikap hipokrit apabila mendapat peluang berjumpa dengan Presiden PAS? 

Revolusi Habib berpendapat, ada baiknya Anwar Ibrahim menolak permintaan MAZA ketika beliau memohon menjadi calon PKR dalam PRU yang lalu, jika tidak, berkemungkinan besar masa depan PKR akan lebih terjerumus ke lembah kehinaan apabila menyimpan seorang ustaz yang bersifat talam dua muka dan boleh melompat parti bila-bila masa.