Tuesday, August 15, 2017

Memali: Sejarah Yang Mahu Dipesongkan Oleh Bunga Raya

Sehari dua ini, kita kembali menyentuh isu memali, isu yang tidak pernah dan tidak akan mati, selagi pembunuh yang bertanggungjawab ke atas kes itu tidak diadili dan dihadap menyembah bumi. 

Taghut, syaitan yang keji, Mahathir Mohamad yang mencuri nama Sang Baginda Nabi untuk berlaku zalim dan berlakon terpuji.

Apabila Mahathir bercakap mengenai Memali, dan parti bunga rayanya yang tidak pernah mekar, pelbagai pendustaan dilontarkan supaya yang nampak zalim adalah As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 penduduk Memali. 

Paling mengecewakan ialah apabila pemimpin Pakatan Harapan terutamanya AMANAH juga bersetuju Memali adalah berpunca daripada sindrom keganasan yang cuba diwujudkan oleh Ibrahim Libya!

Mohamad Sabu, Salehuddin Ayub, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Ahmad Awang, yang tahu sejarah Memali, kronologinya hanya kekal berdiam diri, kerana mungkin mereka masih dalam rundingan kerusi, bimbang jika tidak dapat bertanding AMANAH di negeri-negeri lain sepertimana Selangor yang hanya dapat 2 kerusi. 

Melawan Dakwaan Palsu Parti Bunga Raya Dalam Isu Memali

1} Dakwaan mutakhir Mahathir ke atas Memali 14 sebagai pengamal ajaran sesat, Islam pengganas. 

- merujuk kepada laporan media pada tahun Memali diserang, kerajaan ketika itu, Perdana Menterinya adalah Mahathir, mendakwa bahawa di Memali itu terdapat saki bagi komunis, bukan ajaran sesat atau muslim radikal. Polis-polis juga diberi taklimat untuk melawan komunis, bukan melawan ustaz atau Taliban. Cubaan Mahathir yang cuba menjawab soalan anak muda di dalam Dewan di Shah Alam itu jelas sekali bertentangan dengan kenyataan kerajaannya ketika beliau menjadi PM. 

- Ibrahim Libya adalah lulusan sarjana luar negara, seorang yang bijak pandai, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan, pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, adalah sangat mustahil jika Ibrahim percaya kepada kumpulan yang hanya hembus nafas untuk tumbangkan rejim!

2} Bagaimana Ibrahim Libya dikatakan sesat, pengamal tahyul dan khurafat sedangkan Ibrahim Libya sendiri tidak percaya pada tangkal, bomoh?

- PPBM mendakwa bahawa Ibrahim Libya percaya dengan hembusan, langkah silat mampu menjatuhkan kerajaan dan polis ketika itu. 

- Walhal kita semua tahu, sedia maklum bahawa Ibrahim Libya adalah seorang yang sangat menentang budaya tahyul, khurafat sehingga ada yang menggelar beliau sebagai "kaum muda" seakan salafi, wahabi kerana terlalu kritikal dalam bab kepercayaan kepada bomoh, tahyul dan budaya-budaya khurafat orang kampong seperti mandi safar dan lain-lain. 

-Jadi bagaimana orang yang menentang budaya-budaya tahyul, khurafat ini mempercayai dengan hanya silat dan hembusan boleh mengalahkan rejim Mahathir ketika itu? Jelas ini adalah satu propaganda bohong PPBM!

3} Ibrahim Libya dan kawan-kawannya memulakan serangan ke atas kerajaan secara bersenjata? 

- Yang datang , masuk, ceroboh, ke kampong Memali adalah kerajaan dan polis. Yang bawa kereta perisai, machine gun, semuanya adalah polis. Yang memulakan rempuhan menggunakan kereta perisai seakan kereta kebal, adalah Polis. Yang memulakan tembakan adalah Polis, Yang masuk ke dalam madrasah adalah polis, yang diserang adalah orang kampong. Orang kampong hanya mempertahankan madrasah mereka daripada dipecah masuk oleh orang yang tidak diundang, polis. 

- Kumpulan Memali tidak pernah ke Kuala Lumpur bawa parang, senjata, tapi mereka menyertai pilihanraya bantu PAS secara demokrasi!

- Penduduk Kampong yang kerjanya menoreh, tebang pokok, meneroka hutan, dan berkebun sememangnya mempunyai parang, pisau dan kapak serta ada seorang dua petani yang mempunyai ladang besar mempunyai senapang patah. 

- Yang peliknya, Ibrahim Libya yang hanya berceramah agama di Kampong Memali mengajak orang mengundi PAS tiba-tiba menjadi pengganas kerana memiliki kesemua barang-barang tersebut didalam kawasan hutan tebal kampong Memali. 

4} Pemimpin AMANAH bersetuju Memali diserang ketika era Tun kerana Memali cuba wujud budaya radikal keganasan?

- Cybertrooper cap Bunga Raya perlu lebih tekun pergi interview dan kaji kes ini, jumpa Mat Sabu, jumpa Ahmad Awang, tanya pasal Memali. 

- Adakah ketika itu Mohamad Sabu tidak faham kronologi ini atau belum pandai meneliti fakta {walaupun dah jadi pemimpin pusat} ketika itu? 

- Tanya anak Fadzil Noor yang mungkin lupa bapanya Fadzil Noor juga adalah salah seorang yang bercakap di Parlimen membela Memali dan menerangkan peristiwa sebenar Memali yang bercanggah dengan laporan kerajaan Mahathir ketika itu? 


5 } Video Memali, rakaman penuh ada dalam simpanan Mahathir, selepas Mahathir arah Musa Hitam serah semua bahan bukti kepada beliau ketika beliau pulang ke Malaysia selepas Memali 14 dibunuh. 

- Mahathir arah rakaman penuh tragedi Memali yang direkodkan oleh anggota-anggota pereman secara video diletakkan dibawah simpanan dan jagaan Mahathir sendiri, bukan polis atau kerajaan. Mengapa agaknya Mahathir takut benar untuk paparkan video penuh bermula sekatan jalanraya sehingga kesemua Memali 14 dibunuh? 

- Mengapa hanya video berdurasi seminit dua yang ditayang di RTM ketika itu? 

6} Membangkitkan isu Memali adalah hanya orang UMNO?

- Blogger-blogger Pakatan Harapan, termasuk daripada AMANAH yang dulunya pemimpin mereka orang utama yang mainkan isu memali setiap kali pilihanraya, mengatakan bahawa sesiapa yang bangkitkan isu Memali ini setiap tahun adalah orang UMNO. 

- Budak-budak hingusan dalam Bunga Raya, Parti lambang Adidas perlu sedar bahawa Memali bukan hanya isu orang PAS. Memali diperjuangkan oleh pelbagai latar belakang. 

- Terdapat kumpulan PUNK yang melawan untuk Memali, menerbitkan lagu-lagu kesedaran mengenai Memali pada tahun millenia. 

- Terdapat kumpulan seni, artis yang berpuisi, menerbitkan lagu meminta supaya masyarakat membela Memali sejak 9O-an.

- Terdapat golongan kiri yang membela Memali sejak tragedi itu sehingga hari ini. 

- Mereka bukan baru lagi membangkitkan isu ini, mereka telah lama sebelum lambang adidas menjadi logo parti dan sebelum bunga raya menjadi diktator dalam pembangkang. 



video ustaz Fadzil Noor Presiden PAS zaman Mahathir maki hamun Mahathir dan UMNO kerana putarbelit isu Memali:


Jelas sekali, Mahathir akan meletakkan pundak kesalahan ini kepada orang lain, walhal dia mempunyai bukti yang kukuh, konkrit dalam peristiwa itu. Laporan 14 muka surat tidak boleh dijadikan hujjah yang adil memandangkan Mahathir sendiri yang terlibat dalam pembunuhan, sudah tentu bukan dia yang boleh menyiasat dan mengadili sebaliknya dia perlu mengeluarkan kesemua bukti yang dia simpan secara peribadi
untuk diadili.
Gambar: Pasukan polis lengkap bersenjata mula lakukan provokasi, atas arahan pemimpin UMNO dikepalai Mahathir. Ustaz Ibrahim arah semua ahli PAS untuk bertenang dan diam. 

Pengganas?! 


Sunday, August 13, 2017

Mahathir masih belum insaf, dengan bangga akui Ulama di Memali layak dibunuh!

Ketika menulis karangan ini, tiada lagi apa yang boleh saya harapkan kepada Pakatan Harapan terutamanya daripada parti Amanah Negara yang turut hadir dan dengar dalam forum tersebut. 

Kita semua maklum peristiwa Memali, bagaimana 14 orang dibunuh dengan rakus, kejam dan zalim oleh kerajaan Mahathir pada tahun 8O an itu. 

Kita telah melihat bagaimana Ustaz Ibrahim Libya seorang ulama besar ketika itu ditembak, dibelasah oleh pasukan polis atas arahan Mahathir. 

Tadi berlangsungnya forum Nothing to Hide anjuran PPBM. Parti yang dipimpin Mahahtir. JIka sebelum ini, menurut Mohamad Sabu, Mahathir sudah berubah, insaf dan menjadi baik serta suci alim dan warak. Menyesali dosa silam dan mengakui kesilapannya. Bertaubat dalam erti kata lain. Namun, tadi siang, Mahathir dengan bangga mengakui dihadapan ratusan pengikutnya dan para pemimpin parti Amanah (PKR dan DAP tidak hadir} bahawa pembunuhan di Memali adalah halal, sah dan mengikut SOP. 

Apakah pemimpin AMANAH yang berada dihadapan itu tidak bangun, membantah, mempertikai? 

Dosa apakah yang sudah Ibrahim Libya lakukan sehingga turut menjadi mangsa pembencian parti AMANAH? 

Jika tidak kerana Ibrahim Libya, nama-nama pemimpin AMANAH hari ini mungkin tidak ada. PAS mungkin tidak terkenal dan dikenali. Mohamad Sabu yang lantang bercakap isu memali dalam ceramah-ceramah mengutuk Mahathir mungkin tidak dapat menjadi Timbalan Presiden PAS. 

Namun, beginilah politik. Sangat mengecewakan. Jika PAS dikatakan menunggang agama, AMANAH juga apa kurangnya. Masih menjual nama Islam dan sanggup bersekongkol dengan pembunuh yang tidak pernah insaf, Mahathir Mohamad. 

Semoga semua orang muda dapat melihat, beginilah politik kotor, dahulu najis, sekarang suci, dahulu firaun, sekarang maksum.