Wednesday, July 11, 2018

Guru SMK Rantau Panjang Tampar Murid Kerana Tidak Tahu Berkawad

Tular satu video yang menunjukkan seorang pelajar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang yang ditampar berkali-kali oleh seorang guru lelaki di tengah dataran waktu panas terik. Pelajar itu sedang dalam latihan kawad kaki namun hanya beliau seorang yang tinggal di dalam kawasan dataran sekolah tersebut. 2 orang guru lelaki yang melatih pelajar tersebut dilihat menampar pelajar itu beberapa kali menurut saksi yang lalu dikawasan tersebut. Menurut pihak sekolah, tiada sebarang tindakan yang diambil kepada guru itu buat masa ini kerana pelajar itu dalam keadaan baik.


Pihak Revolusi Habib sempat menemuramah beberapa orang ibubapa di Rantau Panjang ini dan rata-rata mereka mempersoalkan mengapa perlu ditampar seperti itu hanya kerana tidak dapat berkawad dengan baik? Pelajar itu juga menurut pihak sekolah merupakan pelajar yang berdisiplin, tidak pernah melakukan kesalahan disiplin dan baik dalam pencapaian akademiknya. Beliau hanya lemah dalam latihan kawad kaki yang bukan sebahagian daripada kurikulum. Latihad itu adalah untuk pertandingan antara sekolah sahaja.

Revolusi Habib difahamkan bahawa pihak sekolah akan melakukan siasatan dalaman dan belum ada sebarang laporan polis.

untuk video sila klik link dibawah:

video guru SMK Rantau Panjang Tampar Pelajar



Monday, July 2, 2018

Sokongan Rakyat Pada Nik Nazmi Lebih Banyak Berbanding Syed Saddiq

Berikutan pelantikan barisan menteri pada hari semalam oleh Perdana Menteri disertai majlis angkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong, sebahagian besar rakyat Malaysia rata-ratanya golongan muda melancarkan petisyen atas talian bagi menunjukkan sokongan kepada YB Nik Nazmi selaku ketua Pemuda Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Petisyen ini juga sebagai bantahan kepada pelantikan YB Syed Saddiq Ketua Pemuda BERSATU yang terlalu banyak kontroversi murahan dan masalah sosial.

Pada tahun lalu seorang wartawan pernah memaparkan gambar beliau di kelab malam berserta gambar minuman keras dan menari bersama para wanita kelab. Gambar itu diakui tulen oleh Syed Saddiq sendiri dan beliau kemudiannya berjanji akan berubah. Namun selepas menang pilihanraya pula beliau sering menggunakan “title” sebagai Ahli Parlimen untuk meminta bergambar dengan para artis wanita muda apabila terjumpa dengan mereka dalam program-program seni dan bergambar dengan cara penuh kontroversi. Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat kritikan netizen dan para pemimpin politik Pakatan Harapan sendiri yang meminta beliau supaya jangan memaparkan imej buruk sebagai pemimpin muda parti.

Minggu lalu semua stesen media menjangkakan YB Nik Nazmi akan dilantik menggantikan YB Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan namun jangkaan itu meleset. Para ahli pemuda Pakatan Harapan juga menyatakan rasa kecewa mereka kerana Nik Nazmi tidak dicalonkan sebagai Menteri Belia yang sepatutnya lebih berpengalaman dan lebih lama dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan. Petisyen itu telah melebihi 10,000 undi yang menyokong YB Nik Nazmi sebagai Menteri Belia dan Sukan namun Syed Saddiq dikatakan rapat dengan Mahathir Perdana Menteri ke 7 tiba-tiba dilantik tanpa pengetahuan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Gambar Syed Saddiq bersama para wanita dan minuman keras di sebuah Kelab Malam di Kuala Lumpur.