Monday, December 18, 2017

Guru Ini Melawan Norma Keguruan Majoriti Guru Di Malaysia {Surat kepada Revolusi Habib}

Baru-baru ini, saya banyak memerhatikan komen-komen berkenaan kes Cikgu Azizan yang didakwa melempang muridnya dan mencederakan. Saya ternampak satu komen yang saya baca yang mengaku dirinya sebagai salah seorang guru kaunseling. Dia punya komen penuh dengan penghinaan dan maki hamun kepada murid-muridnya, tidak ada rasa sayang, malah setuju anak-anak bermasalah dibunuh. 

patutlah usaha memulihkan remaja melalui kaunseling tidak ada perubahan di Malaysia. 

Di negara seperti Norway, Finland dan Sweden, kanak-kanak tidak dibenarkan dipukul. Namun bagaimana kerajaan mereka mampu tutup penjara dengan kadar jenayah sangat rendah dikalangan anak muda? Bagaimana didikan hati ke hati dan rasa kasih yg ikhlas mampu dibentuk tanpa mengenal rotan, "tangan" dan "kaki"?

Saya cuba mengajak pembaca untuk berfikir. Jangan ikut emosi. Jangan ulang ayat "aku pun dulu kena pukul, dah besar boleh je jadi orang" sambil asap berkepul-kepul keluar dari mulut. 

"aku pun dulu kena penampor, tapi dah besar boleh je jadi orang" , dengan sikapnya yang selalu pemarah, suka tinggi suara dan tidak menghormati orang lain.

Cuba fikir seorang guru di sekolah kita dulu, yang sikapnya penyayang, tidak selalu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pada kita, walau macam mana nakal pun murid kita, murid itu pasti akan hormat kita bila terserempak dengan kita. Jadilah seorang guru yang boleh menjadi tempat anak-anak murid kita bergurau senda dengan kita, bukannya untuk menjadi takut apabila berada dengan kita, tetapi menjadi malu untuk melakukan kesilapan didepan kita.

Saya perhatikan, ramai guru suka mengumpat pelajar-pelajarnya didalam bilik guru, sampai ada ke tahap yang amat menghinakan, membina persepsi negatif oleh para guru lain kepada murid tersebut. 

Saya tidak boleh menasihati guru-guru ini, kerana jika saya nasihat, mereka akan memerli dan membenci saya pula. Namun inilah realiti, malah pernah berlaku disebuah sekolah agama di tempat saya mengajar satu masa dahulu. 

Disebabkan hati kita sebagai guru yang tidak ikhlas mendidik anak-anak murid kita, menyebabkan kita berhadapan kesukaran dan tidak tenang dalam berhadapan dengan mereka. Kita berhadapan dengan mereka bukan lagi kerana mahu mendidik, tapi kerana amarah dan benci. 

Jika anda mengatakan saya tidak pernah mendapat pelajar yang teruk akhlaknya, saya ingin berpesan, pelajar saya pernah ditahan polis bawah kes cabul, rogol, dan pecah rumah, sehingga saya sendiri pergi berjumpa dengan polis dan pengadu untuk menarik balik laporan dan mengusahakan bayaran ganti rugi bagi pihak pelajar. Anak-anak ini bukan pelajar sekolah rendah, tetapi sekolah menengah, lebih layak ditampar berbanding seorang pelajar sekolah rendah. Namun penampar bukanlah pilihan saya. Agama Islam yang saya anuti mengajar saya berlandaskan hadis, melarang menghukum atau mendidik dengan memukul di atas bahagian dada. Saya ikut. Nabi Muhammad yang mulia, yang pernah berhadapan dengan pedang dan air kencing, tidak melempang sasaran dakwahnya sebaliknya bercakap dan mendekati dengan kasih sayang dan cinta. 

Kini, anak-anak murid saya yang "bermasalah" itu telahpun menjadi seorang dewasa. bekerja sebagai mekanik, ada yang di kolej dan ada yang menjadi penghantar barang. Baru saja saya belanja mereka makan MCDONALD bulan lalu. 

- Ustaz X.
Selangor

Wednesday, December 13, 2017

Program Seni untuk 10 orang telan belanja RM 1 juta?

Baru-baru ini sebuah NGO bernama PUSAKA yang ada kaitan dengan seorang pemimpin PKR menganjurkan sebuah program kecil melibatkan sekitar 10 orang.

namun begitu, krew Revolusi Habib difahamkan oleh pihak dalaman kerajaan negeri bahawa program kecil itu menelan kos belanja sebanyak lebih 1 juta ringgit.

Krew Revolusi Habib segera mendapatkan gambar program berkenaan bagi tujuan menyiasat dakwaan ini.

Berikut adalah gambar-gambar di program berkenaan.



Revolusi Habib kemudiannya menghubugi beberapa pelopor industri penerbitan buku indie dan kesemua mereka mengesahkan bahawa, kos lebih RM 1 JUTA adalah melampau dengan perbelanjaan sebenar program seperti itu.

Rata-rata mereka menyatakan bahawa program seperti ini paling mahal hanya sekitar puluhan ribu sahaja dan bukannya juta. 

Revolusi Habib cuba mendapatkan jawapan daripada EXCO yang terlibat dengan penganjuran berkenaan iaitu YB Amir Shaari namun gagal. 

Friday, November 17, 2017

Ini pasti mengejutkan anda, DAP bekerjasama dengan BN untuk tawan Sungai Siput?

Krew Revolusi Habib ingin menarik perhatian para pembaca melalui satu berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini bahawa DAP menghantar seorang lelaki bernama Sivanesan untuk melawan Dr Kumar, satu-satunya ahli parlimen PSM di Sungai Siput. 


Bagi mengesahkan perkara ini, krew RH cuba menghubungi pejabat DAP dan mengesahkan bahawa Sivanesan akan bertanding disitu. 

Persoalannya, bukankah Pakatan Harapan menekankan semangat satu lawan satu? 

Kami kemudiannya menghubugi pejabat UMNO di Sungai Siput dan bercakap dengan salah seorang AJK UMNO di kawasan tersebut. UMNO mengesahkan akan menghantar wakil bertanding daripada mana-mana parti komponen didalam BN, sama ada MIC atau UMNO sendiri. 

apabila ditanya, adakah mereka tahu DAP juga bakal meletakkan calon? wakil UMNO tersebut berkata, mereka akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi mengalahkan PSM. 

Adakah Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang cuba menyorokkan sesuatu?
Sebelum ini Revolusi Habib turut mendapat laporan bahawa kumpulan pro-liberal dan korporat cuba membuang PSM daripada Parlimen kerana tidak mahu agenda sosialisme seperti perjuangan gaji minima, pemanushan sistem kontrak, bantah penswastaan hospital serta pendidikan percuma disebut oleh golongan pro Sosialis dalam Parlimen. 

adakah agenda DAP ini bakal menjadi kenyataan? 

Sekiranya benar DAP akan meletakkan calon di Sungai Siput, ternyata memang benar wujud kerjasama didalam selimut bersama BN dan PAS bagi meneruskan projek balak dan pemusnahan hutan di Sungai Siput yang selama ini mahu direbut oleh pihak PH dan BN. 

Pembalak yang cuba merasuah Dr Kumar dan staf PSM di pejabat PSM beberapa bulan lalu ternyata amat marah dan berjanji akan memastikan PSM kalah disitu kerana tidak membenarkan pembalakan dan pemusnahan hutan dilakukan di kawasan tersebut bagi tujuan pembangunan. 

laporan lanjut akan menyusul selepas krew RH menebual pihak PSM tidak lama lagi mengenai isu pembalak pro PH dan BN ini. 



Monday, November 13, 2017

MB Selangor ini ditangkap berbohong 2 isu besar dalam dewan negeri demi mendapatkan undi

Baru-Baru ini kita dikhabarkan dengan bonus penjawat awam dibawah kerajaan pusat dan negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Harapan. Ramai yang memuji Pulau Pinang dan Selangor kerana berjaya memberi bonus melebihi sebulan kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing namun, tahukan anda bahawa kegembiraan yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan negeri ini akhirnya terpaksa dibatalkan akibat kekurangan wang kerajaan negeri?

ikuti fakta kes berikut:

Selepas Pulau Pinang mengumumkan bonus 2 bulan kepada kakitangan kerajaan negeri, MB Selangor rasa tercabar dan cuba menunjukkan pentadbirannya lebih baik daripada Khalid Ibrahim, Selangor yang sedang tenat dalam indeks akauntabiliti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara jatuh ke tangga nombor 1O berbanding nombor 2 ketika zaman menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin terlepas cakap dengan mengumumkan bonus sebanyak 3 bulan semasa membentang belanjawan negeri Selangor demi memastikan beliau mendapat liputan media terbaik agar imejnya yang sedang gagal mentadbir kerajaan negeri hari ini dapat ditutup.

Maka, pekeliling yang keluar selepas belanjawan dikeluarkan menjelaskan bahawa hanya sebulan gaji akan dibayar pada bulan 21 disember dan lagi 2 bulan bonus yang diperkatakan ditafsirkan sebagai bantuan aidilfitri yang telah diserahkan pertengahan tahun lalu. Bermakna, hanya sebulan bonus dapat dan mampu diberikan oleh kerajaan negeri.

Krew Revolusi Habib yang berkunjung ke SUK semalam mendapati, 14 daripada 19 kakitangan awam yang ditemubual berasa tidak puas hati dengan pemberian bonus tersebut yang disifatkan hanya ibarat manis di bibir, kerana kerajaan negeri memberikan harapan seolah-olah memberikan 3 bulan gaji bonus kepada kakitangan awam.

Selain daripada isu bonus tersebut, minggu lalu Azmin Ali dilihat cuba melobi didalam DUN kononnya peristiwa perobohan rumah para penduduk di Kampung Subang adalah agenda kerajaan Barisan Nasional.

Pemimpin AMANAH, yang juga timbalan Presiden AMANAH, Saudara Salehudin Ayub mengesahkan pegawai-pegawai yang merobohkan rumah tersebut adalah kakitangan kerajaan negeri, MBSA dan Pejabat Tanah Petaling. Krew Revolusi Habib juga cuba mendapatkan respon para aktivis yang ditahan ketika hari kejadian, kesemua mereka yang ditemubual mengesahkan mereka dipukul, ditahan dan dibelasah oleh kakitangan MBSA.

Menurut Sivarajan, Setiausaha Agung PSM, ketika dalam forum menjelaskan isu tersebut didewan Pak Amjal, dewan milik aktivis lama PAS dan kini dalam AMANAH, menunjukkan surat perobohan yang datang daripada kerajaan negeri dan pihak kerajaan negeri sendiri bercakap dalam telefon kepada Sivarajan, ia semenangnya hasrat kerajaan negeri untuk merobohkan kawasan itu.

Kerajaan Selangor juga dicabar mengulang pendirian diluar dewan dan menyaman mereka yang menuduh kerajaan negeri jika benar kerajaan negeri tidak terlibat dengan arahan perobohan dan pengusiran yang dilakukan itu.

Kerajaan negeri Selangor mempunyai barisan peguam yang handal, sememangnya mereka boleh pada bila-bila masa mampu untuk membersihkan nama mereka di mahkamah jika mereka berada di pihak yang benar. Namun sehingga kini, tidak ada tindakan berani diambil walau nama Azmin disebut secara terbuka didalam media, forum terbuka oleh pemimpin-pemimpin politik ternama.


jelas, pegawai berbaju biru adalah memakai uniform MBSA yang bertindak mengawal perobohan dan mengarahkan jentolak kepada bahagian dirobohkan.

Polis hanya menghantar 2O orang anggota, manakala selebihnya lebih kurang 1OO adalah anggota MBSA. lihat pada uniform mereka. MBSA diarahkan memukul mereka yang melawan, 

wakil penduduk bersama SUA PSM berunding dengan pegawai pejabat tanah dan disaksikan oleh pegawai MBSA beruniform dan pereman. 

masih kata bukan salah kerajaan negeri? 

Azmin, sila saman. 

Wednesday, November 8, 2017

Pengurus di Bank Negara Dipecat Kerana Pertahan Hak Pekerja

Belum lagi reda dengan isu seorang aktivis pekerja, Zakaria Zambri yang dipecat kerana mempertahan seorang pekerja migran yang parah kemalangan tanpa diberi pampasan oleh majikan, kini timbul lagi satu isu seorang pekerja di bank, dipecat kerana memperjuangkan akta gaji minima dan hari buruh.

Saudari Kogi merupakan seorang pengurus didalam sebuah jabatan di Bank Negara Malaysia. sudah berkhidmat lebih 14 tahun dan mempunyai banyak sijil kepujian semasa tugasnya.

Kogi pada 1 Mei yang lepas telah menghadiri satu himpunan aman meraikan hari buruh di Kuala Lumpur bersama dengan Parti Sosialis Malaysia. Pihak kerajaan telah menghantar seorang mata-mata untuk mengekori Kogi dan menangkap gambar-gambar Kogi di hari perhimpunan. Mata-mata itu kemudiannya menyerahkan gambar itu kepada pihak atasan dan Kogi diberi amaran keras serta kemudiannya dibuang atas alasan menunjukkan sokongan kepada gerakan pekerja dan gerakan Sosialis.

Kogi yang juga seorang peguam dalam kamar, semalam telah memfailkan kes di mahkamah tinggi KL bagi mencabar pemecatan itu. Difahamkan kerajaan agak gelabah semalam dan menghantar pegawai-pegawai mereka untuk mengikuti kes tersebut.

Apa yang dipersoalkan oleh Kogi ialah, kenapa kehidupannya selepas waktu bekerja juga mahu diperhatikan oleh pihak kerajaan sedangkan beliau sorang pekerja yang cemerlang dan menjadi seorang pengurus kerana kecemerlangan beliau dalam urusan kerja di pejabat.

Kogi juga menyatakan, beliau hanya memperjuangkan hak pekerja, gaji minima, waktu kerja 8 jam sehari serta hak-hak lain yang patut dinikmati pekerja khususnya golongan buruh berpendapatan rendah, takkan itu pun dikira satu kesalahan?

Krew Revolusi Habib mengucapkan selamat berjuang untuk Kogi dan semoga mahkamah menganugerahkan kemenangan kepada Kogi agar dikembalikan ke jawatan sama didalam Bank Negara.
Kogi berbaju merah berdiri sebelah Arul PSM. Turut hadir ialah Aiman Atirah ketua wanita Parti Amanah Malaysia. 


mengenali wanita besi, Asiah Abdul Jalil

Dilahirkan dalam tahun 82, daripada belasan jumlah adik beradik, puteri kepada seorang penjawat awam berpangkat tinggi dan guru, iaitu Abdul Jalil dan Hendon, siapa menyangka nama Asiah Abdul Jalil kini dikenali di seluruh Malaysia. 

Seorang penghafaz Al-Quran, menjadi Johan Hafazan Al-Quran dipertandingan hafazan Quran Petronas Malaysia, Asiah tidak kekok dan rangkak mengenali setiap bait ayat dan kalimah didalam Al-Quran. 

Luarannya sahaja pun sudah bertudung labuh, dan memahami bahasa Arab, orang yang tidak mengetahui latarbelakangnya akan semberono memanggil beliau ustazah. 

Namun, sebenarnya Asiah adalah seorang graduan anugerah pelajar dekan undang-undang UITM. 

Krew Revolusi Habib akan memperincikan secara ringkas latarbelakang Asiah supaya kita lebih mengenali tanpa sebarang tohmahan palsu dikeutarakan dalam tulisan-tulisan oleh para blogger upahan PAS dan UMNO. 

Pendidikan Menengah

DItawarkan ke Maahad Muhammadi Perempuan, Asiah memulakan pengajian menengahnya disekolah agama milik kerajaan negeri kelantan itu selepas berjaya merekodkan kejayaan cemerlang dalam pendidikan awalnya. 

Merekodkan anugerah top 3 setiap tahun di maahad tersebut, Asiah adalah antara pelajar terpandai dalam sekolah tersebut yang juga dikenali sebagai sekolah budak-budak pandai. 

Mula menghafaz Al-Quran di maahad ini, Asiah adalah seorang yang arif dalam tajwid, makhraj dan juga mengenai Al-Quran. 

Ustaz-ustaz selebriti, ataupun penceramah murahan, belum tentu mampu menandingi kehebatan Asiah dalam membaca AL-Quran mengikut tartibnya. 

Ijazah Sarjana Muda

Bermula dengan sikapnya yang lantang mengkritik monarki, khususnya ketika penahanan ke atas adik lelaki, Ahmad dan Ali yang merupakan kepala dalam gerakan anarki Malaysia untuk menjatuhkan sistem monarki di Malaysia, Asiah muncul sebagai peguam dalam kamar bagi membela adik-adik lelakinya itu yang dibelasah dan ditahan di penjara. 

(Asiah ketika ditemuramah oleh wartawan-wartawan antarabangsa di Dewan Cina Kuala Lumpur.} 
Krew Revolusi Habib mengenali Asiah sejak beliau di UITM, ketika beliau merupakan mahasiswa tahun akhir di UITM, dalam jurusan perundangan dengan kepujian. 

Semasa di UITM, menurut rekod daripada capaian sistem HEA UITM, Asiah Abdul Jalil mendapat anugerah dekan dalam majoriti semester bermula semester pertama hingga tahun akhirnya. Dalam kesibukannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada hampir 1O orang anak, Asiah berjaya menewaskan mahasiswa-mahasiswa lain dan mendapatkan anugerah dekan dalam semester-semester pengajiannya. 

Ketika itu, krew RH tertarik dengan Asiah Abdul Jalil yang walaupun menikah awal, iaitu ketika berusia belum mencecah 2O tahun, tetapi berjaya mendapatkan keputusan yang maha cemerlang dalam peperiksaan universitinya. 

Lebih mengejutkan, pelajar cemerlang bernama Asiah ini, tidak pernah naik ke pentas konvokesyen bagi mengangkat sembah kepada Naib Canselor ataupun monarki yang bakal menyerahkan skrol ijazahnya itu. 

(Asiah bersama kumpulan LLBnya di tahun terakhir UITM}

Adakah anda percaya bahawa seorang yang berjaya dalam ijazahnya dengan kepujian namun berprotes senyap dengan tidak hadir ke konvokesyennya itu? ya, kami juga tidak percaya sebenarnya hinggalah pada tahun lalu, kami menelefon pejabat HEA UITM dan mengesahkan, nama Asiah sebagai tidak hadir menerima skrol pada hari konvokesyen merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia. 

sungguh anarkis. 

benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia. 

Ketika penahanan Ali dan Ahmad Abdul Jalil, kita sering nampak selain daripada tetuan Edmund Bon yang diwakili Sin Yew, ada dua orang bertudung labuh yang warak perwatakannya bersama barisan peguam dihadapan media. 

Mereka ialah Asiah Abdul Jalil dan iparnya, Fadillah Ahmad, juga seorang peguam graduan UITM. 
Sudah sah lagi bersuluh, wanita bernama Asiah ini ada dimana-mana sahaja apabila kes melibatkan penentangan ke atas monarki. Beliau akan mempertahankan aktivis anti monarki hingga ke titisan darah terakhirnya. 
(Asiah bersama Maria Chin, Pengerusi Bersih dan Dato Saifuddin ABdullah bekas menteri pengajian tinggi}

Krew RH ingin mengulang kembali masa penangkapan ke atas Benz Ali di Kuala Lumpur dan dibawa ke Perak. Semasa itu, Benz Ali belum dikenali dengan bukunya, beliau dikenali dengan sajaknya sahaja. Apabila beliau ditahan dan dibawa ke Perak, Asiah Abdul Jalil turun dari Kuantan hanya semata-mata untuk melawan perintah reman dan akhirnya membebaskan Benz Ali daripada tuduhan dan dakwaan. 

Benz Ali bebas daripada kes itu dan tidak ada tuduhan. 

adakah anda pernah mendengar mengenai kes Kamal Hisham Jaafar? 
Seorang peguam kanan istana yang melawan monarki. 

Kamal di awal penangkapannya, tidak ada peguam yang berani tampil bercakap untuknya, namun Asiah yang masih merupakan peguam baru ketika itu, menjadi jurucakap, pengkaji kes dan juga melakukan kerja-kerja untuk memastikan pembebasan Kamal walau tidak mendapat habuan yang setimpal malah menerima gangguan pula. 

Polis datang hampir setiap hari ke rumah Asiah untuk mengganggu anak-anak Asiah. Begitu juga dengan orang-orang istana yang cuba mengugut-ugut.

Namun, Asiah tetap cool dan terus melawan. 

Dibelakang Asiah, ternyata mempunyai seorang jejaka yang hebat, yang telah menjadi pilihan hatinya untuk berteman bagi memberi kekuatan. 

Kes-kes hak asasi

Asiah selepas dipanggil untuk Short Call (satu pengiktirafan oleh mahkamah supaya peguam boleh muncul di depan hakim peringkat majistret}, telah banyak mengambil dan melakukan secara probono kes berkaitan pencabulan di maahad-maahad tahfiz. 

Asiah antara aktivis yang memperjuangkan hak pelajar-pelajar tahfiz yang dicabul oleh para guru tahfiz termasuk dalam kes anak kepada Ustaz Kazim Elias yang dilapor sebagai mencabul seorang budak lelaki dan kes masih dalam siasatan polis. 

Menurut Asiah dan kumpulannya, kes-kes sebegini berlaku setiap bulan di pusat-pusat tahfiz namun kebanyakan ibu bapa mahu selesai diluar mahkamah dan kononnya mahu menjaga nama baik sekolah agama dan para ustaz. 

Asiah, walaupun arif dalam bab agama dan graduan sekolah agama, beliau berkeras untuk melawan gejala kurang sihat yang semakin berleluasa di pusat tahfiz hari ini. 

Asiah meneruskan kerja-kerjanya ini walaupun beliau tidak menerima sebarang bayaran untuk melakukan kerja-kerja "gila" ini.

Pendamping kepada Asiah 

Ir Hatta Saadon, seorang jurutera di Petronas, seorang aktivis muda PAS yang aktif di Pahang. Banyak berjasa kepada PAS terutamanya dalam bentuk wang ringgit. Walaupun PAS tidak menghargai jasa dan bakti Hatta, Hatta tetap istiqamah bersama PAS, ditipu siang dan malam oleh PAS serta diganggu pula rumahtangga mereka hingga membawa kepada proses perceraian. 

PAS memerah segala bentuk keringat dan kekayaan Hatta sehingga menimbulkan ketidakpuasan Asiah. Masa, tenaga dan harta Hatta dibazirkan untuk PAS yang tidak pernah menghargai Hatta. 

Apabila krew RH mendapat tahu Hatta Saadon , seorang jurutera PETRONAS ini dalam proses perceraian bersama Asiah, dan dimaklumkan puncanya adalah kerana PAS, jemaah Islam, krew RH terasa sangat kecewa dan sangat mengharapkan mukjizat dan keajaiban disaat akhir. 

Krew RH juga dimaklumkan, ustaz-ustaz PAS dalam peringkat cawangan dan kawasan sedang giat mengusahakan agar perkelahian antara Asiah dan Hatta diteruskan dan disegerakan kononnya demi menjaga nama Islam sehingga sanggup memujuk dan menghasut Hatta yang tidak arif dalam bab agama untuk menjatuhkan hukum murtad kepada isterinya sendiri. 

ini bukan kali pertama berlaku dalam sejarah. Ada banyak rujukan peristiwa dimana PAS memaksa ahlinya menceraikan pasangan atau membiarkan gantung tidak bertali pasangannya supaya jemaah Islam terpelihara. 

Revolusi Habib berharap Asiah dan Hatta dapat terus bersama dalam memperjuangkan hak asasi dan menjadi pendamping antara satu sama lain untuk melawan kezaliman. 

Laknat Allah ke atas parti Islam yang mencerai-beraikan, 


Thursday, October 19, 2017

Elaun Pemimpin-Pemimpin Parti Politik

Wartawan: Mohamad Haslam bin Aimanudin

Berikut merupakan elaun parti kepada pemimpin parti yang bergerak sepenuh masa dengan perjuangan parti masing-masing.

Parti Islam Semalaysia (PAS)

Presiden: RM 5000

Setiausaha Agung: RM 3000

Ketua Pemuda: RM 2500

Ketua Muslimat: RM 2500

Ketua DHPP: Tiada.

Parti Keadilan Rakyat (PKR): 

Presiden: RM 8000

Setiausaha Agung: RM 6000

Ketua AMK: RM 3000

Ketua Wanita: RM 3000

Democratic Action Party (DAP) 

Pengerusi: RM 10000

Setiausaha Agung: RM 6000

Ketua Pemuda: RM 3000

Ketua Wanita: RM 3000

Parti Sosialis Malaysia (PSM):

Pengerusi: Tiada

Setiausaha Agung: RM 3000

Ketua Pemuda: tiada

Parti Amanah Negara (AMANAH):

Presiden: RM 5000

Setiausaha Agung: RM 3000

Ketua Pemuda: RM 1500

Ketua Wanita: tiada.



Monday, October 9, 2017

Karpet Merah Untuk MB Selangor Disediakan Bagi Perjelas Isu Roboh dan Usir Penduduk Masjid Lapangan Terbang Subang

Pada esok, 1O oktober, jam 8 malam, satu forum terbuka bagi memberi penjelasan mengenai isu perobohan dan pengusiran paksa ke atas penduduk di Masjid Lapangan Terbang Subang akan diadakan.

Forum ini diadakan di tempat Pak Amjal, seorang aktivis politik veteran pro kerajaan Pakatan Harapan. Dengan harapan, pihak Pakatan Harapan sudi untuk turun dan menjelaskan.

Saudara Edy, aktivis Parti Keadilan juga merupakan seorang pemimpin SAMM, menghantar surat, call dan menghantar SMS serta whatsapp kepada barisan exco kerajaan negeri, pegawai kanan MB serta MB Selangor sendiri untuk menjemput dan membentang karpet merah bagi mempertahankan imej kerajaan negeri yang semakin tercalar dek isu ini.

Bagi menyediakan platform lebih adil, pengerusi majlis untuk forum esok dipilih daripada kalangan pemimpin PKR, iaitu saudara Syukri Razab, seorang pemimpin muda dalam PKR yang dikenali mempertahan kerajaan negeri.

Umum tahu, perobohan dan pengusiran ini adalah diarahkan oleh Menteri Besar sendiri mengikut penjelasan pegawai khas MB, YB Suhaimi. Namun, blogger-blogger dan cybertrooper murahan PH pula begitu menafikan keterlibatan MB walaupun pegawai khas MB sendiri sahkan arahan dan dengan pengetahuan MB perobohan ini dilakukan.

Jemputan dan karpet merah yang disediakan oleh penganjur di dewan Pak Amjal itu sendiri akhirnya ditolak. Menurut seorang pegawai kanan MB, pihak kerajaan negeri masih belum bersedia untuk bercakap mengenai hal ini.

Persoalan yang cuba ditimbulkan ialah, adakah isu ini begitu rumit sehingga tidak mampu untuk diperjelaskan dihadapan orang awam, atau sememangnya kerajaan negeri bersalah dan takut dikecam?

Berani kerana benar, takut kerana salah.


Thursday, October 5, 2017

Azmin Ali berbohong, tidak pernah arah PBT Pejabat Tanah Untuk Hentikan Perobohan & Pengusiran

Kita dikejutkan dengan operasi pembantaian ke atas golongan peneroka bandar beberapa hari kebelakangan ini. Bermula dengan perobohan rumah di Kajang dalam kawasan Wan Azizah hingga ke perobohan rumah di Subang kawasan Sivarasa.

Kedua-dua kawasan ini adalah dalam jajahan ADUN PKR. Kedua-dua mereka juga merupakan pemimpin tertinggi parti iaitu Wan Azizah sebagai Presiden PKR manakala Sivarasah sebagai Naib Presiden.

Apa yang mengejutkan kita ialah, berbeza dengan zaman Khalid Ibrahim, mahupun zaman Khir Toyo, Perobohan dan pengusiran kali ini tidak diberikan sebarang pampasan.

Adapun selepas didesak selama setahun, Kerajaan Negeri hanya bersetuju membayar RM 5OOO sahaja kepada pemilik rumah itupun secara ansuran bulanan setiap bulan RM 3OO hingga mencapai ke 5OOO.

Berikut adalah fakta kes bagi menjawab kenyataan media MB selangor dan PKR berkenaan dengan tuduhan mereka kepada penduduk dan Parti Sosialis Malaysia yang turun bersama sejak hari 1 usaha pengusiran dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan Selangor. 

1- TANAH MILIK SWASTA/PERSEKUTUAN, KERAJAAN NEGERI TIADA KUASA.

- inilah alasan pertama dilontarkan oleh para blogger dan pemimpin parti PKR serta PH apabila kita menyentuh isu pengusiran ini di pejabat MB sejak tahun 2O16. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, jadual 9 senarai kedua, kuasa segala tanah didalam negeri adalah dibawah kuasa negeri melalui Pejabat Tanah Negeri. Adapun Pejabat Tanah Persekutuan boleh memohon kepada negeri untuk mengusir dan merobohkan, itu hanya terpakai jika "wujud" persetujuan oleh Kerajaan Negeri. Dengan jelas disini, kerajaan persekutuan tidak boleh buat apa-apa pun ke atas penduduk melainkan dengan persetujuan atau "kawtim" dengan kerajaan negeri.

Kalaupun milik swasta, Kerajaan Negeri lebih berkuasa untuk menghentikan perobohan dan pengusiran kerana bila-bila masa tanah itu boleh diambil dan dperintah-bekukan demi kepentingan awam, ataupun memerintahkan syarikat swasta membayar pampasan sewajarnya sebelum projek boleh dilaksanakan. Ini pernah dilakukan oleh bekas MB Tan Sri Khalid ketika beliau menjadi MB Selangor. Tidak ada satu protes pun di zaman Khalid Ibrahim ketika wujud perobohan dan pengusiran kerana semua pihak berpuas hati dengan pampasan dan penempatan yang menyebelahi rakyat peneroka.

2- AKHIRNYA PENIPUAN MB MENGENAI "TIADA KUASA" KE ATAS PEJABAT TANAH DAN PBT TERJAWAB SELEPAS RUMAH DIROBOHKAN. 

Selepas setengah jam rumah berjaya dirobohkan, akhirnya difahamkan oleh pemimpin AMANAH bahawa MB angkat telefon dan mengatakan sudah keluarkan arahan untuk hentikan perobohan.

So sekarang? sudah "ada kuasa" arah henti robohkan?

Kenapa selama setahun ini kata kepada rakyat yang kamu "tiada kuasa" arah pejabat tanah henti robohkan?

Jelas Azmin ada hubungan dengan pemaju untuk halau penduduk disitu.

3- Setiausaha Agung PSM telah bercakap dengan Pegawai Khas MB Suhaimi Shafie tanya MB untuk arahan hentikan pengusiran. 

- Jawapan oleh YB Suhaimi ialah MB tidak mahu keluarkan arahan itu dan dia juga tidak boleh buat apa-apa.

- Bermakna Azmin memang berniat mahu meneruskan perobohan dan mengusir penduduk.

4- Rumah dibina oleh pihak masjid dan pekerja MAS. 

Untuk pengetahuan, penduduk didalam kedua-dua rumah ini adalah antara pengasas masjid berkenaan sebelum JAIS mengambil alih masjid tersebut secara paksa.

Mereka memberi makan kepada para pelajar tahfiz di masjid dan juga menjaga kebajikan masjid sejak 3O tahun lalu.

5 - Orang kanan MB, dan team penyelaras DUN KOTA DAMANSARA sebar cerita kononnya tawaran rumah telah diberikan awal sebelum rumah mereka dirobohkan. 

- Tidak wujud sebarang tawaran kepada penduduk melainkan bayaran RM 5OOO, itupun dibayar secara ansuran. RM 5OOO bukan jumlah yang sama dengan bangunan yang dirobohkan dan punca pendapatan mereka di masjid itu. Radzlan dan budak-budak PKR yang baru nak up , sila tunjukkan bukti pemimpin kamu dah sediakan rumah sebelum merobohkan rumah penduduk.

6 - Surat keizinan merobohkan dan mengusir dipersetujui oleh kerajaan negeri. 

- Surat yang dibawa oleh pegawai pejabat tanah menunjukkan dengan jelas, keizinan meroboh dan meranapkan rumah berkenaan adalah dipersetujui oleh kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan hanya meminta izin untuk merobohkan jika kerajaan negeri bersetuju.

7- Rumah murah PPRT tingkat 18 diberikan setelah semua rumah dirobohkan dan memusnahkan perabot milik penduduk termasuk barang hantaran kahwin milik anak. 

- Tinjauan krew Revolusi Habib, rumah yang diberikan itu berada dalam kondisi teruk, rosak, dan lif yang tidak berfungsi. wajarkah kita memaksa orang tua berusia 6O tahun menaiki tangga 18 tingkat untuk berpindah rumah?

8- Krew RH hubungi pejabat tanah negeri dan pejabat undang-undang SUK. 

- Kedua-dua bahagian undang-undang mengesahkan mereka diminta tutup mulut dan tidak dibenarkan menjawab sebarang soalan daripada media berkenaan isu ini. Mengapa takut jika benar?

- Mengapa MB keluar arahan kepada pejabat tanah dan pejabat undang-undang SUK untuk tidak respon kepada media?

9- Peguam HAK ASASI MANUSIA sahkan MB boleh arah batal atau henti perobohan dan pengusiran mengikut perlembagaan

- Berhubung dengan peguam KS BAWANI, beliau mengesahkan bahawa mengikut undang-undang, seorang MB mempunyai kuasa penuh dan mutlak arah henti roboh dan usir mengikut perlembagaan persekutuan demi kepentingan awam.

- Peguam Kerajaan Negeri pula ketika dihubungi, tidak mampu menjawab pertanyaan krew RH tentang soalan semudah ini.

sah! KERAJAAN LAHANAT!


Para penduduk dan PSM telah pun hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pejabat MB sejak tahun lalu iaitu sejak bulan november 2O16  namun setiap kali datang ke pejabat walaupun telah dibuat temujanji, MB beri pelbagai alasan dan tidak mahu berjumpa.

ingat! undi kita bukan lagi milik PAKATAN! jika beginilah caranya mereka membohong dan memangsakan rakyat!

team RH sedia disaman jika ini fitnah!

berita menyusul.


Sunday, September 17, 2017

Siapa lagi bekas pemimpin kanan UMNO akan melutut kepada BN selepas Mat Taib?

Petang tadi kita semua ghairah menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Najib dalam sidang media khas dan tergempar Parti Barisan Nasional. Pelbagai ramalan dibuat oleh orang ramai mengenai berita itu. Ada yang kata kemungkinan PM nak bubar parlimen, maka takut dan cemaslah sekalian YB arah para pegawai mereka segerakan tempahan itu dan ini hingga banyak kedai printing pro pembangkang berasa terkejut sekali menerima tempahan cemas seperti itu. Sudah tentunya berita itu diterima dengan nada gembira buat para peniaga. 

Namun, sidang media lebih kurang lima belas minit itu hanyalah untuk mengumumkan kemasukan semula Mat Taib ke dalam UMNO. Ramai pemimpin politik muda yang melihat tindakan Najib ini bodoh dan buang masa. Bagaimana Najib boleh mengerahkan semua menteri berdiri dibelakangnya hingga ada yang sedang honeymoon dengan isteri baru pun terpaksa pulang ke tanah air dengan kadar segera. 

Pemimpin politik muda dalam Pakatan harapan yang anggap tindakan Najib ini bangang sebenarnya adalah pemimpin muda yang bangang, tidak melihat sejarah Mat Taib dan bagaimana peranan Mat Taib sebagai seorang perisik elit yang telah berjaya menyelamatkan BN dan UMNO sejak era 8O-an lagi. 

Saya tidak berniat mahu ulas mengenai Mat Taib. Anda perlu baca apa yang Mat Taib pernah buat ke atas pembangkang dizamannya didalam UMNO. Mat Taib bukan calang-calang orang yang berdiam diri. 

Malam ini Biro Politik parti masing-masing dalam pembangkang akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan strategi Mat Taib ini yang dilihat bakal merampas berbelas-belas orang Adun dan Ahli Parlimen ke dalam BN sepanjang beberapa tahun rundingan tersembunyinya semasa dalam pembangkang. 

Pemimpin dan aktivis kiri banyak mengkritik Pakatan Rakyat dahulu apabila menerima Mat Taib dan meletakkan Mat Taib dalam jawatan khas dan utama dalam Pakatan Rakyat. Jawatan yang memegang dan tahu semua strategi dan pergerakan pembangkang. PAS dan PKR ketika itu suka pancut awal termasuk aktivis lalang Hishamudin Rais yang telalu mendewakan orang-orang Mahathir yang menyertai pembangkang.  

Bukan kita semua tak tahu apa yang telah Mat Taib buat dalam penyelewengan besar-besaran ketika beliau memimpin kerajaan Selangor era 8O-an. Namun, bak kata pemimpin Pakatan, itu yang dah lepas, biarlah lepas, sekarang Mat Taib dah bersama kita, kenapa kiita perlu ungkit? ini lah ayat serupa yang dikatakan oleh pemimpin Pakatan apabila aliran kiri kritik penyertaan Mahathir, Muhyiddin dan kroni-kroninya ke dalam Pakatan Harapan dan diletakkan jawatan khas dalam Pakatan Harapan yang memegang semua rahsia, stratergi dan informasi dalam parti masing-masing.
 
Inilah kebodohan pemimpin-pemimpin pakatan Harapan yang tidak pernah belajar daripada pengalaman dan sejarah. PAS yang pernah bekerjasama dengan UMNO beberapa tahun yang akhirnya ditendang macam anjing. lupakah pemimpin-pemimpin lama dalam Pakatan Harapan apa yang berlaku pada PAS ketika itu?
 
Persoalannya kini, adakah Najib begitu bodoh membuat sidang media yang dilihat bodoh oleh para pemimpin politik pembangkang hari ini? Apakah yang akan berlaku kepada Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz? 

maaf, biar saya susun ikut susunan yang betul, saya tulis semula

APAKAH YANG AKAN BERLAKU KEPADA MUHYIDDIN, MUKHRIZ dan MAHATHIR dalam tempoh beberapa tahun daripada sekarang? 

dan mengapa naib presiden BERSATU letak jawatan bersama para pengasas parti tersebut setelah mengetahui agenda dan rahsia Muhyiddin bersama Mukhriz? 

saya tidak mahu tulis, kerana sudah tentu apa sahaja yang golongan kiri katakan hanyalah auta, bukan? 
marilah kita sama-sama bergelak dan menikmati kekacang dan bertih jagung yang dimasak rangup sambil membaca berita dalam tempoh kurang 4 tahun daripada sekarang. 

Jangan kata abang tak payung. Salam. 

keluar parti setelah tahu rancangan Muhtiddin dan Mukhriz untuk selamatkan UMNO

Dipecat secara paksa dan tergesa-gesa oleh PPBM setelah mendedahkan perancangan Muhyiddin bersama UMNO. 



Tuesday, August 15, 2017

Memali: Sejarah Yang Mahu Dipesongkan Oleh Bunga Raya

Sehari dua ini, kita kembali menyentuh isu memali, isu yang tidak pernah dan tidak akan mati, selagi pembunuh yang bertanggungjawab ke atas kes itu tidak diadili dan dihadap menyembah bumi. 

Taghut, syaitan yang keji, Mahathir Mohamad yang mencuri nama Sang Baginda Nabi untuk berlaku zalim dan berlakon terpuji.

Apabila Mahathir bercakap mengenai Memali, dan parti bunga rayanya yang tidak pernah mekar, pelbagai pendustaan dilontarkan supaya yang nampak zalim adalah As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 penduduk Memali. 

Paling mengecewakan ialah apabila pemimpin Pakatan Harapan terutamanya AMANAH juga bersetuju Memali adalah berpunca daripada sindrom keganasan yang cuba diwujudkan oleh Ibrahim Libya!

Mohamad Sabu, Salehuddin Ayub, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Ahmad Awang, yang tahu sejarah Memali, kronologinya hanya kekal berdiam diri, kerana mungkin mereka masih dalam rundingan kerusi, bimbang jika tidak dapat bertanding AMANAH di negeri-negeri lain sepertimana Selangor yang hanya dapat 2 kerusi. 

Melawan Dakwaan Palsu Parti Bunga Raya Dalam Isu Memali

1} Dakwaan mutakhir Mahathir ke atas Memali 14 sebagai pengamal ajaran sesat, Islam pengganas. 

- merujuk kepada laporan media pada tahun Memali diserang, kerajaan ketika itu, Perdana Menterinya adalah Mahathir, mendakwa bahawa di Memali itu terdapat saki bagi komunis, bukan ajaran sesat atau muslim radikal. Polis-polis juga diberi taklimat untuk melawan komunis, bukan melawan ustaz atau Taliban. Cubaan Mahathir yang cuba menjawab soalan anak muda di dalam Dewan di Shah Alam itu jelas sekali bertentangan dengan kenyataan kerajaannya ketika beliau menjadi PM. 

- Ibrahim Libya adalah lulusan sarjana luar negara, seorang yang bijak pandai, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan, pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, adalah sangat mustahil jika Ibrahim percaya kepada kumpulan yang hanya hembus nafas untuk tumbangkan rejim!

2} Bagaimana Ibrahim Libya dikatakan sesat, pengamal tahyul dan khurafat sedangkan Ibrahim Libya sendiri tidak percaya pada tangkal, bomoh?

- PPBM mendakwa bahawa Ibrahim Libya percaya dengan hembusan, langkah silat mampu menjatuhkan kerajaan dan polis ketika itu. 

- Walhal kita semua tahu, sedia maklum bahawa Ibrahim Libya adalah seorang yang sangat menentang budaya tahyul, khurafat sehingga ada yang menggelar beliau sebagai "kaum muda" seakan salafi, wahabi kerana terlalu kritikal dalam bab kepercayaan kepada bomoh, tahyul dan budaya-budaya khurafat orang kampong seperti mandi safar dan lain-lain. 

-Jadi bagaimana orang yang menentang budaya-budaya tahyul, khurafat ini mempercayai dengan hanya silat dan hembusan boleh mengalahkan rejim Mahathir ketika itu? Jelas ini adalah satu propaganda bohong PPBM!

3} Ibrahim Libya dan kawan-kawannya memulakan serangan ke atas kerajaan secara bersenjata? 

- Yang datang , masuk, ceroboh, ke kampong Memali adalah kerajaan dan polis. Yang bawa kereta perisai, machine gun, semuanya adalah polis. Yang memulakan rempuhan menggunakan kereta perisai seakan kereta kebal, adalah Polis. Yang memulakan tembakan adalah Polis, Yang masuk ke dalam madrasah adalah polis, yang diserang adalah orang kampong. Orang kampong hanya mempertahankan madrasah mereka daripada dipecah masuk oleh orang yang tidak diundang, polis. 

- Kumpulan Memali tidak pernah ke Kuala Lumpur bawa parang, senjata, tapi mereka menyertai pilihanraya bantu PAS secara demokrasi!

- Penduduk Kampong yang kerjanya menoreh, tebang pokok, meneroka hutan, dan berkebun sememangnya mempunyai parang, pisau dan kapak serta ada seorang dua petani yang mempunyai ladang besar mempunyai senapang patah. 

- Yang peliknya, Ibrahim Libya yang hanya berceramah agama di Kampong Memali mengajak orang mengundi PAS tiba-tiba menjadi pengganas kerana memiliki kesemua barang-barang tersebut didalam kawasan hutan tebal kampong Memali. 

4} Pemimpin AMANAH bersetuju Memali diserang ketika era Tun kerana Memali cuba wujud budaya radikal keganasan?

- Cybertrooper cap Bunga Raya perlu lebih tekun pergi interview dan kaji kes ini, jumpa Mat Sabu, jumpa Ahmad Awang, tanya pasal Memali. 

- Adakah ketika itu Mohamad Sabu tidak faham kronologi ini atau belum pandai meneliti fakta {walaupun dah jadi pemimpin pusat} ketika itu? 

- Tanya anak Fadzil Noor yang mungkin lupa bapanya Fadzil Noor juga adalah salah seorang yang bercakap di Parlimen membela Memali dan menerangkan peristiwa sebenar Memali yang bercanggah dengan laporan kerajaan Mahathir ketika itu? 


5 } Video Memali, rakaman penuh ada dalam simpanan Mahathir, selepas Mahathir arah Musa Hitam serah semua bahan bukti kepada beliau ketika beliau pulang ke Malaysia selepas Memali 14 dibunuh. 

- Mahathir arah rakaman penuh tragedi Memali yang direkodkan oleh anggota-anggota pereman secara video diletakkan dibawah simpanan dan jagaan Mahathir sendiri, bukan polis atau kerajaan. Mengapa agaknya Mahathir takut benar untuk paparkan video penuh bermula sekatan jalanraya sehingga kesemua Memali 14 dibunuh? 

- Mengapa hanya video berdurasi seminit dua yang ditayang di RTM ketika itu? 

6} Membangkitkan isu Memali adalah hanya orang UMNO?

- Blogger-blogger Pakatan Harapan, termasuk daripada AMANAH yang dulunya pemimpin mereka orang utama yang mainkan isu memali setiap kali pilihanraya, mengatakan bahawa sesiapa yang bangkitkan isu Memali ini setiap tahun adalah orang UMNO. 

- Budak-budak hingusan dalam Bunga Raya, Parti lambang Adidas perlu sedar bahawa Memali bukan hanya isu orang PAS. Memali diperjuangkan oleh pelbagai latar belakang. 

- Terdapat kumpulan PUNK yang melawan untuk Memali, menerbitkan lagu-lagu kesedaran mengenai Memali pada tahun millenia. 

- Terdapat kumpulan seni, artis yang berpuisi, menerbitkan lagu meminta supaya masyarakat membela Memali sejak 9O-an.

- Terdapat golongan kiri yang membela Memali sejak tragedi itu sehingga hari ini. 

- Mereka bukan baru lagi membangkitkan isu ini, mereka telah lama sebelum lambang adidas menjadi logo parti dan sebelum bunga raya menjadi diktator dalam pembangkang. 



video ustaz Fadzil Noor Presiden PAS zaman Mahathir maki hamun Mahathir dan UMNO kerana putarbelit isu Memali:


Jelas sekali, Mahathir akan meletakkan pundak kesalahan ini kepada orang lain, walhal dia mempunyai bukti yang kukuh, konkrit dalam peristiwa itu. Laporan 14 muka surat tidak boleh dijadikan hujjah yang adil memandangkan Mahathir sendiri yang terlibat dalam pembunuhan, sudah tentu bukan dia yang boleh menyiasat dan mengadili sebaliknya dia perlu mengeluarkan kesemua bukti yang dia simpan secara peribadi
untuk diadili.
Gambar: Pasukan polis lengkap bersenjata mula lakukan provokasi, atas arahan pemimpin UMNO dikepalai Mahathir. Ustaz Ibrahim arah semua ahli PAS untuk bertenang dan diam. 

Pengganas?! 


Sunday, August 13, 2017

Mahathir masih belum insaf, dengan bangga akui Ulama di Memali layak dibunuh!

Ketika menulis karangan ini, tiada lagi apa yang boleh saya harapkan kepada Pakatan Harapan terutamanya daripada parti Amanah Negara yang turut hadir dan dengar dalam forum tersebut. 

Kita semua maklum peristiwa Memali, bagaimana 14 orang dibunuh dengan rakus, kejam dan zalim oleh kerajaan Mahathir pada tahun 8O an itu. 

Kita telah melihat bagaimana Ustaz Ibrahim Libya seorang ulama besar ketika itu ditembak, dibelasah oleh pasukan polis atas arahan Mahathir. 

Tadi berlangsungnya forum Nothing to Hide anjuran PPBM. Parti yang dipimpin Mahahtir. JIka sebelum ini, menurut Mohamad Sabu, Mahathir sudah berubah, insaf dan menjadi baik serta suci alim dan warak. Menyesali dosa silam dan mengakui kesilapannya. Bertaubat dalam erti kata lain. Namun, tadi siang, Mahathir dengan bangga mengakui dihadapan ratusan pengikutnya dan para pemimpin parti Amanah (PKR dan DAP tidak hadir} bahawa pembunuhan di Memali adalah halal, sah dan mengikut SOP. 

Apakah pemimpin AMANAH yang berada dihadapan itu tidak bangun, membantah, mempertikai? 

Dosa apakah yang sudah Ibrahim Libya lakukan sehingga turut menjadi mangsa pembencian parti AMANAH? 

Jika tidak kerana Ibrahim Libya, nama-nama pemimpin AMANAH hari ini mungkin tidak ada. PAS mungkin tidak terkenal dan dikenali. Mohamad Sabu yang lantang bercakap isu memali dalam ceramah-ceramah mengutuk Mahathir mungkin tidak dapat menjadi Timbalan Presiden PAS. 

Namun, beginilah politik. Sangat mengecewakan. Jika PAS dikatakan menunggang agama, AMANAH juga apa kurangnya. Masih menjual nama Islam dan sanggup bersekongkol dengan pembunuh yang tidak pernah insaf, Mahathir Mohamad. 

Semoga semua orang muda dapat melihat, beginilah politik kotor, dahulu najis, sekarang suci, dahulu firaun, sekarang maksum. 




Wednesday, July 26, 2017

Bagaimana AMANAH akan dihancurkan seperti PAS?- Siri 1

Mutakhir ini parti Parti Sosialis mendapat perhatian banyak pihak apabila mengumumkan kerusi bertanding di lebih 24 tempat seluruh negara. 

Jumlah kerusi yang ditandingi PSM ini hanyalah 2 peratus sahaja berbanding parti lain yang bertanding ratusan kerusi. 

PSM hanya parti kecil, justeru kita sedar kemampuan kita adalah di 24 kerusi tersebut. Hanya 2 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan. Pakatan bertanding di 98 peratus kerusi tanpa diganggu PSM pun. 

PSM juga hanya melawan wakil-wakil rakyat yang dilihat meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Yang Berhormat di kawasan berkenaan, bukan lawan wakil rakyat yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan luhur dan baik. Contohnya di kerusi Hulu Kelang, YB saari melakukan tugasnya dengan baik, maka PSM tidaklah melawan disitu. Begitu juga dengan beberapa kerusi lain yang sedang disandang oleh pemimpin AMANAH seperti Sepang dan lain-lain. 

Namun entah mengapa, cybertrooper AMANAH malah Pengarah Komunikasi AMANAH sendiri melakukan serangan ala UMNO ke atas PSM beberapa hari kebelakangan ini. PKR tidak, DAP tidak tetapi AMANAH menggunakan Pengarah Komunikasinya sendiri mengepalai serangai ke atas PSM yang dikatakan sebuah parti kecil, tidak ada hala tuju dan tidak ada masa depan ini. 

Saya tak pasti sama ada dia sedang risau tak dapat bertanding di Semenyih kerana PSM akan meletakkan calon disitu atau dia memang terbawa-bawa perangai PAS kedalam parti barunya itu? 

Dia marah benar kenyataan Arul yang mengatakan PSM akan bertanding 2 peratus kerusi, katanya PSM ini suka buat keputusan sendiri dan tidak pernah berbincang dengan Pakatan Harapan. 

Saya selaku budak mentah dalam dunia politik ni nak tanya pada Pengarah Komunikasi AMANAH ni: 

1} Kenapa PSM perlu minta izin daripada Pakatan untuk bertanding? Bukankah Pakatan sendiri yang dari awal menolak untuk berunding dengan PSM? Pengarah komunikasi AMANAH memang jenis tak baca news politik dan nasional ke? ke lantikan serkap jarang je?

2} Mendiang Karpal Singh sendiri pernah ingatkan Majlis Presiden Pakatan agar segera berunding dan fikirkan mengenai PSM yang semakin berkembang, merujuk kepada kenyataan beliau pada tahun 2O13, Jun. 

3} Mengapa dia sebagai seorang Pengarah Komunikasi parti boleh dengan terbuka mengutuk rakan dalam pakatannya didepan media seluruh negara tetapi bila PSM yang bukan parti dalam gabungan Pakatan mengkritik Pakatan, dituduhnya PSM sebagai sebuah parti yang tak faham prioriti perjuangan? {rujuk gambar dibawah}

4} Bagaimana dengan mudah anda membiarkan cybertrooper anda mengemukakan hujah-hujah fitnah dan berunsur sektarian sedangkan AMANAH ditubuhkan untuk melawan sektarian dalam PAS kononnya? 

5} Jika anda mengatakan musuh utama anda adalah BN, maka anda patutnya meraikan PSM melawan BN, dan bukannya menghabiskan masa menyerang PSM. 

Ini  lima soalan awal saya selaku "budak mentah" yang dikatakan dalam FB-nya dan memohon dia menjawab menggunakan akal, bukan kepala lutut.

Untuk mengetahui bagaimana AMANAH akan menjadi rosak selepas apa yang dilakukan oleh pemimpin AMANAH hari ini kepada PAS, kita akan sambung dalam siri ke 2 tulisan ini.


PSM sebagai sebuah parti yang berdaftar, mempunyai logo sendiri, sudah tentulah akan menggunakan logo yang dibenarkan oleh SPR, mana boleh sebuah parti mencuri logo parti lain untuk bertanding dalam PRU dengan suka-suka?

Ketika AMANAH mendaftarkan parti sebagai sebuah parti pekerja, adakah PSM menentang usaha itu? PSM meraikan lagi ada lah. Kenapa bila PSM nak guna logo sendiri, dituduh macam-macam pula?
Saya pun pelik bagaimana seorang Pengarah Komunikasi sebuah parti besar seperti AMANAH tidak tahu bagaimana proses penganugerahan ini dilaksanakan. Sebenarnya, yang cadang dan hantar Pak Samad itu adalah kerajaan negeri yang memerintah, iaitu Pakatan Harapan. Pelik bagaimana dia sebagai seorang pemimpin parti neo-liberal tetap gagal faham perkara semudah ini. 



Bila orang PSM kritik PKR secara profesional, dia kata PSM serang Pakatan. 
Tapi dia siap bagi gelaran kepada PKR, secara tidak profesional, adakah kita marah dan tegur?

Sudah tentu PSM tidak marah, kerana PSM bukan dalam keluarga Pakatan, dan PSM raikan kebebasan bersuara mana-mana pihak. 

Jadinya, mengapa sukar untuk faham apabila PSM mengkritik dasar dan polisi mengarut yang dilaksana oleh parti yang sama dikutuk oleh Pengarah Komunikasi AMANAH ini sendiri? 


Berjuang bukan kerana jawatan, baguslah.
Cumanya, kalau dah berjuang bukan kerana jawatan dan pangkat, mudah ja, tak payah marah-marah orang lain bertanding dan dapat jawatan. Tak payah buat kenyataan depan media macam ni, dan tak payah nak bagitahu, "kami berjuang bukan kerana jawatan". senyap-senyap je.

Bila buat kenyataan media macam ni, nampak sangat macam kebulur dan gila jawatan, tapi tak salah pun kalau gilakan jawatan untuk jatuhkan orang gila daripada jawatan itu. Oleh itu, mudah saja, raikan kepelbagaian, henti menghina parti lain.

Namun, posting ini memang bertujuan untuk menyerang balas AMANAH kerana masyarakat perlu mendapat penjelasan akibat daripada serangan bertubi-tubi AMANAH kepada PSM dua-tiga hari ini.

BAGAIMANA AMANAH AKAN JADI SEPERTI PAS? NANTIKAN SIRI 2 TULISAN INI>



Tuesday, July 18, 2017

Bukan Tanggungjawab Mahasiswa Jika Universiti Dibebani Hutang!



Saya melihat kenyataan beberapa orang rakan aktivis yang bersama dalam gerakan mahasiswa era saya pada tahun 2012 dan yang terkemudian selepas era saya mengenai hutang pelajaran PTPTN. Sudah lama saya mengharapkan agar adanya taring-taring yang keluar bagi mendesak dan mengingatkan masyarakat secara berterusan agar kita terus melawan penyalahgunaan kuasa kerajaan. 

Portal media FMT menulis tajuk yang sangat sudah lama saya ingin dengarkan dalam isu PTPTN ini iaitu "jangan bayar balik PTPTN". Adalah menjadi bukan tugas kita sebagai rakyat apatah lagi yang berstatus mahasiswa ditambah pula tidak mendapat peluang pekerjaan yang sewajarnya untuk membayar semula "hutang-hutang" yang dicipta oleh kerajaan ini. 

sejak awal 2010 lagi, malah mungkin awal lagi dari zaman saya sebagai aktivis dalam gerakan mahasiswa itu, telah pun menekankan satu-satunya tuntutan kita sebagai rakyat Malaysia yang berstatus mahasiswa agar berikan pendidikan percuma, mansuhkan segala hutang PTPTN sama ada yang telah dipinjamkan ataupun yang sedang dipinjamkan. 

Ketika kempen digerakkan pada 2012, satu mobilisasi yang besar selepas zaman kelesuan mahasiswa, ribuan mahasiswa turun ke ibu negara berarak dan berkampung di atas dataran merdeka mengambil giliran bermalam pertahan kem-kem kami supaya tanda protes yang berterusan itu dapat mencetuskan momentum dan peduli rakyat bahawa kami mahasiswa serius melawan pinjaman ini dan mahukan sistem pendidikan percuma secara menyeluruh. 

Melalui platform Solidariti Mahasiswa Malaysia, protes kami bukan sahaja dilawan dan ditentang oleh samseng UMNO, malah pihak kerajaan melalui kuasa polis, DBKL yang bertindak kasar sehingga ada yang cedera parah. Ini belum lagi dengan tragedi UPSI berdarah yang menyebabkan beberapa orang mahasiswa berjahit, retak rusuk akibat dibelasah anggota polis di Tanjung Malim ketika protes kami berlangsung dihadapan UPSI. semua ini adalah hanya kerana mahu melawan PTPTN.

Tidak pernah kami berpatah arah, ataupun mundur apatah lagi reda kemarahan, kami jelas dan konsisten mahukan pendidikan percuma, bukan ansuran bulanan, pengurangan kadar faedah ataupun diskaun.

Saya sangat marah apabila Pemuda AMANAH, Khairol Najib dan Ammar Atan membuat kenyataan bahawa peminjam PTPTN mesti bayar balik duit PTPTN dan menggunakan pula hujjah agama. Sepatutnya kita terus beri tekanan dan himpun sokongan supaya melawan PTPTN, bukannya mengajak orang membantu PTPTN.

Apabila Adam memuatnaik status facebook yang menegur "kesilapan" FMT bahawa kononnya dia tidak bermaksudkan "jangan bayar balik pinjaman PTPTN", saya rasa marah mengapa Adam mahu memperbetulkan kenyataan awalnya itu? Bukankah ini yang kita kempenkan kepada para graduan agar terus beri tekanan kepada kerajaan dan melaksanakan pendidikan percuma? 

Tidak timbul soal kita perlu lihat situasi harga minyak dunia ataupun industri pelancongan. Mendanai atau memberi biasiswa kepada seluruh mahasiswa dalam negara tidak perlu berbelanja begitu banyak sebenarnya. Menurut kajian yang dilakukan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia pada tahun berkenaan, kos bagi menanggung semua mahasiswa dalam institut pengajian tinggi negara hanya lah menelan belanja antara 2.3 billion hingga 2.8 billion. Menurut perangkaan YB Rafizi pula kosnya adalah antara 5.8 billion hingga 6.1 billion kerana Keadilan berhasrat ketika mereka dapat memerintah akan dibuka beberapa lagi IPTA bagi mengurangkan IPTS dalam negara. 

Kita tidak perlu bimbang dengan jumlah ini kerana ada pelbagai mekanisme boleh dilakukan oleh kerajaan yang memerintah bagi menanggungnya. perbahasan untuk itu kita akan bahaskan dalam tajuk lain. Namun begitu, bukan kerja rakyat untuk berpening kepala bagaimana kerajaan mahu dapatkan wang itu. Ini adalah kos tradisi yang kerajaan belanjakan untuk pengajian tinggi sebelum PTPTN dilaksanakan lagi. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi, sebagai negara yang banyak tol dan juga negara pengeluar minyak, jumlah ini adalah sangat mudah dan ringan. Saya masih ingat kata-kata YB Rafizi, ini adalah tugas kerajaan dan bukannya tugas mahasiswa untuk memastikan bagaimana yuran mereka harus dibayar. 

Namun, kebanyakan pemimpin politik kapitalis dan pemimpin aktivis mahasiswa yang kononnya aktivis masih lagi tidak faham dan menganggap diri mereka sebagai seorang menteri sampai perlu berpecah kepala memikirkan dan mempertahankan pelaksanaan hutang pengajian ini. Dengan cukai barangan, cukai perniagaan, cukai korporat, dan macam-macam lagi sumber dapatan baru negara, mengapa harus kita yang terlebih prihatin berbanding para menteri yang bertanggungjawab memastikan dapatan ekonomi negara meningkat? 

Oleh itu, apabila ada bekas pemimpin mahasiswa yang menyebut bahawa adalah satu tanggungjawab buat para mahasiswa memastikan mereka tidak meninggalkan universiti dalam keadaan berhutang adalah senada dengan pemimpin muda UMNO pada tahun 2012 dulu ketika saya, Adam dan lain-lain berdemontrasi memaki hamun UMNO dalam isu ini. Sesungguhnya adalah satu kekecewaan besar buat saya apabila seorang bekas pemimpin mahasiswa bertindak memperbetulkan tajuk kenyataan media FMT itu yang bagi saya pada awalnya telah betul namun akibat menjaga hati pemimpin-pemimpin kaparat kapitalis yang berada dalam pembangkang, ada bekas pemimpin-pemimpin mahasiswa yang memilih untuk mengubah prinsip yang dibawanya pada zaman mahasiswa iaitu "JANGAN BAYAR HUTANG PTPTN" kepada "Hutang PTPTN Perlu Dibayar"!

Mahasiswa UM yang dibelasah di depan UPSI kerana pertahan tindakan pemimpin mahasiswa Adam Adli yang melawan PTPTN ketika itu sehingga dibuang universiti.

Saudara Safwan Anang turut menjadi mangsa dalam protes berkenaan. 


Ditulis oleh:

Khalid Ismath
-Mantan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiwa Independen 2013
-Mantan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiwa Independen 2012
-Mantan Ahli Jawatankuasa Solidariti Mahasiswa Malaysia 2011-2013