Sunday, September 30, 2012

dalam sibuk begini...

isnin hingga jumaat saya bertugas di subang. sabtu ahad pula saya kembali ke perak menyambung tugas untuk orang perak. 

tiada masa untuk bersuka ria mcm orang lain. 

tiada masa untuk melepak menghisap rokok dan apatah lagi bersembang kencang di kedai mamak

yang saya ada adalah menghadap muka-muka orang ramai untuk diajukan isu-isu sensasi politik massa

meski saya amat minat dengan kerjaya ini, namun letih penat tiada siapa yang mampu fahami

bayangkan, dalam keadaan anak dalam kandungan isteri, si bapa langsung tidak menjenguk untuk dibaca surah-surah amalan untuk bayi dalam perut. 

kadang-kadang kena marah juga dengan isteri. kenapa tak balik-balik saban hari. 

sebab itu, saya impikan wanita yang memahami. 

mujur, isteri masih lagi mampu memahami

keluarga pula, memang sudah didasari dengan ideologi politik. dan kesemua mereka aktivis. jadi tidak ada isu walau ada yang cuba jadi batu api yg menghasut kaum keluarga 

tapi semuanya tiada masalah. 

hari ini kembali stress dengan isnin tanpa rehat tatkala hujung minggu meniti

moga Tuhan sentiasa thabitkan perjuangan di hati. 

minum di sebuah pusat. dengan Faisal Tehrani. bukan gambar terkini. 

mari dgr Altimet dengan Mirwana. 

Saturday, September 29, 2012

Rais Yatim cemburu PKR dapat dana dari Amerika?

Amerika tak mahu beri dana pada BN. 

oleh itu, ramai pemimpin BN berasa jeles dan terliur melihat dana berjuta-juta disalur kepada PKR



saya menyeru , anda semua sila gila-gila meng-reply tweet para pimpinan BN agar mereka semua jadi gila

hahaha!

untuk rekod: Sahol Hamid VC UITM telah block beberapa orang student UITM yang reply komen di FB nya dengan perlian. :-) kesian org ini.

Friday, September 28, 2012

konflik Syiah Sunni agenda politik jahat

saya bertemu dengan ust abdul ghani samsudin (AJK PAS PUSAT merangkap ketua lajnah ICT PAS dan juga majlis syura ulama)

ustaz pernah maklumkan pada saya bahawa memang dari dulu PAS suka dilabel sebagai Syiah oleh UMNO.

ini adalah taktik politik.

mutakhir ini, zaman teknologi, ulama muda UMNO juga memainkan peranan media barunya dalam menyebarkan agenda bahawa kononnya PAS itu adalah sesat kerana menerima Syiah.

dan saya lihat, Tuan Guru Haji Hadi mengambil langkah bijak dengan mengumumkan dalam ceramahnya di Qatar beberapa hari lalu mengenai Syiah.

Haji Hadi memberitahu bahawa Syiah itu masih Islam. (maksud saya syiah imamiyyah).

tapi...

org Syiah jangan masuk PAS.

ini adalah langkah pengumuman yang bagus. :-)

jika ada orang syiah masuk PAS, pastinya pihak musuh mengambil kesempatan kerana isu syiah sesat ini adalah isu yang dimainkan oleh proksi yahudi peringkat antarabangsa. PAS tidak akan mampu menepis tuduhan ini bersendirian di malaysia.

sama macam isu KOMUNIS dahulu.

jadi, saya saran agar mereka yang terus diperdaya ustaz UMNO mengenai Syiah, silalah tonton video ini.


saya menerima semua pegangan. syiah, sunni, salafi bagi saya semuanya ok. 

orang kafir juga ada haknya. 

apatah lagi berlainan mazhab hanya. 

p/s: terima kasih kepada 104 orang anak muda yang mengadakan pertemuan dengan saya secara face to face untuk mengetahui mengapa kita perlu bersatu. 

saya akan terus meluang masa utk mereka yang mahu mendalami ilmu ini. 

kita semua Islam. kecuali UMNO. 


contoh terbaik. ulamak syiah dan ulamak muda sunni bersatu. di sebuah majlis di perak anjuran kerajaan.





berterima kasih pd ustazah ini


terima kasih ustazah nurulhuda.

sentiasa beri masa untuk luang masalah.

menasihat politik dan agama

kelak saya akan jadi mcm ustazah

kecuali bertudung labuh dan berjubah

kerana lelaki haram pakai tudung dan jubah perempuan

tapi akan saya pakai jubah mekah dan juga kopiah.

:-)

terima kasih ustazah huda

dari hujung rambut hingga hujung kepala

doa dan lafaz segala bismillah

istiazah dan khatamah penutup bicara


gambar di petik dari kedah

Wednesday, September 26, 2012

lagi digantung, lagi dilawan

berikut saya sertakan bersama video sidang media oleh para aktivis mahasiswa dari KAMI, MKM, MPMN dan para pimpinan muda AMK dan ketuanya Shamsul Iskandar serta pimpinan pusat PKR, YB AZMIN dan YB AMIR

tonton kasi lebam


selepas anda semua sudah tonton, sila baca: 


bersama dua org peguam dari LFL

jangan bikin mahasiswa takut. 

kerana apabila mahasiswa sudah takut...

maka......

akan jadi begini...

kah kah kah! Mahasiswa dan Polis adalah bersahabat. 

ayuh, polis dan mahasiswa, kita tukar kerajaan musim pilihanraya :-D 

senyum. 




Sunday, September 23, 2012

Fahmi Reza Ditahan Di Sarawak

berita baru masuk dari FB Fahmi.

beliau yang dijadualkan menyampaikan siri lecture mengenai student power di sarawak hari ini telah ditahan imegresen kerana dikatakan dalam senarai hitam kerajaan sarawak.

beliau akan dihantar pulang hari ini juga.

jelas, BN di sarawak semakin takut.

salah satu produksi oleh team Fahmi

Fahmi Reza, pencetus idea baru Student Power

relevensi hidup berparti

mutakhir ini, banyak anak muda mula unjuk rasa pada kebencian terhadap penguasa barisan nasional. 

mereka banyak yg menyebelahi pembangkang

anak muda harus menguasai diri mereka dan jgn biarkan mereka dikuasai. 

tidak ada masalah untuk menjadi ahli parti politik

tidak ada masalah untuk kekal sebagai golongan yang "bebas daripada parti"

namun, buat yang mahu berparti politik, jadilah seorang yang angkuh dalam parti. 

keangkuhan bukan semuanya jelik. 

ada masa ia menjadi sesuatu yang licik. 

ada masa ia jadi sesuatu yang cantik. 

ada masa juga ia menjadi sesuatu yang cerdik. 

pengalaman saya, melihat para pimpinan muda parti. 

baik dari PAS, PKR mahupun DAP hatta UMNO dan seluruh komponen BN

bila mereka mendapat banyak sokongan, maka mereka akan mula buat keputusan sendiri. 

kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tidak lagi ditapisi dan mereka terus memperalat orang-orang bawahan untuk menjadi anjing parti. 

dikerah sana sini untuk kepentingan peribadi. 

dibasuh pemikiran bagi menjadikan taat dan tiada bantah dan oposisi

pada masa itu, masih relevankah kita berparti?

mari kita membantah dengan gaya kita sendiri. menyokong dengan citarasa sendiri. 

salam 1 malaysia. 

pohon lah dana dari negara yahudi. 

kekal sebagai ikon saya. pecinta rasulullah setiap masa. 




Friday, September 21, 2012

yang hina nabi itu adalah orang islam

bila nabi diejek, maka umat islam pun mengamuk.

bakar tayar, bakar kereta, bakar lori tetapi bakar kdutaan tak mau.

setakat bakar tayar , bakar bendera, oh, hinanya kita kepada nabi saw kerana takat itu sahaja kemarahan kita.

saya terbaca seorang "cleric" dari USA dan UK menulis.

apabila mereka menubuhkan "inminds", mereka membawa pendapat pelbagai mazhab mengenai boikot.

di Malaysia, adalah negara yang menjana filem hina nabi saw.

MCD, COLGATE, TESCO dan CALTEX adalah antara penyumbang terbesar dalam menjayakan penghinaan ini.

saya selalu pergi ke lapangan terbang untuk terbang ke sesuatu lokasi. baik untuk tujuan pilihanraya mahupun tujuan dakwah saya.

masa saya ke airport satu hari untuk ke sebuah negeri di jajahan PAS, saya sendiri nampak ada pemimpin PAS yang makan di MCD dan A&W.

saya lemah iman.

saya tidak ada pengukuhan dalam gerak kerja islam.

saya juga merujuk kepada "tok guru" saya Hishamudin Rais dalam setiap tulisannya.

saya berfikir.

mengapa orang yang dikatakan dan dituduh ethist itu lebih beriman kepada NABI SAW dan lebih mengamalkan budaya ISLAM yang kukuh?

sedangkan pemimpin gerakan Islam(so-called) boleh menjamu dengan selera kayanya untuk terus menjana penghinaan kepada baginda SAW.

saya kecewa lantas terus saya terdetik dalam hati: " terima kasih ya Allah selamatkan aku dari tipu daya"

jika aku berada dalam kumpulan itu, tentulah aku menjadi insan paling hipokrit didepan Allah

ku berharap , para pemimpin parti politik yang turun ke perhimpunan semalam, baik dari UMNO mahupun PAS janganlah terdetik dalam hati anda semua untuk menjadikan orang melihat kamu sebagai orang yang paling hebat mencintai nabi, tetapi hanya untuk peti undi.

salam Ngeh Koo Ham itu didalam twitternya adalah teguran paling ikhlas dari lubuk hati seorang pemerhati luar dari kehidupan agama kita.

klik pada gambar utk lebih jelas dan terang


selamat meninggalkan zaman "babi di hutan" (hamka)


Monday, September 17, 2012

halau duta amerika

bila nabi muhammad diejek, maka mengamuk lah para alim alimin. yang tak alim pun akan jadi alim kerana mahu dikenali sbg orang yang alim. 

yang ikhlas mengamuk ada, yang mengamuk kerana nak naikkan nama parti pun ada. 

masing2 mengamuk kerana ada peranan diri sendiri. 

mengamuk adalah kerja yang bagus. tapi mengamuk untuk nama parti dikenali sebagai parti yang bawa islam, mengamuk untuk jadikan diri sebagai dikenali sbg seorang yang membawa imej islamis adalah sikap yang lebih jelek dihadapan nabi. nanti jika orang2 begini mati, pasti nabi akan pejam mata tidak mahu lihat wajah-wajah yang mengamuk untuk "nama". 

jika benar mahu tentang Nabi Diejek....

kerajaan seharusnya mengambil langkah yang tegas dan "kejam" ke atas duta amerika. pokoknya, beranikah kerajaan malaysia yang dibawah kepimpinan najib ini? sudah pasti tidak. kalau saya mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia ini sebagai tiada konek, pasti orang-orang UMNO marah. tapi realitinya itulah. bila saya kata kejam, bukan bermakna perlu bunuh duta itu. sebaliknya "halau" sahaja dengan mengarahkan duta itu keluar. tapi kalau duta amerika tak ada, masyuk najib pun tak ada la beb.

jadi..orang-orang UMNO...saya saran tak payah turun berdemo kerana macam orang bodoh sahaja kau berdemo sedangkan pihak kau boleh buat yang lebih besar dan mulia dari itu. iaitu menghalau kedutaan amerika. 

gerakan islam pula di malaysia sememangnya pro-Amerika. ini boleh kita lihat dalam kenyataan para pemimpin gerakan islam di malaysia kecuali HIZBUL TAHRIR dan ABIM. baik PAS,mahupun JIM(bukan jin ifrid atau jin aladin tu) semuanya mengatakan sokongan ke atas rejim amerika ketika memberi dana kepada pembangkang untuk menyerang Syria. jadi, bagi saya adalah lebih baik mereka tak perlu berdemo kerana ini semua hanyalah untuk menunjuk-nunjuk bahawa diri mereka adalah yang terhebat dalam mempertahankan islam dan nabi muhammad sedangkan nabi Muhammad mungkin sedang menangis melihat perangai jemaah-jemaah islam di malaysia ini yang masih menyokong amerika menyerang dan menzalimi rakyat syria dengan isu Bashar Assad "zalim" dijadikan isu pokok kenapa mereka perlu bantu amerika serang syria. poyo sahaja. 

kalau saya ketua gerakan islam, saya akan jadi macam Ahmadinejad yang menyerang kedutaan amerika di Iran pada tahun 80-an dan tawan semua orang kedutaan tersebut sekaligus menghalau mereka keluar dari tanah air. sekarang, Iran bebas daripada cengkaman Amerika. tidak ada Mcdonald, tidak ada AIA dan pelbagai kepentingan amerika di Iran. bukti. 

saya juga berharap, Jemaah Islamiah yang dikatakan sebagai "pro wahabi" itu akan terus melaksanakan misi mengebom bangunan-bangunan berkepentingan amerika dan zionis supaya segala rakyat amerika takut untuk bertunjuk lagak dan berbodoh sombong. 

sekalipun syiah anti wahabi, tapi saya tetap suka dengan cara JI itu menyerang kepentingan amerika. jika tidak ada usaha ini, mungkin Islam akan terus dipandang lemah.

 Hezbollah setiap bulan melancar roket ke israel. dan israel semakin takut dgn tinggal di bawah tanah macam saddam hussein dulu. 

bullshit amerika! 

mamat melayu yang pendek itu adalah Ibrahim Ali zaman mudanya. seorang yg radikal dan anti amerika. bersama dengan Fidel Castro, pemimpin komunis di latin

Amerika menjadi bahan jelik dan ejek di Iran. di malaysia, orang Islam mengagungkan amerika dengan MCDonald dan Colgate

Ahmadinejad menawan duta USA dan halau duta keluar dari Iran bersama anak muda iran

Amerika dan dunia arab yg pro amerika anti ahmadinejad dengan membukukan penghinaan terhadap ahmadinejad

Ahmadinejad bersama presiden Venezuela. dua sosok yang terknal dengan memboikot amerika secara total

pegawai di pejabat kedutaan USA mengamuk dengan pengikut Syiah di hadapan kedutaan USA di Ampang. ini adalah demo pertama di malaysia yang pagar kedutaan berjaya dicecah dan digegar. radikal bukan? tapi cool..... 

aku harap jumaat ini jangan lah berdemo depan kedutaan amerika tapi berhenti 6 kilometer sebelum kedutaan. bacul dan penakut namanya. 

solawat. 




Kerajaan Perak boleh jadi model perpaduan umat Islam

walaupun dalam kebingitan perang politik antara Pakatan dan Barisan di Perak, hendak-hendak lagi apabila Perak dicuri dengan rampasan kuasa yang di luar norma politik kebiasaan kita, namun kerajaan Perak fokus dalam usaha membantu mendamaikan sesama Islam. itu sesuatu yang harus kita puji.

kita pun kenal siapa Zambry ini. dia walaupun BN, tapi sekurangnya ada usaha untuk memahamkan rakyat dan anak muda Perak mengenai perpaduan Islam.

program yang berlangsung ini tidak ada kena mengena dengan politik. satu isu politik yang menyentuh sama ada memuji atau mengutuk Pakatan mahupun BN tidak langsung disentuh. maknanya memang bukan untuk mempergunakan atau dipergunakan.

tetapi ini adalah usaha besar orang-orang alim di perak untuk menyampaikan mesej dan informasi kepada golongan baharu dalam bidang pengajian Islam untuk memahami apa itu cabaran, dugaan dan perbezaan dalam dakwah hari ini.

wakil syiah, sunni dan salafi semuanya hadir.

antara yang kita kenal dalam program ini adalah seorang ayatullah dari Iran dan juga seorang professor dari tanah arab yang bertugas di UIA.

ramai lagi para cendekiawan daripada pelbagai universiti Islam menyatakan kefahaman.

apa yang saya amat bangga adalah apabila anak muda yang cool sungguh berpemikiran terbuka walaupun dia salafi yang begitu memuji pegangan-pegangan yang lain dan tidak melatah seperti kebanyakan manusia yang baru nak bertatih dalam agama.

syabas buat saudara saya rashidi dan muiz. terpilih untuk bersama para cendekiawan hebat!

percayalah, kita semua(syiah sunni salafi) mampu BERSATU!

para cendekiawan islam dari UIAM

anak muda Islamis Sunnah wal Jamaah bersama ayatullah. saudara rashidi yang berkopiah putih itu. 

saudara muiz yang berkopiah putih tanpa misai itu. salafi. tetapi dia amat cool. :-) 

anak muda bijak pandai melayu bermazhab Salafi tidak bergaduh dengan ulamak syiah malah berdamai dan begitu bertoleransi satu sama lain. ini lah hebatnya perdamaian dalam Islam

tokoh cendekiawan Sunni dari tanah arab

jangan jeles. ini gambar yang amat eksklusif. kalau korang boleh kenal siapa berserban merah UMNO di leher itu, maka kau orang akan tahu apa itu "hanya 3 kali sehari" dan "perempuan nan bercinta"

kebetulan baju aku pun merak list di tangan dan dada. memang kami semua UMNO. 





Sunday, September 16, 2012

terus liberal, seislamik negara teluk parsi

kesibukan bekerja, hanya Allah sahaja yang tahu. sejak mengurus kempen Pakatan Rakyat di Perak ini, terasa bagaimana lah peritnya usaha dan duka lara mehnah tribulasi. syukur, rakyat pasir salak menghargai diri ini. 

16 september yang orang lain menghabiskan masanya untuk bercuti, menikmati saat lapang dan indah bersama keluarga, rumah terbuka dan ada pun pasangan yang belum berkahwin, mereka boleh berdating dan menonton wayang bersama. 

aku pula menghabiskan masa dalam kereta, pusat khidmat dan juga program untuk mahasiswa dan anak muda. 

matlamat untuk menggerakkan satu gerakan yang liberal tanpa didokongi mana-mana kefahaman sempit mengenai perjuangan. tanpa mengikat pemikiran penggerak gerakan dengan ideologi agama atau kumpulan. 

bukan mudah. 

untuk menggerak dan menyebar ideologi fahaman kumpulan islamis adalah mudah.

mampu melahirkan ribuan penyokong dengan menggunakan 1 nama iaitu "islamik". 

namun, tidak bergunalah itu semua untuk gerakan andai hanya nama sahaja tetapi gerakan nya dibaculi dengan rasa yang pendam dan takut untuk menyatakan kebenaran dan penentangan kepada pihak yang dalam barisan yang sama. 

sebab itu, aku cuba menjadikan KAMI sebuah kumpulan yang LIBERAL. 

membebaskan diri daripada pelbagai ideologi yang mengikat. bermakna, tidak salah berideologi, tetapi jangan mengikat kepada gerakan. 

dalam KAMI, ada india dan ada cina dan ada melayu jua. 

yang india berminum arak, yang cina membuka aurat dan yang melayu boleh terus kekal dengan gaya hidup seorang muslim yang baik. 

saling menghormati amalan kita. 

apakah masa depan kita semua andai...

- Malaysia menjadi sebuah negara yang seperti Arab Saudi
hukuman hudud ke atas pesalah yang miskin. 
pesalah yang kaya boleh terlepas dengan membayar duit. 
yang miskin papa mencuri pun dipotong tangan. 
terpaksa mencuri kerana miskin. 
maka berlawan lah dengan sabda nabi bahawa yang miskin tak perlu dipotong tangan kerana mencuri. 

andai yang melaksana hukum hudud itu adalah ekstremis
andai yang melaksana hukum hudud itu adalah yang degilist
andai yg melaksana hukum hudud itu purbabist

maka habislah terseksa sekalian umat kerana hudud dan negatiflah ISLAM di mata rakyat

biarlah yang melaksana hudud seterbukanya Ahmadinejad
biarlah yang melaksana hudud itu sedetailist khamenei, 
biarlah yang melaksana hudud itu semengkajinya khomeini, 

insha allah, hudud berjalan dengan adil dan tidak ada seorang yang terlepas kerana kaya, dan tidak ada seorang pun yang dihukum kerana mencuri dek kemiskinan. 

semoga Allah selamatkan. 

tidak akan dihukum hudud jika PAS memerintah kerana dia anak sultan. 

rugget dan seksi. anak muda teruna di Iran yang begitu open minded mengaji di tepi-tepi masjid. fenomena yang tidak akan anda lihat di negara lain.

persidangan fikah Islamiah di Perak minggu lalu. ramai mahasiswa terpukau dengan kecerdikan dan keterbukaan pemimpin spiritualis Iran, seorang bertaraf ayatullah. ribuan hadir. 

anak perempuan Imad Moughneh(syahid lubnan) ketika ulangtahun mengingati palestin

lambang perpaduan. dari mengkritik, kini mencintai. semoga Allah jadikan kita dan mereka dua golongan yang berpaksi kepada syahadah, melaksana dengan adil dan sejahtera. 

salam muhasabah


Saturday, September 15, 2012

KAMI dan MKM anjur program 16 spetember

mahasiswa anjur program bermanfaat. berhibur sambil berpolitik. best beb. :-)

harap sebar kan..

klik pada gambar utk tatapan lebih puas

smbut lah perayaan yang meriah dengan berhibur mengikut landasan. 

Monday, September 10, 2012

Najib Kantoi Berjoget Gaya GAY dan LESBIAN

setelah kantoi melarikan artis terkenal semasa zaman mudanya, kini Perdana menteri kita malaysia yang ke enam itu sedang kantoi apabila video lucahnya bersama Rosmah terdedah.

hahaha

aku lebih rela tengok video lucah anwar daripada tengok video bodoh najib dan rosmah berjoget tak ingat dunia. hahaha

ini semua pasti muktazilah! hahaha

lihat lah perut2 buncit macam babi dalam video ini sedang menari.

sedang si miskin dan papa kedana menderita kerana polisi kerajaan yang tidak membantu,

si Najib dan Rosmah yang selama ini terpekik kat tv dan radio kononnya nak bantu rakyat miskin papa kedana dari menderita, telah ditunjukkan oleh ALLAH sendiri video lucahnya itu yang sedang memekik kegembiraan dalam kekayaan dan hiburan yang melampaui batas syarak.

isterinya Rosmah pula, jelas, bukan saja tidak menutup aurat tetapi menyayi berdua dengan lelaki ibarat perempuan sundal dalam PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM.

mana kredibiliti Najib sebagai suami?

inikah yang orang Islam dan Melayu kita nak naikkan jadi pemimpin?

sori beb. gua yang jahil pun tak akan pilih. kalau lu orang nak pilih, lu pergi la masuk neraka sama2 dia.


 1 syawal kita beribadah dan berziarah kerana allah.

PM dan isterinya pula berjoget meraikan dosa.

fikirlah tuan2...

Sunday, September 9, 2012

gambar-gambar Polis Kantoi ekori mahasiswa

lu orang semua tahu kan apa jadi pada Malaysia?

menurut Dr Wan Azizah , presiden Parti Keadilan, jumlah anggota polis yang ditugas untuk mengawasi kes terlibat dengan politik lebih ramai berbanding jumlah anggota polis mengawasi kes jenayah. 70 % kalau tak silap gua, polis diperkudakan untuk bertugas menjaga budak2 yang join politik.

ini semua sampah lahanat.

berikut aku dedahkan gambar beberapa anggota polis yang skuad Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dapat tangkap berdasarkan kamera tertutup yang KAMI letak di celahan pokok dan celahan kangkang.

akhirnya..POLIS ITU KANTOI.

gua tak bermusuh dengan polis beb. tapi gua nak dedahkan ini sebagai pengajaran untuk kita, jangan lah buat kerja bodoh dan buang masa macam polis2 ni buat hanya kerana takut dengan MAHASISWA dan anak MUDA

masa kitorang satu team makan-makan.....ada nampak 3 makhluk yang amat pelik menunggu kat kereta bukan main sambil pegang kamera. mula2 aku igat dia nak tarik kereta orang. tapi....

gua pun sembang-sembang dengan member2 gua yang amat berani mcm ASraf, Bakhtiar, Akram dan kitorang cuba berlagak hensem masa tu dibawah rimbunan pokok sambil berbaju BERSIH yang kuning mcm baju sultan

belakang sekali baju hitam tu adalah NIK HAKIM , member yang kena belasah kat dataran isu PTPTN hari tu. berani beb walaupun dia keding je. dia budak Kota Bharu. kat Pauh Lima. 

kitorang putuskan untuk merentasi jalan raya dan buat sesuatu yang molek


kebetulan tangan gua ada puluhan keping pamplet kecik yang boleh didakwa dibawah akta hasutan, maka gua pun apa lagi, edar lah risalah

datang lah beberapa orang jurukamera. katanya dari media. 

ok, skang member gua sedah datang beb. POLIS cawangan KHAS dari SHAH ALAM. 

maka terjadi lah muka hensem brother ni. polis rupanya


ops, sejak bila student UITM ada jadi mata-mata ni? ni ong nama dia. member fakulti gua. gua kena gantung, dia suka la. hahaha. dia duta UITM


gua apa lagi, buat muka hensem lagi  

syok bhai...ramai orang nak tangkap muka gua dan kawan2. mungkin sbb gua hensem sangat

bakhtiar dan akram apa lagi, terus edar risalah. memang berani beb member2 gua ni. 

aku punya syok kena tangkap dan rakam gambar, tiba2 awek aku call. 

siot. tak kasi masuk kawasan kampus aku? uitm ni bapak kau punya ka?

mampus la. kat luar pun kat luar la. 

akhirnya setelah ratusan kenderaan berjaya kita hentikan dalam masa setengah jam, KAMI pun pulang dan akan masuk ke USIM pulak lepas ni. hati2 beb pentadbiran USIM. universiti baru yang nak ditarbiah jadi macam UITM. awas beb! 


Saturday, September 8, 2012

UNCLE SEEKERS di JANDA BAIK

8 sepetember adalah detik bersejarah. bukan sahaja tarikh itu menyaksikan ribuan Yahudi lari dari US kerana bimbangkan serangan pejuang, malah tarikh itu juga memulakan september 2012 Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dengan satu proses "tarbiah" atau training dengan penganalisa politik terkenal SYED HUSSEIN AL - ATTAS bersama anakandanya UNCLE SEEKERS.

keduanya ada ketokohan yang tidak ada tolok bandingnya.

masing2 ada cara dan jalan yang dipilih untuk terus berjuang.

sesi training seharian ini tidak sesaat pun membuatkan kami 3 kereta berasa bosan malah teramat seronok dan dibawa keliling JANDA BAIk

penggerak KAMI bersama Pak Habib ( Syed Hussein al-Attas)

KAMI berjalan-jalan dengan pak habib dan UNCLE SEEKER

UNCLE SEEKER memulakan sesi luar rumah

lagi gambar yang hebat dan banyak akan menyusul di FB aku: KHALID MOHD ISMATH

Monday, September 3, 2012

Makcik PERKASA beragama Yahudi insaf masuk Islam

"ketika nabi sedang berjalan berdakwah., maka seorang perempuan Yahudi tua melontar batu dan sampah ke arah nabi SAW. namun, ketika geringnya wanita tua itu, kesakitan, menderita, wanita tua itu insaf sebaik nabi saw terus melawatnya dan membantunya dalam kesakitan tuanya itu." - dipetik dari cerita kisah perjuangan nabi saw

saya kasihan sangat pabila melihat begitu semangatnya wanita tua bertudung merah dalam video dibawah menjerit-jerit sampai batuk2 tua kerana memaki anwar. turut kelihatan pakcik-pakcik tua berbaju PERKASA dan budak-budak tingkatan 3 sekolah menengah kebangsaan di Alor Setar. 

berapa PERKASA bayar? berapa UMNO bayar? 

saya sedar. sedar demi sedar. 

wanita tua itu bakal mengulangi sejarah dan sirahnya ketika wanita tua beragama Yahudi membuat perkara sama kepada Nabi saw. Nabi berdakwah, wanita tua yahudi itu memaki hamun dan mencarut pada nabi.. malam tadi mengisahkan kisah sama. seorang wanita tua bersama beberapa kelompok kecil semut lelaki tua, berhadapan dengan anwar yang sedang berdakwah didalam masjid. 

entah kenapa. mereka PERKASA sanggup meniup asap rokok yang jijik dan najis ke dalam dewan solat. 

entah kenapa. tua-tua PERKASA sanggut nak masuk masjid rumah Allah pakai kasut dan selipar? 

nampak benor mereka tak pernah tahu apa itu adab ketika di masjid. 

ini beza sangat dengan cara Pakatan berkempen menentang BN, berbeza sangat. 

minggu depan kalau tak ada aral, saya akan bersama Dr Afif untuk berkempen pilihanraya untuk PKR di kawasan pertandingannya. 

saya harap, saya dapat menginsafkan mereka yang beragama Yahudi itu untuk masuk Islam dengan menunjukkan betapa alim dan waraknya saya. hahaha. 

selamat meng-yahudi-kan melayu.