Wednesday, June 27, 2012

Senarai Produk Yang Lebih Haram Daripada Babi

seperti yg telah saya janjikan semalam, saya sedang mengkaji produk-produk yang benar-benar memberi sumbangan dalam jumlah besar dan serius kepada Zionis secara konsisten dan seterusnya mendedahkan kepada anda semua.

selain rujukan saya kepada laman-laman sesawang, saya juga berhubung dengan beberapa pengkaji muda dari Asia Barat, Eropah dan Timur Tengah mengenai produk-produk yang dikaji ini.

berikut hasil kajian, inilah produk yang sering kita agungkan di Malaysia. keagungan yang kita beri pada produk ini adalah jauh lebih tinggi tahap agungnya berbanding keagungan yang kita beri pada raja-raja melayu. jadi, adalah serius hal ini kerana ditakuti akan menyebabkan kita derhaka kepada raja-raja melayu.

jadi, sila jauhi mengagungkan produk-produk ini. saya yakin, para sultan kita juga tidak mahu ada perkara yang agung diberikan kepada zionis.

1) McDonald

- memberi sumbangan kepada ketenteraan Amerika dan hubungan diplomatik Israel.
- sumber: Jewish United Fund

2) Tesco

- bertanggungjawab dalam memasarkan produk-produk Israel dalam jenama Tesco dan melalui rangkaian-rangkaiannya.
- menyumbang hampir 74 juta dolar dalam ekonomi Israel
- sumber: Tivall

3) Nestle

- pelabur terbesar di Israel.
- kadar pelaburan mencecah 850 juta dolar
- runtuhnya Nestle, maka runtuhlah separuh ekonomi Israel
- sumber: Jubilee Award of Israel

4) Coca - Cola

- membina tapak di atas tanah rampasan Israel daripada rakyat Palestin.
- menyumbang tajaan untuk anak-anak Israel minat dalam kententeraan Israel
- bertanggunjawab dalam memberi anugerah-anugerah kepada pemimpin tentera Israel
sumber: JCC

5) DANONE

- syarikat makanan(biskut dan snek) {chipsmore, tiger, etc...}
- menyumbang 20 % saham dalam syarikat israel.
- membina tapak R&D di atas tanah haram yang dirampas daripada Palestin.
sumber: Danone Research Institute


ULASAN :

kalau anda masih tak mahu boikot, maknanya anda sama-sama lah ZIonis. cilaka lahanat haram jadah.
nak tahu kenapa kena boikot zionis ni?

google: "kezaliman Israel keatas rakyat palestin"


ini yang berlaku di palestin hari-hari. mahu ke sekolah, ditembak dan ditangkap dahulu. 


Tuesday, June 26, 2012

Fitnah Puak Anti Syiah(UMNO) berkecai lagi

puak-puak yang anti Syiah ni boleh lah dikategorikan kepada dua:


1) totok ahli UMNO
2) penyokong kerajaan perpaduan UMNO-PAS


kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir telah memberi impak kepada gerakan islam seluruh dunia. ketika itu, puak-puak anti syiah sibuk mempropagandakan bahawa kerajaan baru Ikhwan akan memutuskan hubungan dengan Iran dan berkonflik dengan Iran kerana kononnya Ikhwan anti-Syiah.


umum tahu bahawa semasa zamannya pemerintahan kerajaan sekular(husni mubarak), merupakan kerajaan pro-Barat dan anti kepada Iran.


naiknya Ikhwan, Dr Mursi memberi jaminan hubungan yang intim antara Iran dan Mesir akan disambung semula dan Mesir akan jadi pengikut setia kepada kerajaan Iran.


ini bukti keratan akhbar sebuah akhbar nasional tempatan



saya tak pasti jika keratan ini cukup besar untuk membuka mata masyarakat Muslim Melayu di Malaysia yang masih mengongkong pemikiran mereka bahawa "mazhab" itu hanya satu sahaja yang betul iaitulah Ahlul Sunnah sedangkan tidak ada hadis atau nas mengenai mazhab dalam Islam. 

ulamak-ulamak Muda UAE pula pada 16 jun yang lalu dalam "hawater shabb" mengulas mengenai mazhab Syiah Imamiyyah bahawa pertemuan ulamak sedunia yang mutakhir telah MENGHARAMKAN umat Islam mencaci dan mengutuk mazhab lain dalam Islam termasuk Syiah Imamiyyah. 

saya tak pasti jika cukup kuat hujjah saya untuk menimbulkan perpaduan ummah. Namun, "barangsiapa yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, maka berbaiklah sesama kamu." 

wallahuaklam. 




Monday, June 25, 2012

Syria, Syiah dan Aduka Taruna

apabila terserlah isu Syria-Amerika, rupanya ada berpuluh ribu muslim yang masih bangang memilih untuk bersama Amerika.


kononnya kezaliman dan keganasan Syiah adalah lebih dahsyat berbanding New World Order tajaan Amerika. ini lah realiti golongan lebai yang mengaku berada dibawah PAS sebuah parti islam terbesar di Malaysia.


dengan kedangkalan Pemuda PAS mutakhir ini yang melancarkan demo anti-Syria (tanpa sambutan umum), telah menyerlahkan lagi 'aib parti itu. ramai golongan haraki dan juga pengkaji-pengkaji muda yang berpemikiran liberal melihat tindakan pemuda PAS sebagai golongan yang tidak faham isu dan mencemarkan reputasi parti itu dalam kalangan muda-mudi yang "sempoi" dan "liberal" serta freethinker yang juga baru sahaja nak mengenali parti Islam itu lebih dekat. Namun, dek kedangkalan dan sikap pemuda yang cepat melatah, mereka sudah tidak mahu dan takut hilang arah. begitulah survey saya ke atas golongan freethinker yang rata-rata anarkis yang mahu berkenan mengetahui mengenai pemuda gerakan Islam di Malaysia. bermula di Dataran Merdeka beberapa bulan lalu apabila Ketua Pemuda PAS hadir ke dataran dan duduk di sebelah saya semasa diskusi awam pada satu malam dalam tempoh demo 14 hari perkampungan mahasiswa di atas dataran itu, muda-mudi yang anarkis, ethist dan freethinker ini mula bertanya kepada saya siapa dia yang berkopiah duduk di sebelah saya dan siapa dia yang di"escort" oleh unit amal nya itu. seraya saya menjelaskan, saya memang berhasrat mendekatkan golongan islamis ini kepada muda-mudi tersebut(kononnya nak berdakwah) tetapi ternyata isu Syria yang dipahami oleh kedua-dua golongan itu yang berbeza telah menjadi jurang perjauhan.




Isu syria adalah berbeza dengan apa yang diterangkan Riduan Mohd Nor dalam tulisannya yang hanya ekstrim melihat isu Syria dari satu sudut pandang atau dari satu sudut yang ber"assobiyyah". kalau saudara nak baca isu Syria, belajarlah dari golongan yang lebih percaya dan lebih terbuka pemikirannya kerana itulah golongan yang adil. baca sini mengenai isu Syria: (ISU SYRIA YANG SEBENAR-tulisan Amin Iskandar "Intelektual Awam Asia") dan juga ada kenyataan TIMBALAN PRESIDEN PAS dalam tulisan Amin itu. 


"barangsiapa yang memperjuangkan "assobiyyah", maka matinya dalam "jahiliyyah" - hadis muslim.


Isu Syiah juga ada ditekankan dalam tulisan bro Amin tersebut. klik dan baca link dalam braket tu.


Syiah merupakan satu mazhab yang telah dideklarasikan oleh kesatuan ulamak sedunia sebagai mazhab yang sah. ya...memang ada suara segelintir ulamak yang menolak Syiah, namun, suara itu adalah minoriti daripada kumpulan ulamak tersebut kerana yang sudah dideklarasikan adalah Syiah sebagai muslim manakala yang sibuk nak hentam syiah tu kafir dan sesat masih tidak ada sebarang "deklarasi bertulis". deklarasi adalah kesepakatan para ulamak tertinggi ahlul sunnah. itu sudah cukup bagi orang-orang syiah menerima haknya.


tok guru nik aziz juga mengiktiraf hubungan dengan Syiah. 


Habib Ali al-Jufri (Ulamak Sunni terkenal) juga mengiktiraf hubungan dengan Syiah

Aduka Taruna baru-baru ini telah dipukul oleh samseng UMNO kerana Aduka memperjuangkan Royalti Minyak. apa yang UMNO takut sangat dengan kebangkitan pemuda seperti Aduka? kerana UMNO takut anak-anak muda akan jadi liberal seperti Aduka sekaligus menolak puak-puak pro-perpaduan UMNO-PAS yang ada di kelantan dan serata malaysia. hati-hati orang pro-UMNO dalam Pakatan, anak muda sudah mula ramai menjadi "liberal" dan tidak berjuang hanya kerana parti, tetapi kerana integriti.
Aduka Taruna (blogger muda terkenal) dicederakan oleh penyokong UMNO semalam



akhir kalam,


solawat dan salam buat ulangtahun kelahiran Imam Ali Alaihissalam ...

Sunday, June 24, 2012

cerita duka rakyat biasa, sultan terkedu, pemimpin kaya tergeliat

syukur.

saya cukup rasa puas apabila setiap kali selepas habis ceramah, saya dapat menceritakan penderitaan dan keperitan yg berlaku ke atas rakyat.

saya juga merasakan, rakyat bawahan hanya terkesan apabila mereka mendengar sndiri tangisan dan cemikan daripada penceramah yg sama2 rakyat bawahan. mereka dapat menyelami itu semua apabila yg menyampaikan cerita derita itu adalah yg segolongan dengannya. berbeza dgn ceramah yg disampaikan para YB atau Dato. rakyat akan terkesan, tetapi rakyat tidak dapat menyelami "penderitaan" yg disampai dari cerita seorang berada.

saya berceramah di kedah mutakhir ini. tempat zulkiflinordin, azizan razak, semua saya pusing dijemput pakatan rakyat. saya berjaya lihat bahawa rakyat ada yg menitis air mata tatkala saya menceritakan apa yg berlaku ke atas golongan muda, tua, kanak2 dan wanita ketika Bersih 3.0. selain itu, cerita mengenai kezaliman dan kemiskinan juga menjadi poin utama dalam menyelami jiwa dan nurani sesama kita.

 
cerita ini , pemderitaan ini hanya dibenarkan dan disahkan oleh air mata rakyat. bergelumanglah najib dan para pemimpin BN dengan kesengsaraan satu hari nnt. para sultan juga tidak akan dapat menyelami kesusahan rakyat jika 24 jam masanya hanya di istana besar dan mewah tatkala rakyat masih dirumah usang dan papa.

Friday, June 22, 2012

UMNO mula sebar video lucah

kerja-kerja menyebar video lucah dalam media massa memang agak hangat beberapa ketika yang lalu.

tapi..saya suka nak dedahkan satu lagi kebangkitan.

ini untuk melucahkan masa depan UMNO.

kalau UMNO bicara seks itu tidak lucah, maka inilah yang lucah bagi mereka agaknya.

UMNO saban kali merancakkan nafsu anak muda dengan meraikan pesta-pesta bogel K-POP di putrajaya baru-baru ini . bagi UMNO, itu semua tidak lucah kerana tubuh badan wanita tidak menutup aurat itu adalah satu perkara penting bagi meraih undi dalam PRU

UMNO lupa bahawa pakatan rakyat ada ustaz azhar idrus yang lebih mempesonakan "nafsu" anak muda hari ini. wanita free hair, lelaki seluar skin, semua nya suka kepada azhar idrus kerana agamanya. maka UMNO telah rugi kerana berbogel sama atas pentas belia semasa hari belia negara. malulah najib pada anaknya kerana anaknya cukup meluat melihat bapanya menari dengan wanita bogel atas pentas. tapi apakan daya, anak najib pun rupanya kaki perempuan. memeluk perempuan separuh bogel. lihat gambar-gambar dibawah. kita pasti termenung. jangan masuk tandas kerana ditakuti akan gugur segala punggung.

 ini video lucah yang umno takut. - KLIK

gambar-gambar alim ulamak UMNO dibawah:

anak siapa? lelaki rambut botak itu anak siapa? perempuan bogel itu anak siapa?


perut boroi berbaju merah itu sedang nak berjoget dengan siapa? 

artis bogel dan lucah dari jepun dan korea. 


ini barisan anak muda. semuanya ada sedar dan ada maruah. habis demo semuanya teruk dibelasah tapi redha. mereka hanya mahu kasih Allah maha esa. mereka rela dibelasah dan diterjah serta difitnah, tetapi mereka punya maruah untuk terus menentang rejim yang maha zalim sialnya. 


Thursday, June 21, 2012

Perbalahan Adalah Kerana Wujud Jemaah Yang Angkuh

Saya mula menyertai jemaah Islam atau lebih "liberal" jika saya sebut "persatuan Islam" secara rasminya pada    2009. ketika itu, saya memang lepasan sekolah Islam dan memang agak minat dalam bidang-bidang berkenaan perbandingan agama dan mazhab.

saya pun dengan takdir Ilahi, dipertemukan dengan jemaah Islam yang bernaung dibawah dewan pemuda PAS.

saya tanpa fikir panjang, amat merasakan satu penghormatan yang amat besar buat saya dari Ilahi untuk bersama dalam gerakan itu.

mahu tidak mahu, memang begitu banyak beban dan tanggungjawab. hendak-hendak lagi sebagai seorang "amir" dalam kampus tersebut.

tamat dan selesai dengan "kejumudan" sesetengah senior dalam jemaah tersebut di negeri sembilan, saya terus berkhidmat dengan sebuah cawangan PAS berdekatan kampus KUIM untuk membimbing adik-adik saya dalam jemaah dengan mempunyai koneksi secara terus dengan pemuda PAS cawangan itu. sayangnya, saya terpaksa mendaftar masuk untuk sesi ijazah sarjana muda di UITM.

di UITM, saya masih membukakan hati saya untuk gerakan itu. hinggalah saya dituduh sebagai pembawa ajaran sesat ke dalam jemaah, saya pun mengeluarkan diri dari kepompong dan belenggu kebejatan segelintir  kumpulan yang mengaku sebagai pimpinan gerakan Islam(peringkat kampus dan negeri).

saya pernah dibawa berjumpa dengan beberapa orang pimpinan PAS di peringkat negeri(kedah) ketika itu dan barangkali, ada harapan untuk "pergi jauh" dalam jemaah kampus ketika itu.

Walaubagaimanapun, setelah melihat sendiri bagaimana akhlak dan sikap sebahagian besar pimpinan pemuda ketika itu, saya mengambil keputusan untuk "beruzlah" sehinggalah saya "kembali" semula dengan kajian dan selidikan saya seterusnya berjumpa dengan komrad-komrad daripada KAMI.

saya nak petik disini, pimpinan jemaah Islam khususnya yang mengaku diri mereka sebuah "harakah", tak perlulah nak berangkuh diri dan bersombong dada kerana Islam hanya tinggi martabatnya pada sikap dan akhlak pimpinan  yang zuhud dan zahir serta batin yang suci bersih dari dendam dan hasrat mencantas orang lain.

buat para mas'uliyyah di dalam peringkat jemaah kampus, ketahuilah bahawa kumpulan yang anda pimpin adalah kumpulan yang kecil(sama kecil macam kumpulan liberalisasi lain) dan tidak mampu untuk memberi ancaman kepada rejim taghut yang ada atas muka bumi ini. justeru, bersikap mulia dan murnilah dengan gerakan-gerakan yang lain yang tidak berdiri di atas dasar Islam secara formal tetapi bersikap "islam" dalam perjuangan. kesatuan menjamin kesejahteraan. ketepikan dasar agama dan pegangan. yang penting, prinsip perjuangan!


salam KONGRES MAHASISWA NASIONAL 2012. Yayasan Selangor. 23 jun . Petaling Jaya. Jam 9 pagi. jumpa wakil KAMI disana. :-)


Tuesday, June 19, 2012

Operasi 2020, seorang lagi mahasiswa akan jadi mangsa rakus Barisan Nasional

selepas digantung selama satu semester kerana Demo PTPTN, saudara Haziq yang juga merupakan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) kini berdepan dengan reman pihak polis dan para belasahan samseng UMNO kerana dituduh dimurkai Sultan.

tindakan Haziq merupakan manifestasi satu pendaman hati anak muda yang tidak berpuas hati dengan kekayaan seorang pemimpin yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi.

Haziq yang semakin lantang selepas digantung juga merupakan setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) dan kini sedang menjalani "internship" dengan sebuah firma guaman terkenal di ibu kota.

tindakan haziq turut diraikan oleh ramai lagi anak muda yang mengutuk tindakan seorang sultan di sebuah negeri yang telah membeli nombor plat kenderaan dengan harga hampir jutaan ringgit.

inilah barangkali "kebangkitan" yang sudah mula dibakar di pangkalnya dan akan merebak ke seluruh "batang"nya untuk meREVOLUSIkan Malaysia ke arah negara yang bebas pemimpin korup.

Hidup Rakyat, Hancur Korupsi!


saya dan Haziq(depan) ketika ditahan polis kerana menderhaka kepada ROSMAH. 

tapi kali ni Haziq akan kena tangkap kerana DERHAKA KEPADA SULTAN. hukhukhuk.

INGAT! OPERASI 2020 yang dijaja oleh Pro-M satu ketika dahulu? 

barangkali ini lah pelannya. 

Mahasiswa dan anak muda lantang akan ditangkap dan dipenjara. 

hmmm......

Thursday, June 14, 2012

pimpinan pemuda PAS yang mula hilang arah???

Acap kali saya selalu mendengar sahaja kritikan daripada golongan muda ke atas kepimpinan pemuda PAS. kekadang terpalit terus ke atas nama Pemuda PAS secara total. saya selalu nak perbetulkan persepsi muda-mudi bahawa yang dikritik itu patutnya hanya pimpinannya sahaja, bukan seluruh pemuda itu.

dalam PAS, saya terlalu kagum dengan semangat Unit Amal.

saya tak seberapa kagum dengan Tuan Guru Haji Hadi selepas dia memegang jawatan presiden.

tetapi saya amat kagum dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

saya suka menganalisa. dari kehidupan awal zamannya Haji Hadi sebagai golongan muda dalam PAS sehingga zaman dia sudah tua dan berpangkat ini.

Haji Hadi dalam ceramah mudanya selalu sahaja meremangkan bulu roma saya kerana begitu semangat dan jitu ucapannya. pidatonya mencengkam segala keliling mata buat saya tak mampu lena mendengar "khutbah" itu yang sungguh membakar.

ah, ketepikan soal itu dahulu. saya bukan nak cerita pasal figura ini. saya nak bercerita mengenai "hilang arah" dewan pemuda PAS.

selaku sebuah badan yang besar dalam sebuah parti yang besar, Pemuda PAS seharusnya fokus mengenai isu yang prioriti. disamping bijak mem-fokus isu, adalah penting juga mengkaji rasional isu.

saya akui, saya bukan insan yang begitu educated untuk mengajar ini semua.

tetapi setidaknya, tidaklah kita kelihatan begitu dungu apabila berhadapan dengan situasi.

tindakan pimpinan Pemuda PAS baru-baru ini yang mengarahkan sekumpulan kecil pemuda PAS berdemo di hadapan kedutaan Syria  kononnya kerajaan Syria itu zalim akhirnya mendapat celaan orang ramai yang bijak pandai yang tahu secara lebih detail isu ini melalui IKHWANUL MUSLIMIN dan Saudara Mohd Sabu sendiri selaku timbalan presiden PAS.

terbaru sekali, malam tadi Tuan Timbalan Presiden PAS sendiri melontarkan sekali lagi isu Syria di Radio Bangsar Utama yang saudara-saudara boleh dengar melalui internet.

ini semua hasil daripada tidak ada muafakat dan kajian dalam barisan pemuda.

saya bersembang lama dengan tokoh pejuang mahasiswa (kini pegawai khas YB Azmin Ali), saudara Hilman Idham mengenai apa lemahnya pemuda dan mahasiswa hari ini khususnya daripada kelompok kumpulan Islam.

jawab Hilman, lebih kurang apa yang saya faham adalah daripada sudut strategi, kaji, selidik dan tiada muafakat kerana hanya fikir mereka sahaja golongan hebat.

ya...saya tahu ramai akan cakap bahawa Hilman adalah datangnya dari puak-puak bukan Islamis. Namun, untuk perhatian tuan-puan Hilman merupakan "budak surau" juga semasa di kolejnya di UKM. beliau memilih KAMI di kampus kerana beliau lihat apa tak kenanya dengan kumpulan Islamis pada masa itu yang tidak terbuka. Namun, saya percaya, setiap kumpulan ada kelemahannya tersendiri.

apapun, saya amat berharap agar kepimpinan pemuda Parti yang besar baik PAS dan AMK ataupun DAPSY serta Pemuda Sosialis agar sentiasa mengkaji isu dengan teliti dan begitu fantastik. mungkin hari ini masyarakat masih ramai lagi yang boleh percaya dengan demontrasi kita, tapi akan datang, jika kita berdemo untuk perkara-perkara bodoh macam ini tanpa mengkaji isunya dan pangkalnya, maka bila sudah pecah ruyungnya pastilah akan ditertawakan oleh masyarakat betapa dangkalnya usaha yang kita buat kerana tersalah isu.

P/s: daripada demo di kedutaan syria, baik demo di kedutaan myanmar yang sudah soheh membunuh umat Islam di Rohingya. di Syria, kesohehan masih belum ada. sekadar lontaran idea. :-)


demo di kedutaan syria baru-baru ini yang dipimpin oleh Nik Abduh . anggaran harakah hanya 100 orang., anggaran FMT hanya 300. ini sudah campur dengan kumpulan-kumpulan GAMIS. :-) 

maka....pihak2 mahasiswa dalam GAMIS pun pasti ada yang tidak setuju isu Syria kita patut salahkan Assad. :-) 

namun, mahasiswa/i GAMIS bukan sosialis seperti Assad, tetapi mereka sudah mula bijak menilai siapa Assad dan angkara siapa apa yang berlaku di Syria. anak muda, rujuk pada Hishamudin Rais untuk tanya isu Syria. atau boleh rujuk terus pada Mat Sabu Timbalan Presiden PAS. 


selamat memerah otak

khusus saya tuju buat member2 UITM.

dalam kesibukan nak berhadapan dengan exam, ada sekumpulan besar budak2 UITM yang sanggup untuk turun bertugas dan juga ada yg sanggup turun berdialog dengan pimpinan parti pembangkang. mendengar apa yang bakal direalisasikan oleh pimpinan pakatan rakyat jika Pakatan memerintah nanti.

dan...saya yakin...jika kerajaan BN pada hari ini masih memerintah pusat pada masa depan,, maka revolusi student UITM pada 70-an dahulu yg diimarahkan oleh presiden PERKASA dahulu pasti akan berulang lagi..

kerana apa?

kerana budak2 sudah muak melihat muka VC yang tak paham isu semasa daN BERAT SEBELAH.

ayuh, kita REVOLUSIKAN negara melalui peti undi. undilah pakatan rakyat.

  dan bagi tempat yg tidak ada lambang pakatan rakyat...sila undi parti lambang tangan.


VIDEO yang "lucah" bagi UMNO untuk korang tonton:




Friday, June 8, 2012

akta 174 - jijik untuk saya buat rayuan

dengan terlerainya semangat 174 jam 11.30 tadi di kampus uitm shah alam oleh 3 panel hakim yang begitu totok jiwanya pada bangsa Melayu semata, ramai yang bertanya mengapa tidak membuat rayuan dan kenapa menolak pelawaan panel tersebut untuk berunding untuk rayuan.

ah, terlalu kotor 174 itu untuk saya buat rayuan mengenainya. saya hanya mahu bantai dan terus memberi ajal kepada akta zalim itu dan pembuatnya (BN) yang telah banyak "membunuh' mahasiswa UITM sebelum-sebelum ini.

dari zaman reformasi 98, hingga kini. BN tidak serik-serik mengguna akta sama menghukum muda-mudi berjiwa besar.

ini lahanat namanya.

biarlah 3 semester ini menjadi waktu rehat dan fokus buat saya kepada kerja-kerja pilihanraya. jikalau Pakatan menang dalam PRU 13, saya akan pastikan UITM diubah terlebih dahulu. hak untuk anak-anak melayu yang susah dan terpinggir akan terus terbela dibawah UITM dan dibawah Naib Canselor yang baharu.

kita tak mahu  naib canselor yang mengumpul kekayaan dunia yang banyak tapi sibuk bicara soal hipokrit nak bantu anak Melayu miskin. Kita juga tidak mahu Naib Canselor yang bicara seperti seorang alim ulamak tetapi merelakan kemungkaran berlaku dalam "jajahannya".


janji saya, "KITA AKAN UBAH UITM" demi kepentingan anak-anak bangsa Islam yang sebenar. tumbangkan kerajaan BN, menangkan Pakatan. syabas rakan2 UITM yang berani! 


barisan anak muda UITM yang berani. akan terus melawan arus karenah hipokrit



akta zalim. hutan. ladang lembu sharizat. balaci pencacai kepada rejim zionis. 




Wednesday, June 6, 2012

mahasiswa, pilihanraya dan gila kuasa

saya cukup terkilan dengan sikap dan akhlak segelintir ahli persatuan islam universiti yg terus mengkritik pendapat dan kenyataan dikeluarkan kumpulan aktivis mahasiswa independen(KAMI) bahawa KAMI tidak akan ikut serta dlm PRU 13 sebagai calon.

ini jelas bercanggah dengan keputusan majoriti dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

saya berpegang kepada prinsip asas sosialis dalam isu bertanding dalam pilihanraya ini.  jangan gusar, KAMI bukan gay dan lesbian ;-)

isunya disini ialah, syarat dalam perjuangan bagi seseorang itu untuk bertandng dalam pilihanraya ialah, mereka mestilah telah berkhidmat di kawasan itu untuk tempoh setidaknya 5 tahun. jika tidak, samalah kita mcm UMNO yg tidak pernah buat kerja utk kawasan yg ingin ditandingi, tiba-tiba masa pilihanraya sibuk nak tunjuk muka dan nak jadi calon. itu satu masalah korporat ala BN. Ada juga diamalkan oleh segelintir pimpinan pakatan rakyat. ini adalah bodoh dan wakil rakyat itu memang bodoh.

secara jujur, ada seorang pemimpin KAMI dan LMP yang pernah dibawa berjumpa dengan pemimpin sebuah parti politik untuk dipelawa bertanding dalam PRU. kalau nak difikirkan "gila kuasa", sudah tentu keduanya menerima. Namun atas dasar sedar dan prihatin akan muafakat ini, keduanya menolak seraya meraikan pertandingan oleh yang lebih layak.

mahasiswa, walaupun kita merasakan kita adalah yang terhebat, namun tidak bermakna kita perlu bertindak seolah-olah kita sudah tahu dan punya segala. ada perkara yang kita perlu utamakan maslahah umum dimana masa depan masyarakat terletak dibawah pimpinannya yang lebih lama dan amanah dalam kerjanya. hak mereka yang sudah lama bekerja di kawasan pertandingan itu, hendaklah dihormati dan diberikan laluan. Jangan pula disampuk dengan tangan yang baharu tanpa ada niat untuk berkhidmat kepada masyarakat kawasan itu, secara tiba-tiba masuk ke lubuk dan membina "mahligai".

jika mahu bertanding, persiapkan diri dari sekarang untuk 5 tahun akan datang. nescaya, mahasiswa mampu membina nama dalam pilihanraya. mari. buat kerja lapangan dan berkhidmat untuk kawasan yang ingin ditandingi.

salam perjuangan, salam atas Baginda SAW dan Keluarganya.




Saturday, June 2, 2012

Himpunan Hijau Anjuran PAS di Kedah adalah agenda Syiah???

team ulamak muda UMNO yang dipimpin oleh ustaz Kapur Barus(kumpulan yang anti ustaz azhar idrus) pasti akan terus membuat lawak jenakanya selepas ini.

selepas tarian bogel artis korea tempoh hari di ibu negara yang tidak dibantah keras oleh kumpulan ular dalam semak ini, saya yakin team yang mengakui diri mereka "ulamak" muda dalam UMNO ini akan terus membuat rakyat malaysia bercelaru dengan fatwa-fatwa nya.

persoalannya, adakah kita perlu menerima fatwa mereka ini? sudah lah tentu "tidak wajar" dan "haram" hukumnya jika kita rujuk pada ustaz abu nawas dari parti komunis. Abu Nawas diiktiraf oleh bukan sahaja ulamak di Malaysia malah ulamak di zimbabwe juga. hehehe.

kalau tak percaya boleh pergi ke FB Abu Nawas dan tanya sendiri secara online. dia akan jawab time tu jugak. hahaha

apapun.....anda boleh lihat dan bandingkan bagaimana anak muda yang dibawah tarbiahnya Pakatan Rakyat dengan anak muda yang dibawah tarbiahnya Ulamak Muda UMNO.

tarbiah cina DAP lagi berganda baik daripada tarbiah Ulamak UMNO. buktinya adalah seperti berikut:

hiburan DRIFT melampau sehingga menyebabkan kematian remaja

pemimpin negara Islam Malaysia bersama artis bogel

berita yang sama disahkan oleh akhbar arus perdana

lagi bukti artis luar negara yang kafir dan menolak islam

bukti soheh. salah sila saman saya khalid. 

ini pula hasil dakwah muslim dalam Pakatan Rakyat kepada orang bukan Islam sehingga menyebabkan yang bukan Islam boleh hormat dan kagum serta mengamalkan sedikit sebanyak ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka. ini benar dan soheh. kalau salah sila saman saya. saya khalid.

baca dengan jelas. 

lagi jelas. 


cukup kagum lim kit siang kepada orang berserban. siapa mampu berdakwah seperti ini?

karpal singh yang dulu anti islam kini cukup suka dengan islam dan ulamak. siapa mampu dakwah seperti ini?


fikir-fikirkan.......kita buat pilihan. jangan biarkan mati kita dalam jahiliyyah kerana perjuangkan bangsa (rujuk hadis imam muslim mengenai perjuangan kaum)


Friday, June 1, 2012

laman sosial buat Barisan Nasional rasa SIAL

akibat terlalu berasa di-sial-kan, maka kerajaan Malaysia pun terus menerus menggunakan pelbagai cara menyekat kebangkitan rakyat yang men-sial-kan mereka.

terbaru, satu undang-undang baru dicipta bagi menyekat kutukan ke atas barisan nasional yang semakin dibenci  di laman-laman sosial seperti facebook dan blog. selain itu juga, saya percaya, ini adalah usaha kerajaan BN menghalang mesej-mesej parti pembangkang sampai kepada rakyat.

kerana apa rakyat malaysia benci sangat aih dengan BN ni?

kerana BN lah yang bertanggungjawab dalam pembunuhan seorang ulamak muda bernama Ustaz Ibrahim di Memali, Kedah pada tahun 85.

Bn juga lah yang bertannggungjawab dalam ketirisan dan kehilangan wang negara berjumlah 1 trillion ringgit.

ini dua perkara yang sudah cukup mem-bangkrap-kan negara baik dari sudut fizikal, mahupun spiritual.

pendek kata, punah lah kita jika BN terus memerintah.

ingat....!!!

ISA masih belum mansuh!! dan didalam tahanan ISA kini adalah beberapa orang pelajar jurusan agama yang ditahan Barisan nasional kerana belajar agama.

peristiwa ini tak akan buat aku padam dari perjuangan melawan BN. seorang ibu tua dibelasah hingga parah. 


anak PM kita ini juga tidak akan buat aku padam daripada terus ghairah melawan BN


perginya pejuang agama ini kerana dibunuh oleh BN , tidak akan buat aku padam untuk membalas dendam kesumat kerana pembunuhan ke atas ulamak oleh kerajaan BN. lawan tetap lawan!


ayuh tumbangkan kerajaan anti Islam!