Thursday, August 8, 2013

Aidilftri dan berselingkuh di bumi Syria

salam aidilfitri. perutusan khas dari team REVOLUSI HABIB buat anda semua

sempena aidilfitri, RH nak bagitau, posting tertinggi RH sepanjang RH ditubuhkan ialah cerita pasal" JKKK Fanclub dan penipuan atas nama agama".

sampai pagi raya, post tu masih ada orang baca. hahaha

anyway, ramai yang nak anjurkan debat dgn admin JKKK atas segala fitnahnya ke atas peguam pembangkang Syahredzan Johan dan juga saya. nombor telefon telah pun dibuka dipapar secara terbuka utk admin JKK call, tapi malang, tidak ada sebarang SMS diterima dari admin JKK

anyway, sempena raya ni, peguam SyahRedzan yang dikatakan "sesat, kafir, dan sekular" tu, telah ambil langkah melupakan hal ini dan memaafkan admin JKK yang buat fitnah ke atas beliau. 

lihat? peguam SEKULAR tu pulak yg nampak lebih ISLAMIK dalam hal memaafkan orang, berbanding orang yang dakwa diri nya sendiri ISLAMIK mcm admin JKK tu. 

hmm...apa nak jadi dunia. orang agama, jual nama agama untuk melariskan produk. 

saya pun nak maafkan admin JKK yang fitnah saya

so, kita bermaafan lah di pagi raya ni ye. huhu. 

kosong..kosong...ow..ow...macam lagu najwa latip tu. 

hah, di kesempatan ini, nak sampaikan kiriman salam hari raya daripada seorang pemimpin negara yang namanya tidak asing lagi buat kalian semua

kiriman salam ini disampaikan melalui seorang ustaz Sunni yang semayang sunat aidilfitri dibelakangnya beberapa jam yang lalu. 

klik pada gambar utk lebih besar

buat pengetahuan semua, disebelah presiden Bashar, adalah Mufti Syria. seorang ahlul sunnah. al fadhil al ustaz, Badreddin 

peliknya, kalau lah Bashar tu Syiah, kenapa la yang dibelakang bashar tu semua nya pakai serban gaya sunni? 

dan kenapa juga dia berselingkuh tangan ketika solat? 

setahu saya, Syiah meluruskan tangan ketika solat. 

dan semua tahu, mufti Syria adalah mazhab Sunni. 

boleh rujuk mana2 sumber utk lebih detail. 

saya beri link, siapa mufti Syria yang korang duk percaya fitnah amerika kata kerajaan Syria ni suka bunuh orang. baca sini:  - klik (siapa mufti syria dan penasihat bashar dalam politik?)

ketahuilah, bashar orang yang bersolat dan banyak membantu gerakan islam dunia

sebab tu, sampai sekarang, Allah masih tak jatuhkan Bashar. 

sumbangan Bashar kepada Palestin, Hamas Khususnya, jauh lebih besar daripada pertolongan yang pemimpin Sunni lain pernah bagi pada Hamas tu. 

Bashar bukan sahaja tolong dalam bentuk dana, malah bekalkan senjata, tentera dan perkakas untuk melawan Israel Laknatullah. 

anda fikirlah sendiri, kenapa Allah tidak terima doa kalian untuk kekalahan Bashar. 

ingat juga! Amerika penuh dengan propaganda fitnah. 

bak kata ulama sunni malaysia , Muhd Zuhdi, iaitu individu hebat yang menjadi pengantara antara pertemuan IKhwan Muslimin Syria dengan Tuan Guru Presiden PAS, "takkanlah tentera Bashar tu nak bunuh orang, dia rakam dulu dan kemudian upload." mcm lakonan wayang saja.

kalau orang nak bunuh, nak seksa orang, dia tak rakam. boleh jejas imej, keluarga dia jugak. malah keselamatan dia sndiri juga terancam. tak logik bila tengok ada rakaman pembunuhan. 

betul tu ustaz. saya setuju. 

dan untuk pengetahuan anda, sampai hari ini, Gabungan FSA tidak dpt memberikan bukti bukti kepada PBB akan penggunaan senjata kimia dan juga tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Syria kepada PBB. malah, pusara yang terkorban dikatakan puluhan ribu tu pun tak dpt dibuktikan bergambar kepada PBB. aik? rakam  video boleh, buat website boleh, takkan lah tangkap sekeping dua gambar bagi pada PBB tak boleh? nampak benor pembohongnya

anyway, selamat menyambut hari raya, ikhlas dari saya yang hensem lagi kacak bergaya.

 

Saturday, August 3, 2013

JKK FanClub dan penipuan atas nama agama

Rasulullah telah menjanjikan kpd kita di akhir zaman ini, akan ada satu golongan yang menggunakan nama agama untuk tujuan menipu.

baik untuk mengaut keuntungan, mahupun untuk menyebar fakta salah mengenai cara dakwah Islam.
JKK Fanclub mutakhir ini banyak menarik orang untuk membaca laman fb nya

masa kehangatan PRU 13, JKK Fanclub telah melaga-lagakan pimpinan NGO dan PKR dengan kepimpinan PAS.

antara yang berjaya dilagakan oleh admin JKK berasal dari terengganu ini ialah, kenyataan Che Gu Bard yang tidak merujuk kepada individu tertentu namun admin JKK menyatakan dalam FB ia dituju kepada pemuda PAS.

manakala, admin JKK ini juga pernah melagakan sesama pimpinan PAS iaitu antara Khalid Samad dengan kepimpinan lain dgn menuduh Khalid Samad sebagai parasit dalam PAS yang cuba jatuhkan team ULAMA dalam PAS.

terbaru sekali sebelum admin JKK pertikai aqidah saya ini, admin JKK juga menuduh peguam yang banyak membela pemimpin Pakatan Rakyat di Mahkamah sebagai kafir hanya kerana peguam Syah Redzan berlainan pendapat dengan Ketua Pemuda PAS

apa yg lebih tak faham ialah, admin JKK juga sanggup menipu dengan meletak printscreen kononnya kenyataan dari FB ketua pemuda PAS tetapi rupanya fb itu adalah palsu. FB sebenar Ust Nasrudin terdapat perkataan TANTAWI di hujung nama, MANAKALA JKK pula tak da perkataan TANTAWI. menipu atas nama agama , JKK halalkan.


masih su'u zhonn (sangka buruk) pada pemimpin PAS yg sudah mengakui tidak sesat. dituduh pula bertaqiyyah. haha. peliknya nak dakwah orang mcm ni.


Jawapan Peguam Syahredzan mengenai tuduhan Kafir oleh admin JKK


Admin JKK sewenangnya printscreen sekerat dua, dan tuduh akidah org lain sbg rosak.


cemburu pulak dia bila ada kawan2 dia sendiri marah kat dia sebab suka buat fitnah kt org lain


anda bandingkan nama Ust Nasrudin Hassan tu dengan page FB Ustaz Nasrudin Hassan yang sebenar dibawah ni:


ada perkataan TANTAWI di FB kETUA pEMUDA PAS tersebut. manakala Admin JKK printscreen tak da nama TANTAWI. menipu lah admin JKK atas nama agama



admin JKK bukan sahaja gagal faham politik, malah bukan dari kalangan akademik kerana Satun dan Johor pun dia x boleh beza


Admin JKK pertahan tindakan rasis guru besar sekolah seri pristana yang letak anak cina dan india dalam tandas.

seluruh pemimpin PR bersetuju tindakan itu RASIS. tapi JKK pertahan guru besar pro UMNO tersebut.