Tuesday, June 18, 2013

Kisah Amina dan kebebasan anak perempuan dalam Islam

Amina, seorang anak muda keturunan pakistan. Cantik. Lawa. Saya dah tengok mukanya.

Dia bersama keluarganya menetap di US.

Ayahnya berpegang pd islam ortodoks.

Menafikan hak anak perempuan utk memilih jodoh pilihannya sndiri

Ayah amina membawa amina ke pakistan. Kira-kira 3 jam perjalanan dari lapangan terbang

Amina kemudiannya dipaksa kahwin dgn seorang pemuda pakistan

Sebaik tiba, segala persiapan diatur

Tinggal dinikahkan saja

Amina semasa sampai ke pakistan, dia menelefon seorang rakan baiknya di US yg juga org pakistan

Amina mohon pd rakannya agar berbuat sesuatu utknya dan dia dalam keadaan yg amat takut

Di pakistan, di sebuah perkampungan kawasan pengamal Islam yg jumud, hak wanita ternafi.

Mereka boleh dipukul, dipaksa sesuka hati

Rakannya segera memaklumkan kepada satu badan NGO di US semacam SISTERS IN ISLAM

Tapi namanya saya lupa.

NGO itu ada kaitan dengan satu badan yg dilantik kerajaan amerika dan mendapat kerjasama baik agensi keselamatan USA.

Mereka bergegas ke pakistan dan memohon kerjasama polis pakistan untuk membawa aminah pulang memandangkan amina merupakan pemegang kad pengenalan negara US

Amina selamat akhirnya drpd dinikahkan oleh bapanya dgn lelaki yg tidak dikehendakinya.

Ulamak US yg mengulas kes AMINA menjelaskan kpd golongan minoriti muslim kelompok di kawasan tempat tinggal amina di US bahawa usaha kerajaan US itu adalah bertepatan dengan Islam kerana ibu ayah walaupun wajib ditaati namun dalam isu jodoh dan masa depan tuan punya badan, Amina boleh keluar daripada belenggu so called taat itu demi sebuah hubungan yg halal dan suci.

Dalam kontemporari pula, bulan lepas saya melepak di HQ JAIS dgn kawan2 JAIS.

Mereka maklumkan, JAIS juga sudah mulakan langkah membebaskan belenggu jumud dlm perihal jodoh dimana hakim syarie berhak menikahkan pengantin perempuan tanpa persetujuan wali.

Tahniah atas liberalisasi yg dipraktik.

Jodoh kita, masa depan kita, kita yg pilih. Mcm memilih pemimpin negara. Hak kita utk pilih.

Bukan mencari murka, tapi ini hak yg tuhan beri utk setiap manusia.

Oleh itu, wanita, sedari hak kalian!

*utk rekod, kes amina ditulis dalam reader's digest 2012.

~tonton lah oblivion utk pasangan bercinta


Monday, June 17, 2013

ketua palang merah: tak ada senjata kimia diguna di syria

www.islamtimes.org mendedahkan semalam.

di syria, tidak ada seorang pun pesakit yg dirawat atau mati akibat senjata kimia

malah, tidak ada pun yg memakai topeng elak senjata kimia

katanya lagi, senjata kimia tak pernah diguna dan tak pernah ada masa perang antara pembangkang dan kerajaan syria

so...selama ni..berita Syria Care tu memang sah penipu.

kalau anda nak tahu, Syria Care ni turut ditaja Yahudi dibelakangnya bagi memastikan perpecahan umat Islam

justeru, kita akan terus mendapat berita yg soheh dari ketua operasi Palang Merah Antarabangsa, Robert Mardiny serta apa-apa berita yang soheh hanya dari www.islamtimes.org

Palang Merah turut dianggotai doktor-doktor negara Islam yang telah banyak berkhidmat di banyak negara termasuk afghan dan iraq

ketahuilah, Mossad Israel dan CIA Amerika sedang berusaha memastikan umat Islam berperang sesama sendiri dengan melagakan kita dgn isu-isu yang bodoh.

umat Islam yang termakan agenda perbalahan mazhab ini adalah umat Islam yg bodoh baik sunni mahupun syiah.

bersatu kita bersatu.

Dr robert Mandiy (seorang anti yahudi) 


Wednesday, June 12, 2013

semua parti dalam pakatan tolak

lewat kebelakangan ini, 

setelah rakyat bosan dengan himpunan,

maka berkoalisi lah gabungan NGO pro pakatan dan pro kepada perjuangan rakyat

untuk membentuk satu jawatankuasa 

bagi mendesak supaya hari angkat sumpah ahli parlimen diboikot

ya, memang lah sebagai tanda protes

namun, cuba kita fikir,

kalau diboikot majlis angkat sumpah tu,

adakah ahli parlimen boleh mendapat elaun-elaun nya yang akan menjadi sumber untuk membantu rakyat di kawasannya?

kerana ahli parlimen pakatan tidak ada sumber lain untuk mendanai rakyat kawasan mereka melainkan elaun ahli parlimen yang 13 ribu ringgit sebulan itu

jika  ahli parlimen memboikot angkat sumpah,

gaji kakitangan pejabatnya mahu dicekau dari mana?

proses  pemberian elaun itu hanya berjalan apabila ahli parlimen angkat sumpah dan mula duduk dalam dewan bukan?

tapi yang paling penting sekali...

bagaimana YB-YB kita nak bantu rakyat dari segi bantuan kewangan jika tidak ada sumber pendapatan itu.

saya hanya melontar, tapi tuan-tuan tolong jawabkan.


kali ini kamu tembak, kami tak berganjak. kami berlagak. 




bersama Nicol Paul Miranda

berikut saya sertakan gambar-gambar. 

zaman awal saya melibatkan diri dalam kumpulan yang non-islamis. 

setelah saya ambil keputusan keluar dari jemaah islam kampus pd awal 2011

saya jumpa dengan Nicol Paul dan Faiz selain daripada Haziq Aziz yang kini merupakan pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia dibawah parti keadilan. 

Nicol dan Faiz pula maintain fahaman anarkis anti raja dan pemikiran liberal untuk kebebasan total rakyat malaysia

Nicol banyak membantu dan punyai fahaman yang baik dalam banyak agama

kalau org Islam nak debat dengan nicol pasal Islam, sekali lalu nicol boleh tibai walaupun dia ethist

Nicol pernah berada di atas pentas Amnesty semasa dipilih sbg panelis forum di annexe jika saya tak salah

Nicol pernah melawat beberapa negara berjiran malaysia untuk kempen kebebasan hak asasi yang diamalnya

walaupun ada beberapa perkara yang saya tak selari dengan nicol, tapi saya tak nafikan banyak ilmu saya dpt dalam gerakan dan juga kerja-kerja hak asasi daripada beliau dan sepanjang bergerak bersama beliau. 

nicol orang pertama saya jumpa setelah saya keluar dari JIK. 

Nicol bersama Irshad Manji 

ini antara program awal kami pergi bersama menaiki satu kereta (nicol berbaju kuning, faiz berbaju hitam)

kami bersama abg rozan (ketua penerangan AMK pusat)

Dr Jeyakumar(ahli parlimen sg siput) antara idealis yang digemari kami semua

Nicol membelakangi kamera bersama saya dan Haziq Aziz ketika memaki hamun polis di depan balai dang wangi kerana polis buta undang-undang. 


Tuesday, June 11, 2013

pimpinan wanita UMNO nak sertai Pembangkang di parlimen?

siapa wanita paling gemuk di dunia? 



maaf. saya silap tanya. 

siapa kah dato rosnah yang juga menteri ini ?

bila dilantik jd menteri di malaysia ini sudah lah tentu dia dari golongan parti pemerintah. 

parti pemerintah duduk dekat belah sana. (belah barisan ahli parlimen yang jadi kerajaan)

tapi hari ini dia merepek nak pilih ketua pembangkang? 

kerja dia bukan dekat parti pembangkang. 

dia patut pilih ketua dia dulu siapa nak jd ketua wanita UMNo...

bukan nya nak fikir siapa nak jadi ketua pembangkang...

kah kah! 

inilah apabila wanita UMNO dah mula meroyan

dari parti mana dia datang pun dia dah keliru

tiba-tiba...

dia keluar statement ....supaya...

JANGAN PILIH ANWAR..sbg ketua pembangkang

woi, anwar tu bukan dari parti kau....yang boleh bg cadangan siapa ketua pembangkang di parlimen hanya lah dari PAS, PKR dan DAP...hahaha! 




Saturday, June 8, 2013

PR akan down jika polis tak ganggu himpunan

Apa yg kita lihat dari reaksi anak muda pasal himpunan 15 jun ini ialah,

Mereka mahu balas dendam ke atas kerajaan

Mereka mahu bertempur dgn polis

Sy terserempak dgn junior2 saya uitm semalam,

Mereka beli borong topeng muka, serbuk lada dan juga garam.

Saya tanya mengapa

Mereka kata, mereka turun untuk berhadapan dgn polis

Saya beritahu

Polis bkn musuh kita (walaupun dlm hati, saya melonjak gembira bila mereka nak balun polis),

Sebab polis pernah pukul ibu saya separuh mati.

Polis pernah dera saya masa ditahan dua hari di dang wangi

Polis juga pernah belasah tahanan sampai mati

Polis pernah maki warga emas masa saya ditahan di IPD CHERAS.

Tp nak cool-kan keadaan, saya tanya adik2 uitm tu,

Mengapa mahu lawan dgn polis

Mereka jawab, krn mereka x suka kerajaan sedia ada ni

Nampak tak?

Imej polis yg amat buruk dimata rakyat sampai rakyat boleh samakan institusi polis dgn kerajaan memerintah iaitu BN

Sama jijik, bak kata orang kampong.

Oleh itu, geng2 muda ini mereka hanya harapkan agar polis jgn jadikan perhimpunan ini aman

Mereka mahu polis bertindak supaya mereka boleh tunjuk kuasa mereka sbg rakyat

Jikalau polis berdiam diri mcm apa yg berlaku di amcorp mall,PJ,

Maka budak2 muda ini akan down, dan pemimpin PR yang akan dimakinya

Oleh itu, saya harap, polis, agresif lah sikit 15 jun ini.

Supaya biar rakyat lg benci pd BN dan himpunan seterusnya lebih ramai akan dtg.

Kalau polis x simbah air kimia, tak tembak gas pemedih mata,

Anak2 muda ini akan lupa perjuagan nenek moyang mereka dan lupa kezaliman kerajaan mrk.


Friday, June 7, 2013

pasir mas most wanted yaw!


tunjuk peace

saya cintakan keamanan! kah kah kah!

terus aman dia dari muka bumi. 

terus tak nampak muka

tinggal gambar dan nama saja

ibrahim ali tinggal sejarah

rest in PEACE.. 

Wednesday, June 5, 2013

video ucapan rasmi Ahmad Deedat memeningkan kepala ejen Israel

banyak quote-quote palsu yang tidak tahu mana sumbernya memetik kononnya kata-kata ahmad deedad yang bencikan ahlulsunnah dan bencikan syiah kerana bermazhab. 

tapi sebenarnya...puak CIA dan MOSSAD israel lupa, Deedat pernah berucap pasal iran dan dirakam dan disimpan. 

Iran sebuah negara yang tersusun rapi pengurusan dan pentadbirannya ibarat ayat 4 surah assoff. 

justeru, CIA, u are as usual, late on action against iran. 

hahaha! 

buat umat islam, ini pesanan Ahmad Deedat supaya jgn kita berpecah jua. berpegang teguh pd janji Allah alquran dan sunnahnya. 


selamat menonton. 

gambar ini cukup memberitahu kita, Deedat mesra dengan semua umat islam. dia cuma bangkang dengan ketaksuban. 

ulamak syiah dan sunni bersatu. 



Sunday, June 2, 2013

kenapa turki memberontak hari ini?

selepas tuan tuan tonton video dipapar dibawah ni, tuan-tuan akan terkedu. 

sebuah kerajaan Islam bernama AKP 

dikepalai beberapa pemimpin yang acah acah parti islam

yang berjabat dengan israel

yg berjabat dengan setiausaha agung amerika syarikat

bertindak ganas seolah olah mereka kerajaan Barisan Nasional. 

sebab itu, saya tak pernah yakin kalau negara diperintah oleh parti Islam


mula-mula cakap nak perintah guna hukum allah

tapi lepas tu, hukum Allah jadi bapak dia punya hukum

siapa tak mau ikut cakap, terus dibelasah. tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan

di malaysia juga., 

parti islam suka buat fitnah

siapa tak sekepala dengan mereka, akan dicop sehabis-habisnya

syiah, sekular, sesat, kafir semua jadi mainan mulut mereka sahaja seolah mereka tuhan

hanya kerana kita tak nak ikut mereka bersama. 

ini perangai parti islam seluruh dunia

bukan sekadar turki. 


kerjasama dua hala israel turki membangkitkan kemarahan golongan kiri di turki

hubungan yang berkesinambungan turki israel menimbulkan bantahan kaum pekerja


sosok yang dibanggai golongan kiri turki


video keganasan polis turki israel


rakyat dan anak muda kepalai demo lawan kerajaan turki


rakyat turki bangkit melawan kerajaannya yang diterajui parti islam itu adalah kerana bukan mereka tidak suka pada Islam. 

rakyat turki bangkit melawan kerajaannya itu kerana parti pemerintah gagal tunjuk sikap sebenar pemerintahan islam

Islam bawa keadilan. islam bawa demokrasi. Islam bawa kebebasan bersuara. Islam bawa kepentingan rakyat dan ummah. Islam bawa kesejahteraan. Islam melawan penindasan Israel. 

Turki, apa jadi?

peninggalan tradisi dimusnah.

suara rakyat akar umbi dibakul sampah

kebebasan rakyat berbeza agama diceroboh dengan menafikan amalan dan gaya hidup mereka. 

saya terpaksa tabik pd kerajaan kelantan. 

org kafir dibenar minum arak walau pemerintah berserban. 

inilah Islam ajar. jgn nafikan kebebasan berlainan agama. 

berita pasal turki mari baca disini: