Sunday, January 13, 2019

Rakyat Indonesia Mula Angkat Calon Presiden Dari Tukang Urut

Pilihanraya di Indonesia memang sudah menjadi kebiasaan disertai oleh ramai calon dan banyak parti. Namun kali ini ada satu kelainan besar. Calon nombor 10, Nurhadi berganding dengan Aldo, merupakan "calon Presiden" yang luar biasa.

Beliau merupakan seorang tukang urut dan banyak berjasa kepada rakyat setempat dikawasannya. Beliau tanpa kelulusan akademik tinggi dan juga bukan dari kalangan orang politik, dipujuk "menyertai" kempen pilihanraya oleh sekumpulan anak muda yang mahu melihat pembaharuan di Indonesia dan sudah bosan dengan cara orang politik profesional dan akademik yang sampah. 

Oleh itu, kempen untuk Nurhadi dijalankan. Tiada sebarang manifesto digembar-gemburkan, sebaliknya jenaka dan lawak dijadikan bahan kempen mengkritik sikap kerajaan terdahulu dan memberi nasihat dalam bentuk sindiran dan lawak untuk mengajak Indonesia berubah. 

Mari lihat antara poster kempen beliau. 





Team Revolusi Habib berharap rakyat Indonesia mengangkat Nurhadi sebagai Calon Presiden yang sebenar. 

Nurhadi kini masih belum menyertai pilihanraya secara serius, namun rakyat Indonesia gembira dengan kempennya. 

Saturday, January 12, 2019

Mahathir dan Sultan Johor, Siapa "Menang"? - Sudut Pandang Aktivis Anti Monarki

Ramai netizen menganggap peristiwa semalam adalah tanda Mahathir "menyerah kalah". Tidak. Mahathir bukan "selembut" itu.

Sila baca laporan Pejabat Perdana Menteri mengenai "kunjungan" Mahathir itu. Mengikut kenyataan media, bukan Mahathir yang mahu pergi berjumpa dengan baginda sultan. Sebaliknya Sultan yang mohon untuk menjemput Mahathir. Ini menunjukkan Mahathir tidak teringin dan tidak pernah sama sekali meminta untuk masuk ke istana itu.

"Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Endie Shazlie Akhbar, berkata jemputan tertutup bersama Sultan Ibrahim itu ditunda sejak kira-kira dua minggu lalu.
Beliau berkata susulan penundaan itu, kedua-dua pihak tidak dapat menentukan tarikh mesyuarat sehingga Dr Mahathir memutuskan pertemuan itu diadakan esok (hari ini)."
Difahamkan, hampir 2 minggu Sultan menunggu tarikh lapang Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan namun hanya semalam Mahathir "mahu" berkunjung dan tarikh ditentukan oleh Mahathir sendiri.

Tidak ada sebarang maklumat rasmi apa yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak itu. Namun apa yang saya lihat, kedua-duanya sangat gah dengan nama besar masing-masing. 

Sehari sebelum pertemuan, Perdana Menteri sebenarnya sudah memberi "klu"(petanda) apa yang akan diperkatakannya esok hari itu(kunjungan ke Johor). Ini perkara biasa ketika Mahathir mula mahu "menasihat" Sultan.

"Pada masa ini pihak penguatkuasaan tak faham apa yang dianggap sebagai menghina. Jadi kita perlu 'spell out' (menjelaskan) apa sebenarnya perbuatan atau perkataan yang dianggap sebagai menghina".
"Saya telah nyatakan di Malaysia sekarang ini kita amalkan kebebasan bersuara dan kebebasan bersuara ini kalau dia bercakap sesuatu perkara yang factual (berfakta), dia tak boleh disalahkan."
"Sebaliknya kalau kita tutup mulut semua orang sehingga apabila jenayah berlaku pun kita tak boleh sebut, akan berlaku ketidakadilan dalam negara kita," kata Mahathir semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah di Putrajaya.

Jika kita lihat, Mahathir tidak tunduk sama sekali ketika bersalam dengan Sultan Johor, apatah lagi mencium tangan. Memang dari dahulu sejak menjadi Perdana Menteri ke-4, Mahathir tidak mencium tangan Sultan. "Keras kepala" Mahathir ini sama dengan rakan baiknya yang selalu membangkangnya, iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS.

Adat Mahathir bersalam dengan Sultan lain. 

Mahathir ketika bersalam dengan Sultan Johor. 

Beberapa kali Sultan mahu menganugerah pingat dan pangkat kepada Almarhum, namun Fadzil Noor menolak dengan alasan tidak mahu mencium tangan dan menyembah Sultan. Fadzil Noor akhirnya menerima pelawaan istana dan kerajaan negeri yang ingin menganugerahkannya pingat dan pangkat dengan syarat, dia tidak perlu angkat sembah dan mencium tangan Sultan yang menganugerahkan pingat kepadanya. Sangat mengejutkan, Sultan negeri tersebut setuju.

Sama-sama berbangsa Kedah, Fadzil Noor dan Mahathir berkongsi pemikiran yang sama terhadap monarki. Dalam isu antarabangsa juga, Mahathir berkongsi cara pemikiran sama dengan Almarhum sehingga kedua-duanya boleh sepentas untuk menghimpunkan ahli parti masing-masing menyatakan penentangan kepada Israel dan Amerika secara terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka satu ketika dahulu. 

Selepas tamat pertemuan antara PM dan Sultan Johor itu, Sultan menghantar PM menaiki kereta lama model proton pertama. Pecinta Sultan Johor cuba mengumpamakan Tun Mahathir seperti kereta itu yang sudah lama dan nampak buruk namun, Mahathir membalas pula, seolah-olah mengumpamakan dirinya yang sudah tua namun masih berdiri megah menjadi Perdana Menteri. Berkuasa. Dibimbangi kawan dan lawan. 

Apapun, Apakah krisis Mahathir dengan kerabat Johor akan berlarutan seperti zaman Perdana Menteri ke-empat dahulu? sehingga dibogel semua kelakukan Sultan Johor itu didalam Parlimen dibaca oleh Shahidan Kasim orang kanan Mahathir ketika itu? Sama-sama kita nantikan. 


Petikan Handsard Parlimen tahun 1993, krisis yang ditimbulkan Istana Johor:











Saya harap akan berlaku lagi di Parlimen, kerana jarang-jarang kita disajikan perdebatan hangat sebegini. 





Wednesday, January 9, 2019

Dulu "dihalau" dari FAM, kini "dijemput" menjadi AGONG.

Saya masih ingat, ketika Tengku Abdullah, anakanda sulong kepada Sultan Pahang, menjawat jawatan sebagai Presiden FAM. Macam-macam ditohmah, dihina, diejek, diperlekeh. Namun, tidak ada satu kes pun dimana pengkritik, mahupun penghina beliau ditahan. 

Ketika Ultras Bolasepak Johor mengangkat satu kain rentang gergasi, meletakkan badan Tengku Abdullah dengan wajah seekor anjing, kerana kononnya FAM gagal dibawah Tengku Abdullah, tidak ada satu arahan pun daripada Istana Pahang minta supaya polis mencari dan menahan penyokong-penyokong bolasepak itu. 

Saya pernah bertanya kepada IO kes saya ketika di Johor, mengapa menulis di facebook ditahan di negeri ini, manakala mengangkat gambar raja berwajah anjing, tidak pula didakwa dan ditahan. Katanya, Sultan Pahang tidak arah polis tahan, maka polis tidak tahan. Malah, ada raja tidak mahu rakyatnya ditahan hanya kerana sedikit cacian yang tidak langsung mengancam kuasanya sebagai raja. 

banner presiden FAM (tengku Abdullah ) berwajah anjing dinaikkan oleh JDT pada 2015 sehingga menerima kecaman terbuka permaisuri Pahang di media yang mengutuk JDT.

Segalanya berubah selepas Tengku Abdullah meninggalkan FAM. Selepas JDT mula diketuai Tengku Mahkota dari Johor. Selepas JDT mula dijenamakan semula. 

Ya, berubah. 

Tiba-tiba, sesiapa sahaja yang menghina presiden bolasepak negeri boleh ditahan. Yang hina Presiden FAM boleh dipenjara. Yang sindir dan melawak boleh didakwa. Hanya kepada negeri itu. 

Ini semua berlaku dengan rancak selepas Tengku Mahkota Johor diangkat menjadi "tokoh sukan". Aneh. 

Saya masih ingat kes seorang pemuda bernama Amirul. Dia ditahan kerana mengutuk JDT dan kelemahan TMJ. Dia ditahan polis, dipukul, sehingga berdarah. Keberadaannya di dalam penjara Ayer Molek tidak diketahui sesiapa, sehinggalah ada "hamba Allah" memaklumkan kepada SUARAM dan "jawatankuasa bertindak sementara" melawan penganiayaan terhadap para pengkritik Istana Johor. 

Amirul akhirnya dipertahankan dimahkamah, dibela tanpa sebarang yuran guaman oleh peguam berdedikasi yang kini menjadi ahli parlimen di negeri itu. Pertolongan ke sana ke mari, kebajikannya ketika itu, dijaga oleh seorang manusia yang kini telah pun menjadi orang besar dalam majlis bandaraya di negeri itu. Ada sebab saya tidak menamakan indivivu-individu ini. 

Penarikan diri YDPA yang lalu, Sultan Kelantan, memang menyedihkan. Bukan sedih apa, tapi beliau adalah Sultan yang tidak kisah apa rakyat hendak katakan kepadanya. Kerana dia tahu dia Sultan. Rakyat yang kecil, tidak akan mampu menjatuhkannya. Oleh itu, jika digantikan dengan seorang raja yang sama "tidak kisah" ke atas kritikan, kutukan dan perlian, maka biarlah takhta itu berganti. Rakyat tidak mampu menolak mahupun mengancam kuasa raja-raja Melayu buat masa ini. Sebahagian besar rakyat sangat percaya Raja itu penting dalam negara kita. Manakala ketidakpercayaan rakyat kepada raja-raja juga semakin meluas pengaruhnya. 

Kini ramai yang sudah berani untuk berterus-terang menyatakan penentangan berbanding dahulu. Mereka percaya kerajaan sudah "terbuka". Raja pula ada yang semakin profesional dan  bijak memahami isu-isu melanda rakyat. Kerabat Negeri Sembilan dan Perak disanjung tanpa sebarang cacian dan makian kerana banyak menyentuh isu-isu dan permasalah rakyat tanpa hipokrit. Manakala ada juga kerabat di "negara" lain yang menyentuh isu-isu rakyat tetapi dalam masa sama, memaparkan kemewahan keluarganya membeli pelbagai harta yang tidak mampu dibeli oleh seorang raja jika hanya berlandaskan pendapatan elaunnya sebagai raja. Antara contoh kerabat raja ini ialah, Queen Elizabeth, yang teruk dikritik rakyat England ketika beliau menyampaikan ucapan selamat tahun baru menyentuh penderitaan rakyat tetapi duduk disebalik sebuah meja piano bersalut 100% emas. Ya, England. Bukan Johor. 

gambar Queen Elizabeth pada hujung disember 2018 ketika melahirkan keprihatinannya kepada rakyat England yang semakin ramai menjadi homeless. Dibelakang itu adalah sebuah piano emas bernilai lebih 100juta Euro. 

Kesabaran dan ketidak-kisahan Tengku Abdullah ketika diperli, dicaci, dimaki oleh peminat dan pembodek "tokoh sukan" Johor beberapa tahun dahulu, kini berbalas dengan "jemputan" sebagai YDPA negara kita oleh kerajaan. Semoga Raja Muda Pahang yang bakal dinobat menjadi Sultan Pahang dan YDPA ini, dapat terus mengekalkan sikap "cool" terhadap rakyat yang lemah ini apabila dikritik, dihina dan dicaci-maki lagi. 


Saturday, January 5, 2019

Gertak-gertak anjing Singapura akhirnya makan tuan.

Sikap Singapura menghantar kapal perangnya mengepung kapal laut maritim negara kita jelas satu tindakan bodoh yang memalukan. Negara kecil sebesar semut didalam peta dunia itu beranggapan kita bimbang dengan teknologi ketenteraannya itu? Singapura juga mungkin fikir kita takut dengannya kerana wujud pangkalan tentera US disana.

Singapura mungkin boleh menunjuk-nunjuk kemegahan teknologi dan senjata ketenteraan negaranya namun harus ingat, dengan kekuatan tentera Malaysia yang kita ada, serta rating top 20 dunia dari segi kemahiran anggota dan unit komando, Singapura sebenarnya boleh hancur dahulu sebelum Malaysia. 


Saiz sebesar negara Singapura itu tidak perlukan senjata nuklear pun untuk dihancurkan tetapi cukup dengan beberapa ratus peluru berpandu dilancar dari Johor. bukan itu sahaja, kesesakan Singapura dan kepadatan sebenarnya diisi 30 peratus rakyat Malaysia, sama ada yang berulang alik, mahupun yang menetap disana. Jika Singapura fikir rakyatnya akan bangkit mempertahankan negaranya, sebenarnya tidak. Rakyat Singapura paling penakut. Tentera Singapura pula antara paling lemah dan "bersopan santun". Dalam bahasa mudah, tentera Singapura ini adalah paling pondan. 

Justeru itu, Singapura membina hubungan baik dengan negara-negara berkuasa besar khususnya dibelah Barat dan Eropah. Namun begitu, Malaysia juga menjadi kepentingan blok-blok Barat dan Eropah. Ya, Malaysia menjadi pentas ekonomi juga untuk negara-negara Eropah dan Barat berniaga. Sebagai contoh, banyak barangan produk dari Amerika seperti Mcdonald, Colgate dan Tesco yang keuntungannya lebih 10 kali ganda berbanding apa yang mereka dapat dari Singapura. Oleh yang demikian, blok-blok barat dan eropah sukar untuk masuk campur dalam peperangan antara Singapura dan Malaysia.

Singapura beberapa tahun dahulu, mungkin boleh main gertak-gertak anjing dengan Malaysia. Namun kepintaran Mahathir ini juga, dan sikap keras kepalanya, sebenarnya menggerunkan Singapura. Manakan tidak, hampir-hampir masyarakat Kristian merayakan Krismas tempoh hari, Singapura terpaksa menghantar 2 menteri kanan dan Timbalan Perdana Menterinya untuk memohon mengadap kepada PM Malaysia, namun PM kita menolak untuk berjumpa dan meminta Menteri Luar, Saifuddin untuk berbincang dengan menteri-menteri kanan itu. Namun, tidak ada apa dapat diputuskan.

Rupanya, PM kita arahkan ruang udara Johor yang menjadi laluan utama pesawat-pesawat ke Singapura itu untuk ditutup sementara. Singapura berpotensi kehilangan pendapatan berjuta dollar akibat arahan penutupan ini jika berlarutan.


Dahulu, saya sangkakan Mahathir akan halang penjualan air ke negara sekangkang kera itu, rupanya Mahathir lebih bijak dengan menggertak menutup ruang udara. Ketiadaan air akan menyebabkan rakyat Singapura menderita, namun penutupan ruang udara, akan membuatkan kerajaan dan menteri kerajaan hilang kaya.

Kini, kapal Malaysia yang berlayar di kawasan pertikaian, tidak mampu lagi dihalau dan diberi amaran oleh tentera laut Singapura. Beberapa minggu lalu, tentera Singapura bukan main angkuh membunyikan siren, amaran dan menghalakan muncung senjata kepada kapal Malaysia, sekarang barulah Singapura mengenali taring sebenar Malaysia dan rakyat Malaysia.

peristiwa kapal perang Singapura menghalang laluan kapal Malaysia di kawasan pertikaian.