Wednesday, November 28, 2012

jgn sibuk hal negara orang

kebelakangan ni, ramai org termasuk individu ternama yg sibuk membahas isu kerajaan baru mesir meminda perlembagaan baru.

berbahas ini elok. budaya sihat. hentam, pukul dan hujjah dalam bahasa adalah amat sihat. ini ditegaskan lg oleh seorang prof dari UPM yg mengulas tentang isu mahasiswa berbahas dan melawan kerajaan dlm astro awani tadi.

aku setuju utk kita berbahas

tp sebagaimana dlm islam, kita ada maqasid kan. ada keutamaan, ada priority.
bila org bercerita pasal isu dan krisis di mesir. aku pening kepala. buat apa kita duk sibuk pikir dan berbalah pasal mesir? rakyat dia nak bersuara, kerajaan dia nak melaksana peraturan, lantak dia lah. Bukan kita boleh mengundi dan bantu mereka buat keputusan pun.

yg kita takut skang adalah kerajaan kita. kerajaan kita skang sedang dalam krisis. sultannya, kerajaannya, pm nya, semua sedang dlm krisis.

rakyat kita sendiri dalam krisis.

masih rmai rakyat dalam kampug tak kenal apa itu erti perjuangan melawan BN.

yg kita duk sibuk nak bahas dan gaduh sama sendiri isu perlembaagan mesir walhal itu tak ada bg kesan pun pd kehidupan kita.

Kalau gerak kerja dalam negara kita sendiri kita duk malas nak buat,  x payah nak condemn gerak kerja badan lain.

Buang masa gaduh pasal gerak kerja organisasi org.

GAMBAR : setiausaha AMEERAH PAS PUSAT, nor suhada sedang menyampaikan penerangan isu GAZA kepada anak muda di kawasan aku.


Thursday, November 22, 2012

Graduan ditangkap krn bantah MCD

Ini cerita yg aku tulis dalam fb semalam. Aku sudah dpt gmbr dia. Tp muka dia blur.

Budak ini budak badungan, sarawak.

Ini lambang anak muda berani.

Bantah memakai topeng V depan McD.

Bantah sistem kapitalis

Topeng V melambangkan sokong pd anarki

Gambar ini dpt drpd borneo post

Sebab dikaburkan aku x tau knp

Tp bdk ini mmg btul berani

Walau seorang diri, dia kental lawan israel di bumi sarawak

Mcd penyumbang terbesar kepada tentera israel selepas coca cola dan tesco.

Baca pd bajunya, DONT JUDGE MY HAIR! FREE PALESTINE!


Wednesday, November 21, 2012

mubaligh wahabi bernama Khalid berdakwah kepada Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat

Dr Asri pernah bersabda, PAS diresapi Syiah. khususnya dewan ulama nya. 

sebab itu hari2 DR ASRI kasi balun sama PAS. 

isu doakan UMNO K.O pun Dr Asri sudah naik angin kerana katanya itu tak ada adab. 

yang beradab hanyalah mendoakan kekafiran kepada syiah. hahaha


pi lantak la. bukan dia pun yang bayar aku gaji. 

hari ini aku nak cerita pasal hasil sembang aku dengan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

kak Aiman Athirah al Jundi namanya

seorang graduan USM dalam sains politik

membesar dalam keluarga kristian

tapi dia boleh masuk PAS

malam tadi...selepas dia beri penerangan dalam satu majlis di Klang, kami pun duk sembang dalam sebuah markaz PAS lantas mengupas isu2 politik massa

apa yang menarik ialah, beliau tidak suka cara sesetengah pemimpin PAS yang menyekat kebangkitan dan kebebasan bersuara anak muda

keduanya ialah, beliau tegaskan, banyak pemimpin PAS, PKR dan DAP sekarang terlalu demand untuk berceramah dengan crowd yang grand dan tak mau turun ceramah2 kelompok serta ceramah2 kampung. 

betul. ini realiti. aku pernah contact seorang pemimpin PKR yang korang tak akan sangka kalau tengok muka dia tu, tapi demand kalau nak dia cramah, pastikan ada crowd dan sila ikut prosedur dengan hubungi orang itu dan ini kemudian pergi refer pada perhubungan negeri dan bla bla bla. 

langsung, aku tak mau panggil dia ceramah. kalau kalah, lagi aku gelak. memang aku harap biarlah dia kalah dan UMNO pun kalah tapi BEBAS menang kat kawasan dia tu kat KL. 

untuk pengetahuan... AIman Athirah ini adalah individu yang hangat diperkatakan semasa muktamar hari tu selepas dia menyindir dewan ulamak yang minta haji hadi jadi PM. 

berkenaan dengan pegangan dan mazhab, dah banyak pemimpin PAS yang akademia dpt menerima kepelbagaian ini termasuk sis Aiman. 

yang lalu, aku pernah nyatakan sembang aku dengan Ustaz Abd Ghani Samsudin dewan ulamak PAS yg juga presiden Majlis Ulama Asia semasa aku di PJ dan di Alor Star. 

aku harap golongan2 serupa ini perlu lebih banyak dilahirkan dalam PAS agar projek kerjasama dalam PR dan kepelbagaian dalam idea bercambah

orang2 pandai mcm ini perlulah kita hargai. agar tidak ada golongan yang kononnya berpenampilan ulamak tapi mahukan kerjasama dengan UMNO mcm yang didedahkan ABU NAWAS

doa aku (tak kira la apa agama aku) agar sis Aiman menang di Sabah lawan Rais Yatim. 

Sis Aiman Atirah Al Jundi - Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat

"aku Islam Hussein, bukan Islam Muawiyyah" - Assyahid Ibrahim Libya
pemimpin PAS Kedah tahun 80-an

Abu Nawas tampar Mat Sabu kerana Mat Sabu syiah, Abu Nawas wahabi. 

hanya Khalid saja yang mazhab Syafie dalam dunia ini. 

Abu Syafiq mazhab Syafiqi. bukan Syafie. hahaha

Tuesday, November 20, 2012

Ostad Wan Ji dipanggil polis

Belum pun reda kemarahan anak muda melihat rakan mrk saudara Ahmad Abdul Jalil ditahan polis krn kritikan ke atas sultan, tiba2 seorg pendakwah bebas yg juga org muda pula dipanggil polis hari ini dan berkemungkinan direman.

Walaupun aku dibelah pihak yang teraniaya, tp aku rasa mcm ada satu komplot utk memastikan org muda terus melawan dan benci kerajaan. Komplot ini bkn dicetus pihak pembangkang tp sebaliknya pihak keselamatan polis sendiri.

Mengapa aku dakwa sedmikian?

Ini kerana cuba kita lihat, bila polis berkeras atas isu yg remeh dan kecil, maka pasti rakyat akan amuk dan marah serta melepaskan benci pd kerajaan. Cuba kalau polis ambl pendekatan berlembut atau lepaskan saja kes2 yg kecil sekadar kritikan kpd pemimpin, apa lah sgt. Sudah tentu rakyst akan memuji kerajaan ni baik...org kutuk dan kritik dia buat x kisah saja. Dia tak da lawan rakyat balik. Pasti.

Tp mgkin Allah tu nak buat rakyat benci pd kerajaan, maka dia thabitkan hati2 ketua polis tu utk mengeraskan hati mereka dengan gunakan kekerasan atas kes2 mengkritik pemimpin ini yg sbnrnya adalah kes kecil seciput kuman saja.

Anyway....selamat harapnya ostad wan ji direman oleh polis. Kalau dipukul lagi baik dlm tahanan tu sbb nnt lagi rakyat tgk polis zalim, lagi rakyat benci pd kerajaan dan x payah pakatan rakyat berkempen burukkan kerajaan krn polis telah ambil alih tugas memburukkan kerajaan tu.

Doa, .,,,, solawat, tawassul pada nabi dan  imam utk keselamatn ostad.

Gambar pertama: ostad wan ji sdg makan aiskrim di restoran hakim seksyen 7

Gambar kedua: ahmad dan adam dua beradik ketika ahmad ditahan di balai polis wangsa maju.

Gmbr tiga: ostad wan ji dan anak2 muda serta kumpulan peguam dari LFL membahas isu hak rakyat ke atas polis di shah alam




Saturday, November 17, 2012

Kecewa dgn sikap ulama yg konon bawa tajdid

Saya asal org klang. Membesar di klang cecah 20 tahun.
Saya bercampur dgn semua gerak kerja parti di klang baik PR atau BN.
Walaupun sejak golongan alim umarak memainkan isu syiah agar org benci pd sy, saya tetap pendirian sy uk lawan bn.

kalau takat nk cerita pasal PAS,PKR kat klang ni. . . sy tahu dari A to Z. pergolakan, perbalahan, kacau bilau dan penyusunan srategi semua sy tahu sbb sy baik dgn semua pimpinan mereka di peringkat daerah klang ni.

alkisah berceritalah org bhw ada kumpulan ulama tajdid yg kononnya nak beri pencerahan pd rakyat klang berkenaan Islam dan Demokrasi. sy suka. suka gila sy agar golongan jumud dalam PAS si klang boleh terbuka mata dan juga agar golongan totok Umno boleh berhalwa telinga dan insaf mcm apa yg shaheizy sam ckp dalam radio ERA.

siapa sangka, program yg menampilkan ulama yg terkenal dgn tuduhan kpd PAS mutakhir ini telah gagal mendapat perhatian org Klang. org klang mmg x suka pencerahan. mrk suka dalam dunia mrk sndiri.

tp sy amat terkilan dgn cara promosi team ulamak yg berhajat nak beri pencerahan disini. program dah bagus,baik. tapi tiba2 kerana mahukan publisiti dan perhatian, mereka memburukkan nama Pemuda PAS Klang kononnya pemuda Pas Klang halang mereka dgn keras drpd anjurkn forum islam dan demokrasi. saya terkejut. bkn apa, pemuda Pas Klang ni ada 10 org je. itu pun sudah baik kalau ada 10.  semua tak ada jawatan dlm majlis perbandaran, dun atau parlimen krn dun dan parlimen keduanya DAP.

please la....nak condemnn PAS pun..biarlah dengan cara yg ada isi. kalau sekadar bawa fitnah, sy x gemar.

saya dgn pemuda Pas klang bkn baik sangat. mereka selalu hentam saya isu syiah dan isu mahasiswa. tapi bila sy tengok ulama tajdid(so called) ini buat perkara yg buruk dan sama mcm UMNO, sudah tentu sy perlu bela pihak PAS walaupun sy baik dgn seorg drpd team tajdid ini. pendek kata, sy dah banyak dgr mengenai ulama tajdid ni. drpd isu minta kerusi dari anwar hingga la isu memburukkan pegangan orang, saya rasa kalau ulama tajdid ini jadi yb, maka rosaklah tajdid yg dibawa.

saya mula benci golongan ni krn politik kotornya.
Apa beza yg bawa tajdid ini dgn golongan ulama umno dibawah? Sama saja. Nama saja lain. Keduanya kotor

Friday, November 9, 2012

Anakku dinama Sukayna

Tragedi karbala meninggalkan memoir luka dan duka buat mereka yang prihatin dan cinta soal ahlulbait nabi.

Tragedi keguguran anakku juga meninggalkan memoir luka dan duka buat ayah yg masih muda,

Biar pun belum sempat dia melihat apa itu dunia, tapi sebaiknya Allah telah pilihnya utk bawa ku dan isteri ke syurga

Sempena pemergiannya yang tanpa dosa, maka boleh la aku memanggilnya insan maksum,

Tanpa dosa bukan?

Dan namakannya sempena nama insan syahid karbala anakanda puteri kpd sayyidul syuhada saidina hussein bin ali bin abi thalib.

SUKAYNA

Nama yang pasti jarang didengari buat mereka yang bencikan fakta kemaksuman ahlulbait nabi

Sukayna

Insan yang remaja berjuang mempertahan hak nendanya baginda nabi saw yg diturunkan kepada ayahandanya saidina ali.

Apakan daya, penguasa raja bernama yazid yg terkenal dgn kezaliman dgn menggunapakai nama ISLAM, memanggil bunuh keturunan nabi ini lantas gugur syahid sukayna bersama seluruh familinya di karbala.

Diseksa, didera di atas padan pasir

Sukayna, adalah kebanggaan saya sejak saya "kenal" namanya dan peribadinya mulia itu.

CARAVAN OF PRIDE sebuah cerita yg menarik berlandas sirah dan fakta keturunan nabi itu.

Jenguk2 lah movie islamik ini bagaimana menceritakan keturunan nabi berjuang utk menuntut keadilan drpd pemerintah ISLAM yg kejam zamannya.

Ini adalah makam sukayna di syria.

Gambar anak sy, biarlah menjadi tatapan sy dan isteri shj. Krn kesuciannya amat kami cinta. Moga Allah pelihara


Monday, November 5, 2012

Menulis untuk hilang sedih

Kebanyakan pengalaman bukan takat habis utk dicerita mulut. Adakalanya dihabis dengan tulis.

Bila saya maklumkan mengenai berita sedih dicabut ajal anak saya yg 4 bulan dlm kndungan itu serta pendarahan serius yg berlaku ke atas isteri sy, berpusu kawan2 tak kira agama dan mazhab mengucapkan takziah. Baik syiah, baik sunni, baik ethist, baik kafir, semuanya ucap takziah dan iringkan doa.

Tapi saya pelik, ada beberapa insan yang kononnya menentang kesesatan syiah, tapi sibuk mengutuk kematian anak saya. Konon dalam fb dan twitter mahu membawa ajaran ahlulsunnah, tp terus mengherdik peristiwa malang ini.

Sebab itu, kita perlu berhati hati atas mereka yang guna title mahu lawan kesesatan, tapi tak faham apa itu ajaran imam syafie. Even, akhlak imam syafie dan nabi muhammad pun dia gagal paham.

Bila saya teliti, rupanya mereka yg bawa agenda mahu lawan kesesatan ini semuanya dibayar umno ataupun puak yang menentang gabungan PAS, DAP, PKR.

Hanya krn itu,mereka menggunakan modal mahu lawan kesesatan syiah sedangkan syiah itu kalau kafir sekalipun, pasti tidak akan berjaya gugat kedaulatan islam krn islam kan agama yg dijamin. Pihak ekstremis kristian yg cuba buat quran palsu pun gagal hancurkan dakwah islam, takkanlah dgn syiah yg kecil dan jauh lebih lemah berbanding besarnya jumlah kristian inipun kita nak takut? Kalau benar lah kalian percaya islam itu agama yg djamin.:-)

Lepas ini sy x akan percaya lg kata2 puak yg menuduh syiah itu sesat krn akhlak mrk berhadapan dgn org yg ditimpa musibah amat lah mengecewakan kita sbg umat islam dan pengamal sunnah nabi.

Jannah sekarang berada di wad 2b, hospital putrajaya. Sedang menunggu proses mengeluarkan bayi dlm kndungan. Moga Allah hilangkn sakitnya dan kurniakn nikmatnya. Amen ilahi.


Entri tanda kasih dari seorang penulis bernama suami

Sebelum ini...saya didengarkan byk kisah sang pejuang yang teman kasih hidup matinya ditimpa uji oleh tuhan.
Abu nawas, zainulfaqar dan lain2 antara contoh sang juang yang ditimpa uji teman kasih.
Kita rela diri kita sakit dan pedih.
Tapi kita tak akan rela bila lihat wajah isteri menanggung perit dan derita uji ini.

Awal pagi tadi, sang isteri milik diri ini ditimpa uji lagi.
Continuous bleeding from the uterus
Anak dalam kandungannya terpaksa gugur
Mujur belum ada ruh.
Namun, walau hanya sekiat 4 bulan dpt saya titipkan semangat juang melalui quran dan peristiwa,
Anak ini tetap menjadi ikat kasih hati saya
Apatah lg si ibu yang menampungnya dekat dihati dalam perutnya

Saya terkejut pd sekitar jam 5 pagi melihat jannah mengadu kesakitan
Kami tidur semula lantas jam 6 bangkit utk subuh, jannah yang masuk ke bilik air menangis kesakitan tambah ngeri melihat darah yang melimpah memenuhi seluruh setiap ruang lantai pada tandas, bilik tidur dan karpet didalam bilik kami.

Saya bangun dan buka lampu bilik. Masha allah....banyak darah!

Terus saya dan ayah mertua pecut ke hospital membawa sayangku jannah

Kemudian...doktor mengesahkan this bleeding will cause an affection to your baby

Saya hanya diam dan menahan titis air mata.

Ayah mana, suami mana, kekasih mana mampu tahan lihat ini semua.

Saya berdetik didalam hati.

Bagaimanalah syed hassan nasrullah mampu tahan melihat anak kesayangannya syahid korban lawan israel pd 98.

Bagaimanakah Mahmoud Zahar pemimpin HAMAS mampu bertahan melihat isterinya dibom kecai oleh zionis pd 2001.

Saya terus bersolawat teringat pesan abg teh sungai petani yang sering mengingatkan saya mengenai kepentingan solawat dan bertawassul.

Allah......sembuhkan lah isteriku.....sayangku...kasihku demi mu allah....

- penghujung cerita ini dipost, jannah sudah boleh buka mata dan merespon panggilan saya. Saya cuba berinya telefon utk reply s.ms. Saya. Dan dia sudah mampu. Alhamdulillah.....moga jannah kembali sihat. Beliau masih di wad 2B, katil 26, hospital putrajaya.

Dia masih tak larat bangun. Mohon doa rakan2 sekalian. Ameen ilahi.