Saturday, September 28, 2019

Kenapa Ulama Wahabi di Malaysia Berkempen Jatuhkan Anwar?

Entah apa musibatnya Anwar, Mufti Perlis tidak berpuas hati dengan beliau. Walhal, dahulunya bukan main dilambung puji, melawat ziarah Anwar disana sini.

kumpulan ulama Salafi Wahabi ini sangat mengkagumi Anwar dahulu. Membodek, Membontot dan menunggang Anwar sejak awal Pakatan Rakyat. Bukan sahaja mufti Perlis, pensyarah UPSI dan ramai lagi, yang bergerak dibawah simbol ajaran salafisme.

Ramai kawan-kawan saya yang positif mengenai sokongan "alim-ulama" ini terhadap Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.

kepositifan itu walaubagaimanapun sedikit-sedikit menjadi plus minus dan kini telah pun menjadi negatif.

Setelah seorang demi seorang pemimpin PKR di peringkat pusat menceritakan motif Mufti Perlis itu menyerang Anwar, barulah ramai penyokong Pakatan Harapan ini sedar akan kelaku mereka.

perlu beringat, Orang Alim bukan semestinya ke syurga. Ramai mereka akan ke neraka.
Bukan semuanya ikhlas dan mahukan kebaikan. Ramai dari mereka mahukan kedudukan dan kebendaan.

siri 2 tulisan ini akan bersambung esok, mendedahkan apakah yang dilobi oleh gerakan mufti yang membontot ahli politik untuk mendapatkan kedudukan ini.