Thursday, December 5, 2013

orang alim dan warak menjadi Tuhan di Masjid




secara jujurnya, saya memang takut dan tak suka pergi ke masjid dan surau di malaysia ni. 

bukan sahaja khutbah dan pengajiannya penuh penghinaan kepada org lain, malah juga tindakan2 ahli masjid dan surau kadang kala amat bengis dan menakutkan. 

dulu, saya Imam di Surau al-Muttaqin, dalam sebuah kampong di Kuala Pilah semasa saya belajar disana pada tahun 2008

kemudian, imam di masjid UITM Kedah. malah menjadi seorang AJK MASJID dan menjaga program2 masjid. 2009

namun, selepas saya dikatakan sebagai "pencinta ahlulbayt", bengis2 mereka(orang masjid) mula timbul dan kemudian penuh fitnah dilempar. termasuk ahli2 dan pimpinan jemaah kampus sendiri ketika itu. 

bukan sahaja itu, malah, mereka menjadi informer kepada musuh untuk menjatuhkan ahli jemaah sendiri. 

barangkali, inilah yang Marx katakan dalam bukunya, "agama itu candu". 

selain itu, ada banyak lagi yang saya amat tidak bersetuju dengan cara masjid di malaysia. 

nanti kita panjangkan lagi isu ini. 

pesanan buat mereka yang suka menjadi "alim dan warak" di masjid, sila lah bersikap berlapang dada kepada mereka yang susah dan meminta-minta di masjid. 

bukannya menghukum dan memainkan peranan sebagai malaikat maut. 

Polis diharap ambil tindakan kepada si pembelasah dan pemukul yang terdiri daripada org2 yg "alim dan warak" ini. 

sebaiknya hukum penjara seumur hidup agar tidak membinasakan nyawa orang lain. 


Sunday, December 1, 2013

mengenai Ustaz Kazim dan faham istilah "pendakwah bebas"

membaca tulisan tok guru adalah kegemaran saya. 

segala tulisannya yang pernah ditulis dan diterbit oleh annual bakri ada di rumah. 

kalau bukan saya yang beli, bapak saya beli. 

berkenaan dengan tulisan tuan guru hari ini. yang dipapar oleh malaysian insider. 

tok guru bertegas, mengenai sikap dan perangai ustad kazim alias. yang dilantik menjadi MT UMNO. 

tok guru bertegas, bahawa ini lah akibatnya apabila ulamak mengambil sikap menjadi pendakwah "bebas".

ya, menurut jessemin conrad, non partisan itu tidak bagus. 

namun, apa yang dilihat hari ini mengenai sikap para ulamak dan pak ustad, ialah mereka yang punya kepentingan atau penglibatan dalam sesebuah organisasi politik, namun hanya untuk merabuni mata mereka yang naif melihat, mereka meletakkan nama "pendakwah bebas". hanya untuk merabuni, mengaburi mata kita. 

berbeza dgn non-partisan yang benar2 ditulis oleh Dr Sam Smith, ia meletakkan istilah non partisan itu sebagai perkara yang bagus dlm usaha mencapai demokrasi dan cita-cita keamanan khususnya untuk warga amerika ketika itu. 

namun, ada pihak yg meletakkan istilah non partisan itu hanya sekadar isitilah "bebas" tanpa melihat adakah benar2 orang itu anuti fahaman "non-partisansi"nya. 

kebanyakan ulamak-ulamak atau ustad2 di malaysia ini yang dilihat oleh tuan guru sebagai mereka yg mengiktirafkan diri mereka sendiri sebagai pendakwah bebas sebenarnya menganut idelogi-ideologi politik mereka. 

ustad azhar idrus sbg contoh. turut menggelarkan dirinya sebagai pendakwah bebas. tapi tetap berpolitik dengan ber-pro-kan PAS. ustaz kazim, sebenarnya ialah ahli PAS dan pernah pegang jawatan dalam PAS. tapi menggelarkan diri mereka "bebas". 

sebab itu istilah non-partisan gagal difahami oleh kita hari ini kerana kekeliruan melanda masyarakat kita apabila melihat mereka yang menggelarkan diri mereka "bebas" itu sebaliknya berpegang dan bertindak menyebelahi dan meng-ahli-kan diri mereka sendiri ke dalam parti tertentu. 

menyokong dan meng-ahli-kan diri adalah 2 perkara yang berbeza. 

Dr Sam menulis lanjut ketika isu kempen Romney di US yang berlangsung pedas apabila romney dan partinya mengajak peniaga-peniaga besar dan usahawan mexico yang sudah menjadi warganegara US untuk berkempen dan menyebelahinya pada satu pemilihan untuk memenangkan republikan di US, namun apa dia yang berlaku? usahawan2 mexico yang diwakil oscar aguirre menyatakan kepada romney, anda semua dialu-alukan untuk pertandingan ini. obama juga dialu-alukan. Bush juga dialu-alukan malah Clinton juga dialu-alukan. kami tidak akan jadikan diri kami sbg penghenti kepada sesuatu kumpulan atau fahaman. 

betapa tersentapnya Romney apabila Aguirre berkata sedemikian. maka ramailah yang melawan dan mengugut serta mengancam Aguirre ketika itu. 

namun, Aguirre bertahan. kerana non-partisan menjunjung semangat demokrasi. non-partisan terdidik dengan semangat menghormati. non-partisan tidak mendakwa dirinya sahaja yang benar malah mengalu-alukan kepelbagaian. sepertimana yang Aguirre kata kpd Romney; "kami alu-alukan Bush, kami alu-alukan Clinton, "kami alu-alukan obama..." 

namun, pendakwah bebas yang menggelarkan diri mereka sebagai "bebas" itu sebenarnya adalah mereka yang bertopengkan istilah "bebas" untuk memastikan fahaman dan pegangan mereka sahaja yang betul serta menghalang kebebasan yang lainnya. 


Tuan Guru mungkin lupa. anaknya juga kadang kala "pendakwah bebas". malah ramai pimpinan ulamanya juga "pendakwah bebas". sehingga hari ini, masih ramai golongan ulamak dan ustaz dalam PAS menjadi "pendakwah bebas" termasuk yg berkhidmat dengan dewan ulama dan memegang jawatan tinggi dalam dewan tersebut. tuan guru terlupa.

para "pendakwah bebas" inilah yang sedang melalang kerana tidak "beriman" kepada istilah non-partisan itu sebenar-benarnya. 

saya sayang tuan guru. 

saya bukan non-partisan. 

saya "PARTY-SON" 

ha ha ha! 


ketika saya bersolat di dalam pejabat beliau, di belakang sosok tubuh yang semakin uzur ini, yang namanya digeruni musuh politiknya ini, memang saya merasakan aura-nya melangit. nur-nya membumi. walau dia bukan seorang malaikat. Tuan guru kekal saya hormati walau beliau banyak mengkritik perkara-perkara yang saya perjuangkan. 



ditulis pada:

2 disember 2013. jam 11 pagi. di sunway, selangor.