Wednesday, June 25, 2014

kawan-kawanku yang "tunduk" kepada Amerika

Saya pernah bekerja dibawah geran U.S  selama lebih kurang setengah tahun

ketika US beritahu Obama akan hadir dan minta "disembah" oleh pemimpin-pemimpin politik dan orang Malaysia, saya beritahu ibu bapa saya, isteri saya, bahawa saya tidak akan melakukannya dan rela serta sanggup melawan untuk tidak melakukannya

ibu baya saya gelisah. kerana itulah mata pencarian saya. bekerja dalam organisasi yang besar itu dan dibayar gaji setiap bulan

isteri saya seperti biasa. sentiasa menyokong hala tuju saya

ibu bapa saya akhirnya akur dengan keputusan saya. kerana mereka lah yang mendidik saya untuk menjadi orang yang berpegang pada prinsip

walaupun ketika itu, itu sahaja lah punca rezeki saya. bekerja dengan organisasi terbesar itu. 

dengan sejarah saya yang "hitam" dibuang pengajian di UITM kerana melawan kerajaan isu pinjaman pelajaran dan pilihanraya bersih pada 2012, sudah pastilah tidak ada majikan yang sanggup mengambil saya bekerja. saya menganggur selepas saya dibuang UITM. kemudian bekerja dengan PKR. selepas saya bernikah dengan isteri saya yang sekarang, saya mahu "upgrade" hidup saya menjadi lebih baik dari segi gaji dan pendapatan bulanan.

saya terima majikan baru. ketika itu saya tahu bahawa mereka dibawah geran Amerika (US)

saya tak kisah. sebab saya fikir, aku kerja untuk dapatkan duit selagi tidak menggadai maruah dan negara aku. 

hampir setengah tahun bekerja, Obama umum mahu datang ke Malaysia

Boss saya dan orang-orang atas dalam organisasi saya mula lahirkan rasa teruja dan bangga mereka

macam lah Obama itu bapak segala raja

ya, memang bapak segala raja. raja haprak dan zalim terkemuka dunia. 

saya seorang saja ketika itu yang beriya-iya tidak sukakan amerika baik dalam meeting dengan kedutaan, mahupun meeting dengan organisasi dalaman. 

beberapa "senior" ketika itu mula hentam saya. ada yang kata, 'kau tu khalid nasib lah kami kutip kau, kalau tak, tak ada siapa nak bayar gaji kau sebanyak ini" 

ada yang kata "kau tu belajar pun tak habis, nak hina amerika"

ada juga yang kata pada saya " kau tu sedar tak siapa yang bayar gaji kau?"

suara saya tunggal dalam "perbincangan itu" selepas saya menyatakan tidak setuju tindakan organisasi Islam itu berjumpa dengan Obama dan "tunduk serta sujud" pada obama

saya terus diserang oleh senior-senior yang kononnya penuh dengan budaya ilmiah tersebut

tapi saya sedar, saya punya maruah dan saya tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran

dah memang obama lah bapak segala pengkhianat kepada hak asasi

bapak yang membunuh ribuan nyawa 

bapak yang sembelih umat Islam, Kristian dan pelbagai agama

Obama lah! 

tapi kenapa pemimpin-pemimpin politik dan NGO ini beriya-iya bangga dengan dia?! ada yang nak cium tangan! 

dalam hati saya, menyumpah " kepala butoh" , "kepala hangguk" , kepala bana! 

akhirnya, sebaik selepas Obama jadi berjumpa dengan bos-bos saya, saya ketika itu menolak untuk masuk dan menunjukkan rasa protes ke atas bos-bos saya, saya tinggalkan organisasi Islam itu dan saya sedar juga ketika itu, saya akan hidup sukar tanpa gaji bulanan yang boleh dikata agak tinggi ketika itu walaupun bayarannya bukanlah seperti yang sepatutnya

saya telah tinggalkan kerjaya saya sebagai seorang aktivis elitis 

demi prinsip saya

demi maruah saya

yang selama ini saya melaung-laung 'jahanam ke atas amerika"

kerana kedustaannya

kerana cuba rampas hak rakyat kita

kerana cuba tandatangani perjanjian paksa 

takkan lah saya yang berprinsip ini mahu terus "lena" dengan empukan layanan mewah mereka?

buat kawan-kawan saya yang dahulunya ada prinsip, bukalah mata

bekerja untuk dapatkan duit amerika itu tak salah

tapi jangan bergadai maruah hingga menjilat dan membodek mereka

kita pernah di atas jalanraya bersama 

kita pernah ke jeriji besi bersama

ditampar, ditumbuk, dibelasah

darah-darah dan keringat yang kita kumpul dari basah hingga kering 

kesusahan kita adalah yang "termewah"

penderitaan kita adalah yang "terbahagia"

melawan lah dan teruslah melawan

jangan kalah dengan habuan dunia! 


hidup mati hendak lah berprinsip

biar 1000 kesusahan di hadapan

doa dan harapan akan dikabulkan