Monday, October 29, 2012

fatwa ulamak yang berjuang dari dalam bilik hawa dingin

seorang ulamak syiah bertaraf ayatollah, namanya Ayatullah Rafsanjani. 

rakyat iran cukup tak gemar dengan ayatollah ini. 

dia adalah seorang ayatollah yang korup, dan pro kepada polisi barat walaupun dia x suka presiden US. 

tapi,,,, bila rakyat iran tengok dia tu bodoh piang dalam politik, rakyat iran lantas menjatuhkannya dengan kritikan terbuka dan menjalankan kempen anti rafsanjani. akhirnya RAFSANJANI jatuh. 

ini pula keratan akhbar kepada kritikan kepada AYATULAH ALI KHAMENEI yang dibuat secara terbuka dalam sidang terbuka. 

sebab tu aku pelik mcm mana ada puak2 cakap AYATULLAH tak boleh dikritik? 

puak ini adalah puak yg dibayar CIA agaknya. (aku tak tuduh lg, sebab aku belum jumpa pegawai CIA tu)

kalau setakat pak ostad yang kerjanya asik nak kritik, maka aku persilakan kritikannya. tapi kritikan kena lah berasas. aku pun akui, kadang2 aku kritik macam tak berasas jugak, tapi sekarang, kita kena belajar mengkritik berdasar bukti. 

sebab tu, sekarang semua tuduhan aku buat kepada para pemimpin politik, beserta bukti gambar, video dan dokumen. (yang terbaru, aku sendiri rakam video dan interview seorang kakitangan kepada anak YB kedah) pegi tanya abu nawas kalau x percaya. kami siap bergambar dan tersebar di FB. hahaha

klik pada gambar utk paparan lebih jelas

ini laporan majalah GUARDIAN mengenai perjuangan mahasiswa. kali ini berkisar kehidupan mahasiswa IRAN yang suka mengkritik ayatollah. ini lah dasar polisi Iran yang membuatkan ia maju sampai sekarang. hatta, Rusia mula mengiktiraf Iran sebagai negara di belah Asia paling maju dalam kejuruteraan ketenteraan sehingga Iran mampu membekal senjata kepada negara-negara ASIA sehingga tahun 2025. yang tak pernah baca majalah GUARDIAN, boleh duduk dalam hutan. termasuk ustad2 yang tak tau bahasa omputih. kerjanya asik taat pada fatwa kawan2 nya sahaja. 

nak tau siapa ostad yang kerjanya lawan dari dalam bilik air cond sahaja? demo tak turun, kerja2 membumi kepada rakyat semua dia x mau turun. takut kena simbah air asid katanya. takut kena belantan polis. dakwanya lagi, demo dah tak relevan. yang relevan hanya lah duduk keluarkan fatwa dalam bilik hawa dingin. hahaha

tunggu.... masa nya...

akan tiba...

tak lama lagi...

hihihihih...

buat para pemimpin yang nak mendamaikan PAS dengan UMNO, tunggu sahaja masa anda. hahaha






Friday, October 26, 2012

Dr Maza dan Nik Abduh keduanya JAHIL MURAKAB

bila saya tengok tuduhan Dr Maza, saya nak tergelak juga. memang semua tahu Dr Maza anti Syiah dan kesempatan inilah yang dia ambil utk mengaitkan kelemahan PAS dengan mengenakan agenda Syiah. kita pun ada ejen dalam parti yang sedang mengikuti perkembangan Dr Maza :-)

tapi dia terlupa bahawa mcm mana ulamak syiah di Iran boleh terus mendapat sambutan dan sokongan yg jitu sehingga rakyat sanggup berani mati demi ulamaknya.

ulamak PAS pula, saya tak pasti kalau ada org PAS yang sanggup mati demi ulamaknya.

saya sendiri sayang para ulamak dalam PAS.

tapi untuk sanggup mati itu, tidaklah.

saya selitkan disini kisah ketika Haji Hadi di dalam satu demontrasi di kuala lumpur.

ketika itu, ramai bodyguardnya.

tapi bila polis datang tembak gas, semua bodyguard lari. lupa dah mana pergi ust hadinya.

bukan saya sinis. tapi itulah realiti "kecintaan" kita pada ulamak kita di malaysia ni.

ada juga kisah bagaimana ulamak(yang betul dicintai) seperti allahyarham ust fadhil noor.

satu demontrasi di kuala lumpur juga.

bila polis berpangkat datang merapati allahyarham,

terus seorang orang lama harakah ketika itu datang dan menumbuk dada polis itu lantas tersungkur dan jatuh. semua anggota polis berlari melarikan pegawainya dan ust fadhil terus bertenang. :-) ( i love u ust fadhil)

ini baru betul cintakan ulamak. :-) tapi adakah lagi ahli yang sanggup berani mati mempertahan ulamak PAS hari ini? wallahuaklam. kita doakan supaya ada.

lagi satu persoalan kenapa rakyat iran sanggup mati demi ulamaknya dan mengapa kita tidak sanggup mati mempertahan ulamak pAS walaupun kita bilang setiap hari kita taat pada pemimpin, kita wala'. tapi bab nak mati kerana pemimpin, tak ada nye.

ulamak iran ditaati tahap gaban kerana

1) ayatullah tidak pernah hidup mewah walaupun dia berhak kerana dia tahu dia pemimpin no 1 di negaranya dan menjadi perhatian rakyatnya yang miskin dan susah. Ayatullah Ruhullah sebagai contoh, hanya meninggalkan sebuah rumah sederhana ketika hayatnya dan semua harta lain diberikan kepada rumah kebajikan. ayatullah pun bukan semua baik. saya setuju. sebagai contoh ayatullah Ali Rafsanjani. dia adalah ejen perpecahan. rakyat Iran singkir dan tolak dia dari muka bumi iran. hari ini, dia disingkir! alhamdulillah.

2) Ayatullah sanggup mati dan menerima risiko nyawa demi Islam dan Nabi nya. Peguam PAS pusat, juga peguam kepada Presiden PAS menulis didalam HARAKAH cetak edisi bulan september mengenai peranan AYATULLAH mempertahan NABI MUHAMMAD dan UMAT ISLAM. satu muka penuh. sila rujuk. apabila ayatullah ini sanggup dihalau, diherdik dan diboikot Barat dan Eropah kerana NABI MUHAMMAD dan ISLAM, maka rakyat Iran yang majoriti agama Islam melihat betapa sanggupnya ulamak mereka menggadaikan diri demi agama mereka dan nabi mereka. anda juga boleh rujuk kes SALMAN RUSHDIE. semua negara Islam diam diri kerana Salman Rushdie dipertahan oleh USA. tapi Iran, sanggup menerima risiko dipulau ekonominya demi mengganjar pembunuh kepada Salman Rushdie.

3) Kebebasan bersuara. Ayatullah adalah ulamak yang paling cool dan hot. siapa sahaja nak beragama, silakan. siapa sahaja nak ethist , silakan. tetapi umat Islam yang menghina Islam, wajib dilawan. lihat lah di Iran, ada 500 masjid Sunni. rujuk pada Dr Faisal Tehrani untuk bukti yang lebih kukuh. di Iran juga ada masjid terbina sebelah gereja. dan gereja juga besar-besar di Iran sebagaimana kita lihat kuil Buddha besar di kelantan. Iran dan Kelantan tidak banyak beza dari segi kebebasan beragama. sebab itu setiap tahun ulamak iran akan berkunjung ke kelantan sama ada atas jemputan atau program rasmi. terbaru, YB Husam Musa bersama Ayatullah di Kelantan dalam satu ekspo.

saya nak gariskan semua, saya tidak punya masa. maklumlah sekarang sudah jadi ejen parti politik. hahaha.

apapun, tuan-tuan boleh terus membaca dan merujuk kepada pakar2 yang ahli dalam setiap bidangnya. kalau nak belajar mazhab syafie, carilah ulamak yang betul2 ikut mazhab syafie. kalau nak belajar syiah imamiiya, carilah ulamak yang betul2 org syiah imamiyyah. jgn cari ulamak mazhab hanafi utk belajar fikahnya imam hanbali. :-) cari yang kena pada tempatnya.

oleh itu, apa yg saya nak kaitkan ialah,

Dr Maza dan Nik Abduh keduanya tak mengerti konsep ketaatan kepada Ayatullah . lantas Dr Maza menyindir ketaatan kepada ulamak PAS yang diberikan oleh orang-orang PAS. bagi saya, ini salah satu taktik BN utk menjatuhkan Nik Aziz kerana ulamak UG dalam PAS sedang dalam usaha menjatuhkan NIk Aziz. kita telah pun diberikan bukti oleh ABU NAWAS minggu lalu bukan? jadi, awaslah. dalam PAS sudah ada ejen Datuk ASri yang pernah membawa PAS bergabung dengan UMNO pada era lalu. jangan biar diulang!

dan sehingga hari ini...Ulamak Iran yang memimpin Iran semakin maju dalam pemerintahan dan Iran diisytihar oleh Korea sebagai negara Asia yang hampir setanding jepun dan meninggalkan negara Islam di ASIA yang dilihat lembap dalam bab teknologi khususnya ketenteraan. 

hah, jangan lah cakap aku promote syiah pulak.. hahaha. aku hanya tengah promote komunis. hidup komunis untuk rakyat malaysia. 

pengawal peribadi Anwar, saudara Fayyad hilang pancaindera kerana mempertahan Anwar dan Wan Azizah. dua kali fayyad diserang. pertama ketika BERSIH 2. Fayyad rosak tulang pipinya dan matanya. kali kedua, Fayyad berkeras masih mahu "mati" untuk pemimpinnya itu, Fayyad diserang dengan jarum racun sehingga sebabkan dia koma. 

Sham Kamikaze bergambar bersama gerilla. aku yang pakai baju askar tu. baru tamat latihan tentera komunis. 

Arul. sanggup mati demi SOSIALISME di malaysia! 

Saras! sanggup mati demi SOSIALISME di MALAYSIA!

kisah Fayyad yang menyayat hati. gua respek lu bro...






Wednesday, October 24, 2012

ini yang puak UG takut

setelah berita mengenai pimpinan utama PAS bersama beberapa sultan dan pimpinan UMNO mendesak NIK AZIZ supaya menerima kerajaan perpaduan ditaja UMNO, maka NIK AZIZ pun menolak dgn keras dan bantah. 

NIK AZIZ cukup tak berkenan dengan kelaku puak2 united govn ni. gila pangkat, kuasa. 

mengapa agaknya UMNO takut jika PAS terus bersama DAP dan PKR?

kerana ini? nampak jelas x? 

tak apa aku dekat sikit. 

CINA. pakai seluar pendek. 

CINA kafir mendengar ceramah PAS. 
kuliah tok guru dalam vcd. 

UMNO takut. 

kalau2 PAS menerima Cina dan INDIA jadi pemimpin negara. 

UMNO hanya mahu melayu jadi pemimpin negara. 

kerana barulah boleh corrupt sesuka hati mak bapak dia. 

kalau ada pelbagai bangsa mahu ikut cara nik aziz,

maka UMNO tak boleh cari makan. 

maka dididiknya lah puak2 ustaz dalam PAS untuk gilakan "menjadi kerajaan"

maka tiada lah lagi integriti sperti kafir LIM GUAN ENG buat di P.pinang. 

maka tiadalah lagi integriti yang kafir Ngeh KOo HAm pernah buat di Perak. 

UMNO sedang takut. 


Saturday, October 20, 2012

Ahli PAS mengaku HARUN TAIB sbg sahabat nabi

Jangan terkejut. Ini kenyataan org taksub.

Sudah baca jgn melalut.

Realiti politik hari ini

Ulamak UG dalam misi mengisytihar diri mereka maksum

Hahahaha

rozai saad itu adalah ahli umno yg bertaqiyyah DAP. Hahaha

HARUN TAIB diangkat jadi sahabat nabi


Tuesday, October 16, 2012

George Galloway ni siapa!!! kenapa hina islam!

tonton lah video dibawah. buat yang tak paham english, pakailah juru bahasa utk menterjemah. penting utk dengar. 



George Galloway. siapa tak kenal. aktivis Misi ke Gaza semua kenalnya. beliau ahli Parlimen berpemikiran liberal dan bersemangat sosialis. 

beliau banyak menyumbang jasa kepada Islam dan umat palestin. 

beliau paham apa itu "perjuangan" dan alquran. cuma belum dpt hidayah. 

peserta2 Misi Flotilla ke Gaza beberapa tahun lalu semua kenal dia termasuklah 9 org yg dari Malaysia tu. 

beliau lah banyak mencarikan dana dan tajaan utk FLOTILLA cawangan barat. 

ada sesetengah aktivis Flotilla ketika itu sudah mengiktirafnya sebagai muslim kerana dia terlalu baik dan terbuka dengan muslim. malah, beliau juga pernah cakap sanggup mati utk mempertahan penindasan ke atas umat palestin yang majoriti beragama islam. 

beliau bodoh kah bagi anda? 

nanti dulu. baca smpai tamat. 

sekarang....

sila tonton video dibawah ini pulak. 


eh? apa ni? kenapa kerajaan dan ulamak Saudi dikritik oleh Ahli parlimen yang dijaja sebagai sanggup mati demi islam oleh para aktivis turki dalam misi FLOTILLA GAZA dulu?

nah, dengar lagi. 


apa pula kali ini? Syria agenda barat? Bashar mangsa fitnah USA?

kenapa? dengar lah yang ini pula. 

kenapa USA mahu menimbulkan rasa benci pada Assad dan Syria?



hahahaha. sah. isu pemberontakan di Syria adalah agenda USA untuk menakluk bumi itu sebagaimana Libya. :-) 

tuan puan.

Syria adalah satu-satunya tapak latihan untuk mujahidin afghan dan pejuang ikhwan serta hizbullah untuk berlatih ketenteraan melawan israel. 

Syria adalah satu-satunya stor untuk membawa masuk senjata api dan kelengkapan perang kepada Palestin, Lubnan dan timur tengah dalam melawan rejim zionis. 

tapi..kenapa kita suka melihat Syria menjadi spt Libya yang sekarang sudah menjadi milik penuh NATO. 

bawa bertenang dan terus occupy. fikir. rausyan fikir. 

sesungguhnya Syiah itu sesat, haram dan kafirrrrr

yang tak sesat hanya lah Abu Syafiq dan Fathul bari sahaja

Dr Asri sesat kerana muktazilah
Zahazan sesat kerana wahabi
Khalid sesat kerana Syiah

Abu Syafiq dan Hassan Ali sahaja yang akan masuk syurga.

siapa bagitau?

Abu Nawas bagitau semalam

Abu Nawas adalah malaikat. 

wassalam. 

siapa dia Ahmad Shugairi? dialah pengasas dan pengacara LAU KANA BAINANA yg ditayang diseluruh negara termasuk TV HIJRAH malaysia

dia pun menyokong Syiah sbg mazhab dalam islam

kalau ulamak dah sokong, inikan pula kita?

HENTIKAN PERBALAHAN MAZHAB

JOM AKU MUSLIM. BUKAN SYIAH WAHABI SUNNI. KITA MUSLIM.


malaikat menjelma jadi manusia

gambar dibawah bakal menggugat iman

Beliau akan sy kenalkan

ketika ada segolongan org kristian sedang bersembahyang di gereja

hanya beliau sahaja yg tahu

 malaikat dan nabi pun tak tahu

tp beliau hebat. beliau boleh tahu apa yg si kristian sdg doa di sarawak

bkn calang org si org ini

beliau barangkali adalah malaikat yg menjelma jd manusia

jika dulu jibril tugasnya sampaikan wahyu pada nabi

beliau mempunyai tugas yg lebih berat. hahahaha

iaitu siasat apa amalan org kristian

kerana apa?

krn doa org kristian dimakbulkan allah.

sbb itu beliau takut sgt.

maaf lambat tulis ini, krn aku pun busy menginterview para malaikat



Saturday, October 13, 2012

kita patut marah pada Dr muzzafar angkasawan negara!

saya memang dah lama tak puas hati.

mamat yang bernama Dr Syeikh muzafar, terlalu pandai sehingga dipilih menjadi angkasawan

sudah la pandai, kemudian islamik pulak tu dengan selalu menitikberat agama dalam siri ceramahnya

ini semua  bid'ah yang paling kafirrrrrrrr

benci aku kat Dr muzzafar hendak-hendak lagi apabila melihat gambar dibawah:

(klik pada gambar utk paparan lebih jelas dan sohih)

saya cukup tak sangka. 

bagaimana seorang angkasawan yang terlalu pandai yang diiktiraf kepandaiannya oleh Rusia dan barat malah bermazhab Ahlul Sunnah dari malaysia boleh membahayakan dirinya kepada kesesatan dengan bersama Ahmadinejad?

maka...anda fikirlah. 

siapa pandai 

anda atau dia(dr muzafar)?

anda...atau ulamak universiti al-azhar?

anda atau mufti al-azhar?

baca fatwa SYEIKH AL-AZHAR mengenai "kesesatan syiah" disini: 


jadi....yang tak sesat hanya lah FATHUL BARI dan ABU SYAFIQ. :-) 

zahazan adalah wahabi. dr asri adalah muktazilah. khalid ismath adalah syiah. 

semua yang friend dgn tiga nama di atas adalah sesat , haram dan kafirrrrrrr

jom bantah kedatangan 5000 askar USA ke Malaysia! 


KLIK PADA GAMBAR budak pakai baju bersih tu utk membaca berita. tq






Tuesday, October 9, 2012

kenapa kita perlu demo jumaat ini?

merujuk kepada poster, jelas.      ada agenda antara tentera US dan Malaysia. 


(klik gmbr utk lebih besar)

kita tidak salahkan tentera malaysia. 

kita salahkan menteri UMNO yang telah diberi amanah untuk menjaga keamanan negara


hey zahid hamidi., 

kau jangan ingat tentera malaysia kepala bapak kau yang punya

kalau berani datang lah jumaat ini kita bercerekarama

kau biarkan tentera US melanggan pelacur Melayu di Malaysia

kau biarkan tentera US berparti berdisko berbogel berbikini atas kapal Malaysia

kau memang sial wahai zahid hamidi

                                                itulah sebab kenapa kita perlu berdemo. 

tentera US mula buat Malaysia macam negara dia. 

UMNO hanya benarkan sahaja., 

jatuhkan UMNO .


Monday, October 8, 2012

tentera USA mahu bunuh rakyat Malaysia

kapal USS george washington kini ada di bumi melayu, cina dan india bernama Malaysia ini.

kapal yang sama membunuh rakyat iraq

kapal yang sama memberi bantuan kepada israel membunuh di palestin

kapal yang sama ke afghan dalam misi.

kini sudah berlabuh di malaysia.

apa kita tengok?

mana UMNO? mana PAS? mana PERKASA? mana PKR?

DAP ? PSM?

jadi..kita ayuh turun!

atas nama rakyat!

ini seolah permulaan kepada Amerika mahu menyerang Malaysia!

turun jangan x turun!


Monday, October 1, 2012

Rusia yang kita kata jahat itu

semua tahu bahawa Rusia memegang fahaman komunis. 

semua tahu bahawa Rusia itu tidak beragama kerana pegangannya ethist. 

mari lihat apa rusia buat kepada agama kita Islam ini. 

mari kita terus mencaci maki pegangan komunis yang jahat ini. 

KLIK PADA GAMBAR UTK LEBIH JELAS

Rusia bersama Syria dan China berpakat melawan US. 
boleh lah kita maki kerana dia melawan USA
USA adalah sumber hukum negara islam
sumber dari BLOOMBERG


Rusia tutup video dan haramkan siaran movie USA menghina nabi umat islam SAW
rusia adalah syiah? 
ini semua hasil dakwah iran hingga Rusia hormat pada agama Islam
ahmadinejad dan Rusia adalah kawan baik. 
dakwahnya telah sampai dan terkesan
apa dakwah arab saudi pada amerika?
minum arak dan todi bersama?
sumber dari WN


Rusia sentiasa meraikan penyertaan negara2 islam dalam misi membina nuklear utk pelbagai tujuan
bukan sekadar untuk kosmetik
tapi jua untuk melawan kuasa barat yang zalim
iran satu2nya negara islam yang berani melawan israel
sebab itu rusia sokong
rusia anti israel
anti USA
maka sekali lagi, ahmadinejad telah berjaya mendakwah rusia

sumber dari RT 


ayuh kita terus cop KOMUNIS ini sebagai jahat
tindakan jahat Mat Sabu timbalan presiden PAS memuji KOMUNIS adalah bercanggah dengan ahlul sunnah wal jamaah

hahahaha!