Monday, September 29, 2014

Aktivis Jangan Serah Belalai Kpd Pemimpin Politik

bekas rakan2 aktivis sezaman dalam gerakan mahasiswa dan anak muda dulu banyak yang menubuhkan NGO yg bersifat kepolitikan. saya hormat. adalah baik menyambung karier politik masing-masing dalam dunia yg mereka ceburi sebelum ini. bagus dan terpuji. 

Namun, ada beberapa perkara yg saya risau. 

1) menjadi "pak turut" dan "pak angguk" pada satu-satu "tuan" hingga menyebabkan justifikasi isu dilihat tidak adil dan tidak tepat. 

2) integriti dalam membawa isu-isu semasa agar difahami rakyat secara telus dan tulus. bukan sekadar propaganda murahan dan kontroversi bodoh untuk memutar belit pemahaman rakyat ke atas isu-isu yang dibawa demi mengharumkan nama sesetengah pemimpin yang membiaya kumpulan dan membusukkan nama pemimpin yang tidak membiaya kumpulan.

2 perkara ini perlu dipandang serius. anak-anak muda tidak seharusnya terikut dengan politik gaya pemimpin tua hari ini yang sudah cukup memualkan dan membawa kepada muntah, mabuk dan pening lalat. 

cukup lah era pemuda Pakatan Rakyat dizaman Nasrudin Tantawi, Nik Abduh, Shamsul Iskandar dan Anthony Loke yang cukup membodohkan dan membangangkan pemikiran waras politikal semasa dalam zaman mereka, takkan lah kita mahu ulangi kebodohan itu lagi dan lagi? 

kita perlukan strategi-strategi baru. Strategi yang lebih ampuh dan lebih nampak rasional di mata rakyat. 

Ya. memang amat sukar untuk memahat strategi ini dalam jiwa rakyat kebanyakan. tidak hairan. Namun, perjuangan harus terus diperjuangkan dan isu harus terus dibawa ketengah-tengah medan pertempuran. Maka itu, perlunya cara baru untuk membawa isu kehadapan, dan hentikan budaya pembodohan dengan menipu rakyat mengenai isu itu dan ini. 

Demontrasi tidak salah. Tunjuk perasaan tidak salah. namun, yang salahnya cara pembawakan isu dalam demontrasi dan tunjuk perasaan itu. Jangan memalit najis sendiri ke rumah orang lain sedangkan najis itu dari rumah si pemalit itu sendiri. kerana apa? kerana manusia bisa menghidu najis siapakah itu. 


Dalam isu kekeruhan Pakatan Rakyat, saya amat tidak bersetuju jika PAS dipersalahkan. beritahu saya, dimana awal pangkalnya krisis ini sehingga hujung pangkalnya jadi begini? 

Bukankah PAS sentiasa bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sehingga menggadai keistimewaan parti mereka sendiri? 

Bukan kah PAS bersungguh-sungguh menuruti kehendak Anwar hingga tidak tahu apa langsung strategi yang diguna PKR untuk mengganti MB? 

saya memang amat bersetuju MB ditukar. Tapi saya amat tidak bersetuju dengan pengosongan kerusi DUN tanpa kematian hanya kerana beri ruang kepada isteri sendiri menjadi MB. 

akhirnya isteri jadi apa? jadi BALACI juga! 

dan pada pandangan pembaca, adakah wajar salahkan PAS?

dimana salah PAS dalam krisis ini? 

siapa yang mula mengosongkan kerusi? 

siapa yang memperalat rakyat dan khianati demokrasi? 

PKR atau PAS?

mengapa bekas-bekas pimpinan mahasiswa yang menubuhkan NGO ini tidak berdemo didepan HQ PKR menuntut PKR supaya mohon maaf kepada rakyat selangor? 

mengapa dan mengapa? 

tiba-tiba?

PAS dipersalahkan?

PAS disuruh keluar Pakatan?

waraslah berfikir wahai anak muda. 

kita memilih jalan aktivisme untuk membetulkan kepincangan dalam massa dan masyarakat

bukan sekadar menerima tajaan dana untuk menubuhkan persatuan mahupun populariti murahan yang lapuk ini. 

cara kita hari ini harus jauh berbeza dengan zaman 90-an dulu. 

cara kita hari ini harus lebih nampak kematangan dan rasionalisasi.