kita pun kenal siapa Zambry ini. dia walaupun BN, tapi sekurangnya ada usaha untuk memahamkan rakyat dan anak muda Perak mengenai perpaduan Islam.
program yang berlangsung ini tidak ada kena mengena dengan politik. satu isu politik yang menyentuh sama ada memuji atau mengutuk Pakatan mahupun BN tidak langsung disentuh. maknanya memang bukan untuk mempergunakan atau dipergunakan.
tetapi ini adalah usaha besar orang-orang alim di perak untuk menyampaikan mesej dan informasi kepada golongan baharu dalam bidang pengajian Islam untuk memahami apa itu cabaran, dugaan dan perbezaan dalam dakwah hari ini.
wakil syiah, sunni dan salafi semuanya hadir.
antara yang kita kenal dalam program ini adalah seorang ayatullah dari Iran dan juga seorang professor dari tanah arab yang bertugas di UIA.
ramai lagi para cendekiawan daripada pelbagai universiti Islam menyatakan kefahaman.
apa yang saya amat bangga adalah apabila anak muda yang cool sungguh berpemikiran terbuka walaupun dia salafi yang begitu memuji pegangan-pegangan yang lain dan tidak melatah seperti kebanyakan manusia yang baru nak bertatih dalam agama.
syabas buat saudara saya rashidi dan muiz. terpilih untuk bersama para cendekiawan hebat!
percayalah, kita semua(syiah sunni salafi) mampu BERSATU!
para cendekiawan islam dari UIAM
anak muda Islamis Sunnah wal Jamaah bersama ayatullah. saudara rashidi yang berkopiah putih itu.
saudara muiz yang berkopiah putih tanpa misai itu. salafi. tetapi dia amat cool. :-)
anak muda bijak pandai melayu bermazhab Salafi tidak bergaduh dengan ulamak syiah malah berdamai dan begitu bertoleransi satu sama lain. ini lah hebatnya perdamaian dalam Islam
tokoh cendekiawan Sunni dari tanah arab
jangan jeles. ini gambar yang amat eksklusif. kalau korang boleh kenal siapa berserban merah UMNO di leher itu, maka kau orang akan tahu apa itu "hanya 3 kali sehari" dan "perempuan nan bercinta"
kebetulan baju aku pun merak list di tangan dan dada. memang kami semua UMNO.